Monday, July 13, 2009

Look into your eyes...



"When I look into your eyes... Firehouse"


Teringat... Aku tanya seorang member ni... Kenapa bila dia bercakap dia tak pandang mata? Reasonnya... "Takut jatuh pokok"!!! Aku faham ape maksud member aku ni cakap.

Now... cete pasal pandangan mata. 2nd tips dlm buku 'How to talk to anyone' adalah berkenaan dengan mata. Bagaimana menggunakan mata bila bercakap. Apa maksudnya, bila sesuai, bila tak sesuai... Bagaimana utk gunakan utk kebaikkan semua org.

So now, aku cerita apa yg aku faham and apa yg aku nak cerita.


Lelaki & Perempuan.

Bila lelaki duduk berdepan. Berborak. Lelebih lagi pada cerita yg serius. Mereka boleh memandang terus pada mata. But, jangan terlalu lama. Kerana kadang2, orang lain boleh tersalah anggap org yg asyik memandang tepat pada mata kita ni mahu mengawal kita. Sebab dengan penggunaan mata, ia boleh membayangkan keseriusan pencakap tadi. Lain pula pandangan yg perlu digunakan kalau kita hanya mahu bercerita tentang ming2 dan kengkawan dalam wonderpet! Mata tak boleh serius. Sebab mereka cuma menyanyi!

Pandangan lelaki pada perempuan pula berbeza. Ada yg mahu terus ke dalam hati. Ada yg mahu memahami. Ada yg mahu menyampaikan. Ada yg mahu difahami. Depend pada siapa kata, siapa dengar. Ada yg tersalah anggap. Ada yg mahu mengawal. Sesetengah perempuan kalah bila seseorang lelaki memandangnya terus ke dalam mata. Ada yg cair. Ada yg rasa sakit hati. Depend pada siapa dan apa ceritanya.

Pernah diceritakan dulu bila seorang perempuan membenci lelaki yg memandangnya dalam matanya. Tujuan lelaki tadi mahu menekelnya dengan kata2 yg indah dan pandangan yg tajam dan jujur. Tapi pandangan matanya lebih kepada lelaki gatal dan pemarah. Anak matanya tidak sejuk dan tidak menunjukkan kelembutan. Walaupun kata-katanya menarik, tapi penggunaan mata yg salah menyebabkan lelaki ini terlepas peluang... Maka lelaki ini yg jatuh dan bukannya perempuan. Gunakan mata sebaiknya utk sampaikan maksud sebaik mungkin. Tapi... badluck la kalau perempuan tadi tak tgk mata kita. And jangan sesekali pakai cermin mata hitam bila berkata 'Saya suka awak'. Mungkin org boleh kata kita tak jujur. Mulut kata suka, mata tengok perempuan lain. Siapa tahu mata kita arah mana kalau kita berkaca mata hitam?

While pandangan mata perempuan ke perempuan pula berbeza. Pandangan kengkawan berbeza dengam musuh. Pandangan perempuan yg menceritakan masalahnya pada kawannya mestilah bermata yg mencerminkan kesayuan hatiannya. Kalau matanya kelihatan marah, pastinya kawannya tak percaya yg dia sedang bersedih. Kalau perempuan mahu cerita tentang kegembiraan, matanya pasti bersinar. Kalau cerita gembira tapi matanya sayu... Mungkin ada sesuatu yg disembunyikan. Tolong kawan tu...

Mata memainkan peranan penting dalam bahasa badan kita... :p . Kita boleh teka sama ada mereka bercakap betul atau tidak. TAPI!.. Warning... tak semuanya betul dengan apa yg kita teka. Ada org pandai menipu dengan menggunakan mata. But ada org... memang bodoh bendul bila menggunakan matanya. WAlaupun dia jujur, masih org ingat menipu, sebab matanya tak pandai 'bercakap'. Bagaimana dengan org juling???


Pandangan

Cara kita memandang boleh membuat orang lain merasakan apa yg kita mahu katakan atau kita mahu dengar. Kalau kita mahu dengar masalah orang, jangan bulat atau 'garangkan' mata. Tapi 'sejukkan' sedikit mata. Pandang dengan sayu. Seakan-akan memahami masalahnya. Kalau kita tak pandang, mungkin kita dicop sebagai tak mendengar walaupun kita mendengar.

Kalau kita mahu marah orang, pandang dengan mata yg bulat dan tegas. Jangan buat mata yg sayu dan mahu menangis kalau kita mahu marah orang. Pandang tepat pada matanya. Kalau dia tunduk dan tak berani memandang, maka 'kemarahan' tadi sampai pada pendengar walaupun kamu sebenarnya tak marah pun. Acah-acah mak enon je... But jgn over pulak. Nanti org tahu.

Pelbagai cara, pelbagai makna. Terlalu banyak untuk diterangkan disini. Tapi setiap pandangan mata ada maksudnya.... Bukan setakat 'terjatuh' saja...


And now...

Aku dah nak abis baca satu buku... And aku nak praktik sebahagiannya. Bukan niat yg tak baik. Nak menekel orang sana sini. No... Just nak buat org tahu that... aku boleh bercakap dengan semua orang... And boleh jadi kawan utk semua org. So little by little... aku akan berubah... Praktikkan mataku ini... (Panjang kan bulu mata aku?) So please... jgn terjatuh pulak!!


Meh aku kasik lagu berkenaan mata... Suke gile lagu nih!
When I look into your eyes - Firehouse

I see forever when I look in your eyes
You're all I ever wanted, I always want you to be mine
Let's make a promise 'till the end of time
We'll always be together, and our love will never die

So here we are face to face and heart to heart
I want you to know we will never be apart
Now I believe that wishes can come true
'Cause I see my whole world
I see only you

Chorus:
When I look into you eyes
I can see how much I love you
And it makes me realize
When I look into your eyes
I see all my dreams come true
When I look into your eyes

I've looked for you all of my life
Now that I've found you, we will never say goodbye
I can't stop this feeling and there's nothing I can do
'Cause I see everything, when I look at you

Chorus

When I look into your eyes
I can see how much I love you
And it makes me realize
When I look into your eyes
We will always be together, and our love will never die
When I look into your eyes
I see all my dreams come true
When I look into your eyes
When I look into your eyes

0 comments:

Post a Comment

About me

My photo
Between Reality and Fantasy...