Friday, September 21, 2007

Apa yg kau fikirkan...

Katakan kau pergi beraya di rumah kawan kau. Yang kau pernah suka pada suatu ketika dulu. Namun, kedatangan kau di hari raya tidak disambut oleh kawan kau tadi. Yg ada hanyalah keluarganya. Ini kerana si dia balik ke kampung isterinya. Tapi kau tak pedulikan itu semua sebab kau sememangnya telah lama berbaik dengan keluarganya.

Sedang kau duduk berbual dengan ayah kawan kamu sambil menjamu kuih, ketupat dan makanan lain. Tiba-tiba datang ibu kawan kamu. Mencelah di tengah perbualan antara kamu dan ayahnya.

"Sebenarnya makcik dan pakcik dulu suka kamu..."

Dan kau pun melihat pada wajah ayah kawan kau. Kemudian ibunya menyambung ayatnya tadi...

"tapi... itulah... kamu ni lambat sangat...."


Kemudian, ibu kawan kamu terus bercerita tentang diri kau dan anaknya. Bagaimana dan mengapa. Dia juga menceritakan kisah yg lampau dan kisah yg kau rasakan kau tak sepatutnya dengar.

Apakah yg kau fikirkan... Tentang mereka, tentang dia dan tentang diri kau sendiri...



*glimpse...
*oh yeah? Tq n welkam... :)

9 comments:

hyunck said...

hmm.. anda menyesal?

bZz said...

Should I?

hyunck said...

dunno... do u?

bZz said...

hurmmm...
menyesal tak... terkilan ye...

jetjetsemot said...

aa..matilah..tatau cite yg mana..well, terkilan tuh memang la tak dapat nk dielakkan..tapi, hidup mesti tros kan..dan semestinya, apa yg terjadi tuh, is the best for us..

"Wahai sekalian makhluk, sesungguhnya ada 4 perkara yang jangan kita sekali-kali menentukannya jika tiada janji dari Tuhan:
1. rezeki sama ada sedikit atau banyak, semuanya ketetapan Tuhan
2. perkara yang memutuskan rezeki iaitu maut
3. jodoh pertemuan kerana apabila ditentukan Allah, tidak akan bercerailah ia melainkan dengan kehendakNya
4.perkara perceraian yang sudah sampai waktu."

Anonymous said...

call la dulu sebelum dtg...

bZz said...

Terkilan sebab tak diberitahu awal-awal...

Iskk... belum nak bercerai lagi ni jett... Anyway, tq atas nasihat itu...

BlankQo | Farid said...

err... cam tau je siapa gerangan orangnya... kisah benar ke?? (hehehe - nan)

bZz said...

Nan...
Hahaha..

Post a Comment

About me

My photo
Between Reality and Fantasy...