Monday, January 25, 2010

Al-Fatihah buat Almarhum Sultan Iskandar



No one is perfect. Sama juga dengan Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Johor yg mangkat pada Jumaat lepas. Walaupun Almarhum adalah seorang Sultan, baginda Tuanku tetap melakukan kesilapan yg tidak disukai sesetengah orang. Kerana Baginda Tuanku masih lagi hamba Allah.Tapi itu bukan alasan utk seseorang memaki hamun dalam blog, komen ataupun forum terhadap jenazah Tuanku yg tidak mampu berbuat apa2 pada blogger tadi.

Aku taknak cerita tentang blogger atau org yg jiwanya dah tak ada tadi. Aku nak cerita tentang Sultan Iskandar. Yg rakyat sibuk2 bahawa baginda tuanku adalah Sultan Berjiwa Rakyat.



1st... Kisah dari pakcik.

Diceritakan oleh pakngah aku kepada ayah aku. Pakngah menetap berhampiran Bukit Gambir, Muar Johor. Dikhabarkan, Almarhum Sultan Iskandar mempunyai seorang guru agama yg tinggal dan kenal pakcik aku di situ.

So lebih kurang belasan lepas or kalau tak silap tahun 80an. Tuanku dapat tahu yg anak Tok Gurunya baru saja berkahwin. Jadi baginda Tuanku bertanya kepada gurunya. Kenapa tidak mengajak Tuanku ke majlis perkahwinan anaknya? Mungkin jawab Tok Guru Almarhum Sultan kata, ini perkahwinan org kebanyakkan saja. So, baginda mahu gurunya menjemputnya ke majlis perkahwinan anaknya yg lain di masa akan datang. Mencemar duli.

So sampailah masanya. Gurunya menjemput Almarhum Baginda Sultan ke majlis perkahwinan anaknya yg lain. Jadi, Almarhum Sultan Iskandar duduk di sebelah pengantin. Apa lagi, rakyat dan tetamu yg hadir jadi tak keruan. Apa tidaknya, Sultan Johor jadi tetamu kehormat di majlis rakyat biasa! Dikampung dan dibawah khemah dan bukannya di hotel2. Disebabkan org yg hadir lain jadi tak keruan, Baginda membuat pengumuman. Dia mahu org ramai meraikan pengantin tadi saja.

Malahan, pada satu ketika semasa makan berdamai. Baginda Tuanku sendiri yg mencedukkan nasi utk pengantin. Tak menggeletar kepala lutut pengantin? Org yg menyediakan majlis kelam kabut. Mana tidaknya, sepatutnya Almarhum Tuanku yg dirai bersama pengantin, tapi Tuanku sendiri yg menceduk nasi untuk pengantin. Bila sudah jadi macam itu... Tuanku bertitah... "Hari ini, pengantin yg diraikanlah itulah raja. Tuanku datang hanyalah tetamu." Tanpa mengisahkan protokol diraja, Tuanku terus meraikan Raja sehari tadi dan terus berborak2 seperti biasa dengan pengantin.

Dikisahkan....
Dalam majlis yg sama. Semasa imam membaca doa. Disebutkan juga nama Tuanku. (siapa sembahyang jumaat diJohor tahu hal ini). Nasib imam tadi tak baik sebab dia tersalah menyebut nama Almarhum Sultan Iskandar.

Sebaik saja terdengar namanya disalah sebut, Almarhum Sultan memandang Tok Imam dengan pandangan yg tajam. Apa lagi, lagi kelam kabutlah Tok Imam. Entah apa-apa yg disebut. Dah macam ayam berak kapur kata pakngah. Org ramai termasuk pakcik aku nak ketawakan Pak Imam pun tak boleh. Kesian pun ada. Rupa2nya, selepas itu Sultan tegur. Namanya bukan seperti yg disebut. Almarhum Sultan memperbetulkan namanya. Tak perlu sebut gelaran yg susah. Mahu dipanggil namanya yg mudah. Menasihati tanpa memarahi Tok Imam!


