Monday, October 22, 2007

Spontaneous Combustion

Spontaneous combustion is a type of combustion which occurs without an external ignition source.

Takde lah, aku tak cete pasal sains. Aku cete pasal aku. Bak kata Ahmed, aku boleh berubah dari ketawa ke marah dlm tempoh tak smpi seminit. But aku juga boleh cool down dlm tempoh 1-2 minit. Dan walaupun aku yg marah, kengkadang aku yg start minta maaf dulu. Tu kata dier la... Ermmm betul kot... So these are a few stories about my 'spontaneous combustion'.

Dulu... Aku bawa kete org. Bayangkan, jalan punya besar, boleh bawak laju. Tetiba eksiden bodoh. Eksiden sebab dilanggar oleh Storm yg mengundur. Aku tak gerak kedepan. Tapi dier yg mengundur dan aku tak sempat nak buat ape2. Gedegang!!! Aku marah. tak iingat. Then aku cooldown lepas tu. Then fikir, camne aku nak repair nih.
Tak lama dulu... Aku bawak kete sendiri. Eksiden. Kene langgar dek kete wira. Org lain seram sejuk. Aku boleh rileks je. Aku tak marah aku tak sedih. Cuma fikir mana aku nak cekau duit repair ni. Belum tgk aku dh tahu. Mesti teruk gile. Malah, aku tak berhenti pun masa tu utk cek kete smpi la kat rumah baru nak jenguk2.
Beberapa hari lalu... Aku ditibai oleh volvo dari tepi. Marah menyinga sebab cina tu macam nak lari. Sepupu kecik aku, Acul pulak, "Tu la acul dh ckp, jgn bawak lelaju". Nak buat camne, bukan aku yg langgar. Cine tu langgar dari tepi. Kejadian berlaku di Hotel Istana. Marah-marah... 5 minit, settle. Dpt duit... "Sorry la if i get angry to you... Are you from your opis? Maybe that's why la you're tire" kata aku kat cine tu. Yg aku pun tak paham kenapa aku ckp camtuh. (dlm tgn dh ada RM250)

Dulu... waiter pizza hut Ampang langgar adik aku. Sampaikan soup yg dibawa tertumpah kat atas tgn adik aku. Nampak la tangannya nak melecur. Mak, ayah n cik semua setakat bising2 kat situ. Then suruh adik aku basuh. Aku pulak, gi jumpa n marah boss dier. Bukan ape, ajar la staff dier... Dh tahu buat salah. Minta maaf. Buat bodoh je, memang kene marah la. Tak dpt staff, boss pun jadi. At last, dpt 3 mangkuk soup free, n salad free... "Abis tu duit gi klinik pizza hut nak tanggung ke?", aku tanya...
Tak lama dulu... Aku gi pizza hut Seremban. Order punya order... Tak smpi2. Gile ke ape. 30 minit dah tunggu dah ni cuma smpi air. Dah panggil 2 kali... masuk kali ke 3... "Dah... saya nak take away..."... Then bossnya... "Kejap la bang." Nak memujuk aku... Nak kejap ape. Dh berjanggut aku. "Takde... saya nak take away"... Then meja sebelah kaunter pun bangun. Nak take away gak... Laaa rupanya ramai ke yg tak dpt lagi... Cuma takut nak sound. Nampak aku marah, dia org pun ape lagi... (Jgn order pizza pelik yg ada inti cheese kalau chefnya baru lagi)
Beberapa hari lepas... Aku gi pizza hut Giant Senawang. Masa tu kelaparan lepas balik beraya dari kg n singgah di rumah ing. Pizza, soup dah abis tapi garlic bread tak smpi2. Mak dh mintak. Adik aku dh mintak... Turn aku... "Errr... garlic bread tadi memang taknak bagi ke? Ke memang nak simpan je?". Aku pandang tajam. Baru nak kibut ambik...

