Monday, November 15, 2010

Can I be a good Husband & Father?

Can I be a good Husband &Father?

The answer is... I CAN'T...

Seriously, who am I to judge myself? Betul tak? Takkan masuk bakul angkat sendiri kot? Even realitinya hidup kita ni, sebaik mana pun apa yg kita buat, kita belum tentu jadi yg terbaik utk diri orang lain. So... realistiknya menjadi manusia, jangan haraplah semua mulut org akan berkata yg sama dengan apa yg kita perkatakan dan fikirkan...


So tak ada usahalah yg aku boleh buat utk jadi suami atau ayah yg baik?

Macam mengundi, yg byk mengundi parti tu, parti tu lah menang. Lagi byk kita buat org percaya (walaupun ianya fitnah), maka lebih reallah tuduhan atau kata2 tadi. Walaupun tuan punya badan dah lakukan terbaik.

Semua perkara boleh kita buat untuk jadi suami/isteri dan ayah yg baik. Tapi yg 'menentukannya' adalah org yg menerima layanan kita (pasangan), anak2 kita dan juga orang disekeliling kita...Mereka yg 'JUDGE'... judge betul, atau tidak... luar bidang kuasa akulah... Pernah diceritakan, satu keluarga ni kata isterinya org yg tak berapa baik, sebabya... dia cuma freehair, walhal... hatinya jauh lebih baik dari perempuan bertudung yg lain... Serius... Aku bangkang kalau aku jadi suaminya bila family kata macam tu. I have my reason! (Tapi, kalau mmg dia tak baik, aku buat bodo je la... ko tak baik apsal?)


So, sebelum aku, or orang lain kata... "Aku adalah suami/isteri dan ayah yg baik"... Better tanya diri sendiri semula. "Adakah org lain pun akan mengiyakannya?"


Mulut manusia ni kadang2 macam pantat ayam (maaf, kasar)

Betul! Kita dah rasa diri kita ni betul dan memang baik. Even orang yg bebetul kenal kita ni pun rasa kita baik. But, kalau pasangan kita kata kita ni tak baik. Menimbulkan sesuatu yg boleh 'mencelakakan' status BAIK kita tadi. Maka, kemungkinan kita mendapat status suami or isteri yg tak baik tu... terbuka luas! Approval rate kita pun boleh menjunam tetiba!

Sebab tu aku selalu ingatkan... Kalau suami tak puashati ngan isteri... Jgn hebah satu dunia. Takyah la nak twit ke, status ke, friendster ke... Kalau isteri tak puashati ngan suami or marah... Takyah hebah satu dunia... READ... FACEBOOK!

Status arinih... "Laki/bini aku arini busuk giler. Tak mandi.... Eeee... taknak dekat... Dah la janji nak gi dinner tak jadi... Asik kerja dia jer"... Tu baru contoh yer...

Memang la kita dapat meluahkan... Hilang perasaan geram kejap tadi... Tapi patut ke kita luahkan secara terbuka? Kias-kias sikit takleh? Takleh kias jugak... Kasik la hint ker... Jgn letak nama ke... ape ker... Betul, sometimes kita perlukan perhatian org lain, kengkawan... Perlukan pendapat, komen, pujian, sokongan etc etc.

Tapi... biarlah di tapis... Cerita kat org yg bebetul kita percaya, trust, boleh bagi nasihat yg betul... Sudahlah... Ni, cete satu FB. Then kengkawan pun komen... "Ko kenapa wahab? Bini ko busuk tak mandi, tak shave lagi ke? Tu la, dulu jenet nak ko, ko rejek..." Yg perempuan2 dan isteri org tu... Ingat, seburuk mana pun suami korang, tanggungjawab korang adalah menjaga namanya. Jgn dihebah2kan kat org sekampung...

Kita dah terlajak cerita, buat status... nanti banyak la mulut2 pantat ayam yg menambah cerita. Yg memburukkan lagi nama pasangan korang. Then, sesilap korang pun terikut sama terpengaruh. Terfikir... "Agaknya... betul lah, mmg dia perangai macam tu. Ermm... kenaper la..........". Hah, mulalah lepas tuh....

Tak betul tuh... Cari dan ceritalah masalah pada org yg 'bertauliah'. Yg boleh melegakan kita, menasihati kita dan beri pendapat yg seimbang utk baiki keadaan. Sometimes org tu boleh menyakitkan kita dengan nasihat jujurnya. But pedulik ape... Dari 100 ubat yg kau makan, berapa banyak yg manis dan buat kau nak makan jer ubat tu? Sikit kan?? Macam tu juga nasihat dan pendapat... Terima ngan hati yg terbuka.


