Wednesday, August 30, 2006

30 Ogos 2006

Beberapa perkara hari ini...

HAPPY MERDEKA DAY... Semoga Malaysia akan terus Merdeka buat selamanya!


Pertama...

Birthday wish...
Happy Birthday to Ing n Fila... Both today reach 26 and 25. Semoga dirahmati oleh Allah. Dan juga semoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan diberikan kebahagian yg berpanjangan. Thanks a lot for everything. Smile always, okay?

Photobucket - Video and Image Hosting


Kedua...

Aku nak katakan, terima kasih atas jasa dier. Tanpa dier, aku takkan berdiri disini sepertimana yg kamu kenal. I hope our relationship will last longer.


Ketiga...

Hidup ini kadangkala umpama seorang pengail yang bodoh. Ikan di tangan dilepaskan kerana mengejar ikan di tasik yang belum tentu dapat. Dan akhirnya pengail pulang dengan tangan kosong dan seribu kekesalan. Mungkin pengail akan kembali esok hari dengan tujuan yang sama.


Keempat...

Bila kita tahu hari ini adalah hari bahagia. Cubalah cari senyuman yang boleh membuat bibir kembali terukir senyuman. Jangan bersedih kerana kesedihan tidak akan membawa apa makna. Hati yang gembira membuat orang lain juga turut gembira. Senyumlah selalu. Senyum itu juga satu sedekah yang sangat bermakna.


Kelima...

Bila kita mempunyai sesuatu di dalam genggaman. Pegang dan dakaplah ia dengan kemas. Namun, jika ia terlepas pergi. Berusahalah. Mungkin kita masih lagi boleh mengejarnya. Jika tidak, mungkin sudah ditakdirkan yang kita akan memperolehi yang lain. Ingatlah apa yang telah berlalu dan jadikannya sebagai panduan di masa hadapan. Jadikannya juga ingatan. Tuhan lebih mengetahui yang mana yang terbaik untuk kita akhirnya dan bersyukurlah kerana ianya adalah untuk kita. Kembalilah kepadanya bila kita tiada pilihan... Dia lebih mengetahui...


** Malam tadi hujan ke? Aku rasa macam hujan lebat malam tadi. Sejuk, menggigil aku... Hhmmm...

0 comments:

Post a Comment

About me

My photo
Between Reality and Fantasy...