Aku tak kata aku baik zaman aku remaja. Tapi, sejahat-jahat bebudak zaman aku, zaman sekarang ni lebih jahanam. Kalau dulu 6 jahanam. Sekarang ni 6 kuasa dua jahanam.
Kalau diikutkan zaman sekolah aku. Kalau jahat tu mesti ditakrifkan macam hisap rokok, fly skolah, ragging, pau budak kecik dan lelebih pun 1-2 org dlm 100 org yg terlibat ngan dadah. Tapi sekarang, setakat rokok tu... Small matter. Awek skolah pakai tudung isap rokok disebalik pagar skolah. Pau? Ape inti nak? Org tua pun dipaw. Rempit dan ragut. Join org tua merompak? Pun ada. Rogol? "Alah, kawan2... Kita org sesuka je bang..."
And last sekali, kalau korang baca mastika terbaru... Kisah remaja yg menderhaka pada mak bapak. Tampar, tumbuk, tendang mak bapak... Salah siapa? Allah yg salah sebab dia org jadi jahat?
Tajuk aku... "Mak, ayah... Korang ni bodoh!!!"
Aku tak cakap mak or ayah aku. Tak gak ckp mak atau ayah korang. But Mak dan ayah budak2 nih yg bodoh. Kalau aku nak ceritakan mengikut perenggan, rasanya berperenggan aku nak taip. So better aku ikut point by point kebodohan mak dan ayah sesetengah remaja bermasalah nih. Ni yg aku terfikir sekarang. Sebab aku masih lagi 'terasa' geram dengan kecetekan otak remaja yg bunuh budak kat atas tu.
1 - Cikgu marah anaknya. Tak buat kerja sekolah. Langgar peraturan sekolah. Mak ayah dtg sekolah. Marah cikgu, marah pengetua. Kononnya anaknya raja. Ugut itu dan ini? Anak naik kepala...
2 - Anak yg baru tingkatan 1 dan baru nak belajar jadi dewasa buat perkara tak baik. Kacau org. Duduk melepak. Tapi mak dan ayahnya didiamkan saja. Kononnya bagi kebebasan. Kononnya dia terlalu sibuk untuk ambil tahu. "Aaahhh... saya ni kerja dari pagi sampai petang. Utk anak-anak juga".
3 - Ada anak org kaya, ahli politik dan VIP yg melakukan kesalahan. Ditahan polis. Tapi mak dan ayah gunakan kedudukan utk bebaskan anak. Kononnya rasa sayang. Tapi, tak juga diperbetulkan kesilapan tadi. Ah... mereka bodoh.
4 - Mak ayah kebodohan bila hanya tahu beri mainan dan duit utk tunjukkan kasih sayang mereka. Untuk pujuk anak mereka yg merajuk. Sedangkan anak, mereka perlukan belaian, nasihat dan tunjuk ajar dari mak dan ayah mereka. Lama-lama, anak dah jadi macam Sazali.
5 - Mak dan ayah dah tak macam mak dan ayah. Tukang kebun jadi ayah. Dan bibik jadi emak. Anak bangun tidur nampak bibik. Main diluar nampak tukang kebun. Entah bila masa nak diajar anak utk belajar? Apatah lagi utk di ajar mengaji Muqaddam? Lama-lama... Anak lagi tere cakap indon dari cakap bahasa sendiri.
Well, itu cuma pendapat aku.
Tapi sebahagiannya aku rasa tak boleh dinafikan yg itu adalah kebodohan sesetengah mak dan ayah remaja bermasalah nih. Kadang-kadang mereka terlupa, tanggungjawab sebagai mak dan ayah tu tak mudah semudah meminta teh O pada org gaji. Mereka juga tak boleh membabi buta menyayangi anak mereka dalam apa jua yg mereka lalukan. Pandang-pandang dan lihat-lihatlah apa yg anak-anak lakukan.
Memang kita perlu sentiasa lembut berbicara dengan anak-anak agar mereka sentiasa menghormati kita. Tapi, terlalu lembut adakalanya membuat mereka memijak kepala kita semula. So sesuaikan dengan keadaan... Nasihat-nasihat la sesiapa yg kita rasa tindakan mereka tak betul. Mungkin akan ada argument. Tapi tanpa argument... Nilai terbaik takkan diperolehi. Kan?
Aku, masih single. Tak ada anak. But rasanya dari cerita, pengalaman, pembacaan dan penelitian aku. Mungkin aku dah tahu apa yg aku perlu lakukan. Kerana aku taknak dikatakan begini oleh anak aku... "Mak, ayah... korang ni bodoh... Kerana korang menjaga aku dengan cara yg salah. Maka sekarang aku jadi tersesat macam nih..."
* "Ahmed, remember this. Preventive is better than cure." - Nasihat aku pada Ahmed... Betul kan?
3 comments:
Ha..wyda setuju apa yg abg hafiz ideakan. Ada dlm buku "menjadi survivor dalam dunia penuh cabaran". Penulisnya Ahmad Haji baharudin. Penulis mastika jg utk masalah sosial. Act berat t/jwb nak jd ayah ibu
well..jangan salahkan mak ayah saja..budak2 tu pun, dah besar panjang..kadang2 mereka gunakan alasan macam, 'mak ayah sibuk kerja.tak dapat perhatian' dan yang dapat perhatian pun turn out to be budak bermasalah..they have to think for themselves..mereke tak lihat apa yang sepatutnya minda mereka lihat.. yeh, still parents yang mencorakkan kehidupan anak..but i don't like people pointing fingers to each other..ada anak sendiri dulu, then have ur own say..
Huhh... baca buku camtu ke wyda? Hebak...
Ada budak yg dh ditegur, di ajar dgn baik still jadi budak tak betul. Ada budak memang tak diajar langsung. Ada budak, dia memang tahu sendiri yg diri dier memang nk jadi insan yg baik. So depend. But cerita ini utk golongan tertentu saja. Apehal pun, maybe sebelum kita ada anak... rasanya kita dah patut fikir... "Aku akan berusaha jadikan anak aku seorg yg sentiasa menjadi manusia yg baik."
Post a Comment