Tuesday, March 10, 2009

Orang besar...


"Aku punya Birthday dia org taknak buat ape-ape ke?"

Orang diam

"Kau ingat siapa kau?" Cakap akak di depan...

Aku menjawab... "Saya staff. Asik orang besar je yg disambut birthdaynya. Dia org birthday dpt hadiah. Kita birthday, kek pun tak ada." Org senyap dan terdiam... "Kalau nak bagi, bagilah semua... Apa ingat kita ni siapa? Nak dpt kek pun duit kene kumpul2 tiap bulan."


Aku cakap dengan agak kuat. Boleh kata, at least nearly 5-6 meters tu boleh dengar apa yg aku cakap. Aku tak kira, aku rasa nak cakap, aku cakap.

But, inilah yg terjadi. Bila boss besar terlalu penting, tapi anak kecil macam aku ni di anak tirikan. Siapa kita sebenarnya?

Kitalah tiang. Without tiang, bumbung tu tak berguna. Menyembah bumi. Sometimes, walaupun tiang ni bekerja di sebalik tabir, but they're the one tak patut kita lupakan. But, manusia... Kita mudah lupa. Sebab tu byk bangunan runtih. Sebab tiang tak diservis, tak dicat, tak di tampal.

Aku tak kisah nak bagi sumbangan etc. Aku bukan kedekut nak kasik duit. Walaupun aku takde duit, sometimes aku bagi gak. Duit bukan satu masalah besar utk aku bagi. Stakat 20-30 utk boss, still no problem. Walaupun gaji aku kecik.

But, yg menjadi masalah kat sini... Dia kenal aku ke? Kalau dia boss direct aku macam Alice, at least dia tolong aku byk mende. So, bab sumbangan utk dia aku tak pernah berkira sgt. But yg tak kenal aku? Did boss appreciate aku? Did company appreciate other staffs? Hmm... to be frank. I don't see any...

Ok... now, katakan aku tong2 bayar Rm5. Beli kad, beli hadiah. Sudah kumpul 500. Boss besar mahu jumpa aku? Kenal? Bila aku nak datang lambat time hujan. Dia ada bagitahu aku... "Ok, take care". Ada? Takde... Aku sakit belum tentu dia tengok, aku mati pun belum tentu dia datang. So what for? Hmmm... But... kesian... Aku letak la singgit. So at least boss2 yg kat atas sana tahu. We are all tiang. But without us, you're nothing.

Speaking of appreciation. Aku bukanlah nak naik pangkat. Naik gaji gedebuk byk bila aku tong2 duit. Or maybe bagi cuti free. Dpt exceed mark. Di puji etc. Im not that kind of person. So do many of us.

But apa yg tiang-tiang ni nak, appreciate la kita org. Time ekonomi ok, tak di appreciate. Time tak ok... Lagi lagi. Cut Cost tu ayat yg dah ada dpn mulut. Bukan la kita org nak byk sgt. Sediakan bajet utk staff. Birthday, di beri kad. Voucher ke. Setahun sekali ada dinner. Ape ke... Yg company bayar. Pada aku, memende camni penting. Penting sgt.

Company boleh bagi duit. Rm200 seorang setahun. But bila duit abis, kita lupa. But, bila company spend 200 utk buat staff happy. They all akan gembira dan ingat. Rm 3juta utk semua staff apalah sgt? Apa lah sgt utk company yg untungnya 3-4 billion setahun?

But... zaman sekarang... Yg miskin dan bekerja tak di hargai. Yg kaya dan menyain disanjungi. Dunia sudah terbalik.

Hargailah kita org... Bukan susah. Bukan nak duit. At least something. Something yg kita semua di bawah boleh ingat.... Siapa dia otai-otai Maybank...


0 comments:

Post a Comment

About me

My photo
Between Reality and Fantasy...