Wednesday, December 10, 2008

Standard la lu...

Aku baca blog member aku... (Woiii bile nak belanja aku?)

Tentang standard nak jadi pasangan hidup... abis baca aku tertanya-tanya. Perlu ke aku set standard. Perlu ke mak bapak set standard. Perlu ke high standard ala-ala standard Sandra Bullock?

Kalau ada standard pun, apa piawaiannya? Sirim? Kalau terkeluar tune sikit, kene check kat Puspakom ke? Or pergi service kat pusat service Proton? Biar standard terkawal. Tapi kalau standard dah ikut, eksiden jugak, macam mana? Boleh saman Puspakom? Proton? Sirim?

So apa standard korang cari pasangan? Ada yg letak standard melampau-lampau. Bini mesti cun melecun. Gile ahh slim nya. MEsti anak datuk. Tapi dier sendiri perut boroi takde duit. Gi mamak pinjam duit member. Ukur kain pelikat perut sendiri lah... Ada yg letak standard lelaki mesti macam shah rukh khan. Macam Johnny Depp. Kalau tak... Boleh jalan la korang nak jadik pakwe aku... Tapi kau tu, suruh bermekap taknak. Rimas. Ape cerita? Bayangkan Johnny Depp couple ngan ahso jual buah. Kena ke? Mesti la dier taknak tekel punya.

Letak standard patut-patut la.... Kalau tadi aku kata ukur kain pelikat perut sendiri. Kali ni biar aku kata... Kalau diri sendiri geli pakai G String, jangan minta orang lain pakai G String utk kamu. (ada kene mengena ke?)


Ini standard aku, kalau aku nak letakkan standard dari dulu. Kalau la nak letak...
  • Putih gile babi. Tapi bukan sebab dia albino.
  • Muka comel nak mampus
  • Pakai cermin mata ala-ala cikgu tadika balik sekolah (tapi belum berpeluh lagi)
  • Nampak ayu di bawah matahari, nampak garang sikit dibawah bulan. Bawah bulan ayu sgt + plus putih... Macam puntianak!
  • Pinggang ramping. 34-26-34. Tapi tak mahu macam kerengga
  • Kulit, jari jemari halus... Macam tak buat kerja. Tapi dier buat kerja. Mungkin dier simpan losyen baby johnson 2-3 botol kat rumah. (iklan)
  • Aktif. Tapi taknak aktif sangat. Smpi asyik berpeluh 24jam. Wekkk, masin!
  • Pandai masak. Masak nasik, masak lauk, masak manisan, buat air bess.
  • And kena macam kehendak Mawi... Tahu mengurut. Tak kisah la urut apa bahagian pun!
  • Tahu bercakap and tahu nak berhenti cakap. Kalau aku cakap sorang-sorang. Mau cramp mulut aku. Kalau dier asyik cakap, telinga aku pulak cramp.
  • Tak suka membebel 24jam.
  • Tak mahu yg tergedik-gedik macam pelakon tak cukup kontrak mau cari job. Dh 6 bulan tak berlakon.
  • Tak mahu yg manja tak sudah. Sampai semua nak... "Abaanngggg... Aaaayyaaangg nak... tuuuu...".
  • Tahu berdikari. Tak perlu nak minta tunjuk ajar. Kalau aku mati cepat, dier nak mintak tolong sape?
  • Pandai berfikir. Tak pandai macam professor takpe. Tapi nak berfikir.
  • Ada kereta BMW or EVO IX. Kereta manual please!
  • Rumah ada. And dah ada perabut. So aku masuk macam tuan rumah.
  • Bukan minah rempit mahupun minah hisap ganja. Hisap poteng takpe.
  • Mak bapak dier bukan kaki complain and sporting. You all rock la ayah, mak! Peaceee!
  • Adik beradik kamceng. Takde seorang pun yg macam haram.
  • Belajar tinggi. Setakat sekolah tahap ground floor or lower ground tak main. At least sekolah 4-5 tingkat ke atas.
  • Kalau boleh tahu main alat music dan alat permainan lain.
  • ... Baik dan jujur...


Ok ke standard aku? Korang rasa aku boleh capai? Mampus la aku nak tercapai. Not even 30% pun. Yelah, aku ukur spender badan sendiri. Tak suruh Johnny Depp ukurkan...


Tu lah... Aku tak setuju bila org kata. Mak bapak kene set standard. Even aku. Kalau aku jadi mak bapak. Standard aku senang.
  • Kau gi merempit tak?
  • Kau isap ganja tak?
  • Kau ni sayang dier kenapa? Sebab dier ke sebab muka dier?
  • Aku bagi kau 100k, ape kau nak buat?
  • Siapa tuhan kamu???

Cukup... Itu standard procedure aku. Maybe ada tambah2 sikit. But aku tak kisah. Bukan aku yg kawin. Anak aku yg nak kawin. Sukahati dier nak kawin camne. Yg penting. Dia org sayang antara satu sama lain.

Apa gunanya standard kalau yg takde standard itu lah yg buat kita lagi seronok gunakan? Right? Semoga berbahgia...

So... Apa standard korang? Ada standard?

0 comments:

Post a Comment

About me

My photo
Between Reality and Fantasy...