Dulu... Aku sound housemate ex aku. Sebab dier dengan sesuhati dier meletakkan sampah kat luar rumah (Vista Angkasa) smpikan berulat-ulat. Pengotor! Dan aku tak segan silu untuk memerli jiran-jirannya kalau aku tahu dia org boleh dengar perlian aku bila pintu rumahnya terbukak. Yg tu sama la tu. Kengkadang heran, belajar smpi masuk UM ada yg perempuan... Tapi perangai... Ermm... Dia org ingat Alam Flora ni buat part time keje smpi tingkat 13 ke ape?
Tak lama dulu... Aku marah n sound jiran aku sebab letak sampah. luar rumah. Pun sama smpi ada ulat. Ckp je ada degree engineering. Belajar smpi keje jadi enjinier kat LLM. Tapi, otak dan perangai.. Pengotor...
Beberapa hari lepas... Aku sound seseorang sebab dia jenis tak kisah nak buang sampah ikut sukahati. Walhal, jalan 10 meter dh nampak tongsampah. Lainlah kalau nak buang sampah tu kene menyeberang bangunan dan meredah hujan yg lebat. Boleh gak konsider 'terpaksa buang sampah merata-rata'.

Dulu... Aku tgk wayang di Kluang (masa time outing skolah). Tetiba ada couple nak comolot2 kat dlm wayang. Mengacau. Aku marah. N sound. "Nak beromen balik rumah la..."
Tak lama dulu... Aku smpi kerusi aku. Lambat dlm 5 minit. Tetiba kerusi aku dh di ambil org. "Waaa... lepas ni beli tiket lambat la. Boleh ambik tempat duduk org lain yg dtg lambat"
Beberapa bulan lalu... "Nak borak2 balik rumah la.." Simple dan mudah utk aku sound couple sebelah aku yg dari tadi tak abis mengomel. Kononnya nak cete balik kat pakwe dier ape yg terjadi. Bodoh ke ape? Dh pakwe dier pun dok sebelah dier. Buat ape nak cete. Ohh cete Die Hard 4.



I get pissoff very easy. Kalau aku rasa aku patut sound aku akan sound. Takkire le adik aku ke, mak aku ke, ahmed ke, kawan aku ke kedai ke, ape ke... aku sound. Aku tak kire. But, aku make sure yg apa yg aku marahkan tu ada asasnya. Sometimes, ada org memang patut dimarahi or di nasihatkan dengan keras. Sebab kalau kita buat baik, cakap baik dan hormat. Still tak jalan gak...

Jgn risau... aku cepat marah but aku juga cepat cooldown. Dan kebakaran secara tiba-tiba tadi takkan menyebabkan org lain kehilangan pankreas dia org. Mahupun pecah ulu hati.


Ok... TAMMAT... over n out!

6 comments:

Anonymous said...

aku pun panas baran jugak...
aku nak citer tp dah takde blog...
kwang kwang kwang...

bzz said...

saper suruh ko delete blog kau. Cehhh...

jetjetsemot said...

amuro, cite je kat sni..capri memang panas baran, apetah lagi kalu dilahirkan dalam keluarga mafia..

kesimpulan isen anda ini incik bzz adela:
1. anda malang asek kena langga
2. anda senang snapped macam diriku
3. anda suka makan pizza hut

bzz said...

Saya takde le suka pizza sgt. Tapi saya suke makanan ala2 keitalian gitugitu ahhh... Terasa diri ini omputeh la katakan. Hahahaha...

jetjetsemot said...

mentang2 keturunan omputeh..portugis eh?cett!

Unknown said...

hehehe...aku pon penah kena marah ngan penulis blog nih...maklumla..dulu dok serumah..aku tutup telinga je la kalo kena sound 2...
peace..skang dh xkena mrh dh sbb xder benda yg aku leh wat dia marah..hehehe...sbb jumpa pn 2-3 minggu skali...

Post a Comment

About me

My photo
Between Reality and Fantasy...