Monday, August 21, 2006

3 huruf

Hari ini. Ada 3 huruf penting. K-C-T... atau mungkin C-T-K...

Sebulan yg lepas. Live telecast. Pengumuman perkahwinan CT dan K. Dalam hati aku kata. Dlm banyak-banyak cerita di Malaysia, boleh ke TV3 buat live pengumuman tu? Maybe boleh la kot? Ada penaja. Hari yg sama, aku terima 3 email dari 3 org yg berbeza. Yg tak pernah email pun turut berbuat sama. Ada yg satu, siap ada masa dan update dari masa ke semasa. Aku cakap... Apa dah takde kerja?

Then hingga ke hari ini. Timbul buku, majalah. Semuanya 3 huruf di atas menerawang ntah dimana-mana. Manusia curious nak tahu. Sampaikan kesihatan pun, OK katanya. Gambar cukup untuk penuhkan Flickr. Kemudian timbul email lain. Email cela, email anak, email bekasnya, email perpisahan. Tak cukup email, masuk akhbar. Frontpage cerita si K dengan bekas isteri. Cerita pasal pembahagian harta. Ada yg masuk majalah. Cerita kesian, cerita tak puas hati. Timbul pula cerita CT tak perawan. Cerita lawak pun ada!

Dalam hidup aku. Ada 2 org yg yg ada kene mengena dengan CT. Satu Siti... yg dok ampang. Baik utk tempoh 2 bulan saja. Tak lama. Then sorang lagi Siti... yg kerja di Muar lah adanya. Asalnya pun pahang juga. Kerja di Astaka. Selalu aku kacau. Berambut panjang. Pemalu. Ala-ala CT di TV adanya. Masa kecik pun dikenalkan dengan CT. CT Sifir namanya.

Hari ini, mereka bernikah. Live. Ada wawancara. Masjid ditutup untuk org ramai. Jalan pun ditutup. Minggu depan, ada jalan di sekitar KLCC ditutup. Sebabnya, CT. Kad dah dikeluar. Waaahhh... cukup hebat utk CT. Mengalahkan Bush dtg Msia pulak sambutannya. Yg menjadi mangsa, org yg terkait dengan jalan-jalan di sana. Ini baru dia. Bagaimana kalau PM kita pulak yg kahwin? Mungkin, Astro buat live 30 hari macam piala dunia! Aku harap Maybank tak terpengaruh untuk sponsor.

Entahlah. Apa yg seronok dengan CT kawin pun aku tak tahu. Lagi banyak ceritanya, lagi menyampah. Entah apa yg nak dihairankan. Dia kawin pun, still kita hidup sama lagi. Kot dia kawin, aku kawin, lainlah cerita. Barang still naik harga. Gaji tak naik juga. Tokey andam saja yg kaya.

Aku tak perlu nak tahu kisah kehidupan org lain yg tak berkaitan. Lainlah kalau ada kena mengena dengan aku. Sekadar baca, mungkin adalah. Tapi nak berminat sampaikan sanggup bawa tv kecil ke office, pada aku melampau! Sekadar untuk tonton, "Aku terima nikahnya...". Buat apa? Lantaklah... Dia tak ada kena mengena dengan kehidupan masa depan aku. Bahagia atau tidak, aku tak risau. Lebih baik aku fikirkan diri sendiri. Or maybe org yg aku sayang. Ada yg lebih baik?

Kan lebih baik kalau kehidupan mereka lebih banyak rahsia. Cukuplah sekadar yg kenal kita. Tak perlulah nak disebarkan ke alam maya. Seperti aku. Aku serahkan pada ilahi. Sama masa, baru cerita. Setakat ini, biarlah rahsia tuhan.

Apa cerita sekalipun, Aku doakan C-T-K berbahgia. Jangan nakal-nakal. Utk K, umur sudah lama, banyakkan bersenam. Jangan sampai CT masih boleh berlari walaupun si K dah penat berusaha.Berpeluh adanya. Kalau tak cukup, gunakan Viagra. Selamat Pengantin Baru...

Lagu hari ini... (Aku nak nyanyi, nak nyanyi...)


Biarlah Rahsia - Siti Nurhaliza...

Pernahkah Kau Bermimpi Seketika
Berada Di Tempatku
Membayangkan Pahit Manis Berlalu
Entah Siapa Yang Tahu


Mungkin Nanti Kau Jua Merasakan
Berdepan Dengan Kata Menyesakkan
Takkan Tugumu Kebal
Tiada Pertimbangan

Chorus

Keheningan Malam Membangunkan
Kepayahan Jiwa Meluahkan
Andai Kau Jujur Memahami
Tiadaku Menjauhi


Dan Kisahku Yang Masih Panjang
Menambahkan Berat Yang Memandang
Lantas Ku Pendam
Ku Putuskan Biarlah Rahsia


Bridge
Semakin Aku Hidup Dalam Cinta
Tiada Kuasa Mampu Menghalangnya
Hentikan Kata Kata
Bertulangkan Dusta

Ulang chorus

Pernahkah Kau Bermimpi Seketika
Berada Di Tempatku

0 comments:

Post a Comment

About me

My photo
Between Reality and Fantasy...