Thursday, August 03, 2006

Ex (Part 1) - My Ex-PM YG TAK BESS (bhgn 2)

Sambungan yg lepas...

Ex (Part 1) - My Ex-PM YG TAK BESS (bhgn 1)

Ex – The Series

TAK MEMBANTU LANGSUNG...

Ahh zalim la Tun Mahathir. Cukup zalim... Kalaulah dia tak hasilkan idea semua tadi. Kita mesti banyak duit. Simpanan Malaysia pasti bertrillion kan? Tanah2 semua mesti tak terganggu. Pastinya tak ada gunung yg botak disebabkan nak buat highway. Pastinya, Kelab Lumba kuda jalan ampang masih ada. Ahh cukup membazir... Fikirkanlah betapa zalimnya... Cabut semua hasil pemikirannya... Pasti kita lihat keamanan Malaysia... Senyap bukan?

Tu zalim sangat apsal? Kenapa taknak bagi AP? Susah sangat nak kasik AP. Banyak sangat alasan nak kasik AP. Nak suruh berniaga dulu la. Nak kena ada kedai la. Nak kene betul declare harga kereta yang betul la. Byk sangat syaratnya! Kedekut! Tengok yg sekarang. Lepas zaman Mahathir... Cukup baik. Tak kedekut... Nak dpt AP kena niaga betul2. Sekarang... Tak ada kedai, bukak meja depan parking rumah dah dapat beribu2 AP. Kan senang? Jual saja AP tu. Tak payah jual kereta pun. AP dah abis kat gomen, gi jumpa ini orang. Org ni boleh jual. Senang hidup zaman sekarang ni. Tak perlu modal besar. Ada meja, ada sedara... Dah dpt byk AP. Satu AP jual RM10-20k? Kalau darab 10 ribu AP? Waaa jutawan! Ini baru kerajaan yang cukup prihatin pada rakyatnya... Tak lokek atau kedekut macam Tun... Cuma sain kertas saja bah...

Anak sendiri pun taknak tolong. Suruh niaga luar. Tak bantu org. Kena suruh berusaha. Sedara susah. Tgk paklah. Dengar kata, adik beradik dah ok... Menantu dah jutawan segera. Adik dpt kontrak bekal katering mas. Nak dpt hotel. Itu baru betul Family Inc. Pastikan kejayaan family dulu, barulah rakyat merasakannya. Bantu membantu kan amalan kita. Kalau kita tak bantu family sendiri. Apa gunanya kuasa kita. Iskk la Tun, tu la... Lain kali ada kuasa... bantu membantu.

TUN YG ULTRA...

Nak kata ULTRAman pun boleh apa sajalah. Gaban pun boleh... Dari aku kecik, aku rasa tun ni memang muka seposen. Muka selamba. Selamba toknenek je kalau dia nak perli orang lain. Selamba dia ja kalau nak kutuk negara asing. Selamba yaya dia je kalau dia hentam Israel... Mana pernah dia takut? Tu la... aku dulu takut jugak lepas dia kata Israel menggunakan proxy untuk mengawal dunia. Manalah tahu kalau-kalau sekutunya serang Malaysia. Bukan boleh percaya. Nak cakap tu pandang-pandang lah. Mereka kuat. Kita ni lemah. Orang islam memang lemah. Tapi dengan muka seposen tu le dia nak tegur jugak. Ntah ape kena ntah... Tak takut Israel, Singapore ntah apa lagi...

Tengoklah yg sekarang. Pentingkan rakyat. Kita hormat Israel. Kita tahu siapa diri kita. So senyap sajalah... Panggil menteri2 OIC tu saja. Kita bincang. Kalau kita cakap lebih-lebih. Nanti org serang Msia. Susah kita dibuatnya. Takpe2... nak gi bunuh rakyat Lubenan ke, Palestine ke, tak kisahlah. Kita takpayah nak lawan sangat. Bahaya. Nanti ekonomi kita yg terganggu. Negara tak tenteram. Yang penting Msia selamat. Pasal maruah orang islam nanti dulu. Ok? Ohh.. nak kasik selamat lagi... Kita rasuah la sikit orang-2 dia. Sbb tu la Kumpulan pantai sekarang ni antara pemegang sahamnya atasannya orang Israel. Selamat kita.... Fuhh lega hati aku...

Ahh... Minggu lepas. Dia hentam saja... Kasik hentam... Sebut nama dia, sebut nama dia. Bukti Tun kata Kj terima something dari bapa mertuanya aka PM Msia? Ouhh dia kata... Tu Paper cakap. Bukti kat paper... Yalah... NST, The Star, Utusan, etc... kata... Government bagi kontrak pada Scomi... Gov jual Avenue pada ECM... Apa lagi? Bukan bukti... Isk isk isk... Tun tun.... Jgn merepeklah... Dah tua, dok umah... Berita-berita kat paper tu tak boleh buat bahan bukti. Dia org semua tu mengarut saja. Bukti mestilah dalam bentuk yg lagi jelas. Ni setakat depa gi interview, CEO, Timbalan menteri itu ini... Tu bukan bukti... Bukti tu macam cerita Anwar la... Bawak tilam gi court. Hah tu bukti... Iskk... Tun, fikirlah secara logik... Kalau dah bapak mertua PM, ayah PM... logik la kan kalau anak antara yang terkaya di Msia. Kalau anak setakat ada harga 10 juta je... Tu takat Ketua Pemuda Bahagian yg sekarang pun boleh ada... Iskk...

AMALAN MULIA

Aku tak pastilahkan... Kenapa zaman Tun setakat cakap jimat-jimat saja. Kempennya tak serius. Sekarang kita nampak yg kerajaan sangat serius dalam menjalankan kempen berjimat cermat. Tengok lah. Zaman Mahathir... takat gitu-gitu jelah... Mana ada kempen bebetul... La ni kita boleh dengar... Nasihat : Jimat minyak atau minyak naik. Jimat gula : Atau gula naik harga. Gula juga penyebab kencing manis. Yg terbaru, kerajaan memberikan amaran, jimatkan air atau harga air akan naik. Ni baru betul berkempen. Baru rakyat nak ikut. Bukan cakap2 politik saja. Rakyat tak ikut, kita hukum mereka. Sape suruh tak berjimat? Takkan nak harapkan Gomen je kasik fasiliti, nak lebih, bayar lebih la...

KETERBUKAAN...

Wuishh... zaman Mahathir mana terbuka. Semua tertutup. Habis tutup... Rakyat membisu... Tengoklah... Operasi Lalang. Operasi lalang tu pun bukan ape. Sbb org cerita pasal perkauman. So kena la operasi. Takut rusuhan pulak. Tapi takkanlah nak tutup. Biarlah nak cerita apa pun. Janji ada dasar terbuka. Nak rusuhan tak kisah...

Tapi aku hairan la... Zaman Tun nih. Orang kutuk dia, maki dia... Dia, macam aku cakap tadi. Buat muka seposen. Kuar buku SHIT, Shahnon. Kuar fitnah sana sini. Laman web Pro-Al-juburi bersepah2. Laman web yg anti kerajaan, anti mahathir. Punya banyak. MSC katakan. Yg Si zunar buat kartun dia macam2. Ada pulak yg buat gambar dia dengan kepala Firaunlah, dengan badan binatang la. Ye la... terbuka pun kenalah ada hadnya. Tangkap la dia orang tu. Tapi Tun tak tangkap. Dia kata... Asalkan bukan pasal perkauman, nak tulis, nak taip, nak maki... cakap lah... Dia tak kisah. Isk isk isk... pelik la aku sorang ni. Kalau aku, org hina aku macam gitu. Memang dah ISA dah...

Tengok yg sekarang... Cukup terbuka. Yelah... dasar kerajaan dan dasar pemerintahan semakin baik. Tak percaya. Cuba baca paper... Mana ada cerita yg tak baik? Semua baik. Ekonomi naik. Syarikat untung. Cara penyelesaian. Cerita Indon pun tak banyak. Jenayah sikit2. Nak maki2, nak persoalkan PM ntah ape la kan. Semua baiklah.... Baek saja... Menteri2, Ahli Parlimen... SEMUA SOKONG... Saya sokong... Macam ni baru dasar terbuka.

Memang sepatutnya kementerian kena pantau laman web, forum, blog ape semua tu. Kalau boleh tangkap... masuk penjara. Jangan ada rakyat yg boleh persoalkan kerajaan. See, paper kata, kerajaan sekarang kan baik. Kenapa Netizen kata kerajaan tak baik. Ape punya rakyat la Netizen nih. Apatah lagi kalau rakyat memperbodohkan PakLah atau menantunya. Cerita tipu semua tu. Kerajaan nak, semua Netizen jadi macam paper. KAMI SOKONG... Nak kutuk-kutuk kerajaan, gi kedai kopi. Mamak, teh tarik satu. Cerita la kat sana. Awak tu siapa? So... lepas ni... Insya-Allah. Tak ada lagi laman web yg anti kerajaan. Suara yang kita dengar semuanya suara baik. Tiada cerita politik. Buku politik di MPH pun kita haramkan. Tak mahu itu semua. Melemahkan, menyusahkan agenda kerajaan yg ingin terus mencapai W2020.

Oleh kerana dasar keterbukaan kerajaan sekarang yg membawa kita ke zaman akan datang. So guys, Netizen... Lepas ni kita cerita yg baik saja di blog kita. Cerita Siti kawin. Cerita Mawi putus tunang. Cerita awek jumpa kucing comel tengah jalan. Cerita macam mana nak buat kek lapis. Cerita Anak Pak Hasan botbot dapat masuk AF5. Cerita Timah Jalang derma ayam kampung kat Masjid. Cerita macam tu saja ok? Kita jangan kacau tumpuan kerajaan nak bantu kita. Faham lah sikit... Ok? Jangan la salahkan mereka. Kita tak nak la lepas ni kita jadi zaman Tun lagi.... Syabas Menteri... Kita ke zaman belakang... Hidup Terbuka!

FINALE

Ohh... kalau nak cerita pasal keburukkan dan betapa susahnya hidup kita semua zaman Tun Dr Mahathir... Tak abislah. Betapa susahnya hidup kita zaman dia. Betapa banyaknya keburukkan yg kita dengar setiap hari. Tak macam sekarang....

Tapi....

Mungkin seburuk-buruk Tun, masih ada something yg kita perlu hargai. Hargailah usahanya. Apa yang dilakukan. Mungkin tak semua kita suka. Tapi mungkin ada hikmah disebaliknya. Aku, yg lebih ¾ hidup aku di dalam zaman pemerintahannya... Bersyukur dengan sedikit kebaikkan yg dia tinggalkan. Mungkin banyak keburukkan, tapi tak apalah. Aku tetap bersyukur. Bersyukur, kerana dengan kedegilannyalah... aku masih lagi mampu untuk hidup, merasa kesenangan dan merasa maruah bangsa aku masih lagi terjamin.

Tun, Saya nak ucapkan, Terima Kasih yang tak terhingga. Semoga Tun di panjangkan umur, Dimurahkan kesihatan dan diberikan petunjuk dah hidayah untuk terus berjuang bagi Agama, bangsa dan negara.... PERJUANGANMU MEMANG BELUM SELESAI... Terima Kasih Tun....

0 comments:

Post a Comment

About me

My photo
Between Reality and Fantasy...