You see...

Sebaik mana pun aku buat... Aku takkan jadi baik kalau org kata aku tak baik. Kengkadang, pasangan kita kata kita baik. Tapi, yg MPA ni... "eee... tak baiknya dia nih".... Dia fikir, semua org standardnya sama... Kepala hotak dia! Then cerita kat org lain, cerita kat org lain... Sampai la mende yg tak jadi, akan jadi. Sampai la yg baik, jadi buruk. Sebab tu Allah berfirman, antara dosa besar adalah memfitnah. Macam makan daging saudara sendiri. Sedap?


Ignore... Cermin Diri

Ignore je mulut2 kambing nih... Tapi... jangan lupa cermin diri...

"Adakah aku dah jadi suami n ayah yg baik? Sebaik mana yg aku boleh buat? Kalau aku tak macam org lain. Bolehkah orang lain jadi macam aku?" Kalau kita nak tiru org, then kemungkinan kita akan putus semangat tetap ada sebab tak semua org ada kecekalan yg sama. DNA kita pun berbeza!

Aku tahu, certain perkara aku takkan baik dari org. But ada perkara aku akan lebih baik dari suami org lain. Certain part, maybe org lain boleh sediakan itu ini utk pasangan dia. Boleh belikan pakaian, makanan etc etc yg lengkap dan baik utk family. But, aku rasa aku tak boleh...

But... Aku fikir semula. Itu kelebihan org lain. Kelebihan aku... Mungkin aku (as lelaki)... tak kisah pun nak memasak. Nak kemas rumah bila perlu. Nak nasihat. Nak jaga baby tgh malam etc etc.Yg mana certain lelaki malas giler. Or simple tak tahu... Itu kelemahan dia, ini kelemahan aku.

So setiap org ada kelemahan dan kekuatan. Jgn rasa rendah diri kalau kita lemah. Biarlah mulut2 tadi bising. Kita tahu kekuatan kita. Buat yg termampu. BERSAMA...

Kalau isteri aku tak sempat masak, aku masak... tapi kalau dier TAKNAK masak langsung dah bertahun2... MASAK LA dier lepas bertahun tuh... Aku tak kisah kemas rumah. But dia kene la tolong kemas rumah bila dia mampu. Tapi kalau dia langsung taknak kemas rumah jugak walaupun dah tonggang langgang... then tolonglah 'kemas2 pakaian' ape yg patut sebelum aku naik angin...

Kalau dah kita tahu, RESMInya itu tanggungjawab kita... buatlah apa yg patut. Aku tak minta 100%, 10% pun jadilah... Sama juga... Aku tak boleh bagi 100%, 10% dulu aku cubalah... Lelama... jadi 15%, lepas tu 20%... sikit2 lama2 jadi bukit... Tapi kalau ikut cakap org jer... yg bukit pun kene tarah lelama jadi padang bola! Mungkin juga, 10% tu tak naik2... Asalkan jgn jadi kosong dah la....

Sebab aku pernah dengar ayat ni dalam radio about 2 bulan lepas... "Suami saya tak kisah kalau saya tak masak, tak kemas rumah, tak lipat baju. Sebab dia kata, dia tolong saya... kesian n sayang saya sebab dah berikan anak utk dia. Jadi saya pun selamba je lah". Kata si perempuan dalam radio. Sampaikan penyampai ni terperanjat... Betul... Tapi kau tak malu ke kalau dipanggil isteri pemalas?? Tolonglah sikit2...Mahu ke suami kau di kata, kene queen control. Memang betul dia nak kau rehat, sometimes... kan baik buat sama? Salah???

Buat apa yg termampu...


So... bole ke aku jadi suami dan ayah yg baik?

Kalau ikut sejarah aku as Abang, abang sepupu or pakwe. I don't think i can be a good one. Ikhlas... Takkan baik dari org lain. Aku buat apa yg termampu. Ikut cara aku dengan niat aku. But, kalau org rasa tak puashati... Itu hak org... But aku takkan putus semangat kalau org lain rasa yg aku tak sebaik mana. Aku buat apa yg aku perlu buat. Tak baik sekarang, belum tentu esok jahat or tak baik selamanya...


Aku serahkan org lain utk pertimbangkan status tadi. BAIK... atau JAHAT... Aku buat apa yg termampu... Aku tahu... Hanya Allah yg boleh nilai aku seadil-adilnya...

1 comments:

Anonymous said...

Good info... Thanks

Post a Comment

About me

My photo
Between Reality and Fantasy...