Friday, November 12, 2010

Bila dah tak cantik...

Aku baca satu cerita dalam FB awie... Agak menyayat hati. Kasihan... tapi perlu di ambil iktibar. Oleh semua orang... Especially, kaum perempuan...

(aku bukan nak cerita completely berkaitan dengan cerita ini)

Biar aku paste 'kesimpulan' yg diberikan oleh watak dalam cerita ni... Katanya

Begitulah hati budi lelaki sebenarnya walau bagaimanapun kita menjaga dia tetapi dia masih mementingkan fizikal jauh di sudut hati ingin bersama wanita menarik yang boleh menbuat dia berasa bangga.


Selebihnya, baca di bzz2 - Bila isteri dah tak cantik



Dah abis baca?

Ok... kalau di tanya aku... Aku boleh hampir setuju dengan kesimpulannya. Lelaki itu memandang pada fizikal dan bangga.

Tak salah kalau aku kata. Sama juga sebahagian besar perempuan yg baca blog ni. Pernah juga memandang pada fizikal dan berkaitan dengan bangga. Pernah dengar pepatah, "Dari mata turun ke hati?"


Now aku nak tanya, korang2 awek yg dah kahwin, yg dah bercouple... Jawab dengan ikhlas. Masa korang terima pasangan korang tuh dulu, tengok tak fizikal dia? Ke korang kejam mata, then redha je lah sape pun? Rongak pun rongaklah!

Aku percaya, 90% dari korang, masih lagi melihat fizikal pasangan lelaki korang. Setidak-tidaknya, salah satu dari ciri2 fizikal yg kita idamkan tetap ada. Ada yg nak pilih lebih tinggi, nk yg rambut lurus, mata sayu, kulit putih etc etc. Kan?

Aku pernah baik/rapat ngan ramai perempuan. DAri yg baik, sederhana and setan. Aku tahu apa yg difikirkan, apa yg dimahukan, apa yg digossipkan etc etc. Bila perempuan borak ngan perempuan, topiknya berlainan kalau ada lelaki. Unless, dia rasa selesa utk open bercerita macam biasa dengan lelaki. And some of my friend, rasa selesa utk bercerita open dengan aku. Which, aku appreciate sangat! Sebab aku banyak belajar.

Ada satu kajian...
Aku tak ingat buku apa. Tapi tak silap ada kaitan ngan communication and body languages. Kajian ni kata... Lelaki, bila nampak perempuan, dia akan lebih tumpukan perhatiannya pada muka dan kawasan dari pinggang ke atas. Sedangkan perempuan, dia akan tengok keseluruhan fizikal lelaki tadi. DAri hujung kaki, sampai la ke rambut. Ada ada juga kajian kata, perempuan lebih mudah tertarik pada lelaki yg berambut lembut dan kemas (boleh diusap) berbanding yg keras.

Even, ada kajian dibuat... Dari pandangan perempuan pada lelaki, dari cara pandangan dan pergerakkan mata perempuan terhadap lelaki boleh ditafsirkan samaada perempuan tadi berminat atau tidak pada lelaki yg dia lihat tadi. Kalau itu bukan pandangan fizikal, aku nak panggil apa?

And... Aku tahu... Antara salah satu ciri2 yg perempuan (mungkin sebahagian kecil sahaja) suka lihat ialah (ingat ni selalu diborakkan hanya pada perempuan sahaja)... Punggung lelaki.... "Nice ass"... Itu yg mereka kata. Itu hakikatnya...

So... jgn la kata... hanya lelaki yg memandang pada fizikal. Kalau tak ada perempuan yg jatuh hati pada fizikal. Takkan ada istilah... Fall in love with a bad boy... Read... Bad boy = masculin = Gagah = Protection etc. Kalau ada lelaki jongang, bergigi karat ngan badan kurus kerempeng dan berambut kusut masai, datang kat perempuan kata... "Saya gagah dan hensem", yakin ke kita yg perempuan tadi terima pikatannya hanya dengan perkatannya tadi?.


