Showing posts with label TechNo. Show all posts
Showing posts with label TechNo. Show all posts

Tuesday, July 13, 2010

Have an iPad... And be a jerk...

A cool gadget...


Can make you look like a stupid person...

I pick the traditional dart anytime...

Wednesday, May 12, 2010

Masalah Facebook

Got this from my email...
So... kita renung-renungkan ya....


Masalah Facebook
Posted on the May 5th, 2010 under BHO Blog by admin
Semenjak empat bulan terlibat dalam menyampaikan mesej kebaikan, melarang kemungkaran melalui facebook. Disedari terdapat beberapa cara penggunaannya yang patut ditegah dan boleh jatuh perbuatan tersebut kepada haram, malah berganda-ganda haramnya.

Perlakuan dan perbuatan melalui facebook yang boleh mengundang dosa terlalu banyak, namun di kesempatan ini, cukup saya senaraikan enam perkara, iaitu :-

1) Mendedah keaiban suami, isteri di facebook.
Terdapat beberapa kes yang dilihat sama ada secara langsung atau tidak langsung, pemilik facebook meluahkan perasaan sedih, kecewa, benci, marah terhadap pasangan di ruang status mereka. Mendesak suami atau isteri juga melalui status facebook. Kemudian, status tersebut mendapat komentar pelbagai dari rakan-rakan mereka. Sebagai contoh, ada yang secara terbuka mendesak suami membeli rumah, kereta, pinggan mangkuk, perabot, pakaian dan sebegainya melalui status mereka. Tertekanlah suami serba salah.

Sebagaimana yang disebut oleh ramai specialist di dalam bidang rumah tangga, kebanyakan wanita suka berkongsi dan meluahkan perasaan mereka kepada orang lain sebagai pelepas kepada beban yang ditanggung. Adakalanya ia mungkin bukan bertujuan untuk menjatuhkan suaminya, bukan pula untuk tujuan membuka aib suami atau untuk mencari penyelesaian. Pendedahan itu hanya sebagai pelepas tekanan di dalam diri.
Namun, tanpa disedari perbuatan tersebut tergolong dalam mengumpat yang diharamkan oleh Islam. Semua perlu memahami bahawa mereka tidak boleh sewenangnya bercerita perihal rumahtangga atau pasangan mereka secara terbuka sama ada melalui facebook atau kepada rakan di pejabat dan sebagainya. Sebarang masalah yang sudah tidak dapat diselesaikan olehnya, hanya dibenarkan untuk diluahkan kepada seseorang yang diyakini punyai autoriti seperti ibubapa, mertua dan adik beradik yang diyakini boleh berperanan membantu, bukan berpotensi mengeruhkan lagi keadaan. Boleh juga dikongsikan secara tertutup kepada pihak ketiga seperti Qadhi, Mufti, para ilmuan sama ada Ustaz, Ustazah atau Kaunselor Rumahtangga.

Pendedahan masalah dan info yang boleh mengaibkan suami (dan isteri) TIDAK DIBENARKAN sama sekali disebarkan melalui facebook. Apabila ia dilakukan, ia dengan mudah sekali boleh mengundang dosa.

Terdapat sebahagiannya info tidak secara langsung mengaibkan pasangan, tetapi selaku pembaca, kita dapat membaca’ dan mengetahui secara tersirat bahawa si pemilik sedang perang dingin’ dengan pasangannya. Ada juga yang difahami, suaminya sedang gagal memenuhi apa yang diingininya, bersifat kurang baik kepadanya dan sebagainya. Ingatlah semua, rumahtangga adalah amanah, jangan meruntuhkannya melalui facebook.

Beramanahlah, berikan suami dan isteri anda password facebook anda, agar mereka sentiasa boleh meneliti mesej-mesej yang dihantar kepada anda. Boleh juga pasangan berperanan selaku penyemak dan memadam (delete) mana yang perlu jika dimasukkan secara emosi tanpa pertimbangan aqal yang wajar.


2) Terlebih gambar
Ramai di kalangan wanita hari ini sudah mempunyai facebook, mungkin sudah menjadi lumrah wanita yang biasanya inginkan kecantikan dan pujian terhadap kecantikannya. Oleh itu, semakin ramai wanita yang memuatkan gambar mereka, sama ada jarak dekat, sangat dekat ( sehingga memenuhi kotak gambar) dan jauh (beramai-ramai atau seorang diri). Ditambah pula lagi dengan gaya, aksi dan fesyen yang pelbagai.

Agak pelik juga kerana sebahagian mereka sudah bersuami dan kelihatan suami mereka memberikan sepenuh keredhaan atas tayangan gambar sedemikian kepada khalayak, tanpa sebarang rasa cemburu dan prihatin. Lebih merbahayakan, ramai pula lelaki yang menontonnya, sebahagiannya memberikan pujian, malah ada yang berani bergurau senda, dan membuat lamaran’ nafsu.

Lebih pelik, tuan punya facebook yang sepatutnya mampu mengawal dan memadam sebarang komen kurang etika, kelihatan membiarkan sahaja lamaran nafsu (seperti ajakan berdating, kahwin-padahal telah bersuami) tersebut di ruangan komentar gambarnya, tanpa rasa bersalah.

Berterusan bercanda mereka melalui ruang komentar, si lelaki dan wanita ada juga yang telah beristeri dan bersuami, cuma atas tiket kawan lama, sepejabat dan sebagainya, hal tersebut dibiarkan. Malah jika kedua-duanya masih bujang sekalipun, ia tetap BERDOSA dan SALAH di sisi Islam kerana ia termasuk dalam kategori larangan Allah janganlah kamu menghampiri zina’.

