Showing posts with label Lawak. Show all posts
Showing posts with label Lawak. Show all posts

Sunday, July 19, 2009

"Nanti Main Mana?"

Tadi aku gi MV utk baca buku (3jam lebe baca buku free kat MPH n Borders Garden)

Then lepak2 luar sat, tgk org...

Then aku gi gunting rambut since aku dpt coupon yg free kan (ye... skang dah 16ringgit kat mv)

Sampai kat tmpt gunting rambut yg B1 tuh... Aku nampak amoi cina nih... Aku tersengih mengingatkan conversation dier ngan seorang mamat last June... Dia org duduk sebelah aku masa aku tengah gunting rambut

Amoi - You apa fesyen mau?

Mamat - You kasik kemas la. Pendek.

Amoi - Itu kerja itu macam ke? Slup tepi mau?

Mamat - Biasa saja. Bukan keja la. Kahwin la.

Amoi - Ouuuhhh bila kawin?

Mamat - Majlis esok. Itu pasal arini saya mahu gunting rambut.

Amoi - Waaa... manyak sedap aaa you kawin.

(Aku dah start sengih)

Mamat - Biasa2 aja.

Amoi - Itu lepas kawin aaa... You nanti main mana?

(Aku macam nak lempang je amoi ni. Buat lawak #1 kat Midvalley)

Mamat - Haaa?????? (Hairan dan nak tergelak)

Amoi - Tada la. Itu org biasa lepas kawin kan. Pergi jalan, itu mau main. You main mana tempat?

Mamat - Ouhh honeymoon?

Amoi - Haa ya la, honeymoon!

Mamat - Langkawi la. Takda duit mau pergi jauh

Amoi - Waaa... banyak sedap aa pergi main sana langkawi.


Aku rasa nak sepak je amoi ni. Dah aku tak sedap duduk nak tahan ketawa. Karang aku ketawa, ada yg kecik hati...

Ingat... Kalau kawan kau kawin, kau tanya camnih... "Lepas kawin kau main mana?". Kita tengok apa dia jawab. Jangan jawapan kawan kau bagi tu 'BELAKANG', sudah...

Wednesday, April 01, 2009

Cuti 10 Hari - Jom kawin!!!



Maybank baik. Dia bagi aku cuti free. Tak macam company lain. Kedekut! Tapi yg kurang baiknya, Maybank hanya bagi sekali. Bukan 4 kali. Kalau 4 kali, mungkin ada orang yg akan guna ke empat2 kali tadi.

So balance cuti aku ada 10 hari. Still thinking, bila patut aku ambik...

Well... Today... Aku applied cuti 10hari. Tanpa tolak cuti tahunan aku. Kena apply awal2. Sebab kalau tak awal nanti bean potong aku. Ambik awal. Padan muka bean. Padan muka mawar n tom.



So, hari ni aku nak announce secara terbuka nih.

Bila aku nak ambik cuti kahwin aku tu. So korang pun tak terperanjat satu masa nanti. (hari ni pun dah terperanjat kot?) Tak payah gak aku kasik korang kad ke ape. Jimat duit aku. Aku potostat je. Tak pun ST je korang. Since korang dah tahu tarikhnya... maka nanti aku kasik alamat je lah kan. Senang cete. TAk pening kepala otak aku.

Ermmm tarikhnya dibawah. Korang sabarlah... tak sabar betul! Kau ingat keputusan ni senang ke? Susah tau. Banyak masalah nak kene fikir. Bukan la masalah pasal hantaran semua tu. Tak... masalah lain. Kahwin bukan sebab hantaran beribu ringgit. Tak, kahwin is about life.

So... Today... aku nak announce... Tarikhnya... Jeng3...
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Ok... aku nak ambik cuti 10 hari tu... Bulan 13 nih... Sekian...



Jgn marah... 1 April okay?

Monday, February 23, 2009

TM Jahat - Aku nak claim kat 012235****

Ni No tepon sape ni. Hehehehe... Aku nak claim balik. Sebab TM Jahat. TM takde duit, so dier nak mintak dari aku. So nanti org TM bonusnya banyak. Iskkk... Tak adil!!!

