Wednesday, July 26, 2006

Ex (Part 1) - My Ex-PM YG TAK BESS (bhgn 1)

Update 270706 - 3.29pm
The Star 27/07/06 - Page 50, World


Honda buat Jet Persendirian...

Siapa kata syarikat motor cuma buat motor? Honda yang bermula dengan membuat motor, kemudiannya membuat kereta. Sekarang Honda dah bersedia untuk menerima tempahan bagi Jet persendirian. So jadinya, tafsiran yg mengatakan MV Agusta tak ada kemampuan untuk membuat enjin kecil bagi Proton adalah bodoh. Sangat bodoh. Ala-ala bangang jua lah adanya... Ohh kenapalah Proton dapat Chairman yg bangang?

*************************
Update 260706

Part 1
Sambungan cerita-ceriti mengenai Ex-ex yg aku kenali. Hari ni dan esok aku nak cerita mengenai EX-PM atau mantan Perdana Menteri kita, Tun Dr Mahathir Mohamed.



SIAPA DIA Dr MAHATHIR NI? APSAL MACAM FIRAUN?

Hampir 23 tahun hidup aku di bawah pemerintahannya. Aku dilahirkan semasa pemerintahan Tun Hussien Onn. Selepas tu TDM. Semasa kecik, aku tak kenal dia. Tapi lebih kurang umur aku 8 tahun, barulah aku kenal siapa Mahathir. Masa tu, aku tak tahu yang Dr Mahathir ni zalim. Kita pun tahu kan betapa zalimnya Tun. Kalau tak, masakan ada keluar gambar tun dengan kepala berfiraun, badan menjadi ular, berhidung besar dan lain-lain lagi di website Pro pembangkan. So mari kita berkenalan dengan Si Zalim ni dari pandangan aku.

Tun Mahathir bukan seorang yg baik mana. Bukan seorang yang tiada nafsu terhadap duit. Cakap je keburukkannya?? Byk... Cukup banyak... Yalah... 22 tahun menjadi musuh politik orang lain. Cerita saja... Operasi lalang, keterbukaan akhbar (Yg sekarang ni lebih terbuka... percayalah! :p), buntut-membuntuti, tangkap sana, tangkap sini, ISA... Iskkk zalim.. Tun Mahathir memang zalim... Kata kawan aku, jahat nak mampos...

Ingat lagi masa umur aku 7-8 tahun. Tun perkenalkan dasar penswastaan. Lahirlah TM dan Tenaga. Itu baru diperingkat awal. Dengan dasar penswastaan, mampulah pekerja di dua syarikat ini memperolehi ESOS Bonus 2-3 bulan (mungkin lebih!), imbuhan yg lebih baik. Gomen pula jimat berpuluh billion utk budjet. Masa kecil jugalah aku tahu yg kita semua akan ada kereta sendiri. Masa tu ayah tak mampu beli kereta besar. Pakai Datsun pun dah ok dah. plat. WV 6593. Tapi bila Proton, ada angan2 ayah nak beli kereta baru. Yg murah. Nak beli Toyota, honda, mazda estina yg baru tak mampu. Semua jangkau berpuluh ribu. Jadi Proton lebih murah. Dapatlah JBT 9559. Tak lama pakai, ada masalah. Bukan pada kereta proton tu. Kereta proton ok! Tapi masalah deal ngan org. So kene jual. Dapatlah lepas tu toyota baru JBU 8688. Mahal. Rm40k... Proton baru RM20k++. Masa ni mungkin aku baru tahu, Tun ni orang yang membazir rupanya...

Kereta Proton belajar dari Mitsubishi. Usahasama. Kita tak ada kepakaran. Jadi mintak tolong org lain. Tak apalah kalau kita berkongsi dengan Mitsubishi. Jurutera masa tu tak mampu lagi hasilkan kereta sendiri. Kita kena belajar. Dulu org kata Proton, kereta Tin Milo. Tapi sekarang. Yg mengata Tin Milolah yang membelinya. Dengan modal RM 500 juta Tun Mahathir hasilkan industri yg berbillion ringgit. Buat berpuluh ribu pekerjaan. Dulu org melayu cuma mampu buka bengkel atau kuli bengkel. Sekarang dah mampu cipta kereta, ubah suai kereta... malah, race kereta haram di link kedua. Kereta Proton pula tu! Org melayu pandai... siapa kata tak pandai... Ahh... bila kita ada Proton, barulah aku tahu, Tun ni rupanya berniat jahat... Dia nak bawa budaya buruk dari Jepun. Budaya belajar dan budaya kerja dari Jepun. Jahat... Tak ada proton mesti budak melayu tak bawak kereta laju-laju macam aku. Kereta luar mahal hoi kalau eksiden!