Hmm... So???

Hakikatnya... Macam tu ler sebahagian besar lelaki...
Ex suami dlm cerita ni salah. TETAP SALAH dengan apa yg dibuatnya. Tapi seharusnya dia ambil iktibar. Sama juga dengan awek2 and isteri2 lain... Jgn salahkan saja suaminya dan kata, lelaki ini tgk pada fizikal saja.

Baca paragraph yg suaminya kata... Isteri dia ni biasa saja. Tidak ada apa yg boleh dibanggakan. Tak semua lelaki berbangga dengan isteri cantiknya. But, hampir semua lelaki mahukan isteri yg boleh dibangga. Tak semestinya kecantikkan. But at least something. Something yg boleh dibangga, boleh dicerita, boleh ditayang, di tonjolkan. Lelagi bila kawannya memuji tentang isterinya... "Huii, bini aku tuh.... respek giler".

Boleh aku kata, itu ego? Lelaki besar egonya kan?

Sure ada org tanya, aku lak camne? Yup, aku nak something yg boleh aku bangga ngan isteri aku. Aku tak minta fizikal. Tak minta kecantikkan. But at least ada something. Something yg boleh aku cerita. Something yg buat hati aku gembira. Bukannya PLAIN. ....Makan nasi kosong je, sedap ke?

Aku ada seorang 'akak'. Dia pandai masak. Sometimes, simple tapi sedap. Kalau aku datang openhousenya. Suaminya, maknya and ayahnya akan memuji dia. Masakannya sedap, dari kecik dah memasak, pandai pilih, cepat, pandai cipta masakan blablabla... Even, one time, abang tu (suami) kata, dia pilih akak ni sebab dia pandai masak. Macam tu punya bangga! Nak kata cantik, taklah sangat. But, bangga dia pada isteri dia tu, sampai semua org dia nak kasik tahu. And as a wife, apa yg dia dapat? Happy tak? Pahala?

Pada aku, sebagai isteri. Buatlah something... Lelaki memang la nak tengok fizikal yg menarik... Tapi... kalau fizikal tak boleh, buat mereka bangga. Buatlah something yg dia boleh rasa rasa ada 'kawan baru' sentiasa. Berceritalah selain dari tentang family, anak, rumah, hutang etc... Barulah dia pun tak cari org lain utk cari cerita baru...

Sometimes, aku tengok, perempuan bila dah beranak, dia tak kisah dah. Perut boroi ke, pakai cantik ke, rumah berkemas ke tak ke ape ke... Yg ada beri alasan.... "Penatlah jaga anak".... Ermmm... Mak aku pun penat jaga aku. Jaga adik aku. Takde maid. Kerja jadi pengurus kedai Felda. Buat audit smpi 11 mlm. Time hujung bulan, prepare utk buat jualan sampai 9-10 mlm. Masih sempat je mak aku nak masak, bersolek n jadi isteri. Ingat... Gaji mak aku masa aku kecik, tak sampai separuh gaji messenger sekrang ni tau! So jgn bagi alasan penat...

Tu yg aku selalu kata... Bila jadi Ibu, jgn lupe jadi isteri... Kalau kita lupe nak jadi isteri, suami pun lupe nak layan isteri. Pernah aku diceritakan seorang suami. Yg si suami ni kata. Yg dia nak 'MAIN' (bersama) pun dan macam malas. Apsal? Balik rumah, nampak tetek. Isterinya selamba je tetekkan anaknnya. Terjojol. Balik rumah je, isteri berkemban. Tarik sikit, dah terbogel. Then takde masa nak berhias. Macammana suami ni naik steam? Nak rasa ghairah tu satu... Balik rumah, rumah bersepah. Jawapan biasa... "Penatlah..." Disuruh masak, malas.... So... salah ke kalau kawan aku tu ada org lain? Kita tak boleh salahkan suami dia tu 100%. Betul? Tapi... beruntung sangatlah... Sebab kawan aku tu bukan jenis kaki perempuan. "Malas lah aku nak layan perempuan lain. Sabar je la"....