Kisah 2... Kopi O

Kali ini kisah atok angkat aku. Di kawasan Sg Sayong, terdapat makan-makan kerabat Johor zaman dulu. So dikhabarkan, Almarhum Sultan akan datang melawat kawasan tersebut. Dan pihak istana juga meminta supaya Felda Sg Sayong menyediakan satu rumah untuk Almarhum Sultan datang singgah. Maka, yg terpilih adalah rumah atok angkat aku.

Apa lagi, kelam kabutlah. Apa yg nak dihidangkan. Apa yg dimahukan. Maka ditelefon pihak istana. Katanya, sediakan seperti biasa. Mana bantuan akan dihantar oleh pihak istana. Yg penting tuan rumah kena sediakan Kopi O yg sedap!

Waduh, macam mana nak tahu kopi O mana yg sedap. Kalau salah, tak sedap, mau makan penampar nih. Tapi, nasib baik (or tak baik juga), last minute Almarhum Sultan membatalkan niatnya. Maka terselamatlah atok aku.



Kisah 3... Diceritakan oleh kawan aku (kesahihan tak dapat di pastikan 100%)

Satu ketika dahulu. Almarhum Sultan Iskandar datang ke bandar Maharani Muar. Diadakan satu perjumpaan (lebih kurang) antara rakyat dan Sultan. Dalam ucapan Tuanku, Tuanku mahukan rakyat bersatu padu antara satu sama lain. Sambil memberikan contoh seperti penyapu dan lidi penyapu.

Tapi menurut kawan aku. Dalam titahnya, tuanku tidak menyebut namanya sebagai 'Beta'. Tuanku lebih suka menggunakan 'saya' atau 'aku' (yg ni tak tak dpt dipastikan). Memanggil rakyatnya awak, kamu atau kau. Malah, bila bercakap dengan rakyat biasa, Almarhum Tuanku tidak mahu dirinya disembah2. Tuanku bukan Tuhan untuk disembah-sembah sebegitu rupa!!! Malah, ada yg kata, Tuanku tak gemar kalau tangannya dicium-cium berhabisan semasa bersalam. (yg ni pernah juga diceritakan pada aku oleh org lain). So now, tahulah, kenapa Johor adalah negeri yg paling susah nak bagi darjat kebesaran utk rakyatnya. Datuk, Tan Sri, Datuk Seri sangat susah dijumpai dijohor. Hanya yg layak akan memperolehinya.

Asalkan tidak kurang ajar, maka rakyat boleh lihat Almarhum sebagai Sultan yg sangat rapat dengan rakyat. Tapi, jangan sampai kebaikkan dan ketegasannya dipermainkan.


Kisah yg ramai tahu tapi ada juga yg tak tahu.

Almarhum Sultan Iskandar amat meminati jentera bermotor. Kereta, motorsikal, bot, helikopter, kapal terbang malahan keretapi (dikatakan, Almarhum Sultan mampu memandu Keretaapi!). Semasa sihatnya, Tuanku akan menaiki motorsikal berkuasa besar dan pergi berjalan2. Dari Johor Bahru ke Kota Tinggi, ke Desaru dan sebagainya. Sama seperti anakandanya Tuanku Ibrahim dengan kembara Johornya.

Dijadikan cerita. Pada suatu ketika semasa perarakan Hari merdeka (masa itu Tuanku menjadi Agong). Kumpulan motor besar lalu di hadapan pentas VIP. Tuanku turun dari pentas VIP dan memberhentikan perarakan tadi. Dilihatnya motorsikal besar tadi dan dicuba2 sekali. Rakyat tercengang dan bersorak. Sebab tidak pernah dibuat oleh mana-mana Sultan untuk buat sedemikian.Tak tahulah nak digelar apa. Mencemar duli? Tiada protokol? Atau apa saja. Tapi yg pasti terlihat diwajah pemilik motorsikal tadi perasaan yg sangat2 bangga. Kembang hidup semua. Apa tidaknya, Yg DiPertuan Agong mencuba motorsikalnya!