Ye ke nombor 'dier'?

Serius la... Seingat aku, zaman aku mula nak tangkap cintan tu, jarang aku gayut nih. Rasanya paling lama pun dlm 20 minit. Sampai sejam lebih ni. Ape agaknya yg aku cete aaa? Tak logik aku gayut tanya dia masak ape? Sbb dier gi hawker je. Ape lagi? Cuba cete...

Aku tahu... Ni mesti skandal ing nih...

07 04 2002 01:02:25 01223***** MAXIS TN 01:28:20 13.30
08 04 2002 00:37:55 01223***** MAXIS TN 00:40:07 6.10
09 04 2002 00:30:49 01223***** MAXIS TN 00:46:22 7.00
10 04 2002 01:03:39 01223***** MAXIS TN 00:47:47 7.20
10 04 2002 02:16:24 01223***** MAXIS TN 01:04:07 9.70
15 04 2002 03:28:58 01223***** MAXIS TN 01:25:17 12.80
15 04 2002 20:54:29 01223***** MAXIS TN 00:39:01 5.90
17 04 2002 01:59:12 01223***** MAXIS TN 01:19:42 12.00
18 04 2002 03:32:49 01223***** MAXIS TN 00:10:30 1.60
19 04 2002 02:59:07 01223***** MAXIS TN 01:02:16 9.40


Ermm masih muskil... ape yg aku cakap aaaa????

Wednesday, February 18, 2009

Artis Top!


Yes... atas pertolongan kroni aku, Si Arip... Aku sekarang sudah menjadi artis.

Terima Kasih... Tahun depan aku mungkin akan dapat status Datuk. Terima Kasih

Ohh glamernya... Terima Kasih

Ehhh jangan jeles... TErima Kasih!





Ps - Aku rasa muka aku macam baru lepas telan asam kecut

Friday, February 06, 2009

Bila Tun Mahathir buat lawak kejam

Adoi la.. Tun buat lawak kejam... Especially part yg dibawah ni...
Hahahaha...

LOMPAT LAGI

..........

10. Kita hanya boleh pandang dan lihat sandiwara yang sedang berterusan. Anwar akan dapat banyak pengajaran daripada sandiwara ini kerana dialah yang beria-ia sangat untuk ada lompat katak yang terbesar pada September 16. Oh! Silap, September 24. Oh! Silap lagi.

11. Amat menggelikan hati mendengar telatah Anwar berkenaan Nasarudin Hashim (ADUN Bota) masuk PKR dan keluar daripada PKR.

12. Lompat masuk (perangkap) boleh tapi lompat keluar tak sah!! He, he, he!


Monday, November 10, 2008

Puting (18SX)

Wak Kemat mahu main golf. Tapi dia selama ini cuma tahu menyabit...

Aksi derama...

Dol Hamzah
Wak Kemat... Kau tengok ni. Tak betul cara kita guna teknik menyabit utk masukkan bola dalam lubang. Kau baca ni...

Wak Kemat 
"Biar aku baca..."
J-a-JA... d-i-DI... k-a-n-KAN... Jadikan
p-u-t-t-PUT... t- i-n-g-TING... Puting
n-a-NA... t-u-TU... r-a-l-RAL.... Natural"

Jadikan puting natural.... Dia suruh jadikan puting mana yg nak jadikan naturalkan? Yang ni ke?... Waahhh susahlah aku... Ini minah saleh senanglah nak dinaturalkan. Kalau bini aku... Kau bayangkan 20 tahun kawin. Aku sama anak-anak sudah kerjakan... Susah ini mahu dinaturalkan balik....

Dol Hamzah...
Aduhh waaakkkk.... Putting... Bukan puting...

Wak Kemat
Samalah tu... 






Jangan marah... kita gurau ganas je...

Tuesday, October 14, 2008

I hate you!




A house divided: Estranged couple's home cut in half

The man moved his part of the house to his parents' property, May Titthara said. He lives with his parents, while the wife continues to reside in her precariously perched, upright half.


Hahahha...
Don't be stupid... especially if you stay on the 21st floor!