Saya bimbang, ramai pula lelaki yang menjadi dayus dek kerana gambar isteri terdedah aurat ( atau menutup aurat kurang sempurna) ditayang sehabisnya di facebook. Baca perihal ciri lelaki dayus di sini .


3) Penyamaran
Lelaki menyamar sebagai wanita untuk menjadi friend dan seterusnya mendapat maklumat wanita. Ada dilaporkan juga, sebahagian lelaki berang kerana tidak diluluskan menjadi friend’ seseorang wanita. Akibatnya, si lelaki tidak mendapat kemudahan akses kepada gambar-gambar wanita tersebut. Bagi membolehkannya mendapat akses, terdapat lelaki yang mula menyamar menjadi wanita, meletakkan gambar mana-mana wanita yang boleh dijumpai secara mudah tertebaran di interent, diletakkan sebagai dirinya. Melalui cara itu, lelaki ini berjaya menjadi friend dan menonton seluruh gambar wanita terbabit dan berbuat apa yang disukainya dengan gambar itu.

Si wanita yang pada asalnya merasa selamat kerana merasakan dirinya telah menapis sebaiknya, rupanya masih terdedah gambarnya kepada yang orang yang tidak sepatutnya. Kerana itu, walau anda hanya membenarkan friend untuk menatapi gambar anda, pastikan semua gambar tersebut masih terhad dan terjaga.


4) Download gambar untuk simpanan dan tatapan.
Dimaklumkan juga, akibat dek kerana gambar wanita yang terlalu bersepah’ difacebook, terdapat lelaki berhati buas yang memuat turun gambar tersebut dan disimpan sebagai koleksi peribadinya. Justeru, sedarlah, mana-mana wanita yang dikurniakan Allah punyai rupa’ yang menurut pandangan ramai sebagai elok dan menawan. Golongan sebegini amat perlu sekali lebih berwaspada lebih daripada mereka yang lain.

Malangnya, golongan sebegini kelihatan lebih ghairah menjaja gambar mereka untuk mendapat lebih banyak pujian dan …’DOSA’. Simpan sahajalah gambar-gambar ‘kiut’ (cute) anda, cukuplah ia buat tatapan suami. Cukuplah pujian rakan sekeliling yang benar-benar mengenali anda. Tidak perlulah tamakkan pujian manusia luar.

Tunggu sahajalah pujian para malaikat dan bidadari di Syurga nanti, terlampau tidak sabarkah wahai diri? Sedarilah, ke’kiut’an anda mungkin menjadikan sebuah rumahtangga hancur, kecemburuan wanita lain, kerana boleh wujud gejala suami yang membanding-bandingkan wajah dan tubuh anda dengan isterinya. Jika itu berlaku, pemilik gambar mendapat saham dosa.


5) Tagging gambar tanpa izin dan gambar silam yang membuka aurat.
Tagging atau menandakan sesuatu gambar yang disiar merupakan satu fungsi mudah untuk menyebarluaskan gambar seseorang termasuk diri sendiri kepada kenalan dan rakan. Malangnya fungsi ini menjadi sumber dosa yang banyak juga dewasa ini. Isu ini juga pernah ditulis oleh beberapa penulis lain seperti Ust Abu Umair dan Sdr Shahmuzir. Saya ingin menegaskan lagi tulisan mereka.

Ini adalah kerana, terdapat trend’ menyebarkan gambar-gambar lama, dan kemudian meletakkan tagging kepada individu di dalam gambar. Perlu disedari, setiap gambar yang di’tag’, akan muncul dan boleh dilihat oleh semua friend, dan rakan kepada friend tersebut juga boleh menontonnya.
Ini boleh menjadi dosa, kerana :-

a- Sebahagian individu di dalam gambar terbabit mungkin dahulu tidak menutup aurat, tetapi kini telah menutup aurat. Justeru penyebaran gambarnya yang tidak menutup aurat adalah haram.
b- Individu terbabit berada di dalam rumah, bersama keluarga, justeru penutupan auratnya tidak begitu sempurna kerana di dalam rumah sendiri atau di dalam keadaan candid’, tetapi akibat ketidakperihatinan sebahagian ahli keluarga terhadap hal aurat. Gambarnya yang sedemikian tersebar. Sepatutnya, kita yang di’tanda’ boleh dengan segera delete ‘tag’ itu, hasilnya walau gambar masih tersiar tetapi ia tidak mempunyai sebarang pengenalan. Itu paling kurang boleh dilakukan oleh individu yang prihatin dan berawas-awas. Namun malangnya, sebahagian pemilik facebook tidak sedar mereka boleh untagged’ nama mereka. Malah kalau mereka boleh untagged sekalipun, penyebaran gambar sedemikian tetap salah dan berDOSA di dalam Islam.
c- Gambar mengaibkan orang lain. Gambar yang disiarkan itu, walaupun menutup aurat, tetapi dalam situasi mengaibkan. Mungkin ia tidak mengaibkan individu yang menyiarkannya kerana dia dalam keadaan baik dan bagus. Namun rakannya berada dalam situasi mengaibkan, tambahan pula dia kini merupakan seseorang’ yang terhormat, punyai kedudukan baik di mata masyarakat,. Apabila gambar sedemikian disiarkan, ia mencemar nama baiknya. Penyiaran sebegitu sama seperti mengutuknya secara langsung di khalayak ramai, sama ada sengaja atau tidak, semua perlu sedar..anda mungkin bebas menyiarkan gambar anda, namun gambar orang lain. Keizinan perlu diperolehi terlebih dahulu sebelum siaran dibuat.


