Wednesday, February 10, 2010

Tired : aku baran

Someone said... Aku ni cepat jadi pemarah. Baran... And kengkadang cepat memaki org. Did I? Yes... And ada org yg takut bila aku naik marah. Walhal apa yg aku tunjukkan taklah semarah mana.

But...  sometimes adakah org yg selalu bersabar itu bagus? Sabar itu bagus, but kalau dia tak tahu hadnya sabar macam mana? Sampai bila mahu sabar? Sampai bila nak bagi org 'kenakan' kita dan kita tak kisah?

Maybe aku tak bagus mana bab bersabar (walaupun ada certain mende, org yg sabar pun tak sesabar aku... KAN????). Sebab, bila aku nak marah, aku marah... aku tak tahan. (but org yg aku care, aku sangattt bersabar pada mereka, even kalau smpi aku perlu cuba hmm....) Org nk cakap apa. Sukati. Kalau nak kata rasis (hal ni). Terpulang. But... kalau aku marah, sure sebab kau buat aku marah. Dah tentu kau ada silap. Adakah aku marah buta2?

Iklan kejap...

Tanya sikit perempuan2 kat sana... Baran-baran aku nih... ada aku lempang perempuan? Maki perempuan? Tinggalkan perempuan tepi jalan? Belasah? Pukul? Tipu duit? Cekik? Tendang? etc etc... Well... maybe aku tak manis mulut sebab aku ni kuat marah. But at least aku tahu had aku... Kuat or pemarah bukan sebab kau nak maki org yg lemah, yg tak mampu balas apa2...
Kenapa aku tanya? Sebab, aku pernah jumpe... ramai... lelaki yg kununnya bersabar. Kununnya mulut manis. Kununnya lagi care. Kununnya amat mencintai. Kununnya bersabar pada perempuan. But... bila perempuan tu dah jadi milik dia... Kau tgk... Dia lagi haram jadah, sial, anjing tak boleh pakai compare ngan aku... Jgn ingat lelaki yg senyap, pendiam tu baik... Belum cuba belum tahu had mereka. alcohol yg sejuk tu, lagi cepat suhu didihnya berbanding air yg suam... 
Aku just nak kasik nasihat. Belum tentu pakwe, laki kau sabar, dia akan sabar selamanya. Jgn ingat suami or pakwe kau kaki marah, maka dia takkan mahu layan kau sebaik2 nya... Jgn judge org dari 'kulitnya'. Keindahan sesuatu perhubungan adalah berdasarkan penamatnya... Apa guna sayang menyayang macam nak rak, kalau ending kau kene belasah sebab dia ada awek lain?

Balik pada cerita asal...

....So... tadi. Kedai cina dekat sini nih (sgt dekat) buat cam makan2. Celebrate Setiap tahun. Tu hak dia. Aku hormat apa yg kau nak buat ngan tetamu ke ape. Sambutlah. Asalkan kau gembira. Asalkan kau tak kacau aku n org dkt sini. BUT...

Kalau kol 12 kau bakar mercun sekuat2. Yg satu hapah aku tak dgr apa mende lain. Dah rasa macam duduk kat KLCC masa tahun baru. Dekat 5 minit pulak tu. Then ramai bebudak kecik melalak nangis terkejut lepas tu. Alarm kereta semua nak berbunyi sebab bergegar. Kacau org nak tidur.

Kau ingat aku berdiam diri? Kau ingat aku nak respek majlis kau? Kau ingat aku takkan sound dan buat bodoh je sebab kau rasa diri kau lagi seronok malam ni? Sorry... itu dah lebih. Kalau kau tahu mercun tu bising, menyakitkan hati, apsal tak buat kat rumah kau? Rumah kau kan kaya? Mesti banglo? Kenapa buat kat dekat2 rumah aku? Sebab takut jiran2 kau marah? Abis aku tak marah? Abis tempat ni tak bersepah?

Now... kau dah kene maki, kene jerit ngan aku. Baru nak senyap. Tutup kedai, bungkus jamuan. Hey, aku tak rasis. Aku tak peduli pun celebration tuh. But kau nak celebrate pun, hormat la org tmpt tu. Jgn main hentam je bikin kacau org kawasan org. Aku tak kisah kau nak celebrate camne asalkan kau tak kacau penduduk sini. Even kalau kau mat rempit, yg satu group pun, kalau kau kacau org sini, aku tetap aku buat apa yg aku buat. Even kalau kalau itu membahayakan aku.

Kalau org yg macam aku takde. Semua jenis bersabar. Jenis tak ambik port. Lantak kau. Tak ke nanti org naik kepala. Tahun ni kol 12. Tahun dekan setiap jam. Tahun depan, mabuk2 gaduh... Semuanya sebab dia ingat, org tak kisah.

Sorry, certain things, out of limit bagi aku yg cuba belajar bersabar. Kalau kau kacau maruah aku, family, org yg aku sayang, org yg aku care... jiran2 aku, budak2 kecik... SIAP... aku tak tunggu lama... And aku tak kisah apa yg org akan kata...

Aku protect org yg aku 'sayang', yg aku care dengan cara aku... Even, kalau org tu tak kenal aku sekalipun. So that they all boleh hidup selesa dan tidur dengan lebih lena tanpa dikacau.


Ps - Org yg sama last year, celebration smpi dkt kol 2 pagi. mabuk2, sepahkan botol arak. Nyanyi2, bising2. But aku sabar.  Today, 15 minit lepas kene maki, semua senyap. Tutup khemah dah. Should i care org macam ni?? Dia org care pasal perasaan jiran tetangga kat sini? Jgn takut nak suarakan apa yg kau rasa marah kalau kau rasa itu perlu kau katakan. Even kalau org itu lebih 'besar' dari kau. Kalau tak, selamanya kau ditindas... Kalau tak, kau marah, kau darah tinggi, kau yg simpan dalam but org tak peduli apa. Siapa yg sakit? Org tu ke?

0 comments:

Post a Comment

About me

My photo
Between Reality and Fantasy...