Friday, January 22, 2010

Changed!

Kalau diberi peluang utk balik ke separuh dari hidup kita. Dan lihat sendiri diri kita masa tu dan compare ngan sekarang. Banyak manakah kita berubah? Kalau aku... Aku dapat rasakan yg aku byk berubah. Walaupun sesetengahnya ada yg masih tak sama tak betulnya, but ada juga perubahan aku boleh buat org bertanya... betul ke ini bzz?

Tak payah la nak tanya 15years ago, compare ngan 7thn yg sudah pun dah cukup berbeza.So today aku nak cete pasal SATU perubahan yg aku rasa byk berbeza. But still aku tahu ada kesan sampingannya.


ANGRY AGAIN! (lagu megadeth)

Masa kekecik sampai la umur aku zaman sekolah. Aku selalu marah. Ni bukan marah memain, but marah bebetul. Jarang aku nak rasa marah, tapi bile meletup gila babeng punya marah. Kalau aku rasa tertekan, aku nak sembur, aku sembur. Aku selalu cuba untuk sabar, sabar, sabar... Tapi sebab masa tu kesabaran tu rendah then bila meletup aku kuarkan abis. Which i think, betul la cam mawar kata, org yg pendiam ni kengkadang bahaya dari yg bising2...(dulu aku agak pendiam kat  skolah, tanya awie).

Then... Masa berlalu. Aku banyak belajar dari kesilapan aku dan kesilapan org. Banyak berfikir. Banyak membaca memende yg ada kaitan dengan life. Then certain mende aku kaji sendiri.

Now aku berubah. Aku still marah. Especially kalau org sentuh family aku or 'maruah' aku. But, mmg jauh berbeza. Kesabaran tahap gaban. Aku still naik suara, but aku takde la nak main tepuk2 meja or terbalik kan kerusi (mcm cete kat skolah bila org memain ngan aku walaupun aku dah tegur byk kali jgn buat).Kalau dulu budak lelaki pun cuak, skang, maybe certain org je yg takut. Mungkin dah tua, tenaga dah takde.

Even sometimes, aku rasa, sifat marah aku jauh lebih rendah berbanding org yg kononnya tak marah nih. It's just kalau aku marah, aku tunjuk, but org lain marah... dia org still fikir pasal 'saham' dia. Harap faham maksud saham aku. Aku?Aku jujur bila aku marah.

Ada byk cerita buruk yg berlaku dlm hidup aku. Cerita yg bila berlaku yg biasa buat org yg beriman pun still akan marah. But... still aku boleh bersabar sekarang. Dan malah memaafkan (while org lain pilih untuk berdendam). Malahan, ada juga yg aku pulak yg minta maaf lepas tu. Tak perlu aku cerita apa, just fikir yg ceritanya lebih besar dari apa yg org lain sangkakan aku boleh bersabar ketahap itu...


BUT....

Bila aku kurang marah. Aku tahu ada satu effect negatif yg berlaku. Berlaku sebab aku kurang marah, berlaku sebab aku sangat bersabar and kengkadang pemaaf tak kene tempat... Mende tu aku rasa kengkadang effectnya agak teruk kat diri aku. Maybe org lain tak nampak, but aku rasa. Well drama king mmg macam tuh!


Apa dia????

Now, lepas aku berjaya jadikan diri aku sangat bersabar dan jarang gila marah... Aku rasa, aku lebih mudah berkecil hati. (kecik hati). Lelebih lagi dengan org yg aku kira aku sangat rapat. Even memende kecik pun aku kecik hati. It's just that korang2 ni tak tahu yg aku tengah kecik hati kat korang. Coz i hide soooooo deep smpi org tak tahu... Even org tu dah kenal aku 5 tahun!!

Aku rasa, kalau aku kecik hati pun, kenapa org lain perlu kecik hati sebab aku tengah kecik hati ngan dia? (paham?)... And, aku bersyukur gak la, kalau dulu maybe aku marah or geram... Now aku cuma kecik hati. But... sometimes, bila byk simpan dalam hati, hati kita cepat rosak. Rite? And kita tak tahu apa effect nya pada KITA dalam jangka masa panjang kalau aku terlalu banyak berkecil hati...

Memende kecik, simple story pun aku nak kecik hati. Sometimes pasal memende kecik macam org telefon terus letak tak say 'ok' or 'goodbye' pun aku kecik hati. Apatah lagi memende besar lain yg cam tak tepati masa, mungkir janji or tipu aku. Aku tak marah... TAapi aku kecik hati. Aku tak sebut pun aku kecik hati bila aku jumpe org tu lagi.. Biarlah, let go... Hopefully aku lupa. And org tu tahu apa yg dia patut buat...


HIDE

Another problem... Aku byk baca buku about life, about personalities, about body languages, communication etc... Bila kau dah byk tahu memende tu. Kebarangkalian yg kau dapat baca org lain adalah tinggi. Ditambah lagi intuisi seorang arian yg tinggi. Aku mungkin betul, mungkin salah, but bila kita tahu something was not rite, sure la kita rasa kecik hati. And lebih kecik hati aku bila aku dapat rasakan yg org tu tahu dia buat silap, tapi wat selamba je... Walhal, dia kata BFF... Hmmm...

At one time, aku tanya seorang budak kecik nih. About something. Which aku dapat rasakan yg dia tipu aku. Betul... itu hak dia. But, for me, bila dia nak mintak tolong aku, then takyah la tipu. Aku tahu had aku nak tanya camne. But kalau mende yg simple pun nak tipu... susah lah... Takpelah. Itu hak dia. Aku pun tak 100% sure kan? But then... dah lama2 tuh, aku dpt tah cete sebenarnya dari kawannya. confirm, dia sembunyikan sesuatu yg buat dia tipu aku.Yg juga aku rasa, tak payah la nak tipu aku. Tak payah rasa bersalah or malu. Dia nak cete masalah, cete bebetul. Baru aku boleh tolong dia bebetul. Kalau aku terasa kecik hati, camne aku nak ikhlas tolong dia? Kan?

So one day, aku cete kat dia. Apa yg aku tahu dari kawan aku. Then, barulah dia bgth kenapa. Aku kata kat dia... Aku bukan nak marah. Bukan nak salahkan dia. Semua org buat silap. But, kalau dia harap aku tak tahu n sembunyikan something yg dia rasa semua org akan salahkan dia... Then aku rasa tak betul!

Kalau taknak bagitahu, then okay. Aku hormat. But kalau tipu, then aku rasa tak baiklah. You risk a friendship sebab something yg aku kira simple je. Then aku kata, aku pun mintak maap. Sbb nasihat aku yg sebelum2 aku tahu dari kawan dier tu mungkin salah dan buat masalah dia makin teruk. And aku ckp kat dia.. Aku rasa sangat kecik hati bila aku tahu dia tipu aku. Dia trust aku, but dia nak tipu. Aku trust dia, dan dia boleh gunakan kepercayaan aku utk buat macam tu.

Bukan aku nak makan dia, but aku nak tolong.... Itu je...Salah ke??


See,
Even semudah tuh aku boleh kecik hati. Walhal bukan masalah aku pun. But aku kecik hati. Aku senyap, aku diam. Relax... Then, aku fikir... For how long aku nak kecik hati, nak jadi macam tu. Then im back jadi normal...... (Ouhhh... yg cete kawan aku tipu tu, dia tipu aku dlm YM.) (Search google macam mana nak tahu org menipu dlm chatting)



Ermm... aku tak wish lain la tahun nih. Aku harap, one day, aku dapat belajar utk tak mudah kecik hati. Susah kalau jadi macam sekarang ni... Sebab aku terfikir. What if one day, aku still sama macam sekarang. What if kalau bini aku wat aku kecik hati dan aku hide je mende tu. And aku kecik hati tu sampai bebila. Bukan kah itu salah kesalahan isteri sedangkan dia tak tahu yg aku sebenarnya kecik hati. Apa hukumannya? Bukankah satu masalah kalau seorang anak buat ayahnya kecik hati? But anaknya ingat, ayahnya biasa je. And in the end, mungkin dia jadi anak yg tak hormat ayahnya...

Ok la... hari ni jumaat, harap2, minggu depan aku dah tak kecik hati. Aku pun lapar.... Aku nak lupakan kejap... Thanks sebab baca... Jgn kecikkan hati aku lagi... And jgn tanya...


Have a nice weeken!!

0 comments:

Post a Comment

About me

My photo
Between Reality and Fantasy...