Monday, August 21, 2006

Ex - SMSJ : 1.0

Daily story as at 10.33am** Aku ngantuk. Smlm taip blog smpi kol 1 lebih. Then tak boleh tido sampai pukul 3. Huwarghh... Smlm ptg kenyang sgt. Pagi ni lapar sgt. Gi MV makan, Beli baju raya kedua dan kad. Tinggal kasut, seluar, jeans, songkok, baju raya, sampin, dan etc... Arinih... Aku sangap, nak tido... byebye... ZzZzZzZzZzZz...


Hi... askum... Sambungan dari Form 1 di kuantan

Continue dari Siri Ex aku... Sambung lagi. Aritu aku cerita sekolah kat Kuantan. La ni aku nak cerita yg aku dah masuk sekolah baru... Sekolah Menengah Sains Johor. Di Kluang, Johor. Tahu kat mana Kluang? Tak tahu? Kalau aku sebut yg nih.. sure kau kenal... Haziq... Ye.. tempat dia la tuh.


SMSJ...

Ni dia lambangnya...

Photobucket - Video and Image Hosting


INTRO KELAS

Ok... Aku masuk smsj lambat. 2nd batch. Budak bodoh la katakan. So bila aku masuk tu, budak lama dah lama belajar. Ada la banyak yg aku tertinggal dan terkedepan.. Dalam reramai budak batch form ni. Aku tahu, sure korang kenal sorang ni. Gerenti kenal... Weishhh... bukan mawi... bukan gak haziq... Tapi Wawa... Opss.. korang tak kenal siapa Wawa. Dia la Waheeda, penyanyi ala-ala lagu arab yg aku tak boleh nyanyi tuh... Dia kelas 1M1... Malas la nak cete dia... Dia takde bau-bau bacang ngan aku so watpe nak cete... Tapi dia ada la bau-bau sikit dengan... lalalalala...

Aku masuk kelas 1M4... Ni le kelas aku sampai form 5. Kelas paling tepi, bawah, paling dekat dgn asrama, sebelah ko-op(lagi?). Ahlinya.. yg still aku ingat la... Maizatul Dalina (My-Z - Class monitor), Mia, Fadhilah Hanapiah, Nurul Hazlina (Noleen), Suzilawati (Gjie), Nurul Huda... lupe... Rasanya ada 10-11 org perempuan. Lelaki lak... Zulkifli (Dogol), Zulfikri (Fick), Azrey Mansur (Mancoi), Hazrin Yem (Yemai), Rahmat, Afthar, K. Nizam (Gemuk), Ustad, Ot, Azliyama (Wak Jai), Faizal (Apai), Kuzie,Fahmi, Joey, errr... lupa... Ada gak member luar kelas yg aku ingat lagi macam Beger, Bongkai, Pital, Jebau, Tom, Mar-G, Mat Karp, Mawi, Bapak, Mat Lan, Sarkal, Epin, Yoznizaan, Rendek, Dol, Lokman, Azam, Mat Ayam, Kechut, Mudon, Yus dan... errr blablabla...

Kelas aku ni budaknya senyap2. Tak macam kelas 1M1 or 1M2. 2 kelas tu lebih bising. Sebab budak cun semua campak sana + budak sana ganster2... Tak semua la yg cun tu campak sana. Ada yg campak 1M5. Kelas aku... errr cun, tapi bertudung.. Walaubagaimanapun... budak pempuan Form 1 ni kopam lagi... tak bess. Aku pun tak paham. Lagi bes lalu sebelah akak2, dari kawan se'tingkatan sendri.

Ohh... B4, aku masuk cete bilik... Baik aku kasik sikit cete. Not supposed korang tahu. Tapi nak cete gak... Bukan korang kenal pun. Dlm bulan 4/5 camtu lah... Tak lama lepas aku masuk. Ada sorang budak perempuan masuk. Ntah camne, boleh terpikat... Suka tgk. Dia 1M3. Kecik2 je. Muka ala2 adik Sheila Majid. Tapi... Nak buat camne, dia masuk je... Dah ada list abg angkat... Yg nak mengorat dah ramai. Stakat suka tengok je la... Memula dia masuk tak pakai tudung... Lepas tu pakai tudung. Lepas skolah tak pakai tudung, then dah pakai tudung balik. Skang? Tak tahu??? Tapi dah ada anak la... Tu kirenya... Macam org pertama yg aku jatuh hati la... Tapi tak sampai mimpi2. Wakakakakaka.... Jangan gelak jangan gelak! Saja nak buat lawak di pagi ari...