Sunday, September 21, 2008

Quote Dari Abang

Quote Dari Abang

"Saya telah bertemu dengan ramai pengurus dana di rantau ini, yang mewakili aset yang berjumlah USD 1 trillion dan mereka telahpun menyatakan sokongan mereka kepada perubahan menyeluruh di Malaysia termasuklah kebebasan kehakiman, media dan pihak polis serta agensi pencegah rasuah yang lebih professional, juga peraturan yang mesra pelabur dan jaminan tiadanya campur tangan ahli politik di dalam pengurusan Bank Negara. Inilah antara polisi yang dijanjikan oleh Pakatan Rakyat untuk dilaksanakan, dan insiatif inilah yang gagal diambil oleh pentadbiran sekarang terutamanya selepas 8hb Mac 2008."


Woww... Abang... You can get bigger than what Bush will get... I'm really surprise!!! I wonder, why Bush don't ask for help from this 1 trillion investor. Maybe they can help their own country? Hermmm... I wish, Abang can be US next president!



WASHINGTON — The Bush administration on Saturday formally proposed to Congress what could become the largest financial bailout in United States history, requesting unfettered authority for the Treasury Department to buy up to $700 billion in mortgage-related assets.


*** 1 Trillion USD FDI for Malaysia = 7% of total US GDP in 2007 (13.84 Trillion Dollar)!!!


Tuesday, September 16, 2008

Wahahahahahaha....

1, 16,9,50,45, 140, 82, 31, 50, 16, 5, 2,


Ada lagi nombor-nombor yang terlibat.
Tapi.... Takpalah. Kita lupakan...


Kerana hari ini adalah 16 September 2008...

Dan nampaknya....





Aduilaa.... Apsal la korang buat lawak tahap gaban nih...
Org puasa weii... jgn buat lawak. Lapar ni lapar... Ngap kang.


Takpe-takpe... 3 hari lagi, Minggu depan, dua minggu depan, Bulan depan lepas raya, tahun depan ataupun... kau cakap la tarikh bebila yg kau nak tuh. Kau cuba lah lagi... Lagipun, orang berpuasa kena bersabar kan?

Esok masih ada. 24 September ni pun ada juga...


Aku doakan berjaya... Wahai bakal PM ku yg ke-6. Mmmuuuaaahhssss...


"Lu fikirlah sendiri..."





Baca Husin Lempoyang punya laporan. Bess gile...
1 - Besok Sept 16: Macam nak mula lompat tapi ...
2 - Sept 16 12:30: Anwar angkat sumpah pukul 5:45 pagi ... Jangan tidor!
3 - Sept 16 5:45 pagi: Lambat Sikit Kut ...
4 - Sept 16 6:30 pagi: Ada problem sikit ...Masih akan tubuhkan kerajaan baru
5 - Sept 16 8:30 pagi: Gaduh skit pasal sumpah ... Masih tubuh kerajaan.
6 - Sept 16 12:30 tghari: Bertengkar besar ... Nak bincang siapa PM dan TPM dulu
7 - Sept 15 2:40 pm: TERGEMPAR Anwar angkat sumpah ....?

"Anwar angguk kepala, nanti dulu saya tunggu George Bush talipon. Dia akan perkenalkan saya pada Sara Palin. Wan Azizah berhenti menangis bila dengar nama Sara Palin. Dia tengok pada Anwar dengan muka cemburu ... Memahami isterinya, dia terus sebut, "Perempuan, bukan lelaki."

Wednesday, August 13, 2008

Racist? Tak tahu nk ckp ape...

Bila aku baca nih...

Aku tak tahu nak cakap ape. Nak marah... Susah. Nak gelak... Pun Susah... Nak ape lagi?

Nak kata dia buat lawak. Racist. Nak kata dia nak racist. Lawak. Nak kata dia fitnah. Ada yg betul. Nak kata dia betuk. Ada jugak lawak jenaka.

Dia kata dia pandai... Kau orang fikirlah sendiri... Sampai masanya... Kita sengih je la bila baca surat complain pasangan 'berpendidikan tinggi' ni...


(Klik untuk gelak...)

.

Thursday, July 17, 2008

Debate No 2??

