Tuesday, November 17, 2009

YY Lam, Nik Aziz & Wang

YY

Dulu, aku ada seorang boss. Namanya Lam Yoo Yuen. Seorang Cina beragama Buddha.

Apa yg menariknya tentang YY (YY Lam), dia tidak menerima rasuah atau apa2 juga yg boleh dikira ada kaitan dengan rasuah. Hatta sekotak limau mandarin sekali pun yg diterima dari org yg ada kepentingan dengan keputusannya tidak akan diterima!

Tak pernah aku tahu dia ambil apa2 dari orang lain. Sejak 2003 hingga 2008, tak satu pun aku tahu dia terima pemberian org lain terutamanya dari org yg dpt contract dari Maybank. WALAUPUN, yg anugerahkan kontrak tadi adalah orang atas. Alasannya tetap sama. KERJA dan integriti.

CNY 2007... Syarikat consultant bagi CNY gift kat kita org. Termasuk YY. YY diberi Chinese Wine (mahal kot?), sekotak snack cina (daging babi salai agaknya) dan sekotak besar limau mandarin yg baik mutunya.

Aku ingat, aku yg mengangkat dari kereta boss consultant ke biliknya. Sebaik saja YY tahu itu pemberian org yg mendapat contract dari Maybank, dia kata "I cannot accept this. Hafidz, you pulangkan balik."... Then aku kata, macam mana nak pulangkan, org tu pun dah takde. Then YY berfikir sekejap. Kemudian dia kata, bagi siapa saja. Tapi dia taknak terima. Ingat lagi katanya... "Saya taknak kalau saya ambil this gifts, im afraid if my decision about them will be different because of these"... Sambil tunjuk jarinya pada gifts tadi dan suruh aku keluarkan dari biliknya.

NAH!!!! Itu YY. Cina berkepercayaan Buddha!





Nik Aziz

Bezakan dengan Nik Aziz! (Mana yg tak tahu, sila search blog politik tentang Nik Aziz terima sumbangan RM65K (seorang) untuk pergi Haji! Atau pergi sini. RBF

Mungkin Nik Aziz lebih Muslim dari YY and aku tak sealim Nik Aziz.

But, pada aku, kalau terima sumbangan (tak kiralah apa alasan pun!) dari org yg dapat kontrak (eksklusif) dari org yg ada kaitan dengan kuasa yg kita ada, then kita tak patut terima. Duit tadi mungkin halal, but cara kita terima mungkin akan meragukan orang lain. Adakah mereka ikhlas beri atau membalas 'budi' baik kita yg memberikan keuntungan pada mereka. Atau mungkin, mereka mahukan sesuatu yg lain pada masa akan datang?

Aku tak tahu kalau itu dikira rasuah atau tidak. But, pada aku, pemberian yg Nik Aziz terima (tak kisahlahlah ape alasannya), kurang baik utk gelaran yg dia ada. Apatah lagi kalau pergi menunaikan haji dengan kos RM65000 (Enam Puluh Lima Ribu Ringgit) seorang!

Pada aku, kalau betul, Nik Aziz kata, org yg memberi sumbangan tadi mahu pergi dengannya untuk mendapatkan berkat yg lebih. Apa salahnya dia mintak (Nasihatkan) syarikat/orang tadi sponsor lebih ramai org. So that mereka pergi dengan tiket biasa (Kata kerajaan rakyat yg prihatin). So that orang tadi, Nik Aziz dan isteri boleh pergi dengan lebih ramai org.

Mungkin, kalau yg pergi tadi CUMA 7 org, kalau mereka gunakan tiket biasa. Mereka boleh pergi 20 orang! (RM12K seorang*35 org) = (7*RM65k = RM455k). Malahan, ada lebih lagi duit untuk berbelanja... dan menderma. Bukankah itu lebih berkat dan baik? Mungkin dia mahu selesa, apa salahnya ambil tiket yg sedikit baik berbanding yg biasa, RM23k yg sama dengan Tun Dollah ambil pun masih baik. Masih lagi boleh sponsor 24 orang (miskin) pergi haji!

Aku tak tahu sama ada betul atau tak pergi Haji guna tiket mahal atau VVIP. Tapi pada aku, kat sana kita sama saja. Tak ada org pergi haji dengan blink2. Mungkin kita boleh selesa sedikit. Tapi kita pergi mengelilingi Kaabah yg sama! Tak ada kaabah khas utk VVIP!

Mungkin org (penyokongnya) boleh kata, org nak bagi, apa salahnya! Tapi masih lagi patut Tn Guru ni elakkan dirinya dari menjadi bahan fitnah (kalau perbuatan itu betul). Bukankah menjauhkan diri dari fitnah itu lebih baik? Berbanding menerima sesuatu yg baik dari bakal mendatangkan masalah?


Betul atau tak, tindakkan Nik Aziz... Biar Allah tentukan... Tapi pada aku, aku harap Nik Aziz dapat jauhkan perkara sebegini lagi pada masa akan datang. Apatah lagi dia dikenali sebagai Tok Guru dlm parti Islam. Dan aku harap, next time, bila dia menjawab soalan wartawan (atau mungkin dakwaan kaum Quraisy Malaysia - read, UMNO), jawablah dengan nada dan jawapan yg lebih merendah diri. Sesuai dengan gelarannya. Tok, jgn lah terlalu angkuh bila menjawab seakan2 tok lebih alim dan berpengetahuan dalam agama Islam berbanding orang lain. Itu harapan saya. So that tak hilang segala perasaan hormat saya pada tok.


Berbalik pada nama... And now... comparekan antara tindakkan YY and N. Aziz... Alangkah bagusnya YY yg merendah diri dan tahu mana baik dan buruknya tadi percaya pada Allah dan Nabi Muhammad.


Harapan : Tok Guru... Masa dah time. Berhentilah time org lain masih sayangkan dan hormat tok lagi...

0 comments:

Post a Comment

About me

My photo
Between Reality and Fantasy...