Wednesday, November 18, 2009

Between Two Mirror



Semalam, aku borak2 ngan kawan aku pasal ada kisah org ni. Pasal pasangan dier lah... Bukan pasangan kawan aku, tapi pasangan kawan kepada kawan aku which is sikit2 kawan aku juga! A part of it aku kurang setuju dengan apa yg org lain setujukan.

Mungkin disebabkn pengalaman aku. So kat sini aku bincangkan kenapa aku kurang setuju dalam beberapa perkara dalam cerita ni. 1st...

Remember this thing 1st... Dulu, ada kawan aku kata cakap kat aku... "Kenapa aku perlu hormat dan ikut cakap kau? Kau bukan pakwe aku. Kau boleh kata sayang, but kau bukan pakwe aku. Aku hormat kau, tapi kau tak boleh arahkan aku itu ini. Kalau kau pakwe aku ke, laki aku ke lainlah cerita! Aku kenelah hormat kau...". Bila fikir balik apa yg kawan aku cakap. Siapa aku nak suruh org lain ikut cakap aku kalau aku CUMA KAWAN. Sayang tetap sayang, but cuma kawan... Rite?

Mungkin yg di atas ada kene mengena dengan yg cerita dibawah. Mungkin... (Even aku pun taknak dengar nasihat boss org lain pasal kerja aku, kan?)



Know more

Dulu aku ada kawan. Ceritanya lebih kurang sama dengan cerita kawan kepada kawan aku tadi. Satu pihak tak puashati dgn pihak lain. Dan menceritakan pada aku dan kengkawan yg lain. Pakwe dier camnih. Pakwe dier blablabla. Ada je yg tak kena. Last2, cerita tu menjadi buah mulut org. Dan yg tak besnya, pakwe dier ni jenis bendul dan jenis tak kisah. Dia jenis org yg wat ape je yg dier suka. Tak dengar dan tak paham.


So, lelama cerita tu, cam kawan aku je yg betul. Aku hairan gak. Kalau dier je betul. And pakwe dier je salah. "Apsal kau stick lagi ngan pakwe kau?". Muskil kan. Kalau sayang pun, ada hadnya. Pakwe kau tak betul, cari je la yg baru. Jauh lagi baik.

Then aku selidik. Tanya personally. Korek sesikit. Barulah aku tahu. Cerita dua belah pihak.

Actually, pakwe dia takde le salah mana. It's just dia taknak admit kesilapan dan kelemahan dia. Malah, ada juga kesilapan dia yg dier tak pernah nampak walaupun pakwe dier dah cakap. Susahlah... And dia jugak tak pernah nak admit yg dia berada di pihak yg salah dalam sesuatu perkara. So, kalau dia sendiri taknak admit, camne pakwe dier pun nak perbetulkan diri dia.

In the end, bila aku tahu, kisah dedua pihak, baru aku dpt sekolahkan dedua pihak. Keadaan berubah sikit. Sebab, kawan aku baru dpt tengok cermin yg ada di depan muka dia. Bukan asyik suruh org lain tengok cermin dan perbaiki diri sendiri.


Cikgu Sekolah

Selalu kita dengar ayah report polis pasal cikgu sekolah pukul pelajar. But cikgu sekolah salah sepenuhnya ke?
Selalu kita dengar pelajar ponteng sekolah, pelajar kurang ajar dengan cikgu. Cikgu salah ajar ke?

Mungkin ramai mak bapak kata. Cikgu sekarang tak cam cikgu dulu. Cikgu sekarang takde kualiti. But tengok pada diri sendiri. Aku tahu dulu ada mak bapak yg sanggup datang sekolah. Sebab nak marah cikgu. sebab anak dier kene rotan. Anak dier kene rotan sebab tak buat kerja or buat kesalahan yg lain. Ingat, BUAT KESALAHAN.

Kengkadang aku terfikir. Adakah anak dia org ni ceritakan semuanya kepada mak bapak dier org bila budak2 ni kena denda kena rotan? Adakah mak bapak dia org ni dapat terima yg anak dia org memang takleh pakai? Or tak kisah la anak dier ni macam setan pun, cikgu tetap silap dalam mengajar anak mereka? Mungkin juga mak bapak anggap sekolah ni cam tempat jagaan budak2! Or mak bapak sibuk di opis cari duit tapi tak peduli anak dia org jadi apa. Kecuali, anak dia dah bengkak2 kene rotan cikgu yg menjalankan tugas.

Aku? Anak aku buat silap... Cikgu... dipersilakan. Rotan je. Anak aku banyak songeh? Meh... biar aku tambah lagi sedas dua lagi. Aku akan dengar dari cikgu. Apa alasannya. Aku dengar dari anak aku. Apa alasannya. Then kita decide apa yg buat. Kalau cikgu over then cikgu kena. Kalau anak aku over, dia kena lagi.

Kalau betul anak aku kene tangkap hisap rokok dlm sekolah. So be it kalau dia kene sebat atau rotan. Kalau dia kene gantung skolah sebab kena tangkap ponteng sekolah seminggu. So be it. Aku akan tambah lagi.

