Tuesday, March 16, 2010

Dear Raju - II - Cekal


Hey Raju!

Kau tahu tak raju. Si mawar pernah ckp kat aku. "Kau ni betul la mamat kecoh". Then dier ada cakap gak... "Asik pancing je... Hasil takde gak!". Aku bantai gelak kat si mawar. Skang aku nak tekel bini org pulak!


Problem Beb!

U know what Raju... Dari dulu aku ada masalah nih. Org yg aku suka, yg aku nak tak melekat. Org yg aku layan macam biasa, tetiba mengejar aku. Yg kedua tu buat emosi terganggulah Raju. Takut... Takut bila org meluahkan perasaan dia kat aku. Aku tak kisah dan aku respect perempuan yg start dulu. Tak kisah la org kata perigi cari timba ke ape. But, kalau terlebih luah perasaan ni. Aku takut. Serupa macam ada Ju-On duduk belakang lah Raju! Masalah la Raju kalau 'treat biasa' aku tu pada dia org, dah dianggap luar biasa. Waduhhh... bisa pening kepala aku ni Raju! Piccah, kasik piccah! Ada masa, aku tegur gurau2 pun boleh jadi masalah (baru aku tahu bebaru ni, yg tegur aku tu mmg org guna utk tekel, padan muka aku!)

Ntah la Raju. Mcm aku ckp semalam. Aku ni bukan ada apa. Tak pandai layan. Tak romantik. Tak baik. Takde harta. Takde nama. Takde apa! But... bila aku treat baik, org lain macam. Aku jadi takut. Lebih menakutkan kalau aku terus melayan dan org itu akan sakit. Tapi tak layan, dah jadi rapat. Kawan. So i need to stop somewhere.

Satulah Raju. Aku tahu, aku tak boleh paksa org utk sayang aku. Utk cinta and fall in love ngan aku. And sama juga. Org tak boleh paksa aku utk beri mende yg sama. Kalau ianya datang, biarlah datang dengan baik. Kalau tidak, jgn dipaksa. I dont believe in bomoh lah Raju. Itu goyang2 kepala punya style aku tak percayalah Raju! Hakkk ptui, kau kene ludah. Kasik bersih diri kunun. Tapi, awek tak datang jugalah.


Be Cruel To Be Kind
Deiii thambi... Kau ckp aku ni syok sendiri? Siot lu...

Kalau rapat, oklah. Abis... sms, call, yg aku terima? Ckp rindu, memahami, kasih, ayat2 jiwang? Lagi? Biarlah aku simpan sorang Raju. Coz, aku tak boleh keluarkan semua, kan Raju? Bahaya maa... (alamak, kau kasik simpan ini Raju. Jgn kasik tahu bini aku!)

Raju, bila org kata macam tu. Aku terima dengan senyuman. Aku appreciate. Aku bangga. But... Sorry, aku tak boleh lebih dari seorang kawan dengan sesetengah org. Sama macam org lain tak boleh lebih dari seorang kawan dengan aku. It's not about fizikal. It's bout perasaan. Kalau ckp fizikal tak cantik, then... why ada org nk tekel sesetengah tuh?

Be cruel to be kind. Tu rules yg yg ada dlm buku The Rules of Love. Kalau kita tahu, kita tak boleh sayang org tu lebih dari seorang kawan. Kita tahu yg kalau kita accept org tu, kita takkan kemana. Walaupun dia cantik, dia menarik.Dia baik atau sebagainya. Then be cruel kat org tu. Ini perlu. Utk kebaikkan dia juga.

Ko bengong la Raju... Crual, kejam bukan la aku ckp kene bagi pelempang aweks tu bila dia cakap camtuh. MAksud aku, jgn la bagi harapan. Awal2 dh kasik sign. And try utk jaga maruahnya. Aku tolak pun dengan baik. Aku takkan balas, "I miss you too...". Aku tak balas "Hadirmu dalam hidupku membuat hatiku rasa berirama blablabla". Tak... Aku cuba gelak. Aku terima dan ubah topik. So that, dia tak terlebih dan tak minta lebih harapan.

Kalau aku tak 'kejam'. In the end, mereka akan lebih sakit raju. Cukup lah beberapa kali. And aku tahu, dlm hal ni, aku byk buat silap. Bila aku terlayan lelebih sesetengah org. Sampai mereka berubah bila aku tolak. And dulu aku tak brape reti jaga perasaan org. And aku menyesal! Serius, aku menyesal. Menyesal, sebab org yg aku pernah sayang as kawan, berubah bila tindakkan aku yg tak betul. Aku tak kejam disaat awal. Hinggakan kisah semakin parah, dan mereka berubah menjadi.....

Im sorry.... :(


No, im not

Kalau awek kau kene ambik, apa akan kau rasa Raju? Hey Raju! Apa yg kau rasa. Ko sengih2 apehal? Sesetengah org, akan rasa sedih nak mampus. Ada org yg jadi gila. Ada org jadi baran walaupun dia sentiasa bersabar. Ada org, bunuh diri or mungkin bunuh org lain.. Ada org sakit hati. Ada org jadi kaki pukul... Dan sebagainya.

