Tuesday, March 06, 2007

Kawan je...

Aku ada terpandang satu buku di MPH Midvalley.

- Just Friend

Buku menceritakan bagaimana bila kita sebut "Just Friend", ianya akan menjadi lebih kelam kabut selepas tu. Ada cerita pasal skandal, gossip, perasaan, cinta, sex dan byk lagi. But all in all, semuanya menceritakan pasal bagaimana 2 perkataan "Just Friend" atau "Kawan je" boleh menjadi masalah yg serius.

Dlm buku ni juga ada la tunjuk bagaimana perhubungan kawan je (sex) ni terjadi. Dan dimana ianya selalu berlaku. Kebanyakkan di opis, kawan (je) dan sbg. Ada juga diselitkan nasihat, pendapat, info dan sbg.

Well...

Terkadang kita kata "Kawan je"... di mulut. Tapi hati kita mengatakan lain. Itu yg buat diri kita sakit. Sebab untuk membebaskan mulut kita. Ia lebih mudah. Berbanding membebaskan perasaan kita dari belenggu yg tercengkam.

Dari mulut turun ke hati. Ada masa, mulut dan hati menjadi satu. "Kawan je" dan ia akan berakhir dengan kawan saja. Ada masa pula, mulut dan hati berlainan. "Kawan je" di bibir tapi di hati... "Takkan kawan saja?". Cerita kedua lebih kronik. Bila satu pihak menyatakan yang tersirat manakala pihak yang menerima mendapat yang tersurat. Yang ingin disampaikan tersasar dari apa yang sebenar.


Cuma satulah...


Walau apa pun maksud "Kawan je..." bagi kedua pihak... Biarlah ia mendatangkan kebaikkan bagi semua org. Yg tersurat tidak keliru, yg tersirat tidak sakit. Kan lebih baik macam itu?


********************************************
Hmm... Kawan je... Ermm... Aku nak wat assignment... Arghhh tak sempat tak sempat... Tensi tensi...

0 comments:

Post a Comment

About me

My photo
Between Reality and Fantasy...