6. Mengutuk diri sendiri & kebaikan
Adakalanya terdapat juga wanita-wanita berpenampilan cukup solehah, berpakaian extra caution dalam bab aurat sewaktu zaman universiti atau sekolahnya. Namun sesudah masuk ke alam pekerjaan dan perkahwinan, imejnya berubah begitu drastik dengan make up cukup jelas menghiasi wajah, baju bekerlipan warnanya, yang tebal dahulu sudah jadi nipis, adakalanya tidak sempurna dan macam-macam lagi. Alasannya? Seribu satu macam. Suami pula mungkin bukan dari jenis yang cermat untuk menegur dan menasihat.

Yang menyedihkan, apabila tersiar gambar lamanya yang berpakaian extra caution lagi sopan di facebook, disiarkan oleh rakan-rkana lama. Tuan punya tubuh, kelihatan tanpa malu dan segan mengutuk dirinya sendiri sama ada secara langsung atau tidak langsung. Lahirlah kata-kata, zaman aku ekstrem’, zaman solehah’, waktu innocent’, zaman-zaman suci’, ‘itu zaman kuno dulu’, ‘itu masa duduk bawah tempurung’ dan lain-lain frasa yang sepertinya.

Tanpa disedarinya, ia mendedahkan keaiban dirinya sendiri, apabila berkata zaman solehah, bermakna kini adakah dia mengaku tidak lagi solehah?, kini tidak suci?. dan lain-lain. Ia juga sekaligus seolah mengutuk pemakaian sopan dirinya dahulu. Ingatlah wahai diri, jika tidak mampu istiqamah atas pakaian dan penampilan dahulu, janganlah sampai mengutuknya. Kerana ia sama seperti mengutuk pakaian yang sopan lagi baik, seolah mendahulukan yang kurang baik.


KESIMPULAN
Itulah facebook, ia boleh menjadi sumber pahala, jika diguna dengan betul, boleh menjadi pemudah azab jika digunakan tanpa ilmu dan limitasi. Berhati-hatilah dan berpada-padalah pemilik facebook.

Niat untuk mendekatkan ukhuwwah antara rakan lama, sekolah dan sebagainya tidak sama sekali boleh menghalalkan sembangan mesra, gurauan senda di antara suami dan isteri orang, antara lelaki dan wanita yang bukan mahram. Ia hanya akan membawa kepada kemudaratan dan keruntuhan rumahtangga. Janganlah lagi mempermainkan nama ‘ukhuwah’ untuk berbuat dosa.

Ukhuwwah itu hanya terhad sesuatu yang membawa kepada ingatan kepada Allah, mengajak kebaikan dan menjauh kemungkaran. Lihatlah surah al-Hujurat dan fahamkan kalam Allah sebaiknya akan erti ukhuwwah di kalangan mukmin.

Kredit artikel daripada:
Zaharuddin Abd Rahman
www.zaharuddin.net

Tuesday, December 15, 2009

Tmnet janjikan Speed Terlaju Seantero Dunia!





Thank to Streamyx!

Aku tahu, tmnet perlukan byk resource utk connect dari Msia ke oversea. Even tmnet upgrade line berpuluh gigs ke US, UK and etc. And connection Rapidshare lebih ke US. And cable ke US byk kali terputus dan problem sedangkan international line bukan TMnet yg pegang

Aku tahu, cabling and line fiber kat Msia ni susah nak dibuat dibandingkan pulau sekecik singapore yg sekangkang kingkong. Tabut fiber 1000km dah cukup utk keliling pulau. Siap ada lebih utk wat masuk jamban lagi. Nak dicompare ngan Msia.

Aku tahu, Tmnt berusaha nak upgrade jadi HSBB. minimum 10Mbps. Which is sangat laju terbaik dlam Msia.

Aku tahu, utk kekalkan speed dan bagi fair utk semua user, Tmnet perlu sekat sedikit penggunaan 'heavy user' yg byk download. So that semua org boleh pakai. So called fair usage. yg user boleh dapat kononnya 70% dari speed yg diiklan.

But Wat the fuk kalau user boleh download tak sampai 0.0002% dari speed yg dijanjikan. Ok lah kalau dpt 5% pun dari pakej 1Mbps ni. But 0.0002%... Wow! Pemurah sungguh Tmnet! The greatest speed ever. The best speed ever!

And now... What the fuk lah kalau nak loading youtube pun makan berminit? Apetah lagi nak abiskan satu video. Dari awal taip cete ni, smpi aku save, then edit balik utk yg ni. youtube ni tak loading2... nak aku download kat IRC gak ke?



Cammon lah... Nak block pun, man2 lah. Aku belum tahap nak report mcmc lagi...

Kalau TMnet janji nak kasi at least 20% dari advertised speed, then do it. Walaupun cuma 20% dari speed download utk Rapidshare and youtube. At least user dapat guna. Takyah la nak tutup satu port dan buka yg lain. Kononnya nak jaga user yg lain. Baik takyah ada HSBB atau ada 4MB kalau port yg org nak guna tu tak bagi bukak. org tak guna HSBB utk bukak gtalk ngan taip email. Org bodoh je guna 4Mbps utk email. User bukan bangan macam unta.

So please... bila advertise speed, bagi speed yg diadvertised. Tak kisah la fair usage 50% ke 40% ke... Kalau 40%, then even ada yg haram halal atau ape jadah, bagi juga 40%. Takyah nak port block. So... kalau ini cara TMnet... Jangan salahkan user kalau user complain then org lain terikut utk kempen potong wire. Bukan silap P1... tapi silap TMnet... Iklan mulut lebih bahaya dari iklan P1... So please Dato boss TM... Jgn ambil jalan mudah. Nanti hilang customer. Btw, celcom broadband bukan under TM lagi yer!