Then... Aku pun nak tahu gak, apa alasan anak aku kenapa dia buat camne? Mungkin... sebab salah aku yg lebih pentingkan kerja dari family. Betul tak? Kalau aku cuma dengar yg sedap. Then the whole picture akan hilang. Masalah akan cuma selesai sekejap. Mungkin salah aku, salah bini aku atau siapa lagi. Kalau tak, takde lah kita dengar anak2 yg jadi setan sebab mak bapak keberantakkan... Salah cikgu ke?


Anakku Sazali

Tengok cerita ni. Salah siapa?

Ini bukan blame game. Tapi kita kena juga tengok. Adakah salah Sazali je? Tak... Ayah dia pun bersalah. Sentiasa betulkan anaknya. Sentiasa bagi anaknya apa yg anaknya nak. Anaknya macam raja. Sampaikan tak boleh dibentuk!

Melentur buluh dari rebung. Tapi Sazali dah jadi buluh. Kenapa ayahnya tak lentur dari kecil? Sayang anak, tangan-tangankan, sayang isteri tinggal-tinggalkan...


Life - Mirror

Pada aku, sometimes kita tak boleh salahkan satu pihak lain sebelum dengar dari pihak yg lagi satu. Kalau ada 2 pihak, at least aku kene tahu sedikit sebanyak tentang kisah lagi satu. Kalau tak, cete yg satu, kurang valid. Aku tak boleh kata, org ni macam ni, org ni macam ni sebelum lengkap cerita aku. Aku takleh la nak tuduh satu pihak buat silap je.

Even judge pun dengar hujah dari pendakwa dan yg didakwa.

Mungkin pihak lagi satu degil dan keras kepala. But, sure ada reason kenapa dia keras kepala. Sure ada reason kenapa apa yg kawan kita kata tadi, dia taknak dengar. Sure ada reason kenapa kita perlu juga ubah org yg bercerita so that baru boleh berubah semuanya.


Sometimes kita kene tahu, kenapa dia buat silap. Kenapa dia buat macam tu. Baru kita paham apa cerita sebenarnya. Barulah kita boleh selesaikan masalahnya. Kereta yg baru tukar plug memang boleh start. Tapi takkan boleh pergi jauh kalau minyak tinggal sikit! Kengkadang kita tengok yg 'nampak' saja sampaikan terlupa yg lebih penting. Takkan nak kayuh kereta kot?

Berbalik pada cerita tadi.

Aku tak kata apa yg aku dan kawan aku dengar itu salah. Banyak mende yg betul tindakkan kawan kepada kawan aku tadi. But sometimes, kita yg mendengar ni tak boleh la hanya dengar dari satu pihak. Kita kene dengar the whole picture. TErmasuk dari pihak lagi satu. Baru kita boleh pergi selesaikan lebih jauh. Kalau cuma satu pihak yg nak betulkan satu pihak yg lain. Then masalah cuma selesai dari segi satu pihak. Pihak lagi satu macam mana? Macam cete tadi, kereta mungkin boleh tukar plug. But kalau masalah sebenarnya kereta tadi tak ada minyak. Tukar plug banyak mana pun kereta takkan boleh pergi jauh.


Org sakit gaot, kita bagi tongkat, boleh la jalan, tapi esok sakit lagi.


Just imagine kita macam Doktor

Kalau doktor cuma mahu dengar apa yg ibu kata tentang sakit anaknya. Sedangkan DR tak mahu dengar sendiri apa yg anak tadi rasa. Adakah DR tadi dapat ubati sakit anak kecil tadi dengan baik? Mungkinkah DR tadi akan tersalah ubat sebab dengar cakap ibunya saja?

Betul kan apa yg aku kata?

So imagine diri kita as a doktor. Tanya ibu tanya anak... Tanya apa sakit anaknya kemudian checklah anaknya. Bukan tanya ibu apa yg dia RASA-RASA anaknya punya penyakit then bagi ubat.


It's me anyway...

Aku, bukan nak menasihat. Tak layak pun menasihat atau beri pendapat. Tapi ini aku. Kengkadang, aku rasa kita perlu tengok cerita sebenar. Bukan satu cerita, bukan dua cerita. Tapi cerita yg ada disepanjang siri. Nur Kasih takkan kita boleh paham kalau tengok seminggu dua. Kan?


Kengkadang, aku takut, kalau ubat yg kita beri sebenarnya racun yg akan membunuh... Sebab kita salah check di awal sakitnya... Kalau bukan sekarang, mungkin akan datang...

Buat kawan aku tadi... Sorry kalau apa yg aku katakan ini nampak keras. Or mungkin tak bersetuju. Tapi aku ikhlas utk bercerita.


Apa kata, pesan kat kawan kamu tu... Cuba tanya2 bzz. Kot2 bzz boleh bantu. Bzz bukan cikgu, bukan Dr, bukan Wali atau pemenang anugerah. Tapi at least bzz boleh tunjukkan jalannya. So that kereta boleh jalan. Tak kira sama ada dia mahu tukar plug mahal, murah, cantik, baik atau mahu tambah minyak atau sebagainya. And i'll do it becoz I care and i want everyone to be happy... I'm your guardian angle...


Between two evils, choose neither
Between two goods, choose both
-- From Txeet


Sent from my ANDROID

0 comments:

Post a Comment

About me

My photo
Between Reality and Fantasy...