Tiru orang... Diari weakend. Cuti agak panjang... 3 hari. Apa aktiviti?
Gi LRT. Tunggu orang. Tunggu punya tunggu, punya tunggu. Datang apek berseluar pendek. Tunjuk kota. Tukar2 kad. Hulur duit. Bukak itu, bukak ini. Tekan, tekan. Picit, picit. Nampak cahaya. Waaaa... Ehh susahlah... Eh susahlah... Taknak la pakai... You bagi I lah itu macam. Senyum sengih sampai sekarang. Iyo iyolah... makan cucuk-cucuk dulu. Soknya... beli nombor. Tengok... kena ke tak? Kena... Tapi tak kaya jugak!
Kat rumah. Makan, tidur, maen game, tgk video, baca majalah dan baca buku. Keluar rumah untuk makan laksa, makan nasik, makan spaghetti, makan sardin, makan tomyam.
Gi opis. Beli pisang seikat. Nak basuh kete tak jadik basuh. Biorlah, musim hujan, takde saper nak kutuk. Sebab kereta dia org pun tak basuh gak. Nak makan kat Vista, tak jadik sebab parking takde. Malas nak memarking. Lantas di Midvalley membedal portugees grill ngan 2 pinggan nasik! Beli itu, beli ini. Ohhh warna merah. Abis voucher Metro aku. Takpe lah. 3 tahun sekali baru aku beli. Gunalah voucher. Main scrable. Melayu bodoh, omputeh tere. Hahahaha...
Tengok Watchmen sambil menguap. Cerita berbelit. Tak brape paham, tapi sound menarik. Tengok Me and Marley. Cerita menarik. Tak berbelit. Dan sangat2 menyentuh perasaan masa Marley nak mati. Serius, kalau nak gi tgk... Tgklah Me and Marley kalau korang suka layan movie about life. Anjing tak pandang harta, kata2, muka dan segalanya.
Melawat hospital. Ana memberi hadiah pada Ijan. Padan muka ijan. Sebab lepas ni dier kene bangun kol 3 pagi buat susu utk Eirsa. Tahniah buat korang berdua.
kutuk orang, kutuk orang, kutuk orang. sakit hati kan? Yg kau degil kenapa? Kan dah kena pangkah.
Bayar parking, bayar parking, bayar parking. And Pavillion mencekik duit aku. Damn... weken ni saja, dekat 25 ringgit abis kat parking. Tu belum tol!
Gi kedai. Jenguk2. Nak beli taknak beli. Nak beli taknak beli? Bajet sikit. Kasik up. Tak cantik, kasik up. Ini cantik, kasik up. Dah beli, dah sign... Hah... Amek kau... Dekat 4rat. Padan muka. Dah ada... kene jaga bebaik... Jgn korek hidung nanti tersedut. Padan muka.
Tuesday, March 10, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment