Monday, March 15, 2010

Dear Raju - I - Kau sayang siapa?


Hey Raju! Kau ingat tak. Last week aku ckp aku nak bercerita. So now, aku nak ceritalah Raju. Kau dengar baik2. Then kau sampaikan kat my wife. One day, aku nak dia baca dan ingat apa yg aku taip ni. Sebab ianya penting. Mungkin, tak penting bagi dia, but penting bagi aku. Kau paham kan Raju? Bukan nak takutkan dia, just nak dia tahu dan paham. Ingat tau raju!

Hey Raju. Kau dengar tak? Yenadeiii... Budek la kau nih! Aku nak tulis bahasa tamil, aku tak tahu. So aku taip dlm BM. Tapi aku rasa Raju, nanti kau baca, dengan kau2 sendiri pening. Takpe lah Raju. Aku bukan nak berbahasa, aku nak bercerita. Anggaplah ini cerekarama cerita hantu kelas C. Tak paham tak apa, cerita tak klimaks tak apa. Tapi, ceritanya ada.


Sayang? Suka?

Kau pernah sayang siapa Raju? Kau pernah cinta siapa Raju? Kau pernah care pada siapa Raju? Kau pernah rindu siapa Raju? Siapa raju? Jgn la cakap Puva. Puva tu Rj dah book.

Aku? Adalah beberapa org. (aku bukan casanova, but aku ngaku, ada beberapa org). Most of them org yg hebat. Pada aku raju, kalau tak hebat, aku taknak cerita kat sini kan?


Dulu kan Raju

Kau tahu tak Raju. Dulu, masa aku kecik2. Aku ni pemalu. Penakut dengan perempuan. Jenis, cakap sekali... Muka dah merah. (padahal nak pinjam pencil je!) Betul raju. Just imagine, muke ireng ni plus merah. Ntah macam mana.

Even, one time aku ckp kat atok aku Raju. Aku taknak kahwin! Sebab pemalu dengan pempuan. Atok aku berdoa raju! Doa aku ni nak kawin. Jgnlah dia ingat aku ni gay. Ko ingat aku nk tipu kau ke? Serius ni! Dari aku darjah satu, sampai darjah 6, aku jarang ckp ngan aweks. Kalau ckp, cuma yg penting. Tak penting, aku tak ckp. SAmpailah aku ketingkatan 4.

Then aku kenal soranglah Raju. Cantik? Mungkin. Comel? Ye kot? Tanya tuan badanlah. But itu bukan alasannya Raju. And itu bkn ceritanya. She just someone special bagi aku. Dari aweks ni la aku belajar mengenali perasaan perempuan. Anggaplah dia ni macam cikaro aku masa tu.


Hey Raju... Jgn la nangis. Cete belum start.

Kau tahu Raju. Dari dulu sampai sekarang. Aku masih tak pandai treat aweks ngan baik. Even, aku tak tahu macam mana nak paham hati perempuan. Dah berbuku2 aku baca. Dah berbuih aku tanya. Masih tak paham. Tak paham tu satulah, yg buat silap, yg menyakitkan hati, yg buat org sedih, menangis, kecewa etc.. Byklah Raju... And kau tahu raju, bila aku buat org yg aku sayang ni sedih or marah.

In the end, aku yg sakitlah raju. Kau tahu? SAkit... Dia org tak tahu raju. Sebab aku taknak dia org tahu. That's why aku belajar body languages lah Raju. So that org tak tahu aku sedih. And org lain boleh hidup normal dan aku boleh rawat kesakitan dari sebab kesalahan dan kebodohan aku sendiri. Itu serupa macam pumpgun masuk kepala jugalah Raju. Tapi, ini takda mati punya.