Shabery: RTM ready to air debates between politicians

my suggestion

Name vs Name
Title
Bookie prediction = Out of 10


Dollah vs Chedet
- Where to Malaysia?
bookie prediction = 2-10 (Dollah get that 2 point before the debate start)

Anwar vs Saiful
- You Spanked My Ass!
bookie prediction = 0-0 (Debate cancel becoz Saiful ask Anwar to Mubahalah in front of Ulamaks and Anwar dont want to to that. Instead he will call Syariah Court judge)

Dollah vs Lee Kwan Yu
- My Land is your land. Your land is your land
Bookie prediction = 0-0 (Debate cancel becoz Dollah ask Kwan Yu if he want to eat durian with him or not? Kwan Yu agree. So change plan)

Mukhriz vs Khairy J.
- A good son please stand up
Bookie prediction = 8-10 (No mercy match. Kj will bring his full team from 4th floor)

Najib vs Muhyiddin
- Whose Balls for Malaysia?
Bookie prediction = 8-10 (Becoz wakdin have bigger balls)

Tengku Razaleigh vs Dollah
- Mu nihhh... Aku katoq demo
Bookie prediction = 10-6 (Dollah fall asleep becoz he can't understand what the heck Ku Li said in Bahasa Kelantan)

RPK vs Najib
- Sesumpah & Bersumpah
Bookie Prediction = 9-10 (Crowd went berserk when one of them open a box full of firecraker. Najib will be declare as a winner)

Ezam vs Anwar
- What box? Heart shape box?
Bookie prediction = 10-10 (Becoz they bring the same 6 boxes)

Hadi Awang vs Lim Kit Siang
- Islam or No Islam state?
Bookie prediction = 5-5 (Not finish becoz Hadi curse Lim in Arab and Lim curse Hadi in Mandarin. Both disqualified)

Lingam vs The Judges
- Look like me, sound like me? What say you?
Bookie Prediction - 1-10 (Horatio from CSI will help judges to improve the video quality)

Last One

Rakyat vs Dollah
- Where's my money dude?
Bookie prediction = 10-0 (Dollah always said, "I don't know I'm not involved")

Thursday, July 03, 2008

ekzoz buluh



Adjust, adjust juga... Tapi biarlah berpada...

Kalau tak... Ada org besar yg kene 'JOLOK MOTOR YE BANG???'

Tuesday, June 17, 2008

Kahlid Ibrahim dan Artifak

Cerita-cerita tentang Muzium Selangor dan pemberhentian Pengarah Muzium tadi...

"On Friday, Maimunah said she had received a letter that stated her two-year contract with the museum, which had another five months to complete, was terminated on June 9."


Katanya Menteri Besar Selangor dalam The Star hari Ahad lepas...
“Of course they can but naturally young people will have a 10-year plan while a 60-year-old has a one-year plan. I don’t want the museum’s officers to be its own artefacts,”


Ini jawapan Bekas Pengarah, Pn Maimunah.
"Kalau hendak mengata orang sebagai artifak, dia pun boleh dianggap sebagai artifak juga, tetapi apa pun artifak tetap mempunyai nilai," katanya kepada Utusan Malaysia ketika dihubungi di sini hari ini.


Dan ini, 'penyokong' Artifak menjawab...
“On her side, she had not made any attempt to send in a letter of appeal to extend her service." ---
Dah Pn ni kena terminated tanpa alasan awal2, camna nak APPEAL dari dulu? Appeal utk extend service dulu sblm kene terminated, or terminated dulu baru nak appeal service? Muskil2...



Aku kata...
Tan Sri oiii... Jangan kata orang tu artifak. Pn Maimunah ni baru nak berusia 60 tahun. Tapi kamu tu dah 61 tahun. Lagi artititifafafafakkk... (Ops sorry Tan Sri... saya gagap sikit...).


Oh ya TatataTannn Sri... Saya berharap. Saya duduk Selangor ni. Tidak dibebani oleh seorang Menteri Besar yg hanya ada plan 11 bulan saja. Ialah, kalau orang umur 60 tahun, Tan Sri kata plannya cuma 1 tahun. Tapi kalau Menteri Besar umurnya 61 tahun... mesti plannya lagi kurang dari orang umur 60 tahun kan Tan Sri??? Biasalah, dah tua... Nak jadik artifafafafak dah...