INTRO BILIK

Masa kat Kuantan, aku dok kat dorm. Tapi kat smsj, ikut bilik. Bilik aku 10 org... Sebelah bilik pengawas. Bangsat... Ahli bilik yg still ingat.. Dogol, Tupai, MatLan, Simek, Peot, Jecop.. Err.. sape lagi aaa? Bilik aku tingkat 1, blok 'Budi'. 2 Bilik dari hujung. Jauh dari tangga ke kelas. Tapi dekat dengan tangga belakang nak ke dewan makan (Jln belakang).
Locker kita org kongsi. Atas locker org, bawah locker aku... Bilik pulak ada terbuka kat tengah. So bilik aku ni bercantum dengan bilik pengawas Form 4-5 tu la. Cuma dihadang dengan almari. So memalam hari... "Woii tutup lampu, aku nak tido"... Tu yg malas tu dok sebelah senior nih... Kol 11 dah nak tido. Walhal, kol 12 kene tutup lampu.


Mangsa yg innocent

Yg menjadi masalah utk form 1 ialah bila balik dari sekolah. Lepas makan tengahari. Nak naik bilik la ni. Masalah besar. Ground floor Form 5. 2nd Floor, Form 4. Biasanya, Form 5 ni kalau balik kelas memang cari mangsa. Jangan berlagak la bawak beg jalan suke2 kat tingkat 1 tuh. Sah kena panggil... "Woi, mamat baju biru... Sini kau!". So nak senang... aku pakai baju sekolah sampai nak mandi nak gi prep. At least kalau senior panggil "Woi budak baju skolah...", aku boleh buat bodoh!!! Tapi... Nak baik lagi kan... Balik sekolah... Ramai pakai baju putih! Tak tahu dia org nak bezakan yg mana satu. Ddan jangan jugak balik dari dining hall jalan dekat dengan form 5. Tak kena gaya, tersentuh sikit baju dia org. "Mamat, kau datang bilik aku.". Bila dah dtg... "Kau langgar baju aku tadi kan? Kau tengok ni kotor". Padahal tersinggul je. Tapi yg dtg... Satu baldi baju di suruh basuh... Kene member aku.. Memang siap. Memang dia campak kat shower tu. Dah pijak2, baru basuh sesikit. Janji ada bau sabun. Kolar bersih. Kire cemerlang la tu!

Kalau jalan berhati2. Kalau ternampak dek Slack or Dupa(keje maybank) kat bawah, yg tengah nak carik rokok tu, baik korang jalan merangkak2. Macam jalan itik... So Form 5 tak nampak. Kalau dari block sebelah.. Nampak la beg tu bergerak, macam unta pulak! Tapi... "Hah... mamat yg tunduk2 tu datang bilik aku...". Kena panggil Form 4 kat tingkat 2 lak. Alamak, camne boleh lupe Form 4 still boleh nampak? Iskk la... Datang mengadap lepas makan ni cam biasa la... Basuh baju, basuh seluar, amek air, beli makanan, carik rokok kat senior lain or maybe soh anto surat kat awek dia org. Tapi... ada gak yg setan... Senior soh amek makanan, tak kira la lunch ke sarapan ke. Nanti dier soh bawak tupperware... Ada yg setan gile. Hahaha.. makanan tu kene ludah... Then gaul2 sikit... Eeeee... Aku tak pernah buat. Why? Sbb kawan aku kene. Senior tu soh dier makan mee goreng tu dulu b4 dia makan. So.. bak kata pepatah... memakan ludah sendri balik!

Dalam banyak2 kes balik makan ni. Paling kesian kena.. member aku.. Mat Lan. Bilik aku kene panggil Sebabnya... Ntah ada Form 1 mana kene panggil. Tapi dia mencilok masuk bilik aku. Padahal dia tahu brader panggil dia. Satu bilik aku kene panggil sebab ingat nak lari. Aku ckp aku tido. But MatLan ni cam bebel2 apa ntah. Aku semua kene pumping 20 kali. But si Mat Lan lak, kene pumping 10 kali bawah katil. Sambil Slack yg beso cam babi tu dok atas katil. Menangis! But... Lepas tu bilik kita org jadi bilik angkat bilik gangster tu. Why, sbb matlan ni cam adik angkat kat salah sorang budak bilik tu! Selamat... Kene suruh pun, dengan bilik tu je... Form 4 tak kaco... Tapi... Nak inspection sah le kene gotong-royong 2 bilik.... Demmit...

Woo kejap... Kalau kau jadi aku... TEngahari... Kurangkan tidur. Why? sbb tidur boleh menyebabkan kau di panggil senior. Caranya senang saja. Ada masa senior panggil. "Wei mamat... kau panggil budak dalam bilik tu sorang". Memana bilik la tu. So gi bilik tu. Ramai ada. Takkan nak suruh je. Kau setingkatan. So biasanya kau o-som ke, carik baju biru je ke... atau mungkin ikut no bilik (bilik aku A-16). So kira la 16 dan gilirkan kat org. Hah kena kat kau.. gi la saner. Nasib la... Jangan tido tu sebabnya kalau macam dogol... Kalau ada budak dtg nak panggil sorang dari bilik aku. Dia akan terus bangun. Dan... Kejut MatLan ke, Tupai ke... (budak yg senang jadi mangsa)... "Weii Mat Lan, kita org dah kira. Ko yg kene pergi jumpa senior...". Selamat yg lain. Tadi MatLan tengah tido! Hahahahaha... Sebab tu aku ckp, jangan tido tengahari. Tak baik utk otak dan juga badan!!!