Aku, kalau korang wat keje betul, aku sokong... Dont worry, aku tolong hantam P1. Tapi kalau korang wat cam lahanat, then aku kenekan dulu. Even kalau aku keje kat TMnet sekali pun! Jgn cakap tak serupa bikin! Kalau ada HSBB, tapi org takleh streaming, takleh nak video conference.. baik takyah... pakai sms je... Opppsss... Sms cuma utk celcom... Just nak ingatkan, celcom bukan under Tmnet.

Wednesday, December 09, 2009

Twitter busy or down?




Hmm.... Too many people twitting at the same time i think...

Thursday, November 19, 2009

Google Reader - Do you have one?

Dedicated to anyone who still dont have any google reader account to read blogS

Follow this step by step to make your life easier.

Register you Google Account at www.Gmail.com



Register as usual



Click Reader. Or straight to reader.google.com


Now, you are at Reader main page.


To add new subscription/blogs/etc. Click Add a subscription.
For example... This blog.

Search bzz.blogspot


The result will come out
(tak sangka ada 12 org subscribe aku!)


Click subscribe. Then you can customize it.
Add to folder or create a new folder.
Like this... my blog under IDOL



Now... you can add more. More and more.
So you can monitor hundreds of blogs under 1 roof. No need to check one by one


Here. You can view my entries by list or by full view (expanded). Certain blog will allow you to read the whole story using your reader. But for my blog, you need to click on the link to read the whole story.


View by list


Click this link to read the whole story.


That's all.

Now... No sweat. Put in your idols (like me) under one roof. No need to search all around.

One more thing... You can add me in your Gtalk (inside gmail) and contact me 18 hours a day. Without a hitch. Without cost you anything.

Cheers!

Tuesday, November 10, 2009

Kopycat # 2

Baca ni... Kalau baca pun kau malas aku tak tahu le...


Penulis Blog Perlu Berintegriti - Blogger

KUALA LUMPUR: Penulis blog perlu mengamalkan sifat integriti bagi memastikan hasil penulisan mereka sentiasa dihormati.

Ketua Pengarah Penyiaran Radio Televisyen Malaysia (RTM), Datuk Ibrahim Yahya berkata, seseorang penulis blog harus berani memperkenalkan dirinya kerana ia akan mempengaruhi kredibiliti karya yang disiarkan.

"Sesetengah blog ada wajah (maklumat penulis), ada juga yang tak ada wajah.

"Seperti saya sendiri, saya perkenalkan siapa diri saya, latar belakang saya... ini penting supaya bila kita tulis ada integriti, orang tahu siapa kita," katanya.

Beliau berkata demikian dalam majlis Dialog Penerangan yang bertajuk 'Antara Penulis Blog dan Berita - Suatu Pembohongan atau Realiti' di sini hari.....


Datuk...

Itu cerita integriti. Kenalkan diri kita datuk.

What if, kalau dia perkenalkan dirinya. Orang dah tahu siapa dia... Tapi apa yg dia tulis... adalah fakta orang, cerita orang, idea org... Cuma tukar nama saja.

Apa kata Datuk tentang ini? Integriti ke sekuriti atau menipu follower mati-mati?

Contohnya Datuk, kat bawah nih. Bukan blog saya. Ni blog org lain, yg dicopy oleh blog yg berwarna kelabu. Adakah pengopi (tak layak jadi penulis blog) ni ada integriti???

Blog Asal

Blog Tipu

Blog Asal

Blog Tipu
Publish Post

Wednesday, May 13, 2009

Mulut ke Mulut

Di waktu kerja

"Awak masuklah facebook. Kita boleh chatting2. Tak payah la email"

Wow... boleh promote FB masa kerja. Punyalah hebat facebook nih...

Tak dinafikan FB ni membawa banyak perubahan. Kita jumpa kawan yg dah berpuluh tahun tak jumpe. Kawan sekolah, kawan U, kawan rumah lama and ramai lagi. Kecuali kita pakai nama jun travolte, maka senang mereka mahu cari kita kalau mereka ingat nama betul kita.

But facebook boleh juga membawa bencara...

Contohnya?

Lupe nak buat kerja... Percayalah...


"Bile nak reunion nih??"

Thursday, April 30, 2009

Tanpa Nama


Baca di sini... Ground Rules for Blogging.

Aku follow jugak cerita ni. And aku rasa, apa yg 'the other side' buat... Mendedahkan ke tanpanamaan blogger lain adalah tak baik la. Especially, selepas dier membuat byk perkara utk kebaikkan semua org.


Well... At one time, aku pun suka remain TanpaNama. Bukan la tanpanama langsung. Tapi at least, ramai yg tahu aku ada blog, but tak tahu mana nak carik. Mana yg baik n kenal tahulah.

Banyak bezanya jadi blogger dengan nama compare dengan blogger tanpanama. Serius banyak. Lelebih lagi, blogger dengan nama yg dikenali ramai kengkawan. Keistimewaan dan kebebasan menulis tu byk tersekat selepas ramai tahu pasal blog kau.

Tak percaya. Tanyalah kawan aku yg sorang tu. Dier remain tanpanama. Aku yg tahu kalau ramai yg tahu. Mesti byk cerita yg dia tak boleh sampaikan.

Tanpanama memberi kita kuasa untuk meluahkan cerita kita tanpa had. Tanpa memperdulikan sesiapa walaupun dia duduk serumah dengan kita. Kepuasan itu hanya dapat dirasai bila orang ambil peduli dengan apa yg kita katakan. Tak kisahlah kalau ianya tentang politik, life, love atau sebagainya.