Lawaklah Tan Sri nih... Saya pastkan kat Husin Lempoyang lah ek...

Friday, June 13, 2008

Dollah Badawi Umum letak jawatan!

Najib kata....

Dia setia pada Umno. Maka dia tidak akan mencabar Paklah... Paklah suka dan bagi janjinya pada Najib sebab Najib sudah kata dia tak mahu Cabar Paklah. Dia akan menyerahkan kuasanya pada Najib...

Abdullah, Najib agree on best time for leadership change


Tapi desas-desus dari mulut-mulut murai yg rapat dengan BAKAL Bekas Perdana Menteri tadi mengatakan... Paklah telah bersetuju untuk turun di antara masa2 ini.

1. Paklah kata kat Najib... Bulan 12!!!
2. Paklah kata kat Najib... Bulan 13!!!

Najib angguk. Setuju dan gembira... Hoyehhh... hoyehhh.... Paklah tersenyum. Kerana hajatnya dah sampai... Dia akan turun takhta pada bulan 12 tahun tak tahu atau bulan 13 depan...

Thursday, June 12, 2008

Anda Malu, Cepat Pancut?

...Amaran...
~18sx~



Aku bukak gmail. Tengok di atas longgokkan email tadi. What the???


Klik utk cepat pancut

Kalau korang (lelaki) terasa diri tu kemalu-maluan. Kerana cepat pancut. Maka pergilah ke website isteripuasdotcom. Kerana kecepatan anda membuat isteri tidak puas dan makan luar.

Kalau isteri makan luar, korang pun makan luar. Tapi, apa gunanya kalau korang (lelaki) nak makan luar kalau buffet yg dibayar mahal tadi kita makan aiskrim je? Lagipun, sekarang minyak naik, jimat2 la duit tu. Tak kisah la, laki ke bini ke... Makan luar nih makan duit yg banyak...

So, fikir2kan. Kalau boleh, mana-mana bini yg terasa lakinya tak kuat memasak kat rumah memalam tu, jgnlah makan luar... Tak baik makan luar. Derhaka... Tak bagus gak makan dalam, bahaya kalau makan dalam terlalu lama!

Cubalah ikhtiar, biar agar laki korang tu boleh kasik korang makan, puas-puas. Tak kisah la guna ricecooker automatik atau deawoo dapur gas. Belikan apa yg patut. Dia masak, korang makan gak. Yg penting, korang cukup makan. Tapi... Jgn tak nak makan pulak. Bahaya gak tu. Buatnya tetiba laki korang tadi beli buku Jamie Oliver terbaru 'How to cook bbq outside your house', camne?

Petua... Makan sikit2. Jgn banyak2. Lapar kita makan. Berhenti sebelum perut keluar angin. Kalau tak, cramp perut nanti!


Cuma aku muskil... Rm50 kat atas tu. Utk ubat utk bini ke utk laki punya 'ubat'?... Hmmmmm...



....Hahahahahaha... But, kalau korang telah belajar 'ilmu ikan buntal' (baca Mastika Julai) jgn gi website ni, tapi korang sendiri yg berniaga utk buat website baru...

Tuesday, June 10, 2008

Ukur seluar perut sendiri

Kata orang tua....

Dulu-dulu
Darjah satu - Saiz 21. Berat 21kg.
Tingkatan 1 - Saiz 25. Berat 42++kg
Tingkatan 5 - Saiz 27-28. Berat 49-50kg
Tingkatan 5+ (18thn) - Saiz 29. Berat 51-52

Hampir-hampir dulu-dulu
2000 - Saiz 29 - Berat 51kg
2003 - Saiz 29-30 - Berat 50kg
2005 (Ogos-Disember) - Saiz 28-29 - Berat 49-50kg
2006 - Saiz 29-30 - Berat 51kg

Hampir-hampir sekarang
2007 (until September) - Saiz 29-30 - Berat 51-51.5kg
2007 (after October) - Saiz 30 - Berat 52-52.5kg
2008 (early) - Saiz 30 - Berat 54kg

Sekarang
Now! Saiz - 31+ - Berat 54-55kg
Demmmm... Kene buat liposuction nih...