Almarhum Tuanku juga sangat menitikberatkan disiplin. Dan tegas. Dan garang (bagi sesetengah org). Sebab itu, siapa yg mentertawakannya, akan membuat baginda murka. Pernah, dalam satu upacara rasmi (Tak silap hari merdeka juga). Live di TV. Almarhum memeriksa perbarisan askar. Sampai di satu barisan askar. Tuanku berhenti. Diambil kayu rasmi ketenteraannya (tak pasti namanya, tapi kayu yg biasa dipegang oleh general) dan menonjol perut askar tadi. Mungkin askar tadi sangat boroi dan gemuk di dalam pemikiran Tuanku agaknya. Mungkin juga Tuanku mahu askar yg cergas utk jadi pelindung negara. Kalau boroi, macam mana mahu lari laju kalau menyerang dan diserang?

Dibarisan lain (mungkin upacara lain), baginda berhenti di hadapan seorang askar. Dipandang askar tadi dan dibetulkan pakaian askar tadi. Aku tak ingat apa, tapi kalau tak silap topi atau pingat askar tadi tidak menepati citarasanya. Kemudian Tuanku meneruskan perbarisannya.Satu persatu barisan diperiksa.

Pernah diceritakan, Tuanku memeriksa perbarisan di UTM johor. Walaupun pada Tuanku tidak lagi segagah di zaman mudanya, namun Tuanku masih lagi mahu memeriksa perbarisan dengan berjalan kaki. Tidak guna jeep sepertimana yg dilakukan oleh pemimpin lain. Dan Tuanku memeriksa setiap baris. Tak percaya... Cuba tengok gambar di bigdog. (ini gambar lainlah kot). Kalau tuanku melihat ada askar yg tidak mempunya disiplin dan tinggi, dan tidak perfect, pasti ada yg kena!


Keistimewaan Almarhum Tuanku juga boleh dilihat dari pakaiannya yg kadangkala menghairankan rakyat yg jarang melihatnya. Tuanku tidak memakai baju melayu, tanjak atau pakaian raja untuk pergi ke majlis raja-raja. Tuanku memakai pakaian askar. Malahan, kalau sembahyang Raya, Tuanku akan memakai baju melayu teluk belanga dengan baju lain dan seluar lain warnanya. Rakyat yg kenal Tuanku, pasti ingin tahu baju melayu warna apakah yg akan dipakai oleh Tuanku pada hari raya itu.


And lastly... Do you know yg Almarhum Sultan Iskandar tidak mengambil sebarang Elaun sebagai Yg Dipertuan Agung semasa Tuanku menjadi pemerintah Malaysia. Keseluruhan Elaun yg bernilai mungkin berjuta ringgit sepanjang 5 tahun didermakan pada org yg lebih berhak. Ramai yg tahu kisah ini. Pada diri Almarhum, hartanya sudah cukup. Apa yg diperolehi oleh Tuanku diberikan pada org yg lebih memerlukan. Baca di bigdog

So, sekian dulu cerita. Banyak lagi cerita2 lain. Cuba search lagi cerita2 mengenai Almarhum Sultan Iskandar.


Almarhum Sultan Iskandar adalah manusia biasa disisi Allah. Baginda juga tidak terlepas melakukan kesilapan. Tapi itu bukan alasan kita untuk menghina atau mengutuk org yg telah menemui Allah. Sama ada baik atau tidak, hanya Allah yg mengetahuinya. Sedarkah yg Almarhum Sultan Iskandar meninggal semasa Maghrib Hari Jumaat??? Adakah mereka yg mengutuk Tuanku akan meninggal pada hari yg lebih baik atau ditempat yg lebih baik?

Kita sendiri tidak mahu apabila kita dikuburkan, roh kita dikutuk2 kan? Adakah mereka atau blogger yg mengutuk Almarhum Sultan ini jauh lebih sempurna dan lebih berjiwa rakyat berbanding Tuanku? Sudah tentunya tidak! Apabila datang apa yg telah Allah janjikan pada setiap Manusia, mereka yg tinggal, haruslah menghormatinya dan mendoakan kesejahteraan mereka yg telah pergi. Kerana mereka yg tinggal hidup ini juga akan kembali kepada Allah suatu masa nanti.

Alfatihah buat Almarhum Sultan Iskandar. Takziah diucapkan buat seluruh keluarga diraja Johor. Terima Kasih Tuanku...

Kisah kasut Aziz Desa dan Sulatan Iskandar

0 comments:

Post a Comment

About me

My photo
Between Reality and Fantasy...