Monday, March 05, 2007

Prinsip Jongkang-jongket

Hidup ni boleh la diibaratkan macam jongkang-jongket. Dengan sesiapa saja, ianya sama. Ok, kita imagine jongkang-jongket tu kejap... (Dan imagine gak yg deduanya sama berat! Or kalau tak sama berat pun, mereka boleh duduk di tempat yg lain jaraknya. Ikut prinsip fizik (berat,jarak,gandar etc))

Aku bagi contoh. Contohnya perkahwinan.

Dedua sama berat. Laki disebelah kanan. Isteri disebelah kiri. Kalau dedua berdiri. Deduanya sama level. Betul tak? Ok... Katakan la isterinya duduk dan turun kebawah. Lakinya akan naik. Bila lakinya duduk pula, isterinya akan naik. Macam tu jugak hidup. Untuk dapat sesuatu, kita perlua ada turun naiknya. Barulah adil. Tak bolehlah asyik isteri je di atas. Penatlah laki dier nak menahan dan duduk. Kalau isterinya je dibawah, pun sama penat. Kena kerjasama. Dedua capai apa yg mereka nak, dedua gembira. Bayangkan kalau seorang ni ego. Dia nak capai semua.... Sama ada dia je nak dibawah atau dier je nak di atas. Penat tak pihak lain?

Tak boleh le seorang je yg capai klimaks, dan seorang ternganga-nganga.

Ok, katakan la suami berat dan isteri ringan. Macam mana kita nak membolehkan isterinya mengangkat suaminya ke atas. Tak susah. Suruh lakinya duduk kat depan sikit. (ikut la prinsip fizik tadi). Dan isterinya duduk di hujung. Sure boleh angkat. Kalau lakinya dihujung, isteri pun di hujung. Memang tak turun kebawah la isterinya. Penat la dier. Tergantung diawangan.

Pada aku, itulah prinsipnya. Ada tolak ansur. Ada kalah dan menang. Ada tolong-menolong. Ada hormat-menghormati. Ada gembira dan ada sedih.

Bila isteri sedih, suami turun kebawah. Tenangkan. Jangan ada ego. Jangan pula marah tak tentu pasal. Bila isteri berjaya. Jgn lupa suami. Tolong dia. Bantu dier. Agar dier berjaya sama. Kalau isteri penat kat rumah. Tolong dier, bantu dier. Ringankan bebannya.

Macam jongkang-jongket. Kita boleh sama berat, boleh lain berat. Kalau tak sama berat, bergeraklah kedepan dan kebelakang. Sesuaikan keadaan. Biar situasi sentiasa sama menang-menang. So that, semuanya puashati. Dan akan saling menyayangi.

Tapi...

Kadang-kadang... Kita sekarang ni. Kita tak guna lagi prinsip jongkang-jongket ni. Sama ada lelaki je yg nak dibawah, atau isteri je nak dibawah. Penatlah... Asyik laki je tentukan keputusan. Kesian la isteri. Asyik isteri je yg buat planning. Wah dah queen control. Yg jadi masalah... Sebelum mereka jadi suami isteri, dah ada memende ni. Tak boleh la.

Kalau dah belum kahwin pun dah keberantakan. Dah bergaduh. Semua tanak mengalah. Macam mana? Abis, dah tunggu ada anak? Masalah makin berat. Kalau dah ada anak, kita masih tak tahu nak balancekan, lagilah susah. Semakin beratlah satu pihak. Sepatutnya, anak tadi duduk ditengah. Menikmati kebahagiaan mak dan ayah. Bergelak ketawa. Dan akhirnya, dia juga akan sama-sama menjadi pasangan yg baik utk bakal pasangannya.

Jangan ada benci. Biarlah kita tak sesempurna. Tidak duduk di tempat yg sama. Tidak mempunyai kekuatan yg sama. Tapi kalau kita tahu caranya. Tahu utk bekerja sama. Kita akan bahagia. Sampai bila-bila. Biar siapapun diri kita. Biar kita ini lebih baik dari yang lain.

Janganlah dari awal lagi kita mahu tunjuk belang. Jangan sebab kita lelaki, kita kata kita superior. Boleh marah2 awek atau isteri. Apa nak jadi. Camne nak jadi contoh. Tak kiralah sama ada kita ni jawatan perdana menteri sekalipun. Sikap kita yg menentukan kebahagiaan diri kita dan masa hadapan kita.

Kalau kita buat silap. "Maafkan saya". Kalau mereka buat silap, "Saya maafkan awak". Kalau mereka dibebani masalah. "Mari saya tolong awak sikit". Kalau mereka muram, buatlah mereka gembira. Mungkin, tak semua kita boleh tolong. Tapi, mencuba untuk membantu tiada masalahnya. Tuhankan lebih tahu, apa niat kita sebenarnya? Actions speak louder than words.

