Tuesday, July 14, 2009

Komunikasi, Sikap dan Emosi

Buku

Ok... Within 1 week, aku dah berjaya abiskan 1buku setengah dari buku yg aku beli. La ni How To Talk To Anyone dah khatam. (But still kena praktis dan baca lagi smpi bebila). How To Make Anyone Like You on the way. While How To Make Anyone Fall In Love With You... Belum decide sama ada nak baca ke tak. Maybe baca, maybe tak. Bahaya gak nih! Bukan leh caya kat aku!!!

Now aku nak cerita sikit... Sejemput dari kisah yg aku terfikir dan ada kaitannya dari dalam buku tu. Setelah aku abiskan satu buku tu...


Love Me, Please

Ada org terfikir, kenapalah org tak suka dia? Once, ada kawan tanya... "Aku dah cuba bebaik. Dah cuba bagi itu ini. Tapi dia still taknak baik ngan aku". Aku kata... "Ko bengong...". Aku kata, cuba bebaik, cakap menarik, bagi itu ini, call etc tak menjamin ikatan kawan ni 'diterima'. Takde jaminan.

Aku ckp... Apa yg dier nak buat tu betul. Just cara penyampaiannya tak betul. Mukadimah takde, ape takde... Tetiba nak terjah. Ini bukan MELOOOOODIIII! Takleh la. Then, bila jumpe, aku kata... impression emosi dia tu kena ada. Ko nak jumpe org yg kau suka time bila keadaan emosi kau tak stabil? Takleh la jumpe time tu... takleh gi tackle. Tak sesuai. Kau emo! Kau baru marah org, kau nak tekel awek? Takleh la... Cooldown dulu. Nanti terbawa2! Lagi satu aku kata... What you give, you get back. Kalau dia paksa org suka dia, org akan paksa diri mereka balik utk tak suka kawan ni. And one more thing... Timing... Kot ye nak tekel awek... Jgn la kacau dia time memalam buta. Especially kalau dia jenis tido cepat.

Satu lagi cete... "Dia ajak aku date. Tapi last2 dia kuar dengan orang lain...". Kata ada seorang minah ni kat aku satu ketika dulu. Aku kata.. Kau bagi keputusan lambat sangat! Dalam buku ni ada cete. Kalau seorang perempuan suka lelaki, kalau lelaki ajak... Jgn la cakap cam jual mahal sangat. Aku tak kata, 1st time jumpe terus bercinta. No... Tapi jangan la terover bile mainkan emosi 'Hard to get' tu...

Ada org kata... perempuan mesti ada cam satu sifat... Hard To Get... Nampak cam lebih menarik nanti. Lelaki lebih suka perempuan yg susah nak dapat, kununnya. But kalau org yg nak kita tu memang kita suka. Buat ape nak hard-hard lagi? Takyah hard2... Respons dan relaks. Contoh macam org yg kau suka pandang tu ajak date... "I nak ajak you keluar... Kita pergi tengok wayang nak"... Takyah la nk tunggu esok, tanya abah, tanya jiran, tgk kucing dah makan ke belum. Takyah lelama... Just fikir kejap... Then sms balik... "Okay... I think its nice! Thank you :-)".

Org yg ajak pun semangat... Kan? Lelama sangat, dia bosan, mau dia wat planning lain. Kena ingat, dunia dah berubah. Bunga bukan sekuntum!!! Bunga banyak dah. Tapi masalahnya, kumbang hemsem, bukan semua kita minat kan? Kalau kumbang yg satu tu ajak... Jalan terus!

Aku akan cerita lagi pasal ni, kalau aku dah dapat absorb semua cerita yg berkaitan dlm bebukus tu...


Love Me Again, Please

While tadi adalah berkaitan orang nak dapatkan orang lain. And this one is about orang nak kekalkan orang lain. Mahu kekal mesra dan sayang-menyayangi. And... please assume yg this problem is about communication breakdown.

Ramai org anggap... Bila dia rasa dia dah tak disayangi LAGI, dia kata.. Ini silap pihak lagi satu. Kalau perempuan, dia kata suami atau pakwenya dah ada perempuan lain. While suami or pakwe kata pasangannya dah ada jantan lain. Kengkadang reason tu langsung tak masuk akal. Tak betul pun. Just emosi kita bila kita rasa tak disayangi. Kita lebih suka blame orang lain dari lihat pada diri kita sendiri.

Katakan baru bercinta... Semuanya menarik. Semua mahu bercerita. I nak kenal your family. I nak kenal hobby you. I nak tahu nama kucing you. I nak tahu apa kerja you. So cerita tu berulang for the next 2 years. Tapi bila dah 2 tahun. Cerita dah abis. Blank. Apa nak tahu lagi? Apa nak cerita lagi? Lagi jadi susah kalau satu pihak usaha utk buat communicate dengan baik, tapi satu pihak reject. Si pakwe nak cerita pasal bola. Tapi awek taknak cerita. Sebab... "I play netball, okay???" Marah2... Just becoz dia tak minat sedangkan pakwe dier memang kaki bola... and minta sokong team yg sama. MU alllllll the way! And bila awek dia nak cete pasal netbal, si pakwe tak minat. "I mana tahu netball. I MU fan okay??".

