Wednesday, July 15, 2009

Soalan Bocor dan jujurnyee...



Bila periksa, aku tertunggu2 kalau ada soalan bocor. Aku suka soalan bocor. Lelebih lagi kalau cikgu bagitahu... "Ok... Next week, awak baca bab 5-6-7". Tapi kalau diberi jawapan direct, aku tak suka. Tak minat. Rasa cam tak adil. But aku suka klu. Tapi aku tak cuka copy. Aku ada idea aku sendiri. WAlaupun tak penuh, tapi puashati. Be different... kununnya...

Pernah, satu masa, aku demam masa nak ambik periksa. Dekat 2 minggu aku demam. Yg aku ingat, masa tu jerebu teruk melanda Msia. Dalam dewan besar UPM. Aku duduk. Hingus mengalir. Mata bengkak sebab tak cukup tidur. Hidung rasa cam jellypop. Subject - Fizik Advance... Damn... Aku buka soklan, satu hapah aku tak dapat catchup. Duduk, renung, pandang, kipas. Tak ingat! Serius aku tak ingat.

Nearly 1/2 masa aku duduk je. Pusing2 sikit pencil n pen. Then dah separuh masa. Aku teringat 'jawapan bocor' yg 'cikgu' kata dalam lab ngan group aku. Daya blablabla. Energy blablabla. Pressure blablabla. Tadddddaaaaaa... Aku boleh jawab 2 soklan. Tapi... yg 8 lagi? siot... Blank semula....

Apai dok sebelah. Dia dah abis. Kita org duduk belakang. Nearly 2-3 baris dari belakang. Tempat agak gelap (masa tu, keadaan dewan tu sekarang aku tak sure). And pengawas takde. Aku syyyyyttt kat apai. "Ko siap ke?". Dia ckp, dia tak sure, tapi byk berjawab la. Just tak sure mana satu jawapan yg betul. Aku cakap kat apai, aku blank. Takleh wat ape. Cam paper2 sebelumnya. Apai tahu aku demam teruk masa tu. Yelah, aku ni kan susah nak sakit, tapi kalau sakit, aku sakit teruk.

"NAH!!".... apai letak kertas jawapannya atas meja aku. Budak2 sebelah wat tak tahu. "Ape ni pai?". "Ko copy jelah". Apai suruh tak byk bunyik. Suruh copy mana yg dpt. Sebab ketua pengawas dah kata... "Lima 5 minit lagi". So dlm masa 5 minit, aku masih dapat baca, fikir, ubah dan tulis. Not completely copy. So by the time perkataaan 'sila letakkan pen anda' keluar dari corong speaker... Aku dah dpt copy 5 jawapan. Which aku sengaja buat2 salah certain point. And yg lebih susah, macam mana nak jawapan sama tapi nak jalan lain dalam masa 5 minit

Tq Apai... Kalau tak... bukan je otak aku blank... tapi kertas aku juga blank! Tapi keluar, aku rasa cam tak happy. Sebab soalan dan jawapan bocor. Jawapan free dan meniru. Rasa cam tak jujur.

Dulu masa sekolah pun sama. beriya tulis kertas kecik2. Toyol! Tapi endup, bila smpi toilet, aku tak jadi baca. Sebab rasa cam tak jujur lak. So, better aku tak score B+ berbanding aku rasa tak jujur lepas tu. Org kata, alah... midyear exam je. Bukan SPM pun... Jgn kata midyear, monthly pun aku rasa tak best...


Ermmm... Aku tak pandai menipu. And kengkadang jujur tak kena tempat. Kalau aku menipu, kalau aku tak rasa tak jujur. Kalau aku meniru... Maybe aku tak taip entry ini di meja ini. Mungkin aku somewhere kat tmpt lain or meja lain. But... aku tak kisah. It's not meja atau 'kerusi' yg penting pada aku. Yg penting, aku rasa puas... hmmm...


Kalau sekarang, aku mintak soalan bocor boleh tak? Bukan periksa, tapi utk life?

2 comments:

hyunck said...

But, kalau awal2 dah dpt soalan bocor, hilangla element2 surprise nya.. kan?

bzz said...

depend gak pada apa soalannya dan apa jawapannya.

Post a Comment

About me

My photo
Between Reality and Fantasy...