Tun ni ganas... Gunung ditebang, diruntuhkan. Balak dikeluarkan. Yalah, bila Proton banyak di jalan. Jalan mula sesak. Tun lahirkan idea utk adakan lebuhraya dari Johor Bahru ke Ayer Hitam di Kedah. Lahirlah lepas tu lebuhraya Utara-Selatan. Dengan lebuhraya, perjalanan menjadi singkat. Keselamatan lebih terjamin. Bantuan di tepi jalan. Tempat berehat. Kes hantu kejar kereta pun susah nak jumpa. Mana tidaknya, kereta lebih laju dari hantu-hantu ini. Tapi dah buat highway ni, kita kena tol. Siapa taknak bayar kena lalu jalan biasa. Ahh susah lah macam tu. Kerajaan kenalah membantu rakyat. Buat apa simpan duit tu. Buat apa hulurkan bantuan pada org yg tak perlu. Kami yg kaya, ada byk duit beli kereta banyak-banyak ni patut diutamakan. Kami nak highway free saja. Yg tak ada kereta tu, suruh la naik bas ka, lalu jalan biasa ka. Naik keretapi ka...


DIA INGAT KITA COP DUIT?

Tun tak adil. Sepatutnya, sebagai PM, dia mesti menjimatkan duit kerajaan. Tarik balik subsidi semua. Macam yg sekarang buat. Tak ada subsidi, kerajaan jimat duit. Rakyat? Lantak pi lah... Ini tidak, Tun tak adil untuk gunakan perolehan dari Petronas utk subsidi rakyat. Rakyat bukan ada saham kat cakap terima kasih pun dia buat macam tu. Bila subsidi tak ada, minyak naik, duit gomen jimat, buat projek lain. Tapi... Tun nak jugak guna duit ni utk taknak naikkan minyak. Tengok PakLah, Paklah pemimpin yg ikhlas. Yg jujur. Pemimpin Islam Hadhari. Dia jimatkan duit kerajaan dekat Rm5 billion untuk kurangkan subsidi kerajaan. Cayalah Faklah...

Tun pun satu, kalau dulu naikkan BLR, rakyat tak banyak belanja. Duit simpan saja. Macam sekarang. Kita simpanlah duit. Tak payah fikir berapa faedah dapat, tak payah fikir berapa inflasi. Org kata, kalau jimat cermat ni nampak cam orang baik. BLR tinggi, tentu rakyat jadi orang yang berjimat. Ini tidak... Tun suruh rakyat boros... Tun suruh rakyat berbelanja. Idea gila... Idea ini jugaklah yg buat Tun bagi bonus tambahan sebulan, setengah bulan untuk pekerja Nak raya bagi bonus lagi. Gila punya kerajaan. Tengah gawat, kenapa seorang PM nak bagi bonus. Jangan bagi bonus. Rakyat nak duit lebih, gi la toreh getah ke apa ka. Gomen tak ada duit. Tak paham? Kan dah berbillion abis kat bonus? Setakat boleh tolong org belanja beli baju raya, baju skolah anak... Apa kerajaan dapat?

Kenapalah dikurangkan potongan EPF jadi 9%? Kot 2% simpan tu kan byk... Dapat dividen... dibelanjakan pun dapat apa? Tgk tu, gaji lebih sikit, shopping. Shopping mana bagus... Tolong kedai untung saja. Kedai untung, supplier untung. Supplier untung, semua untung. Nanti kerajaan jugak yg dapat cukai tinggi. Kita rakyat ni tak dapat apa... Dapat la baju sepasang, kasut separang tiap bulan.

Tun jugak tak pandai ekonomi. Rakyat makin kaya, negara makin membangun tapi Tun taknak naikkan cukai pendapatan macam negara lain. Naiklah sikit. Satu percent pun banyak. Ini tidak, makin potong adalah. Beli PC, potong cukai. Beli buku potong cukai. Anak byk, potong cukai. Mana negara nak dpt duit? Tak dapat duit kalau semua cukai dipotong. Rakyat saja untung... Apa daaa....

Tun ni pembazir orangnya. Cukup membazir. Duit keluar macam air! Mega sana, mega sini. Tgk zaman Paklah. Mana ada mega? Yg ada Mega... cuma Mega Sale... Takpun buat lumba perahu layar belanja beratus juta. Kan bagus. Perahu layar tu nanti boleh bagi dekat nelayan. Baru serampang dua mata. Bila nelayan pakai bot berjuta2 ni. Cepat sikit ikan naik. Lagipun paklah cakap. Dekat dunia ni 2 billion orang nak tengok lumba perahu layar. Kan perahu layar ni sukan terglamer... Kalah piala dunia. Selain tu industri perikanan juta meningkat... Kan jimat namanya tu?? PM macam Paklah la yg kita cari. Mana ada PM memancing dengan menantu sampai awal pagi? Punyalah bersungguh-sungguh dia menyokong usaha perikanan tu.