Kau tak dpt kutuk bini kau yg tak boleh masak dan minta pendapat orang lain kalau bini kau tahu. Lagilah dier taknak masak. Right? Kau tak boleh marah teman opis kau yg kau tak suka perangainya kalau dia dah tahu blog kau. And certain perkara atau isu, blog adalah tempat yg sesuai utk luahkan apa yg ada dlm hati.

Now, mana yg ikut perkembangan aku ber blog dari dulu. Dia akan paham. Perubahan cerita blog ni. Dari tanpanama ke bernama. Ceritanya berbeza. Filternya pun berbeza...

Now... aku kene fikir... Siapa aku boleh kutuk, boleh ambik hati, taknak marah etc.... Even kalau aku tak bersependapat dgn mereka yg kenal aku n yg aku tahu mereka baca, mesti aku akan still try utk care perasaan mereka. Sebab... sometimes... kengkawan lebih penting dari blog...



But... being me... hahahaha... kalau aku nak kutuk, aku kutuk gak... Cuma... lebih berlapik dan tak sepedas dulu la kan??



Ok... now... gonna put my keyboard off... Nak prepare utk cuti weken nih. So take care... and have a nice holiday... Write something in you blog, NOW!

Friday, April 03, 2009

Ada apa dengan Flirtable

Ada apa dengan flirtable???

Ntah... aku tak tahu. Antara applikasi yg awal2 aku add masa bukak facebook. Aku tak tahu masa tu, so aku add je la.

'Mungkin' niatnya baik. Utk org flirt. But what the hell. Kalau apa yg kita nak flirtkan tu tak sesuai. Dah la jauh...




LELAKI LAK TUH?

Kau nak tgk aku flirt ngan lelaki. Cehhh. Bengong punya application.

Tuesday, December 09, 2008

Korban keobsessan pada diri sendiri

1st.... Peace!!!

Aku nak tanya. Kenapa ada sesetengah orang yg terlalu obses pada mengambil gambar diri sendiri? Yg ada handphone berkamera tu, di ambil2. Kalau hp takde function yg membolehkan kamera berpusing. Sanggup di pusingkan hp. Bila habis tekan, dipusingkan kembali hp, dan tengok hasilnya.

"Ehhh sengetlah"...

Ambil lagi sekali. Kalau boleh. Sampai la 'peace' tadi bebetul melekat comel di gambar. Itu kalau sorang. Kalau ramai2 dengan kawan... Lagi parah. Mahu berbelas kali kamera tadi berpusing. Yelah... penat2 member buat pipi montel warna merah, tetiba, yg kuar, cuba jari jemari dengan 'peaceee....' Ambik semula.

Pernah aku tengok semasa merdeka lepas. Segerombolan awek yg suka buat 'peaceee...'. Asik menelek muka memasing dalam kamera. Sudah berminit2 aku pandang tempat lain. Tapi ambil gambar diri sendiri tak abis-abis. Kejap peaaaceeee... kejap yoooo... kejap lagi sengih... Ntah ape-ape... Walhal, secara logik. Backgroundnya cuma jalan tar gelap depan ikea tu je. Bukan ada gambar bungaapi pun.

Ermmm... mungkin nak update facebook kot? Lepas tu pakat tag reramai...


Ok... Tu bukan cete utama.

Cete utama ialah aku nak menasihatkan... Golongan aweks-aweks yg tergedik-gedik terlalu obses dengan diri sendiri. Tak kiralah utk gedik-gedik atau tidak. Tak kiralah pakai hp, kamera mahupun kalau buat gila, tangkap gambar sendiri guna slr smpi berpuluh snap. Tak kiralah gambar atau video 3GP.

Nasihat aku... Kalau nak ambil gambar pun... Jgnlah terlalu obses... Jgn sampai lupa daratan. Semua mahu diambil. Bukan setakat peace, piss pun mahu diambil!

Why? Manalah tahu, org curi hp or kamera, kita bagi pinjam memori card, pinjam hp, hantar kedai kamera etc... Posibility dia org 'curang' tu tetap ada! Sebab... walaupun kita fikir gambar kita ni dah delete, sebenarnya kita boleh kembalikan gambar yg kita delete. even dah format pun boleh jumpa gambar tadi!

Yup serious shit!

Kini dlm internet. Dah banyak tersebar gambar porno aweks yg obses macam ini. Tak tahulah. Mungkin mahu cek. Gemuk ke tidak, kiri ke kanan lagi besar. Macam mana gambar belakang. Tengok rambut sendiri. Live takleh tengok. Kalau tgk pakai cermin pun, mau tergeliat kepala. Isk la...

Atau mungkin... ghairah tak sudah pada diri sendiri!

Jangan... Jangan buat kerja bodoh.

Aku tahu. Dengan cara berbogel di depan cermin, mereka tak rasa puas hati. Yelah, kita cuma nampak skala 1:1. Tapi... Kalau ambik gambar guna HP yg ada 2-3MP tu. Kita boleh zoomkan. Or ambik shot yg tak nampak. Dari belakang, atas, bawah etc. Mole yg ada di dada pun boleh jadi besar macam duit 20sen! (kalau pakai SLR la kan...).

Tapi apa gunanya... Kalau gambar tadi boleh diambil dan disebarkan oleh orang lain di internet? Apa gunanya kalau kamera dan HP yg berporno diri sendiri tadi boleh dicuri? Berbaloikan obses pada diri sendiri sampai macam itu? Berbaloikah... Org nampak ada kurap kat belakang kita. "Muka je cun.. Ada kurap ada panau!"


