Wednesday, June 09, 2010

TB


Terdengar perbualan orang lain... "Bukan aku yg takut dengan dia, tapi dia yg tak takut dengan aku".... Org ni refer kat bini dier...

So... aku nak tanya... org yg telah berbini dan akan berbini... Agak2... korang ni tergolong atau akan tergolong dalam orang yg takut bini tak?

Pemerhatian aku, ada dua cara yg biasa seorang isteri gunakan utk 'menakut-nakutkan' suaminya... Satu... dengan cara menjadi garang. Which is kalau dapat laki yg 'lembek'... memang confirm la takut bini. "Abang, baik abang buat nih!"... Sambil cekak pinggang. And yg lagi satu, dengan merajuk-rajuk. Tak kiralah merajuk2 biasa or menangis atau sebagainya...

Aku pernah jumpe seorang perempuan yg mengherdik laki/pakwe dier depan orang ramai. Meninggikan suara dan memarahi. Is it good? You decide. But... pada aku, kalau kau seorang isteri (muslim), tindakkan kau marah suami kau tu tak patut dan jangan di buat. Apatah lagi kalau itu bukan salah suami kau. And, ada harapan kau dapat medal lepas kau mati nanti!

Betul, kalau suami malas, taknak tolong, taknak kerjasama then kau patut buat sesuatu. But, tak payah lah naik suara atau memarah or memaki semua. Kalau perempuan buat itu pada suaminya dan dapat pahala... Then aku kata, go aheadlah.. But masalahnya, dapat dosa!

And pada suami, takde salah pun kalau nak tolong bini tu kat dapur or kemas rumah or anything. Ringan2 tulang sikit. Ada org... Bila bercinta... Huishhh.... berlove you love you... Mulu tak berenti kata sayang. Romeo ngan Juliet pun kalah... Mulut manis mengalahkan ape. Tapi, bila dah kahwin... Bini terkontang kanting. Agree yg tugas dirumah tu sesuai utk seorang isteri yg jalankan. But tak semestinya suami tak boleh buat. Tolong, ringankan tulang dan buat apa yg penting. Tak payah disuruh. Bila tak disuruh or di marah.. Org pun tak kata kita ni takut bini. And org mungkin kata... kita ni suami yg mithali. Just... bila suami tu dah ringan2 tulang tuh, bini jgn la banyak songeh... Nanti lagi malas dia nak tolong!


Ermm....

Yg 2nd tuh... Jenis2 yg merajuk... Taknak bercakap... Takde malam jumaat selama sebulan etc... Disebabkan kemerajukkan tadi... Laki jadi takut dan buat apa yg dia nak. Taknak belikan beg, belikan rantai, beli sofa baru etc... Dia merajuk... Dah lakinya kerja macam nak mampus sebab nak penuhi kehendak bini. Kalo tak... tak dapek!

Pernah tak kita dengar cete, bila suami kene tangkap dek polis... sebab terima rasuah sebab buat salah utk penuhi kehendak isteri yg tinggi seleranya.... Aku pernah baca... Bila laki terima rasuah sebab nak penuhi kehendak bini. Dia kerja biasa, tapi bini nak semua. Taknak, dia merajuk. So... disebabkan suaminya ni kerja biasa2, maka dia kena wat 'parttime'. So akhirnya... bini dier dapat apa yg dier nak, and lakinya dapat penjara...

Bini/isteri tuh... takyah la merajuk2 sangat... Merajuk boleh, tapi jgn selalu. Semua kehendak kita, kalau tak dapat kita nak merajuk... payah lah... Merajuk ni cam ubat. Bila sakit, laki kasik ubat... sembuhlah lepas tu. Tapi kalau dah selalu sakit... Org yg kasik ubat ni yg jadik sakit. Or maybe.... org yg bagi ubat ni yg bosan!

Org yg asik ikut je cakap bini pun... Org kata... kene queen control. Tak bagus la kalau disebabkan isteri, org gelar suami kita ni kena queen control...


Welll.... kalo aku  cete kat mawar ni... sah jadi issue! Hahaha... Mesti dia akan kata... Macamlah ko dah kawin kau tahu camne...

Hah... ni yg aku nak kasik tahu nih! Walaupun aku belum kahwin... aku dah tahu camne aku nak wat... Sayang camne pun aku kat bini aku... Sayang aku ada had. So take note aaaa.... Kalau aku rasa bini aku ni nak menggarang2 semacam. Nk buat aku takut... Then jgn mimpi aku nak takut. Nak jerit2? Dipersilakan. Aku independent. Mcm aku tak boleh cari rumah lain utk elak dari kene maki hamun setiap hati nak penuhi cakap bini. Rumah lain boleh bermaksud bermacam jenis, right?

And utk yg second tuh.. Jenis yg merajuk... Dont worry, aku ni bukan le pemalas sgt. So tak payah sikit2 nak merajuk etc. Sesikit boleh. But, kalo selalu sangat... Aku jadi bosan. Well, being me... aku memang cepat bosan. Lelagi kalau aku rasa macam aku ni jadi kuli. So again... take note...

Bukan aku kata dia takleh merajuk or kene selalu independent. Just harap, jgn la sampai mengada-ngada... Aku tak suka org yg mengada2... Nak merajuk2 tiap2 hari. Nak kene pujuk selalu. Nak dibelikan hadiah bila nak pujuk etc... Merajuklah, tapi jgn over. Aku kata... Aku takkan takut bini. Aku hormat. But... aku ada limit. Bila aku rasa dah terover sangat... Aku shutdown. HANG... Pc aku ni slow... Tak cam org lain. Bila hang, lambat la aku nak boot balik. And ada harapan aku lak merajuk. Bila aku merajuk... aku senyap... or maybe aku marah. Tu ok.... but... kalau org cuba nak reprogram aku dengan cara paksa... Then, kalau aku corrupted... jgn salahkan aku...

So harap maklum... Aku bukan jenis org yg takut bini. Aku hormat and aku boleh layan. But jgn over...


And... sesape bini org kat sana... Jgn buat laki kau org takut kat kau. Byk cara lain utk buat dia org hormat dan ikut cakap kau. Selain dari pada jadi garang or merajuk. Lagipun... mende tu tak baik... And aku nak ingatkan... Buat memane bini yg suka sangat marah lakinya tuh... or merajuk tak tentu pasal tu... Jgn buat laki korang HANG... Nanti dier reboot balik... padan muka korang! Aku just memperingatkan je...







2 comments:

Anonymous said...

Ermm.. noted.

Anonymous said...

quote nama aku x de royalti ke bro? :p

Post a Comment

About me

My photo
Between Reality and Fantasy...