Sekarang

Sekarang, maybe org kata aku ni byk mulut. Tegur je aweks kat opis kita ni raju. Macam semua aku kenal dah lama. Tapi, sebenarnya aku ni pemalu. Dulu, belasan tahun dulu. Aku pernah borak ngan seorang awek. Bawah pokok. aku pakai baju merah, dia... Aku tak ingat. Tapi dia ngan kawan dia lah raju. Antara pertanyaan pertama yg aku tanya dia kan raju. "Awak (kau?) bangun pukul berapa tadi?. Kalau kau jadi dia, kau tak rasa bingai ke bzz nih? Tanya bangun kol brape? Takde soalan lain ke? Serius raju, sampai mati aku ingat ayat tuh! Malu punya pasal! Tak prepare pun satu!

See, masa berubah. Aku sesikit dapat ubah cara aku bercakap. Kemalu-maluan tu dpt dikurangkan. Cara bercakap pun tahu. Takde le kuar byk sgt ayat2 bingai. Unless aku kecewa or marah. But sometimes, cara aku treat org tu still tak byk beza dari dulu. Walaupun org ckp camne pun. Itu lah aku Raju. Payah kan raju? Ok kita cerita pasal lain. Itu cuma permulaan...


Suka?

Dulu, masa kau nak tekel Puva camne Raju? Eleh, malu2 kucing lak kau... Kau ingat aku tak tahu ke? tu, kau dah wat style padaiyappa tuh. Aku tahu lah... Hey Raju! Kau dh penat ke? Sat aaa.. Sok kita cerita lagilah Raju. Aku tak minat hindustan. Darah atok aku tak mengalir dalam diri ini.

Aku lainlah raju. Itu gaya joget2 bawah pokok. Guling2 sambil tukar baju semua tu takde lah Raju. Kau ada la macam tuh. Penat tukar2 baju nih. DAri aku guling2 bawah pokok, baik aku tgk wayang ke ape ke.

Kau nak tahu tak Raju. Biasanya... Aku makan masa yg lama utk kenal org. Kau tu tukar baju macam gaban. Aku lambat. Slow pikap. Walaupun aku suka org tu, biasanya aku akan rapat dulu. Kenal hati dia. Paham (which aku ni tak cukup dan lambat paham) dia. Dan byk lagi Raju.

But, aku tak macam org lain Raju. Org lain, mungkin ada yg kenal kejap, terus ckp nak berkenalan. Then kasik coklat, tarik kerusi atau sebagainya. But aku raju. Aku kenal dulu. Org kata, tak kenal maka tak cinta!. Org india ada peribahasa macam tu ka raju? Kalau cete industant aku tahu la. Kau tak nyorok2 balik pokok, tak joget reramai... maka tak cinta lah tu raju!

Dlm aku kenal. Aku akan treat dia. Layan dia. Buat dia ketawa. Dia dia rasa happy, gembira. Until org tu rasa selesa. (or org tu pergi sebab lambat sgt!). Selesa ngan diri aku. Even kalau aku tak kata aku suka kat dia pun Raju. Itu Aishwarya Rai pun tahu punya raju yg aku suka dia. Or maybe org lain yg tahu. But... Raju... ada hitch nya... Itu aku cerita kemudianlah raju. Tapi... tak tahu le kan... Sbb lain org, lain cara penerimaannya.


Lain burung, lain padang...

Kau paham? Normally, bila aku nak mula baik dengan seseorang. Aku akan tengok siapa dia. Dia ni anak sulung? Anak bungso? Zodiak apa? Perangai camne? Kerja apa? Senang ketawa? Suka menyendiri? Senyap? Baik? Ganas? etc etc. Bukan nak judge dier ni ok ke tak... Aku nak tahu siapa dia so dari situ aku akan treat dia lebih baik berbanding org lain.. So, incase org tgk aku baik ngan aweks, selagi aku tak kenal dalaman dia org... itu aku memain je. Contohnya Raju, org yg ganas, kita layan tahap ganas jugalah raju! Tapi, ada masa aku layan baik gak. Tak semestinya ganas2 awek tu, dia ganas setiap masa. Datang jiwang dia, aku boleh layanlah raju. Baru rock kapak! Joget sikit!