Tun, cuba tengok... Zaman PakLah jual barang pun harga murah2... Jimat. Ada mega sale, ada banyak sale... Ada sale saner sale sini. TM buat sale. 5% dah dijual. Lepas tu Airod, lepas tu mas, lepas tu... Ahhh banyaklah sale kat Malaysia. Harga ok saja. Kalau boleh... Tambak johor dengan Johor Bahru sekali boleh dijual. Mahal tu! Singapore pun bukan cukup tanah. Tun silap... Untung berniaga... Penjual perlu tawarkan harga murah. Kalau mahal org taknak beli. Lagi-lagi kalau tak ada sinergi. Pembeli akan tawar. Kit jual la kalau rasa untung. Tgk, Proton jual Agusta... MV Agusta pun jual RM5. Dari sebab syarikat tu tak untung. Kalau Proton jual mahal-mahal sikit. 50 juta Euro ke, sapa nak beli. RM 5 je yg org nak. Waahhh... cukup mesra rakyatlah PakLah ni. Tak cukup? Byk saham nak dijual. Tak mahal... Syabas Faklah...

Zaman Tun, banyak sangat mega-mega ni sampaikan ada satu masa tu Malaysia ada krisis kekurangan simen. Bukan macam sekarang, kita kurang gula. Dulu kurang simen. Punya banyak sgt simen diperlukan!!! Bina Putrajaya (aku hairan, kenapa tak panggil Mahajaya ka, Detjaya ka... Yg dibangga tetap Tunku Abdulrahman Putra, PM no 1). Bina KLIA, bina KLCC, LRT, Monorail, Komuter, Port sana sini, projek pembangunan sana sini. Bandar baru sana sini. Link kedua, PTP, Bakun, MSC... Ntah ape jadah haram lagi la... So abis la simen... Kesian rakyat. Yg kaya cuma kontraktor. Tak ramai yg dapat faedah dari Mega itu ini tu. Ada la berPULUH ribu saja engineer, arkitek, welder, driver, kerani, bos, manager, supplier dan etc yg dpt faedah. Zaman sekarang kan jimat. Kerajaan tak payah kuar duit. Kontraktor, pepandai la carik kontrak sendri. Kelas F tak dpt kontrak... Masuk saja kelas 1 mawar...


IDEA GILA

Tun Mahathir ni hebat dengan idea gila la agaknya. Dia ingat dia hebat sangat... Yelah... Ada dia cakap KLCC dengan Putrajaya tu byk faedahnya? Ada dia cakap Sepang Circuit tu bagus? Aku bagi contoh KLCC... Masa buat KLCC. Dulu dah bebaik tapak tu dari tempat lumba kuda. Ehh byk tu... Judi lumba kuda untung! Tutup lumba kuda, dapat taman. Taman apa ada untung? Ada KLCC, Kg Bharu tu tanahnya jadik mahal gila. Siapa nak beli tanah situ? Gile ape? Kalau takda org beli, macam mana Org Melayu kat Kg Bharu nak jual tanah yg mahal tu? Jual murah la senang sikit. Macam Agusta. Tu tak kira tanah berdekatan. Lagi mahal. Iskk.. kalau tanah mahal... Cukai naik la... Aduh... Cukai naik, kerajaan saja yg dapat untung... Alah, kalau setakat semua pelancong datang KLCC nak amek gambar, lepas tu balik negara depa nak tunjuk kat family buat apa? Tak dapat iklan pun! Balik sana, "Ni dia bangunan tertinggi di dunia, dekat Malaysia." Iklan ke tu? Ehh iklan kene bayar mahal2... Kena bayar... Nak buat iklan kena ada org tengah. Org tengah dapat percent... Tu baru betul! Malu saja bila cakap, negara islam ada bangunan tertinggi. Org putih saja yg hebat ni. Org Islam, org melayu mana boleh bina bangunan tinggi. Tak logik!

Betul la CheDet ni... Tu Tun Putrajaya. Buat apa? Bangunan kat KL kan banyak. Biarlah sesak sikit pergi kerja. Tak payah buang duit. Dulu, org pas kata, dia nak jual... Hah, tu idea baru betul... Memang kalau ikut konsep pembinaan ni, kita bina dan jual. Tak kisah la, jual part by part ke, satu block ke, satu tingkat ke... Jual saja. Berbillion tu! Alah... asalnya ladang kelapa sawit saja... Tgh Paklah... Paklah pandai berjimat! Tak belanja berbillion pun... Dia cuma ADJUST sikit seri perdana yg baru tu. Kasi sedap hati. Baru berbelas juta... Baru ada umphh!!! Tu Sepang circuit tu buat apa? Belanja beratus juta. Racenya, entah berapa kali saja. Tiket baru berapa. Setakat setahun boleh kutip berpuluh juta. Setakat nak harap iklankan Malaysia kat dunia. Apa ada? Lebih2 pun... seminggu sebelum, TV satu dunia iklankan... GP sepang. Mana sepang. Track macam mana. Cuaca macam mana. Apa ada... Dekat mana... Itu saja. Setakat iklan free kat luar... mana bess? Tak ikut acuan kita... Tak menarik... Nak menarik bayar la sikit kat TV luar tu. Satu TV modal 2-3 juta... baru bess... Apa kata, kita jual saja Sepang Circuit kat Singapore. Dengar kata, dia org menyesal tak cukup tanah nak buat F1...



NOTA : Sambung esok-esok... antaranya... ZALIM TAK INGAT DUNIA... KEULTRAMANan Tun Dr Mahathir...

0 comments:

Post a Comment

About me

My photo
Between Reality and Fantasy...