Macam aku kata semalam. aku akan kenal org tu terlebih dulu. But... if bila aku kenal dia, dan dia dah berpunya. Then.... Sebaik mana aku dengan dia. Sesuka mana aku dengan dia. Sesayang mana aku ngan dia. Aku kena ada hadnya dengan dia. Aku kena hadkan diri aku. Even kalau aku miss gile, kalau aku mahu, nak ajak dating, nak itu ini or maybe aku nak kembali bersama. Aku kena had kan. Sebab aku bukan seorang perampas Raju. Aku takkan rampas hak org lain.

Bila aku tahu macam tu. Aku takkan sesekali kata aku suka. Takkan sesekali aku cakap aku nak jadikan dia awek (awek semula) atau sebagainya. Walaupun sakit macam mana pun. Aku takkan kata. Kengkadang, dlm hidup, kita kena hadkan apa yg bole, dan apa yg tidak.

Aku takkan minta dia org break. Bercerai atau sebagainya. Itu hubungan dia org. Buatlah. But... most of the time. Bila aku tahu. Aku yg lebih suka utk dia org, pasangan itu lebih bahagia. Sometimes sakit. But, most of the time, gembira. Gembira sebab org yg kita sayang tu happy. But... seandainya berlaku apa2 antara mereka, aku harap bukan disebabkan aku. Aku cuma seorang kawan. Dan cuba utk tak lebih dari itu.


PERGI LAH RAJU

Hey Raju! Kengkadang org yg kita sayang pergi. Lelebih lagi, pergi sebab aku tak layan dia dengan baik Raju. And aku menyesallah Raju. Then... bila aku tahu dia dah berpunya. Yg memiliki dia sekarang dapat layan dia dengan baik. And dia lebih happy. So.. by hook or by crook... Aku kena accept. Accept yg dia bahagia. And aku takkan cuba nak rampas hak org. Walaupun aku pernah sayang mereka. Even, kalau oneday, bini aku pergi pada org yg boleh treat lagi baik. Aku kena accept.

Sometimes, kita kena terima yg org yg kita sayang perlu pergi utk kebahagiaan dia org itu yg lebih sempurna.

Ada org kata, kalau kita buat macam tu. Kita macam tak sayang. tak pernah ada perasaan sayang. Menipu atau sebagainya. But itu org lain Raju. Pada aku, bila aku sayang seseorang... Aku nak tengok dia happy. Itu yg penting. Kalau aku tahu yg aku takkan dapat buat dia happy sebaik org lain. Then aku undur diri. Bukan bermaksud aku mengalah. But aku merelakan utk kebahagiaan dia. So that aku tahu. In the end... Org yg kita sayang bahagia. And bila masa itu datang... Kau akan tahu pengorbanan kau tu berbaloi. But, kalau takdir dah tentukan aku dgn dia. Dia tetap dengan aku one day nanti. Contoh ada di depan mata!

Sayang, kasih, cinta tak bermaksud kita bersama selamanya. Apa gunanya sayang kalau kita hanya mementingkan diri sendiri sedangkan kita tahu, kita tak mampu buat org yg kita sayang sempurna. Tak mampu jadi yg terbaik utk mereka sepertimana yg kau ada dlm diri kau sekarang. When you love someone Raju, It not about yourself anymore.. Its about org yg kau sayang. Its about US. There's no US, kalau kita hanya fikirkan diri kita saja ada dalam perhubungan tu.


Takkan dah penat raju. Sabarlah. Arinih panjang sikit Raju. Macam mana kalau kita cerita lebih serius? Bole ka Raju? Deiii... bole ka tak boleh? Kau cakap boleh, tapi kau geleng kepala. Bole ke tak nih? Jgn geleng, kepala berenti geleng...

Hurt

You know Raju. Org slalu kata, mereka sakit. Mereka sedih. Mereka kecewa. Mereka sakit hati. Mereka marah. Bila pasangan mereka buat something yg tak patut mereka buat. And ada pasangan mereka, bila terjadi macam tu. Mereka kata sorry... Then pujuk. Kata sayang. Kata love you. Then ok. 

Itu mereka.

Aku kan Raju. Org nampak keras. Tapi dalam hati aku. Aku mudah terusik. Serius... Org nampak aku ni baran. Org nampak aku ni tabah. Sebenarnya... Itu luaran sajalah Raju... aku bukan malaikat Raju. Aku ada kelemahannya. Cuma... Org tak nampak bila aku sedih, bila aku kecik hati, bila aku menyesal etc etc Raju. Aku cuba hide sebaik mungkin. Org boleh teka, but aku takkan tunjuk dan aku mengaku. Aku buat sebab aku taknak org yg kita sayang tu rasa terasa.