Cerita lain

Entah la... Bab cerita lain takde la sangat. Form 1-3 aku kurang sikit. Dah lupa. Lelagi Form 2... Serius aku tak ingat. Form 1-2 takde gambo. Iskk... dulu ada gambar sekelas ujung tahun tapi ntah mana pergi. Ntah le... Aku memang banyak senyap dalam kelas. Hanya beberapa kali aku borak dengan budak perempuan. Takut! Serius aku takut nak borak ngan perempuan. Setakat tengok2 camtuh. Aku cuma lepak dengan kawan yg aku rapat. Org kata aku ni cam sombong. Ye kot? Petang, gi main bola kat padang B (padang bawah blok perempuan), pun aku join member aku je. >:)

Lagi cerita? Entah aku lupa.. Ohh, masa form 1, banyak kisah hantu. Hantu lilin, hantu gajah, hantu kristian, hantu jepun... Ada lagi... Tapi... Aku pernah kena. Masa form 1, aku dok kat katil tingkat atas. Mat Lan bawah. Masa ni kecoh kisah hantu. So one day ni. Tengah malam la nih. Aku terjaga. Then aku terdengar bunyik lain macam. Bulu roma aku naik. Bunyiknya macam... Dap... dreeaattt (background sound ada bunyik rantai)... Dup... Dreeaatt... Macam org pakai kasut boot, then bila dia menapak.. Terdengar macam ada rantai terikat kaki dengan benda berat kat rantai tu. Org kata hantu jepun.

Aku dlm hati... Setan... Aku berpaling. Tak tengok pintu. Masa tu katil semua dirapatkan. Zaman budak takut hantu! So aku katil 2 dari pintu. Tingkat atas. Then, tetiba bunyik tu berhenti depan bilik. Then aku terdengar pintu bilik terbuka. Aku cuak gile. Berpeluh nih. Ntah apa2 aku baca. Aku rasa, jangan kata ayat kursi, al-fatihah pun tunggang langgang! Then bunyik tu masuk bilik aku... Pergi ke tingkap sebelah hujung yg mengadap padang A. Then pusing balik. Then... Bunyik tu berhenti depan katil aku. Siot... Arghh... Then aku beranikan buka mata sikit. Setakat nampak cahaya. Kepala dah selubung. Tinggal nampak mata sikit. Setakat nampak cahaya. Aku... aku ternampak... Macam satu lembaga. Hitam. Pakaian macam askar. Mata macam memandang aku. Zrus... trus aku kejam balik. Baca itu ini.... Then lama skek... benda tu kuar... Waaaaa... takleh tido... Cuak gile! sok aku cete kat budak bilik. Setan... Malam tu semua tido rapat. Sib baik takde yg gay!


Ermm tu la kan, aku takde cete menarik. So sok sambung cete form 2 lak. Or maybe form 2 dan form 3... Tengok la... ok le.. see ya... bye...


***Gambo anyone? (Nama dari kiri atau bawah ke atas)***


Gambo balik di Skolah Rendah... Sajer nak tambah post dulu... 2005
Photobucket - Video and Image Hosting

Biro Tatanegara 1995. Azam, Aku dan Yemai
Photobucket - Video and Image Hosting

Biro Tatanegara 1995. Azizul, Awie, Didie
Photobucket - Video and Image Hosting

Biro Tatanegara 1995. Awie(Lagi?), Didie, Azizul
Photobucket - Video and Image Hosting

Skuad Sepaktakraw 1993 - Yemai, Jr, Ustad, Aku (C), Afthar, Line bawah.. Jr, Jr, Apai, Jr
Photobucket - Video and Image Hosting

After Rentas Desa 1994 (Budak kecik tidak digalakkan tengok!)
Gemuk, Saravanan (Torro), Fick,Rahmat...
Cangkung dan gaya special... Pital...

Photobucket - Video and Image Hosting


Red Yougster. Team Rugby. Terbuka Under 15th.
Atas - Gemuk, Dogol, Jr, Fick, Aku... Bawah Jr, Sr, Mat Daun, Mancoi
Photobucket - Video and Image Hosting

Kadet 1994 - AJK kecik... Garang tak muka aku?
Photobucket - Video and Image Hosting

More picture coming next entry... :p

About me

My photo
Between Reality and Fantasy...