Yg manja, aku layan dengan manjakanlah raju. But bukan sebarang manja. Aku tak manjakan org sampai dia jadi spoil. Yg mana aku patut tegur, aku tegur jugak Raju. Tak semua dia buat, aku iya kan saja. Terlalu sayang, nanti jadi bencana. Aku akan cuba treat org yg aku sayang macam mana yg dia org slalu di treat oleh org lain. Maksud aku... yg baik2lah. Kalau pakwe sblm ni kaki hentak kepala dia. Aku tak la buat. Aku cuba mana yg termampu.

Tapi kan raju. Dlm hati aku. sebaik mana aku treat org. Org yg aku sayang. Aku rasa, itu masih tak mencukupilah Raju. Tak kiralah awek aku, kawan aku, org yg aku sayang or org yg aku suka. Aku rasa tak cukup. Sometimes... Aku rasa tak adil pada dia org. Sebab aku tahu. Ada masa, aku masih lagi pentingkan diri aku. Ada masa aku tak dpt paham dia org. Ada masa, aku rasa, aku macam menyusahkan dia org. While org lain boleh treat dia org lagi baik. Ntah bila lah aku nak berubah ni raju (tepuk dahi!).

Hey Raju... Lu tido ke Raju? Nak abis dah utk rini....


It's more than word lah raju...

Hey Raju!!! Aku mungkin tak cakap aku suka. Mungkin aku tak cakap aku sayang, rindu, cinta atau sebagainya. Sama ada aku malu nak ckp or aku elak utk bercakap. Aku tak macam org lain yg dapat luahkan apa yg ada dalam hati diaorg ke mulut utk didengari. Yelah Raju, cam aku kata. Walaupun aku dah kenal lama. Aku still malu. But one thing lah Raju. Org boleh tahu lah Raju yg aku suka, sayang or etc pada mereka. Melalui tindakan aku. Bagi aku raju. Bila kita cinta, sayang, suka, rindu etc... BUAT... cakap saja tak guna kalau tindakkan tak ada.

Kengkadang, aku tgk ada pakwe ada suami.. Cakap sayang, cakap i love you. Cakap cinta. Cakap rindu. Tapi, perbuatan tak sama. Kau tahukan raju, dlm cete Ali Setan... "Ouhh, cinta utk I, body utk org lain?". For me, its more than wordlah Raju. Kau ckp sayang arinih, esok kau tumbuk dia. Kau ckp sorry arinih. Sok kau maki2 dier lagi. Kau cakap akan bantu dia. Tapi bila dia wat silap kau biarkan. Kau cakap you're my forever, esok kau ckp kat org lain, I love you. Tak boleh itu macam raju. Bila ckp... buat apa yg kita cakap.

But aku tahu, aku tak boleh tunjuk je bila aku sayang seseorang. Kene cakap. Kan? Kena bagi kepastian. So that org tahu. But... itulah aku raju... Kau gelak Raju?

You can feel it raju. Bukan aku feeling ngan kaulah raju. Ngan diaorg. Mengong kau. Dia org akan rasa yg aku ada perasaan itu. Tak kisahlah dulu atau sekarang. Well Raju, sayang, tak semestinya bercinta, kan? Mana yg aku pernah sayang, aku akan tetap sayang. Takdir lain cerita. But aku pilih takdir yg baik utk dia org lah Raju.


Hey Raju! Takpelah, sok aku sambung lagilah raju. Byk lagi aku nak luahkan. So that kepala aku ringan sikitlah raju. Hey Raju!!! kau dengar tak? Wake up raju wake up. Jgn sedih2. Ini kisah aku. Bukan kau ngan puvalah raju. Ok le raju. Jumpe esok. Aku update twitter kalau aku dah post.

Taking care aaa raju.... Sok ada lagi...

1 comments:

LiTtLe SoLdieR oF aLmiGhTy said...

ping..... hye raju.......
ngntok ni jenjalan lar kejap kat blog org len.. hehe...

Post a Comment

About me

My photo
Between Reality and Fantasy...