1st.... Peace!!!
Aku nak tanya. Kenapa ada sesetengah orang yg terlalu obses pada mengambil gambar diri sendiri? Yg ada handphone berkamera tu, di ambil2. Kalau hp takde function yg membolehkan kamera berpusing. Sanggup di pusingkan hp. Bila habis tekan, dipusingkan kembali hp, dan tengok hasilnya.
"Ehhh sengetlah"...
Ambil lagi sekali. Kalau boleh. Sampai la 'peace' tadi bebetul melekat comel di gambar. Itu kalau sorang. Kalau ramai2 dengan kawan... Lagi parah. Mahu berbelas kali kamera tadi berpusing. Yelah... penat2 member buat pipi montel warna merah, tetiba, yg kuar, cuba jari jemari dengan 'peaceee....' Ambik semula.
Pernah aku tengok semasa merdeka lepas. Segerombolan awek yg suka buat 'peaceee...'. Asik menelek muka memasing dalam kamera. Sudah berminit2 aku pandang tempat lain. Tapi ambil gambar diri sendiri tak abis-abis. Kejap peaaaceeee... kejap yoooo... kejap lagi sengih... Ntah ape-ape... Walhal, secara logik. Backgroundnya cuma jalan tar gelap depan ikea tu je. Bukan ada gambar bungaapi pun.
Ermmm... mungkin nak update facebook kot? Lepas tu pakat tag reramai...
Ok... Tu bukan cete utama.
Cete utama ialah aku nak menasihatkan... Golongan aweks-aweks yg tergedik-gedik terlalu obses dengan diri sendiri. Tak kiralah utk gedik-gedik atau tidak. Tak kiralah pakai hp, kamera mahupun kalau buat gila, tangkap gambar sendiri guna slr smpi berpuluh snap. Tak kiralah gambar atau video 3GP.
Nasihat aku... Kalau nak ambil gambar pun... Jgnlah terlalu obses... Jgn sampai lupa daratan. Semua mahu diambil. Bukan setakat peace, piss pun mahu diambil!
Why? Manalah tahu, org curi hp or kamera, kita bagi pinjam memori card, pinjam hp, hantar kedai kamera etc... Posibility dia org 'curang' tu tetap ada! Sebab... walaupun kita fikir gambar kita ni dah delete, sebenarnya kita boleh kembalikan gambar yg kita delete. even dah format pun boleh jumpa gambar tadi!
Yup serious shit!
Kini dlm internet. Dah banyak tersebar gambar porno aweks yg obses macam ini. Tak tahulah. Mungkin mahu cek. Gemuk ke tidak, kiri ke kanan lagi besar. Macam mana gambar belakang. Tengok rambut sendiri. Live takleh tengok. Kalau tgk pakai cermin pun, mau tergeliat kepala. Isk la...
Atau mungkin... ghairah tak sudah pada diri sendiri!
Jangan... Jangan buat kerja bodoh.
Aku tahu. Dengan cara berbogel di depan cermin, mereka tak rasa puas hati. Yelah, kita cuma nampak skala 1:1. Tapi... Kalau ambik gambar guna HP yg ada 2-3MP tu. Kita boleh zoomkan. Or ambik shot yg tak nampak. Dari belakang, atas, bawah etc. Mole yg ada di dada pun boleh jadi besar macam duit 20sen! (kalau pakai SLR la kan...).
Tapi apa gunanya... Kalau gambar tadi boleh diambil dan disebarkan oleh orang lain di internet? Apa gunanya kalau kamera dan HP yg berporno diri sendiri tadi boleh dicuri? Berbaloikan obses pada diri sendiri sampai macam itu? Berbaloikah... Org nampak ada kurap kat belakang kita. "Muka je cun.. Ada kurap ada panau!"
Hmmm...
Cukuplah kalau nak obses pada diri sendiri di depan cermin. Nak buat ape pun, sekurangnya... Kalau cermin tadi dicuri. Pencuri tadi tak mampu kembalikan 'gambar' awal. Tu pun dah cukup bodoh bila tgk sembil tersengih2. "Cantiknya body aku". Cheiiitttt...
Oleh itu... Kalau aweks kat Universiti yg bijaksana ni pandai. Sepandai mereka masuk U. Dan dapat biasiswa lalu beli hp lagi mahal dari org yg kerja.
Maka letaklah otak kat kepala bukan dilutut. Tak payahlah terlalu obses smpi mahu ambil gambar ghairah pada diri sendiri. Takut-takut kalau nanti, ada org lain yg turut sama ghairah. Mana nak letak muka? Nak jadi burung unta?
Fikir-fikirkan... Kalau gambar polaroid pun boleh tersebar, apatah lagi gambar digital. Hari ini hilang handphone dan kamera. Esok gambar porno kita sudah ada di tangan penduduk madagascar!
Note - Mahu cuba? Ambil gambar 'obses' kamu tadi. Dan poskan memory kat pada aku. Aku akan cuba kembalikan gambar tadi. (Bab aku jujur tengok ke tak tu aku tak brani jamin la kan). Tapi aku yakin, aku boleh kembalikan gambar yg dah didelete. Rahsianya? Adalah...
One more thing. Sila kepilkan kan sekali gambar asal. Kalau rasa diri macam nenek gunung ledang, takyah la nak suruh aku cek memory tu. Mau muntah darah karang kalau aku dah crack!
Tuesday, December 09, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment