Sekolah. Time sekolah. Aku cuba untuk dapat bas terakhir pergi ke Masjid. Walaupun selalunya duduk luar, tapi at least aku tak dapat bas second round bila balik nanti. (dtg awal membuat aku nak tidur di dalam dan susah nak keluar masa balik)
Satu hari... Nak dijadikan cerita. Aku duduk luar. Bersejadahkan kain sanping. Walaupun panas, aku boleh terus menuju ke bas bile saja selepas salam terakhir nanti. CEpat balik, boleh rehat cepat, makan pun dapat...
So hari itu... Dlm aku berlari anak ke bas sekolah. Nampak seorang perempuan turut berlari anak. Ke arah yg sama. "Macam pernah ku lihat perempuan ini ya, tapi di mana?" Rupanya ustazah! Ustazah buat sportcheck. Siapa tak sembahyang, siapa hisap rokok time sembahyang etc...
Kalau Ustad yg check... Jadi msalah lain pulak.
So aku pun sama berkejar ke dlm bas. Tapi ustazah menang!... Macam polis. Takkan kau nak potong kereta polis. Hampeh la nanti!
Bila kita org smpi. Try bukak pintu. Driver tgh kusyuk sembahyang. Takkan nak tunggu luar. Ustazah naik dulu... Skali...
"Macam mana awak boleh naik dulu?" Ustazah pelik. Tanyanya pada 2-3 org yg sedia ada dlm bas. Sbb diingatkan dia paling awal naik bas.
"Kita org ikut jalan lain. Naik ikut pintu belakang." Dengan selambanya dia org menjawab. Juga sambil membetulkan songkok utk mengelakkan ternampak rambut yg kusut. Beberapa org dibelakang ustazah termasuk aku yg tengah termengah, tersengih tgk keadaan dia org. Kerana sudah ada jawapan di dalam fikiran...
Ustazah pelik. Jawapan yg meyakinkan tadi ditelan bulat-bulat oleh ustazah. Mungkin ini kali pertama utk ustazah...
.... kesimpulan hari jumaat... Nk gi jumaat jgn naik bas. Takut "tertidur" dlm bas bila dh smpi destinasi nanti...
Friday, June 06, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment