Ok, aku baru jep tadi open email dari org tertentu. Org mebenk ni le. Semalam dier foward lain, arinih lain. But isunya still sama. Pasal arwah adik Nurin Jazlin.
Pendapat kita semua berbeza. Dan ramai yg mahukan keadilan utk Nurin. Dan ini pendapat aku....
Ok, siapa yg takde rasa ape2 pun bile dengar cete pasal Nurin Jazlin.??? Kalau rasa2 hati tu tak tersentuh langsung bile baca ceritanya... Aku nasihatkan... balik, baca fatihah bebanyak. Tak lama lagi la tuh...
Ok... berbalik pada email pertama. Org ni email satu kartun (dari tmpt lain) tentang betapa marahnya org ramai pada pembunuh Nurin. Ok fine... Tak boleh dinafikan pasal tu. Tgk saja komen org ramai, live kat dlm berita. Bunuh, buat balik etc... Aku takde hal pasal tu...
But...
Email kedua... Dia menyebarkan gambar kononnya (mungkin betul) gambar postmortem nurin. Ada la dlm 10 keping gambar kot. Aku buka separuh je gambar... Aku dah start marah. Marah kat org yg buat. Tu memang marah, gile babi... Marah kat org yg bodoh sgt amek gambar post mortem tu then lepas kat org lain... Then marah gile babi gak kat org-org bangang gile nak memfowardkan email camnih. Ape ingat ni main2 ke?
Sila baca blog Nurin. Police dah tahu pasal email2 nih...
Ntah le... aku nak ckp yg fowardkan nih takde otak.. Ada, pandai. Nak kata takde anak... Ada... Tu bukan dier je. Org2 lain tu? Ape dier ingat sebab dier marah sgt kat pembunuh tu dier boleh buat sesuka hati tok nenek abah dier je nak foward2 gambar camtuh? Ni bukan rancangan kat AXN yg letup2 tuh. Ni melibatkan polis n keluarganya sekali.
Yg foward ni ingat gambar2 tu boleh menyebabkan kes ni selesai esok ke? Tak... Yg dpt masalah mesti la keluarganya. Bukan penjenayah tuh. Yg jahat tu... Dier memang tak boleh nak diselamatkan dah... Fikir la... ape perasaan keluarganya bile tgk gambar tu? Tak makin sedih? Baik org tu dah cool.. tetiba...
Ntahlah... kengkadang... aku tak paham. Ape masalah org yg suka foward2 nih. Nak kata tak baca email tu dulu... rasanya baca. Nak kata buta huruf, tahu pulak email tu email baik ke email jahat. Nak kata tak sekolah, dpt pulak apply streamyx kat rumah. Nak kata lurus bendul, tahu pulak marah pasal Nurin... Ermm so kesimpulannya ape?
Macam ni lah...
Kalau terima email yg aku maksudkan kat atas tu... Ada baiknya copy ayat yg ada kat dlm blog Nurin, then reply balik email tu. Biar dia org tahu. Tak semua org suka apa yg dier buat. Dan perbuatannya tu dh menyakitkan hati semua pihak. Walaupun dia kata, dialah org paling benci dgn pembunuh Nurin...
Al-Fatihah utk Nurin dan juga mangsa-mangsa pembunuhan dan penginiyaan yg telah berlaku...
***For the killers... KILLKILLDIEDIE....
2 comments:
kamu sungguh sensitif..dan sensitivity kamu itu perlu untuk membuka mata orang yang kurang rasional diri~
Tak semua sensitif tu negatif kan?
Tq... :)
Post a Comment