Tuesday, January 19, 2010

Bukan orangnya, perangainya...

Kita selalunya, bila bercakap tentang org lain, kita terlupa yg kita sepatutnya benci adalah perangai org dan bukannya orang itu sendiri. And should be, memang begitu... But, kengkadang sebab kita dah terbenci org, maka kita terlupa, seburuk2 org pun, still ada baiknya.

So arinih, last day one of my boss. Which nearly 3/4 yg tak suka. Sama ada tak suka perangainya or orgnya. Aku tak tahu. But pada aku, aku tak benci orgnya, aku just tak suka sesetengah perangainya. Other than memende yg aku tak suka, aku ok je dengan dia.

Memang aku macam tu. Aku just tak suka perangai org. But time org tu ok dan tak menyakitkan hati aku, then aku ok je. Takde hal pun! Even boleh borak, boleh ketawa etc etc... Infact, org yg lebih menyakitkan hati aku... Lebih sakit dari apa yg org lain rasakan terhadap boss aku nih, aku masih lagi boleh borak dan tak berdendam. Why should I? Bukan aku dapat duit pun kalau nak benci org 24jam!


Sometimes, bila kita tak suka perlakuan org pada kita directly or indirectly... Kita kengkadang terbawa2 utk benci org tu terus. Kalau boleh, 24jam nak kutuk, maki, sakit hati or benci dia. Lalu... segala kebaikkannya kita tak nampak. Apatah lagi, segala mende yg baik dia nak kita buat, kita terus tak suka... Even, yg ada, kita tahu, itu bagus, but kita reject... Sebab orgnya... And in the end, yg ada, kita tak dpt apa2 pun sebab perangai kita sendiri yg asyik nak membenci dan mereject idea org yg kita tak suka perangainya.


........So after memakan tu, ada member kata... Dia tak setuju ngan satu event yg boss aku buat nih. Ada la sebabnya yg aku taknak kasik tahu kat sini. But seorang lagi member kata... Apehal pulak. Itu terpulang pada diri kau. Maybe kalau member aku yg 1st ni tak suka and kondem je, then mende buruk la yg dia akan dapat. But kalau kita nilai dari segi yg baik, then baiklah yg kita dapat.

Aku setuju ngan kawan aku yg kedua. And pada aku... Semuanya ada dalam hati... Kalau kita kata org tu boss terbaik dunia, but kalau kita taknak accept apa yg dia katakan dan ajar secara baik, then kita tetap jadi buruk. Tak kisah la berapa kita bayar, kompeni mana kita kerja. Tetap, tahap tu je la kita ada. Gaji naik, tapi tak dpt apa2.


Betul, boss ni memang kengkadang menjengkelkan. And ada certain part yg aku rasa memang aku pun sakit hati gila. But... itu bukan alasan utk aku benci orgnya. Aku benci perangainya. Cara dia yg ****... Itu je yg aku tak suka... Other than that... no problem...


Cuba fikir macam nih...

Your boss is like a good doctor. And kau adalah pekerja yg sakit. And tak tahu memende. Ok... Katakan la kau tahu yg kau sakit dada. So doktor check. Dr kata... jantung berlubang. Kena bedah. Bedah itu sakit. So, kita nak blame doktor sebab dia nak bedah dada kita yg kita tahu prosedurnya menyakitkan walaupun kesannya baik utk kesihatan kita pada masa akan datang?? Kalau kita tak suka prosedur Dr tu or semua Dr... Then... bedah sendiri je depan cermin. Ok?

Katakan la kita tahu kita sakit jantung dah, but si doktor kata, ini kepala lutut... Then barulah kita boleh la pertikaikan gile babi. But ada masa, mmg betul apa yg dia ckp. (tgk Dr House, paham la...) Cuba dengar penjelasan Dr dulu baru nak cakap mende tu baik atau tak utk diri kita.

Yup, maybe kita tahu. Certain perkara Dr tu takbaik. Contohnya, ada Dr yg hisap rokok. Mungkin dia kuat marah. Strict gila. Menyusahkan kita sebab asik suruh wat checkup je. But... Dia tetap doktor. Yg lagi pandai bedah org berbanding diri kita. Either kau accept cakap dia or terima nasihatnya itu hak kau. Tapi kau boleh ke bedah diri kau sendiri? Why not gi spital lain? But what if kalau semua spital Drnya sama je perangainya? Sanggup kita menahan sakit sebab benci semua Dr? Tak suka perangainya, ignore je la... Tak mati pun kita kalau ignore memende yg menyakitkan hati. Yg buat kita mati, sebab kita suka ignore apa yg baik yg Dr nak sampaikan kat kita...


Itu hak masing2. But, benci org berbanding benci perangainya takkan buat kita lebih baik. Mungkin kita sakit hati dalam banyak perkara, tapi jgn tolak kebaikkan yg akan datang dari keburukkan dari org itu tadi. Bukanlah aku suruh jadi hamba. Just kena la pandai tahu had dan levelnya. Kalau dah kita rasa teruk macam hamba, jgn takut pulak nak suarakan perasaan kita. Or maybe jgn takut utk buat pembaharuan juga. Kita takleh salahkan org lain kalau kita sendiri yg taknak berubah.

Lain org lain cara... But pada aku... Aku tak benci org. Aku just benci perangai. Tak kiralah siapa. Sebab tu, gaduh macam mana pun aku ngan org lain, aku still boleh baik ngan org tu... And... aku masih lagi boleh dapat kebaikkan dan belajar dari keburukkan yg org lain rasakan pada org yg sama.

Apa kata kita fikir begini pula...  Oneday kita buat silap. What if, at that time org benci diri kita, dan bukannya perangai kita., And nanti, bila kita dah berubah, org masih lagi benci kita. Kita suka org masih lagi benci diri kita dan bukan perangai kita yg lama? Perangai boleh berubah dan diubah, tapi orgnya tidak...

Hidup... Jgn terlalu ikut perasaan sendiri... Sometimes hidup kena pakai otak utk survive dan belajar utk masa depan... Terlalu beremosi takkan bawa kita kemana-mana. 


90% ubat itu pahit... think about it!



Selit pasal 1Malaysia dan politik...

Sama gak ngan sesetengah org yg kata itu ini yg negatif pasal 1Malaysia. Semuanya salah dan tak betul, najib bengong etc etc... Maybe dia tak suka n tak sokong sebab tak kena dengan citarasa dia or citarasa org yg dia sokong. But... Kalau kau asyik fikir negatif, then kita akan dapat negatif saja. Kalau kita kata ianya takkan berjaya, then ianya takkan berjaya. But kalau kau rasa mmg ada kebaikkannya dan kau accept dengan hati terbuka mana yg terbaik utk diri dan keluarga. Then, sooner or later, kau akan dapat kebaikkannya.

Instead of membebel, memakihamun, mengutuk, mogok, demo, menyaman, fitmah  atau apa saja... Why not you give a solutions. Kalau stakat komen yg semuanya tak betul... Takde bagi idea lain utk kebaikkan Malaysia... Then baik aku tanya tanya macam mana nak bagi Malaysia aman kat budak tadika...

0 comments:

Post a Comment

About me

My photo
Between Reality and Fantasy...