Hmmm...

Cukuplah kalau nak obses pada diri sendiri di depan cermin. Nak buat ape pun, sekurangnya... Kalau cermin tadi dicuri. Pencuri tadi tak mampu kembalikan 'gambar' awal. Tu pun dah cukup bodoh bila tgk sembil tersengih2. "Cantiknya body aku". Cheiiitttt...

Oleh itu... Kalau aweks kat Universiti yg bijaksana ni pandai. Sepandai mereka masuk U. Dan dapat biasiswa lalu beli hp lagi mahal dari org yg kerja.

Maka letaklah otak kat kepala bukan dilutut. Tak payahlah terlalu obses smpi mahu ambil gambar ghairah pada diri sendiri. Takut-takut kalau nanti, ada org lain yg turut sama ghairah. Mana nak letak muka? Nak jadi burung unta?

Fikir-fikirkan... Kalau gambar polaroid pun boleh tersebar, apatah lagi gambar digital. Hari ini hilang handphone dan kamera. Esok gambar porno kita sudah ada di tangan penduduk madagascar!




Note - Mahu cuba? Ambil gambar 'obses' kamu tadi. Dan poskan memory kat pada aku. Aku akan cuba kembalikan gambar tadi. (Bab aku jujur tengok ke tak tu aku tak brani jamin la kan). Tapi aku yakin, aku boleh kembalikan gambar yg dah didelete. Rahsianya? Adalah...

One more thing. Sila kepilkan kan sekali gambar asal. Kalau rasa diri macam nenek gunung ledang, takyah la nak suruh aku cek memory tu. Mau muntah darah karang kalau aku dah crack!

Wednesday, October 22, 2008

Berodben Selkom

Malam tadi... Dan juga sejak seminggu dua yg lalu. Aku berbangga menjadi rakyat malaysia yg ada MSC. Sebab wireless broadband kita sungguh berkesan! Sangat pantas dan laju. Adakalanya, kelajuannya, sedikit mengalahkan kelajuan kita mencarut-carut akibat terlalu laju.

Bayangkan. Dengan wireless broadband di rumah macam ni. Kita boleh buat lagi banyak duit kalau kita trade online stock n forex. Tak payah lagi pakai pos. Tak percaya? Aku akan buktikan di bawah. Tu pun setelah 5-6 kali try and dc.

Aku taknak cerita banyak... Sila tengok smpi abis... Betapa lajunya berodben 3suku G selkom malam tadi.

ps - (alah yg tak wireless pun kengkadang sama je)


Benchmark ke blog ni - 6.2 Kbps (4 minit nak load. Aku rasa aku kene letak 1 huruf je kat sini)



Benchmark ke web Celkom sendiri - 3Kbps... Canggih beb... Takjub dengan teknologi 3suku G ni)


Google??? - 3Kbps


Lowyat.net? -- Hahaha... 0.1Kbps. 1st time masuk ok. Masa lepas dc, aku try... Ini resultnya.


Website sepupu nya si streamyx? --- 4.1kbps... 6 minit lebih baru abis loading.


Benchmark Yahoo - 3.7Kbps..


Aku cuba nak download tool utk benchmark yg baru. 29696KB. Mati la... tahun depan baru aku abis download jawabnya...


Mari try ping www.yahoo.com ---------- 100% request time out.




Ohhh yess.. ni yg aku tunggu2... Kalau korang nak buat duit dengan selkom 3suku G. Time2 dier buat gampang ni. Tak payah la nak memandai nak wat trade. Macam setan...

Bayangkan. Aku dah buah beberapa trade. Dan untung (ni akaun demo. Nasib baik!). Dari modal 2ribu lebih. Malam tadi aku dah untung seribu lebih. Or keuntungan dlm tempoh beberapa jam lebih dari 30%.

Tetiba. last trade. Aku tahu memang untung. Aku klik 'Sell'. Utk jual beli Yen dan jual Pound. Tak gerak. Ni makin rugi (sbb request lambat masuk). Refresh... Klik... Tak masuk. Lag giler...

Nah... ambik... Dier masuk. Sekali 2. Aku nak 1 je... Tu aku punya request masuk setelah dekat 2-3 ratus dollar aku melepas. Then belum smpi 10saat aku masuk. Dia stuck. Belum untung. Hang and disconnected. Haram...

So aku cucuk, cabut, cucuk, cabut... Kalau cucuk cabut tu sedap takpelah... Tak sedap. Internet takleh masuk gak. Lepas abis CSI NY. Baru boleh masuk. Aku dah rugi. Dari bebaik untung 30%, jadi rugi dekat 10%. Cis... Lepas aku tgk chart. Aku tahu boleh naik. Biarkan kejap. Tgk tv balik. Check... Dier turun. Aku set limit and tengok TV. Bila balik. Semuanya done. Sebab dah jual. Dengan kerugian. Cek kat bawah. Last 2 trade tu. Keuntungan turun dekat 800 usd (ni akaun demo). Bayangkan. Disebabkan kehebatan 3suku G.... Keuntungan kita turun 800dollar. Or maybe dekat 70% dari keuntungan asal..

Marah tak kau? Ni bukti trade mlm tadi... Tgk chart trading aku... 4 trade awal tak rugi. 2 trade last (yg aku mintak 1 je, tapi sbb lag gile jadi 2), jadi rugi... cipan gaung...

Thursday, October 16, 2008

Gmail Yg Bengong

Perhatian-perhatian...

