Macam mana dengan 2009? So far okay? Kalau tak okay, cuma tinggal sehari setengah untuk ubah. But still ada masa lagi!
So... Now aku nak cete apa yg terjadi pada 2009. About me.
Life
Life takdelah makin menarik. Tak jugak makin teruk. Sometimes sangat ok... sometimes sangat tak okay. Depend. But, yg pasti, 2009 mengajar aku untuk lebih pandai mengimbangi antara yg okay dan tak okay. Maybe, ada org kata, 2009 ni suckass. Kalau kau kata 2009 ni suckass... Kalau kau tahu cete aku, maybe ke suckass kau tu tak seteruk aku. (well, bzz simpan dalam!). Other thing, takde le berubah sangat except certain things yg aku rasa boleh buat aku jadi someone yg lebih appreciate apa yg aku dapat and bersyukur dengan apa yg Allah kurniakan. WAlaupun mungkin tak sebaik org lain, but that was enough. Aku "bukan hidup utk makan tapi makan utk hidup". Paham maksud aku?
Love?
Hahaha... Can't consider myself lucky. Everything berlaku dalam masa yg sama. EVERYTHING. Dari yg menyayat hati sampai la menyegarkan hati. Ada suka, ada sedih, ada sakit hati, ada gembira, ada marah, ada memaafkan, ada melupakan.... Ehhh... macam2 ada!!! Planning kawin? Takde lagi. Go with the flow. But ramai kawan aku yg kawin tahun ni. And yg planning kawin pun ada. Takpe la... ada rezeki, kawin.. But... kawin bukan sebab ada rezeki je... Kalau duit cukup... but yg lain tak cukup wat pe... Betul ke kita dah sedia nak kawin? Or kita just terikut org kata nak kawin?
Kerja
Tahun yg berubah. Dari cabaran kecik ke cabaran besar. Dari wat keje report dan jadi seketari sampai la wat keje yg bukan level aku! And tahun ni juga adalah tahun yg aku boleh kira, tahun berumah tangga di opis. berbelas kali aku balik kol 1-2 pagi. 4 kali aku balik kol 6 pagi. Dan sekali aku balik kol 5 petang esok harinya! And what im doing right now is not my level. Aku tak wat keje yg aku patut buat. Eh, buat gak, it's just my main job bukan level aku. So... kene berfikir pun bukan level aku. And kerja... sama je except gaji naik sikit, bonus naik sikit... And ada la anugerah terima sikit. Walaupun tahun ni lagi mencabar... aku tak rasa tahun ni lebih susah dari tahun depan. Sebab aku tahu, tahun depan lagi susah... Skarang org dah gelar... "Apis Contoh"... kambeng! And... kalo ada rezeki, tahun depan aku boleh mula plan kawin 5...
Duit?
Duit aku tak pernah cukup. Tak pernah. But setakat nih, tak cukup pun boleh survive and bergaya. And tahun ni bukan tahun aku bershopping baju. Thn lepas byk beli, tahun ni tak byk. Ada la, but cam tak penting. But thn ni tahun gajet. HP, Wii, ipod, PC etc etc... But, walaupun aku abis duit, aku happy! And tahun ni adalah tahun yg aku tak berkira pasal duit. Belikan... bukan beli... Belikan. Belikan baju, belikan mp3, belikan mp3, belikan game, belikan pc, belikan hp, belikan seatbaby, belikan itu dan ini... Untung kan sape yg rapat ngan aku? Sape nak jadi bini ke 4 aku?
Sihat?
Alhamdulillah. Takde penyakit kronik, except last 2 week aku demam panas sehari dan batuk dekat 2 minggu. Others, ok kot. Ouihhh... tahun ni adalah tahun kurang tidur. Yg menyebabkan rambut aku tak cukup bertambah. Purata... Sehari aku tidur dalam 5 jam. And this week, aku tidur purata 4.30 je... And last 2 week... aku gi terengganu yg balik hari. Aku tak tidur selama 30jam! And aku drive pada hari yg sama sejauh 500km. Huhu..
Rezeki?
Alhamdulillah. Pada org lain maybe tak cukup. Pada aku... No problem. Allah beri lebih, aku terima. Allah beri kurang, mungkin ada hikmahnya. Yg penting bukan amount yg aku terima. Tapi utk apa aku guna apa yg aku terima. Setakat ni, utk buat aku dan org lain happy!
Bala?
Huhuhu... Kau nak tahu bala dari segi mana? Kalau org kata bala kerja? Bala bercinta? Bala rezeki? Certain mende yg korang rasa teruk tuh, aku rasa aku lagi teruk. It's just.. .Bzz ni byk senyap... Banyak menyimpan... Walaupun aku byk melenting, but aku rasa aku jauh berubah compare ngan 10 tahun lepas. Bala tu penting... So that kita boleh balancekan dan sedarkan diri kita. Yg kita ni masih lagi disayangi Allah. And dari tu, kita boleh kembali sedar apa yg berlaku adalah Qada dan Qadar. And kita, as hambanya... perlu gagah hadapi cobaan tadi. Allah tak bagi bala dan ujian lebih dari apa yg kita tak mampu hadapi. Kalau kau kata kau tak tahan tu... maknanya kau tak berusaha lebih la tuh...
And this blog...
Tahun yg aku agak malas menulis cete. And ada gak yg aku dah taip tapi aku tak sampai hati utk cerita. Aku kira, berpuluh entry yg aku tak siarkan utk jaga hati org lain. Ya, berpuluh! Kengkadang, Org A ok... org B lak nanti terasa. So aku simpan. Simpan dalam. So... kalau kau rapat ngan aku, maybe... apa yg kau tahu tu... bukan sepenuhnya apa yg kau tahu. Taknak tanya? And... tahun ni... Blog aku dicopy. Dicopy org lain. Hmmm... Ok... maybe next year blog ni akan sedikit berubah... mungkin...
Apehal pun...
Aku nak tanya korang... Bagaimana tahun 2009 korang? Cuba cete sikit!
Esok... 2010 pulak!
Wednesday, December 30, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment