Tuesday, March 10, 2009

Aku kan kawan.... Letih...

Off all the people dlm dunia nih... Ada beberapa jenis manusia yg aku cukup-cukup menyampah. And one of them... Manusia yg banyak songeh... Seriously... Walaupun dia family aku, kalau dier byk sgt songehnya... Aku ban!

Mengingatkan perihal letih ini. Aku teringat pada kisah 4-5 tahun lepas. Tentang seorang yg aku kenal kat sini.

Letih melayan. Banyak songeh. Terlebih menghargai orang dan fikir diri sendiri je.


Budak ni baru nak bertunang. Tapi lagaknya macam nak berkahwin. Sibuk sana, sibuk sini, sibuk sana, sibuk sini. Macam org lain tak sibuk? Dia lah paling sibuk. Macam ahli politik terkenal. Mungkin lebih dari itu!

Kejap2 telepon kawan aku. Kejap2 telepon kawan aku. Kejap2 telepon kawan aku. "Kau tolong ini. Kau tolong ini. Kau tolong ini. Kau tolong ini." Yg lagi tak bess. Dia bukanlah tak boleh nak buat sendiri memende tu. Boleh. Sangat boleh. Cuma alasannya... "Aku sibuklah..."... Bukan sibuk ape... Sibuk sebab dia banyak songeh... Dan tak pandai hargai masa orang. Banyak songeh la tuh.


Tak boleh... Aku tak boleh hidup ngan orang macam ni. Kalau dia bini aku. Confirm, hari-hari aku pangkah!


Yup, betul, kawan sejati itu sentiasa ada di sebelah kita bila kita memerlukannya. Dia akan bantu kita, tolong kita dan sebagainya. But cuba fikir, kita akan tolong dia balik tak kalau dia memerlukan kita? Well, setakat yg aku ingat, ramai org yg byk songeh nih tak tolong balik. Why? Sebab dia byk songeh. Banyak alasan. Yg tak logik!

So teringat kisah tu. Ada budak ni nak bertunang. Tapi nak wat cam kahwin. Tunang yg grand la nih. Mau ambik gambar. Mau buat kad. Yup! Kad bertunang. Bukan kad kawin. To think yg bertunang ni kononnya penting, dia pun nak wat kad.

Jemputan tak ramai. Tak la smpi berkhemah2... So secara logik, kad pun tak byk. So bila kad tak byk print, printing kos jadi lebih mahal. Tapi dia kata kat tokeh print... "Alah murah la sikit... Jgn la mahal2". Mencebikkan muka. Wat muka kesian. Mintak murah. Well... Maybe sebab yg wat print tu kawan yg dier kenal jugak. Kasik la murah. Murah gile. Ni tak balik modal. Dah la tuh, nak wat tunang pun nak byk songeh. Dah dpt murah, accept je la apa yg ada. Ni tak, nak special sini, nak special sana. Ni tak boleh. Tukar font... Aku kata kawan aku yg satu tu. Kepala hotak! Ingat ni syarikat bapak dier ke? No no no... Business is business. Kalau aku, kawan2 gak. But utk menyusahkan diri aku dgn dpt untung duit minyak, semata2 status kawan kepada kawan. No way! Kalau aku buat sebab kawan, aku tak charge ko. Tapi since, kau yg offer aku job, then aku harap ada untung.

Budak ni kene fikir. Walaupun kawan. Business tetap business. Kita boleh la mintak kurang. Tapi jgnlah melampau. Kawan kita bukan hamba kita. Kita pun taknak jadik macam dia kalau macam tu.

Tu belum habis. Gambar. "Murah la lagi. Kau bukan tak kenal aku. Boleh la. Nanti aku belanja kau makan nasik kat majlis tu". Kalau itu alasannya. Baik tukang gambar tu dtg makan nasik je. Takyah ambik gambar. Tak penat. Dia ingat ambik gambar ni senang. Masa tu kamera mahal lagi. Malah kene modal lebih byk. Tapi nak murah. Abis saper nak sponsor minyak? Printing? Album? Penat? Editing? Time? Etc??? No... org byk songeh camnih... Jarang dia fikir pasal org lain. Sebab dia byk songeh! Dah la dpt murah.... "Nanti kau jgn lupa ek... kita ambik gambar outdoor". Cinabengseng...


....Kalau aku? Kawan tu kawan. Tak kisah la kawan direct ke tak direct ke. Kawan ayah aku ke. Business is business. Kau dpt apa yg kau deserve. You pay less, you get less. Mengingat kan itu, aku pernah layan sorang customer aku. Kawan ayah. Byk songeh. Bayangkan, dier suruh dtg rumah dier kol 9 malam kat ampang, semata2 nak suruh ajar dier camne nak scan gambar kat scanner dia. Haram... Baca la manual tu. Bukan tak reti baca omputeh. Aku suruh folo instruction je. Masuk gambar. Open application. Scan and save. Kerja 2-3 minit. Tapi di suruhnya aku travel dekat 30km... "Awak dtg, nanti makcik buatkan kuih". Stakat kuih... Aku gi kedai mamak pun boleh dpt! Byk kali camtuh. Lelama aku bosan. Dah la byk songeh. Nak free. Kononnya aku ni customer kawan ayah aku. Kawan2lah... Customer lain cete. Last2... Aku charge dia mahal gila sebab pc dier bengong. Ambikl kau. Aku claim sekali myk kete semua yg aku wat dulu. Lepas tu aku buat tak layan... Waranti pun dah abis 2 tahun lebih.

Tu customer. Kawan? Kalau aku ni penjual boleh bosan. APa ingat kawan takleh bosan? Boleh... Jgn la byk songeh kat kawan2 kita. Menyusahkan dia org. Kalau kawan nak tolong, dia tolong. Takyah la nak itu ini, itu ini. Bukan kita takleh nak mintak tolong kat org lain. Kat family kita. Mende kecik, kita buat sendiri. Mende besar, mintak tolong family.

Kita kene pandai bezakan. Antara kawan kita yg rela buat utk kita, atau terpaksa rela buat utk kita. Kalau tak... Jgn marah kalau kene pangkah belakang2...

0 comments:

Post a Comment

About me

My photo
Between Reality and Fantasy...