Ermm... kena buat larian 2 marhalah seminggu nih! Kalo tak, mau kene beli seluar baru byk sales nih...


*Kata atok Mus, "Wah pis, dah gemuk sekarang pis". Aku pegang pipi aku. Gemuk sgt ke aku? "Berisi sikit je tok"

Friday, June 06, 2008

Bas Jumaat

Sekolah. Time sekolah. Aku cuba untuk dapat bas terakhir pergi ke Masjid. Walaupun selalunya duduk luar, tapi at least aku tak dapat bas second round bila balik nanti. (dtg awal membuat aku nak tidur di dalam dan susah nak keluar masa balik)

Satu hari... Nak dijadikan cerita. Aku duduk luar. Bersejadahkan kain sanping. Walaupun panas, aku boleh terus menuju ke bas bile saja selepas salam terakhir nanti. CEpat balik, boleh rehat cepat, makan pun dapat...


So hari itu... Dlm aku berlari anak ke bas sekolah. Nampak seorang perempuan turut berlari anak. Ke arah yg sama. "Macam pernah ku lihat perempuan ini ya, tapi di mana?" Rupanya ustazah! Ustazah buat sportcheck. Siapa tak sembahyang, siapa hisap rokok time sembahyang etc...

Kalau Ustad yg check... Jadi msalah lain pulak.

So aku pun sama berkejar ke dlm bas. Tapi ustazah menang!... Macam polis. Takkan kau nak potong kereta polis. Hampeh la nanti!

Bila kita org smpi. Try bukak pintu. Driver tgh kusyuk sembahyang. Takkan nak tunggu luar. Ustazah naik dulu... Skali...

"Macam mana awak boleh naik dulu?" Ustazah pelik. Tanyanya pada 2-3 org yg sedia ada dlm bas. Sbb diingatkan dia paling awal naik bas.

"Kita org ikut jalan lain. Naik ikut pintu belakang." Dengan selambanya dia org menjawab. Juga sambil membetulkan songkok utk mengelakkan ternampak rambut yg kusut. Beberapa org dibelakang ustazah termasuk aku yg tengah termengah, tersengih tgk keadaan dia org. Kerana sudah ada jawapan di dalam fikiran...

Ustazah pelik. Jawapan yg meyakinkan tadi ditelan bulat-bulat oleh ustazah. Mungkin ini kali pertama utk ustazah...



.... kesimpulan hari jumaat... Nk gi jumaat jgn naik bas. Takut "tertidur" dlm bas bila dh smpi destinasi nanti...

Thursday, June 05, 2008

Menu Cara Hidup Gaya Baru

Sebagai menyambut saranan Paklah dan kerajaan utk mengubah cara hidup agar tidak tersepit dek kenaikkan harga minyak. Dengan ini aku mengumumkan menu baru dari syarikat aku. Harga dari Rm 1 hingga RM 8 sahaja. Cukai perkhidmatan tidak dikenakan (sebab syarikat aku lari dari cukai)

Motto
"Hidangan alaf baru pada yang harga berpatutan"



Menu utama
Keledek goreng ikan Masin
Keledek Kampung Fries
Ubi goreng kampung
Ubi goreng cina
Keledek Chop
Char Ubi teow
Keladi tiga rasa
Tomyam Mix - Mix Keladi, ubi dan keledek
Chipsket - Nasi putih, sup kosong, telur mata, kicap manis
7 Pieces Kacang Tanah of Heaven


Air
Pure Sky juice - bottomless
Air Garam kurang manis, suam
Ais Blended kosong
Air Jantan Kaw
kopi bontot kuali
Teh Tarik See Through, ice
Pandan Frappucino


Thrilled Menu
Siput babi masak lemak
Ikan belukang goreng - Resepi asli Indon Ayam Penyet
Kari Mamak 3 hari
Chopstick goreng
Sushi Selipar Jepun - fresh imported by Boon Siew
Sup Kulit Lembu
Keni Roger Ayam Kena Golek - Freshly made by Highway Sg Besi


Desert
ABC Kosong
Bubur Kacang Dhal
Icecream Petai
HotDog kepanasan - Freshly made by Federal Highway



Sebarang cadangan untuk menu seterusnya... Sila emailkan ke Paklah di alamat.... paklah.menu@KDN.edu.my

Thursday, May 29, 2008

En Wahid itu Warden kitaorang


Org Menara Maybank kecoh kira2 2 minggu lepas.