EI - Emotional Intelligent.

"It's not how smart you're. But how you're smart.". Baik, bijak dan berjaya tidak semestinya bahagia. Kalau IQ kita ni capai 230 sekalipun. Tapi kita masih keras kepada dan tak hormat orang lain. Takkan bahagia jugak. Isteri pun tak tersenyum pada kita kan? Bila isteri tak sayang. Anak tak sayang. Bila staff dah benci. Lama kelamaan, kita akan jatuh. Tiada siapa yg menyokong diri kita. Sama ada jatuh dengan perlahan. Atau terus terhempas. Terhempas kerana orang tidak mahu menampung kita lagi. Cubalah untuk sekali-sekali turun dan berikan orang lain kejayaan dan kebahagiaan. Insya-allah. Makin lama, makin tinggilah diri kita.

Kalau kita sayang seseorang. Buatlah mereka gembira... Tak kira kita suami, bos, isteri, awek, pakwe, anak, ayah, atok atau siapa saja. Bila mereka gembira, kita akan gembira. Kalau kita tak tahu apa yg mereka rasakan. Tanya. Mulut bukan dibuat utk terkunci mati. Dah tahu apa masalahnya. Cuba baiki dan kemudian nikmatilah kebahagiaan tadi. Yg baik akan tetap dibalas baik...

Kalaulah hidup ini ibarat jongkang-jongket. Maka, kita tak seharusnya hanya berkata-kata. Lakukan. Love... Is more than words... Trust me! Bermulalah memahami diri kita. Dimana tempatnya kita perlu duduk, di atas papan jongkang-jongket kehidupan kita tadi...

2 comments:

Anonymous said...

erm...bagus..setuju sgt2.....

Ritual Aki Sadewa said...

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Bismillahirrahmanirrahim.
AHLI SPRITUAL, ANTI GAGAL DALAM MELAKSANAKAN RITUAL ISLAMI BIDANG PESUGIHAN ISLAM DAN ILMU PENGOBATAN PROSES CEPAT KATEGORI RITUAL ISLAMI AKY SADEWA
KARTU KREDIT (CreditCard)
KARTU ATM GHAIB
UANG BALIK ISLAMI
PENGASIHAN KARIR
DANA GHAIB ISLAMI
TUYUL PUTIH ISLAMI
TRANFER JANIN ISLAMI
KAWIN DENGAN JIN ISLAM
MINYAK PELET BATU SASAR
RITUAL ANGKA TOGEL PUTIH
PENGOBATAN SANTET HITAM
PELET AMPUH ISLAMI PEMIKAT HATI
JIMAT PELARIS UNTUK USAHA DAGANG
PENGOBATAN SEGALA MACAM PENYAKIT
"GARANSI UANG KEMBALI BILA TIDAK TERBUKTI" SELAMAT KEPADA PEMOHON PESUGIHAN ISLAMI YANG SUDAH BERHASIL HARI INI.
UNTUK KONSULTASI KLIK DISINI WEBSITE AKY SADEWA




KESAKSIAN MEMBER JUMAT 25 AGUSTUS 2017
==========================================
SAYA BERNAMA MUH.RIDWAN ASAL KAB. SAROLANGUN, JAMBI
ADA YANG INGIN SAYA CERITAKAN TENTANG PESUGIHAN ISLAMI, DISINI SAYA MEMBERIKAN KESAKSIAN BAHWA MEMANG BENAR ADA AHLI PESUGIHAN ISLAMI, SAYA SUDAH MENCOBA KEBENARANNYA, DAN SUDAH MERASAKAN MANFAATNYA, SAYA DIBANTU OLEH SEOARANG AHLI PESUGIHAN ISLAMI BERNAMA AKY SADEWA, SAYA MEMINTA UNTUK DIBERIKAN DANA GHAIB TANPA TUMBAL APAPUN, DAN TERNYATA AKY TIDAK MAIN-MAIN DENGAN UCAPANNYA, SETELAH SAYA DIRITUALKAN, DAN MENUNGGU PROSES SELAMA 2 JAM, ALLHAMDULILLAH, UANG ITU BERHASIL SAYA DAPATKAN, 2JAM DANANYA LANGSUNG CAIR, SAYA BETUL2 TIDAK MENYANGKA KALAU PESUGIHAN DANA GHAIB ITU NYATA.
TERIMA KASIH KY SEMOGA KEBAIKAN AKY PADA KELUARGA SAYA DI BALAS ALLAH SWT.










YANG PUNYA ROOM SALAM SEJATERA (-WASSALAM-)

Post a Comment

About me

My photo
Between Reality and Fantasy...