Tolong2 la sikit wahai isteri2... kengkadang tu pakai yg seksi2 sikit. Kasik la suami berselera. Bila anak tidur tu, jgn la asyik pakai tshirt Bali or Bandung. Cuba la pakai baju ketat. Girdle ke ape ke. Barulah dia steam. Perasaan nak bercerita n teruja pun datang. Stakat tshirt bandung, cleaner opis dia pun pakai gaya yg sama!

And... Bagi siapa yg kata, TAKNAKlah macam tu... Biar aku tanya balik... Depan suami korang... Dengan masa korang gi keje or jalan... Mana yg lebih cantik? Tak salah kan berhias sekali sekala, setahun sekali utk dia? Lebih baik kau berhias utk dia, berbanding org lain berhias utk dia. Right?

Barulah dia nak tekel awek opis pun fikir 10kali! Yelah, yg kat rumah terbukti power... seksi... Terbukti buat kerja rumah, isteri yg baik, boleh dibangga.. Hah, ape nak lagi kat perempuan lain?

(nak aku cerita pasal lain ke? Tips mengemut2 nak????)


Hmmm... Panjang?

Ni, aku cerita ikhlas. Utk kengkawan, utk isteri etc etc. Cerita dari lelaki.... aku tahu, akan ada ramai perempuan yg tak bersetuju n marah. But, itu hakikatnya...

And, kalau kita rasa suami kita tu cam kering je ngan kita. Buatlah sesikit tips aku. Make him proud... Borak2lah cerita yg selain dari family (baca cerita di atas). Berhiaslah utk suami kat rumah. Masaklah makan yg special utk dia sekali sekala. Buatlah mende pelik yg boleh dia lupa pasal boobs yg ada kat office tu.

And lastly... Jangan sesekali terfikir yg jadi isteri itu susah... Mungkin penat, tapi ganjarannya sangat besar. Even, Allah dah janjikan yg perempuan itu lebih mudah mendapat Syurga Allah. Yg perlu dilakukan sedikit je. Berbanding lelaki. Tapi, masalahnya, yg mudah dapat lah yg senang tak dapat Syurga Allah.



Menyalahkan lelaki, mengutuk suami, mengignore pasangan takkan jadikan kita sebagai isteri or pasangan yg baik... Kalau tak dapat buat utk suami utk. Do it for yourself 1st... Nanti dia sure notice... (though, lelaki tak kata pape, dia still akan notice)


...........From now on, buatlah kerja rumah sebagai isteri dan ibu. Tapi jgn lupa juga utk berhias fizikalnya utk suami. Badan ermmm bambam, tapi kalau pakai seksi2... tetap menarik! Muka tak macam model, tapi cara cakap macam model dan datin, still seronok berborak2.. kan?

Look at urself, takkah kita bangga dapat suami yg menarik dan pandai melayan kita?

2 comments:

linj said...

hahahahaha! alahai bzzzz....mmg berani mati post kau ni la. but i like, and ada benarnya...tapi susah nak buat. penat rasanya nak dress up 24 hrs. anyway, thanks for the male perspective...appreciate it...and aku look forward to meeting ur wife...heheheheh!

bzz said...

Lin,

Tak perlu la nak dressup 24 jam... Gi keje gi la... but ada time kat rumah tu, bersolek la sikit. Bukan selalu, sekali sekala. Bergaya sikit. But, kalau tak pernah buat, jgn buat mengejut. Mau terperanjat beruk laki tuh. "Awak ni, buang tebiat nak mampus?"

Post a Comment

About me

My photo
Between Reality and Fantasy...