Dengar sini orang-orang kampung... Dalam tempoh seminggu ini aku terperasan yg ada sesuatu tak betul berlaku pada Gmail. Radi foward email tak smpi. Aku sent email pada Ing, dia tak reply. Scott foward email, tak sampai. Email dari orang luar tak de jugak dlm inbox.... Apatah lagi aku foward email dari maybank. Memang tak smpi la...

Nak kata salah, dah betul alamat email aku. Aku hairan. Tak masuk pulak dlm Spam.

Malah Scott kata, email dier sent tak sampai...

Check punya check... Gmail tengah bengong. Sebab ada certain email yg org hantar, foward atau reply akan terus masuk ke "All Mail". Dier tak masuk inbox. Tanpa ada alasan. Tak jugak masuk Spam. Kalau masuk spam, at least kita selalu check. Ini tidak...

So orang-orang kampung. Tengok-tengoklahlah... Mana tahu, kalau-kalau anak dibandar ada menghantar kiriman wang barang sepuluh 20 ringgit dlm akaun gmail kita...

......

New Maybank2u

1st day of new Maybank2u...




Nice...

Walaupun aku kat menara maybank. Aku nak masuk pun slow giler. Inikan pulak orang luar... so f**king slow... like snail... Lagi slow dari sibut... Interface cantik, slow pun tak guna...

Woiii e-channel... takwat keje ka? Ni server tak cukup power ke bandwidth tak cukup? Kasik up skett laa... bikin malu aaja...

Friday, September 19, 2008

19 Sept

Ini bukan sambungan 16 September...

Tapi ini adalah hari ulang tahun ":-)" Smiley yg ke 26.


Happy Birthday Smiley...
:-)

So... Kalau kita ada masalah, jgn asyik nak bermuram.
Dunia bukan sentiasa di bawah, Okay? Jgn sedih... Smile Always



Wednesday, September 17, 2008

Dear God


Please accept my doa....

I want a Canon EOS 5D Mark II, with 70-200 F2.8 L lens and a good eye sight. That's all my god. I promise I will not eat and drink anything during this Ramadhan (day only). And I will be a good boy too... Please bless me, Ya-Allah... Amin....


EOS 5D Mark II - 21MP with HD movie...
Price --- US: $ 2,699



Specs...

Sensor
• 36 x 24mm CMOS
21.0 million effective pixels
• 22.0 total megapixels

Image sizes
5616 x 3744 (L)
• 4080 x 2720 (M)
• 2784 x 1856 (S)
• 5616 x 3744 (RAW)
• 3861 x 2574 (sRaw1)
• 2784 x 1856 (sRAW2)

Lens support Canon EF lens mount (not EF-S)

Auto focus • 9-point TTL
• -0.5 to 18 EV working range
AF Assist No (only with external flash)

Metering modes
• Evaluative 35 zone
• Partial (8% at center)
• Spot (3.5% at center)
• Center-weighted average
• 1.0 to 20 EV metering range

ISO range Auto (100-3200), 100-6400
ISO can be expanded to H1: 12800 and H2:25600
ISO steps 0.3 EV steps

Image parameters "Picture Style"
• Standard
• Portrait
• Landscape
• Neutral
• Faithful
• Monochrome
• User 1
• User 2
• User 3

Viewfinder • Pentaprism
• 98% frame coverage
• 0.71x magnification
• Focusing screen can be changed
• Quick-return half mirror
• Depth of Field preview button

LCD monitor
• 3.0" TFT LCD
• 920,000 pixels
• Approx. 100% coverage
• 170 degrees viewing angle

Live View Mode
• Electronic viewfinder with image sensor
• Approx. 100% coverage
• 30 fps frame rate
• Manual Focus (Magnify the image 5x or 10x at any point on screen)
• Autofocus: Quick mode, Live mode, Live Face detection mode
• Display :Grid overlay (x2), Histogram, data, no data

Saturday, September 13, 2008

Superfast Streamyx!

Superfast streamyx!

Faster than Leased Line
Faster than home fiber-optic line
Faster than 4Mbps Streamyx Line
Even beat the new wimax.
And there's no way Singapore or Hongkong can beat this connection!

Super fast streamyx download. Yeah! Same file from different source.

At...

2414 & 2782 bps!!!
Bit per second!



Mangkuk hayun punya streamyx... Dial-up punya download lagi laju...

Saturday, August 09, 2008

PS3 at Wiki




The next generation game console is here. Ready to rumble your house with thundering sound and crystal clear pictures. And it support Bluray movie too!

PS3 is all in one game console. Not only PS3 able to play games but it can also able to be use as all in one media entertainment. From photo to movies and online. More update to come for future use.

In some place, it's hard to get PS3 and its game. So why not you try to get it online? You can cut the cost. And you don't have to pay for you gas too! Click, order and wait. Shopwiki can help you on that. As easy as 1-2-3!

Okay

What to look on PS3? Well... If not thousand, maybe hundreds of website will show you on how good it is. Thousand of fanboy invade the shop and book online just to get their hand on PS3 on first day.

And now, Ps3 already have hundreds of game title on the shelve. Some of the version can even play the old PS2 games. Hundreds games will come to the market in near time. And Sony already promised that your system will last years to play your favorite games.

I have PS3. So what are waiting for? Go online. And book now. Then we can fight online. Msg me then...

Wednesday, July 23, 2008

Canon EF-S 55-250 IS F4-5.6 The Review

Okay, I'll give you a short review about Canon EF-S 55-250 IS F4-5.6. I promise you, this review will be very-very-very short... Hahahaha...

Price?
  • SRP - Rm1099
  • Street Price - Rm8++ with 58mm filter.

Box?
  • Nice manual
  • Nice box
  • Nice plastic protector
  • Built for for Canon SLR that can accept EF-S lens. (300D, 350D, 400D, 450D, 10D, 20D, 30D, 40D)

Feel?
  • A bit plasticky...
  • Don't ever think people will say 'WOW' when they look at your lense. It's not white. (Now go to your store and paint it white!)
  • Small and lightweight
  • Quite (at least a bit more quite compare to my Tamron 18-50 F2.8)
  • Weird when i see my lens erected when I zoom in!
  • Now I have 2 switch on my lens. 1 for Auto-Manual. The other one for IS On-Off.

Performance?
  • No USM
  • Still not fully tested during daylight.
  • Not so slow in low light condition. But slower compare to lens with USM and L.
  • IS (Image Stabilizer)? Superb man... But please do not compare with L. But still, this cheap lense offer you a 4 stop IS tech...
  • Image Quality? For now... I think far better compare to my kit lens. And a bit better compare to my Tamron 18-200. At least in ISO1600 and lowlight condition. (more to come)
  • I can handholding at 250mm and snap a sharp picture at 1/30 sec. Quality wise... Sharper than 1/100!

Ok... Now for the sample... (mix of 100% resize and 100% cropped)
ISO 1600 for all sample. Canon 350D and 250mm zoom.

1/10sec - 1.5 meter - Without IS (100% resize)


1/10sec - 1.5 meter - With IS (100% resize)


1/10sec - 1.5 meter - Without IS (cropped)


1/10sec - 1.5 meter - With IS (cropped)



0.4sec - 3 meter - Without IS (100% resize)


0.4sec - 3 meter - With IS (100% resize)


0.4sec - 3 meter - Without IS (cropped)


0.4sec - 3 meter - Without IS (cropped)



1/30sec - 1.5 meter - Without IS (cropped)


1/30sec - 1.5 meter - With IS (cropped)


1/50sec - 3 meter - Without IS (cropped)


1/50sec - 3 meter - With IS (cropped)


Conclusion?
If you have tons of money/credit card. Then buy the 70-200 F4 L IS or maybe F2.8 IS. Else... buy this one. Cheap... and acceptable performance... for now...



More comparison will come in next 2-3 weeks.

Tuesday, June 10, 2008

Aikkk?phone

Tengah kecoh. Iphone Baru...

Awit ada cete. Jeffooi ada cete. Aisehman ada cete. Techwebsite byk cete. Semuanya kata,

"Kami mahu Iphone 2.0!"

Begitu juga scott. Ni kalau aku tanya Arip nih, sah dia kata nak iphone

Dia org byk duit. Aku takde duit... Lagipun HP aku pun baru. So, kalau aku nak beli pun tunggu iphone 3 keluar atau tunggu bile boleh dpt harga 199USD yg Apple jual tu. Kalau beli sekarang ni sure smpi sini semua org dah mark-up. Dari sekitar RM650, mahu boleh jadi 2 kali ganda harganya.

Ermmm... So mungkin ini upgrade HP aku bile semua org mahu guna iphone2.

Lilitkan W880i aku kat Apple hijau. Biar ngam2. Kalau besar sangat, nanti susah telepon tu nak masuk kocek. Nampak ada bebola bonjolan lain dlm kocek. Kalau kecik sgt, org tak nampak jenama 'apple hijau' aku. so biar ngam2. Tangkai diletakkan atas hujung HP. macam ada antenna HP zaman dedulu. Kalau nak cantik, gamkan HP tadi kat apple. Kalau tak mahu, gunakan getah gelang tu. Pastikan apple dlm keadaan fresh. KAlau dah tak fresh, makan saja apple tu dan tukarkan pada kaler yg lain.

Kelebihan Applephone aku
- Boleh tukar2 kaler. Ikut sukahati korang.
- Boleh kecik, boleh besar. Ikut sukahati korang
- Spec tak terhad. Lain addon HP korang lain la spec dier. Cam aku, lebih nipis. Kalau korang letakkan PDA, applephone boleh dibuat business. Kalau saham tak menjadi, jual je apple tu.
- Menjadi tarikan gadis-gadis amoi yg menjual hp kat lowyat.
- Kalau iphone2 ada 3G. Applephone boleh jadi 0.2kG, 1kG atau 2kG. Depend berapa banyak apple yg kau nak letak.
- Kalau lapar, makan je applephone korang tu...


Ini sample hp applephone akan datang aku...



Hahahaha...


Ps - Jett, sila balik dari sana lambat lagi. Saya mahu kirim itu handphone baru dari Apple. Boleh ka? Bukan applephone... Takpe, upah boleh kasik.. :p

Friday, May 16, 2008

I want my Xbox 360!

Hell yeah...

Between PS3 and Xbox 360 i prefer 360. Why? Maybe because of their games. PS3 a superb in terms of graphic, but that's not my main point of having a console. But, my friend, Scott, have all the new generation console.

Ok, GTA4 for xbox 360 in the market. Scott said... Arip said... Welll... They said and told us so many things about GTA4... GTA4 this, GTA4 that... And if you buy the xbox 360 version, later you will be able to buy the extended version. When? I don't know. But you can book yours online.

And soon, you will get Gears of War 2. Superb man! Only available on 360. Ermm... But, I haven't play the 1st one yet. Why? Because I don't my xbox 360 yet. But that's not a big problem. Hold my card in my left hand and right hand typing my order online! (easier).

Go go go... book your xbox now! I will follow you later! I promised...




... Dear god, please approve my request. Due already. Give me Xbox 360 and 40" LCD tv on my next Birthday!

About me

My photo
Between Reality and Fantasy...