Pada awal pagi tu. Aku breakfast ngan Scott macam biasa. Nasi goreng ngan paru. Then kol 850. Aku pandang kiri dan kanan. Apsal hawker senyap? Ape yg berlaku. Dah dekat kol 9 baru aku terperasan. Mana pergi budak-budak messenger? Biasanya, dia org la yg stay sampai kol 930 kat sini. Arinih memasing takde. Yg ada tadi pun tapau je.

Garu kepala.

Kol 10 lebih scott memesej aku di sametime. Rupanya pagi semalam. Wahid (CEO Maybank baru) dengan sukarela menjadi warden Menara Maybank. Dia gi hawker dlm kol 10. Kemudian duduk di sama di meja yg staff tgh lepak. Dengan cara dia (aku rasa sengihnya sama saja), dia tegur. Tanya sapa nama? Asal dept mana? Nama boss siapa.

Kemudiannya... Naik ke opisnya, dia pergi sorang-sorang boss bebudak tadi. Makanya, panas la telinga boss tu. Ini bukan IR yg call, tapi CEO. "You tahu tak, staff you kat bawah tgh minum". Kau jadi boss nak jawab ape? Menggelabah boss...

Bila boss dah kene, staff kene.

Insaflah kejap.

Dan kunun-kununnya. Dikhabarkan. Ada seorang supervisor guard (external) luar yg tertidur. Malam. Dulu, masa ceo lama. Kol 10 line dah clear. Guard boleh tidur. Tapi Wahid warden kita tak. Wahid terperasan. Masa dia balik dari opis tengahmalam tu. Dia perasan. What the heck, supervisor guard boleh tidur. Dikejutnya.

Maka keesokkan harinya, supervisor tadi ditukarkan. Tak tahulah. betul ke tidak. kunun-kunun saja. Tapi, memang aku tak nampak lama dah org tu...

Wow... aku kata... Warden kita sudah mengganas...


... Makanya aku teringat kisah lama. Setelah aku balik dari melawat pintu gate sekolah aku sabtu lepas.


Form 4.

Tengah aku mengoder roti kosong 30keping, roti telur 10 keping. Roti sardin 5 keping. Tetiba kedengaran bunyik motor yg sebijik saling tak tumpah macam motor warden aku dari kejauhan. Yang ada saling berpalingan. Terus memandang ke arah bunyik tadi.

Sah!!!

Cabut!!!! Aku dan beberapa org lain terus larikan diri. Cakap kat mamak, "nanti saya datang lagi". Mamak sengih dan angguk kepala.

Aku pandang kiri dan kanan di belakang lorong kedai. Takut-takut ada warden ataupun mungkin juga anjing. Dalam kepenatan tu aku kira sorang2. Ehh, rasanya tadi ada ramai. Apsal cam hilang sorang senior aku nih?

Hampir sejam berlalu. Terdengar bunyik yg sama meninggalkan kedai mamak ditepi jalan. Maka, macam semut mengerumini gula. Kita org ke kedai mamak. Nampak senior tadi memaki-maki.

Tak, dia tak kantoi. Cuma dia tak sempat nak berlari. Lalu...

"Sial la korang tinggalkan aku. Aku buat2 basuh pinggan siall... Penat aku basuh pinggan. Tak pandang belakang langsung." Kita org bantai gelak.. Mamak pun sama.TApi mamak belanja dia roti dan air. Upahnya bekerja selama sejam sebagai 'dishwasher' terjun...

Warden... warden...

Monday, May 05, 2008

Cameraman

A good cameraman always can find a new and refresh opportunity...

Yeah... And I believe, this thing applied to everyone too... When there's a will, there's a way... No guts, no glory! Kalau tak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya... Try hard...



But not to this kind of try/opportunity... Menyelam sambil minum air...

About me

My photo
Between Reality and Fantasy...