Org kata kan, aku ni kuat marah. Cepat naik suara and baran. But kau tahu tak... Everytime aku marah, aku akan sedih. Bukan je ngan org yg kita sayang (cinta), tapi even smpi ke family pun sama! Sometimes, apa yg aku buat tu sikit je. Tak sampai mcm org lain. Nak pukul, lempang, terajang semua kat awek dia org. Tak... aku tak perlu tahap tu utk aku rasa menyesal dan sedih. Sedih giler... Hurt. But did they know? Sikit je kot tahu.

Sometimes, aku naik suara or aku tegur, aku marah sikit or aku hilang sabar. Yg buat org lain terasa dengan aku.... Org boleh nampak, aku ok bila aku buat camtuh. Aku akan kata sorry. But wait.. Kau tunggu raju. Tunggu sampai aku seorang. I tak boleh nak explain apa yg aku rasa. Menyesal, marah pada diri sendiri. Sakit hati pada diri. Or even menangis. Dia org takkan tahu raju. Sebab aku taknak mereka tahu. So that, dia org boleh remain strong. And tak rasa menyesal dengan apa yg dia org rasa pada aku. And aku... Walaupun berhari rasa 'sakit', aku akan cuba perbaiki. And aku cuba hide...

Oh ya Raju. Org tak perlu blame aku utk buat aku rasa sedih. Aku akan rasa menyesal dengan sendiri bila tindakkan aku tadi mengecewakan mereka.

Deep Inside

Sometimes... Bila aku tgk org lain kan Raju. Kata cinta, kata kasih. Kata utk selamanya. Kata you n me. Tapi... Bila marah. Dia org lebih teruk dari aku raju. Yg tinggalkan awek tepi jalan, yg tumbuk, lempang, tunjal, tolak etc etc. Kau tahu Raju. The worst thing. Yg aku buat bila aku marah pada org yg aku sayang. Aku rasa... Takkan ada lebih dari 3 perkara ni. 1st... Aku baling bantal tanda aku marah! 2nd... Aku tutup pintu sekuatnya. and last... Aku tinggikan suara depan org. Sekuat mana? Mungkin, org yg 4-5 meter tu dpt dgr la. Mungkin! Tinggikan suara, bukan maki... okay?

Itu yg paling worse seingat aku. Betul, aku ni pemarah. But aku tahu. Seteruk mana pun aku. Walau apa pun kesilapan. Walau apa pun yg aku rasa. Aku rasa, aku takkan buat lebih teruk dari apa yg aku cakap tadi pada org yg aku sayang. Apatah lagi utk aku sentuh dan sakitkan seorang yg aku sayang dengan tangan aku. Pada aku kan Raju. Biarlah aku sakit berbulan asalkan aku tak lepaskan kemarahan yg gile2 sampai menyakitkan fizikal. And itu salah satu janji aku pada diri aku.


Hey Raju, jgn susah hati... Its not you okay.

Aku tahu... Jodoh tu tuhan dah tentukan Raju. Kalau bukan jodohpun... sekurang-kurangnya aku nak sesuatu perhubungan tu berakhir dengan baik. Tak perlu jadi macam drama swasta. Aku prefer kalau ianya berakhir dengan 'Fade Away'. Biar org sakitkan aku dan bukan aku yg sakitkan hati org lain. Biar org yg tinggalkan aku, bukan aku yg tinggalkan org lain. Sebab aku tahu... Kalau itu bukan jodoh... Aku nak baik dengan org yg aku pernah sayang tadi selamanya. Baik as kawan, baik as teman atau sebagainya. Tapi, disebabkan kelemahan aku... aku rasa rasa sakit... terlalu lama. Kalau ianya ditakdirkan berakhir, berakhirlah dengan cara yg tak baik.

Sebab tu Raju. Walaupun org tu aku pernah sayang. Aku pernah suka atau sebagainya. Tapi kalau ianya berakhir dengan baik. Dengan kerelaan aku utk dia dapat yg terbaik. Aku rasa bersyukur. Biar aku rasa sakit sedikit. But aku tahu. Org yg kita sayang dapat apa yg mereka deserve.

Well, jodoh is jodoh. Bila takdir itu datang. Kalau boleh biarlah dia datang dengan kebaikkan bagi semua org. Kan?

Bila yang tertulis untukku
Adalah yang terbaik untukmu
Kan kujadikan kau kenangan
Yang terindah dalam hidupku
Namun takkan mudah bagiku
Meninggalkan jejak hidupku
Yang tlah terukir abadi
Sebagai kenangan yang terindah
Sedikit sebanyak, aku dah rasa lega. So, one dah, aku boleh think foward. For my family. Hey raju. Kasik tunggu la. Kau nak cepat2 gi mana? Nanti kita cerita lagi. Raju oiii... Cilakak kau raju... Sok kita jumpe lagi...



0 comments:

Post a Comment

About me

My photo
Between Reality and Fantasy...