Then... dilemma berlarutan... I Mana tahu pasal tudung bawal, tudung siti, tudung mawi itu ini? Bangkang si pakwe. Si awek marah bila pakwenya suruh minat main Gear Of War. "Heii... I main Sims 3 lah!". Perempuan mana main GOW.

And lepas tu terjadilah communication breakdown. Sebab bila satu nak cerita, satu taknak dengar. Last2... lantak la nak cerita ke tak. Cerita tak dapat. Gaduh ada la... Cuba awek tahu pasal GOW, and pakwe tahu pasal Sims 3?



Satu lagi. Lepas kahwin. Cam aku slalu cerita. Before kahwin... "Kita lepas kahwin kita pegi honeymoon. Kita lepas kahwin nanti i masakkan for us ok? You and I help each other..." . Keyword... KITA and WE. But... si isteri, bila dapat baby... KITA dan WE dah jadi I or saya. "Saya yg jaga baby. U tido je!". "I yg masak okay?"... Why not kalau isteri tadi dah jadi IBU... dan penat... Dia gunakan soft communication. Apa kata guna.. "Kita jaga anak kita sesama ek...". "Can we cook together? I teach you how to make pasta! Nak tak?"... Why not kalau lepas dpt baby, suami still ajak isteri "We go to MU punya game kat BJ nak?". Takde le ajak member je...

Ceritanya sama. Pasal baby and memasak. But cara penyampaian lain. Satu lebih pada diri sendiri dan satu lagi lebih pada keakraban. WE... And bila kita libatkan diri kita dalam satu conversation, kita MUNGKIN dapat kurangkan EMOSI yg tak baik. Coz ianya libatkan diri sendiri. Takkan kita nak marah diri sendiri kan? Walaupun resultnya still sama kalau pasangan kita ni jenis tahap gajah duduk, tapi dengan cara penyampaian yg berbeza, cara penerimaan juga mungkin berbeza.

We'll talk later about this next time. But take note... Tak semestinya dengan hari-hari kita sebut I Love You boleh buat kita kekal maintain happy sampai bebila. Kena ingat... Kalau kita nak 'mati'... The only way to make us happy for the last time is to talk and laugh. WAlaupun takde I Love You pun, still kita tahu... We love each other. Tapi kalau dah communication semua dah out... camne nak berborak dan ketawa? Right? Apetah lagi cakap I Love You!!!

Aku suggest... Memane yg rasa cam tak tahu nak borak ape. Walaupun satu pihak cuba berborak. Cuba2 banyakkan baca internet, suratkhabar, majalah, komik etc. Be young again. Bila byk idea, byk kita boleh borak. Kalau A cerita kita tak paham, kita boleh usaha utk cerita pada dia something. Kan? Lebih bagus kita byk tahu pasal minat pasangan kita. Apa salahnya kita buangkan ego yg kita tak minat memasak or jaga baby lalu terus tahu pasal itu semua. Apa cete, ambik2 tahu lah sikit team favorite suami kita tu. Tak pakai jersi pun takpe, janji tahu... "Ronaldo tu dah pergi Real ye bang?" . Barulah byk mende kita nak cerita dan duduk bersama.

Air... kalau dah membeku... dia tak mengalir. Sambung lagi suatu masa nanti...


Sikap dan Emosi

Be positive.
Be positive.
Tapi... jangan lak sampai terover-over positivenya. Over confident boleh makan diri sendiri.
Tapi... Be positive. Jangan pesimis...

Bila nak bercommunicate... Jangan emosi. Kalau pemarah, tahan marah. Kalau tak sabar, belajar bersabar. Kalau emo, cuba jgn emo. Kalau pesimis, jadi optimis. Apa yg kita kata dalam hati, boleh jadi amalan. Bila jadi amalan, ia boleh jadi sikap. Bila sikap kita tak betul, emosi kita tak betul juga. Kalau emosi tak betul... Macam mana kita nak tekel org or kekal bersama orang? Kan?

Jangan salahkan orang lain terlebih dahulu kalau kita rasa kita ni tak dilayan orang, tak disukai orang. Tgk... adakah cara kita ni boleh buat org lain nak bercommunicate dengan kita? Adakah kita boleh buat orang lain seronok nak berborak, nak bercerita or nak berkawan? Kalau kita takde elemen or dah hilang elemen tu... Carilah... Bukanlah nak suruh baca buku ni.. Just perhatikan... Apa yg pasangan kita buat or apa yg org yg kita minat tu buat. Kalau dia boleh diminati ramai or boleh wat kita tertarik, kita mungkin boleh dapat elemen yg sama juga.

Setiap orang... ada keistimewaannya. Cari pada diri sendiri terlebih dahulu... Jangan buduh sumbung!




Note - Tu belum sentuh pasal body languages!

0 comments:

Post a Comment

About me

My photo
Between Reality and Fantasy...