Thursday, January 21, 2010

Ever wonder why???

Ada org yg hairan, pelik, geram, sedih dan sakit hati...

Bila org yg dia nak ubah tak pernah berubah.
Bila org yg dia sayang tak pernah nk tunjukkan sayang.
Bila org yg dia care tak pernah nak care.
Bila org yg dia mahu tak pernah mahu.

Tapi bila dengan org lain...

Sekejap saja mereka berubah, sayang, care dan mahu. Hairan dan pelik. Geram dan sakit hati. Sedih dan susah hati. Kenapa ada org yg 'hatinya' baik. Niatnya baik. Malah dirinya baik tapi masih lagi tak dapat tunjukkan dan tak dapat lagi mampu ubah org lain menjadi baik... Sedangkan, bila org yg sama dengan org yg lebih 'jahat' berbanding org tadi... Mampu ubah dengan mudah.

Begitu juga dengan sayang. Ada org yg cuba utk buat org lain sayang dirinya. Tak mampu. Dah pelbagai cara dia buat. TAk mampu. Malah dah cuba dengan ramai org. Juga tak mampu. Tapi... Bila org lain cuba dengan org yg sama... Mereka lebih mudah disayangi. Mereka tidaklah jauh lebih baik.

Ada org yg cuba care pada org lain dengan harapan org lain boleh tunjukkan rasa care mereka pada dia. Sudah tunjuk, sudah beritahu, sudah itu dan ini. Tapi balasannya tiada. Macam mencurah air di atas daun pisang. Tapi, bila org lain yg nampak lebih ganas dan lebih tak berbudi bahasa tunjukkan keprihatinan mereka pada org yg sama. Org itu mudah saja tunjukkan keprihatinan mereka.

Ada org mahu org itu. Sudah cuba banyak cara. Tunjuk yg baik. Tunjuk yg sayang. Tunjuk yg betul. Tunjuk itu dan ini. Usahanya melebihkan dari yg ada. Mungkin org kata, kalau tak dapat, tak tahulah apa nak kata. Tapi, masih juga tak berjaya. Sedangkan, dengan org yg sama, dengan mudah mereka berjaya. Pernah bertanya???


Kawan...

Kalau kau dah cuba dengan cara yg sama pada ramai org tapi masih lagi tak berjaya. Atau kau dah cuba pelbagai cara utk ubah seseorang. Masih juga jadi yg sama. Then cuba ubah apa yg ada di depan mata. Ubah diri kau dulu. Mana tahu berjaya?

Org nampak kau betul belum tentu kau betul. Org nampak kau baik, belum tentu baik. Org nampak kau sopan belum tentu kau sopan. Org nampak kau jujur belum tentu kau jujur. Org nampak kau gembira belum tentu kau gembira. So... lihat cermin, apa yg ada. Betulkan pada wajah kita dahulu. Jgn cuba nak tangkap nyamuk seberang lautan kalau nyamuk kat pipi kita pun tak mampu kita tepuk...

Hmmm...

0 comments:

Post a Comment

About me

My photo
Between Reality and Fantasy...