Wednesday, October 28, 2009

Kisah Ibu Bawang Putih



Kisah Ibu Bawang Putih

Aritu, aku nak taip blog tentang cerita bawang merah dan bawang putih morden. Aku tak abis lagi taip ceritanya. Kali ni ada ada cerita pasal mak mereka. Cerita mak tiri bawang putih.

So aku ceritakan disini. (Anggaplah cerita yg utama tu dah korang tahu...)



~~Ceritanya bersambung bergini

Ibu tiri bawang putih tak adil. Dia hanya mementingkan bawang merah. Kononnya bawang putih ini tak berguna. Tak pandai buat kerja. Kalau buat salah. SLA busted (ye ni cete zaman modern). Busuk, tak wangi, tak mandi. Menyusahkan dan macam-macam lagi. Bawang putih saja yang tak bagus. Bawang merah lagi bagus.

Bawang merah anak kesayangan. Bawang putih anak haram.

Bawang merah dimanjakan. Dibelai macam tuan puteri. Diberikan apa saja macam Anakku Sazali. Dibiarkan membuat apa yg dia suka. WAlaupun tak betul, tapi dibiarkan. Kalau bawang merah malas, dia suruh bawang putih yang buat. Kalau tak betul. Ibu tiri akan marah bawang putih. Kalau bawang merah buat bodoh. Bawang putih yg akan diperbodohkan selepas itu.

Bawang putih macam hamba. Tapi, walaupun dia tak puashati. Masih lagi dia bersabar. Mungkin ada hati kecil yg kata padanya, "Sabarlah nanti kita tengok siapa yg kena". So bawang putih bersabar. Menjadi hamba bawang merah dan ibu tiri yg tidak ada hati dan perasaan.

Ada masa bawang putih marah. Ada masa dia menangis. Menangis dan marah di buaian. Yg tumbuh selepas hujan. Ada masa kesedihan datang bila dia buat kerja. Makanan sikit, tapi kerja banyak. Orang lain boleh berhooohhhaaaa... Dia masih bekerja sampai ke malam. Bawang merah dah tengok astro, bawang putih masih lagi menyusun kertas di meja. Tapi bawang putih tahu. Kalau dia mengaku kalah sekarang. Kebenaran akan turut kalah.


Jangan ingat hujan di sepanjang Disember tidak akan ada cahaya matahari keluar.

Tetiba ibu tiri mereka jatuh sakit. Entah apa jadinya. Mungkin sebab banyak dosa. Dosa pada bawang putih. Dan dosa pada arwah ibu bawang putih yang telah jadi ikan emas. Jatuh sakit dan tiada siapa telah peduli.

Bawang merah pemalas. Tak kisah dan pentingkan diri sendiri. Itu yg di ajar oleh ibunya. Jadi dia tak kisah pada ibunya. Sakit atau sihat. Dia harap bawang putih yg jaga. Tapi dia silap. Bawang putih dendam dengan ibu tirinya. Jadi dia buat acuh tak acuh. Lantak kau. Go to hell. Sekarang, bila ibu tiri sakit, bawang putih melonjak gembira. Yeaaahoooo... Cuti jadi hamba. WAlaupun bawang merah still kononnya hebat. TApi bawang putih lebih kuat dan sasa.

Masa berlalu. Ibu masih sakit. Makin banyak masalah. Sampai masanya. Tuhan punya kuasa. Ibu tiri pergi jua. Meninggalkan mereka berdua. Bawang putih gembira. Tiada lagi dera.Boleh cari ibu lain. Boleh cari juga bapa angkat. Tak kisah, asalkan lebih prihatin. Bawang merah tak mungkin seperti dulu. Tiada lagi penjaga. Tiada lagi heroin. Badan sudah berlemak. Mahu ikut itu emak? Tak tahulah, tapi kalau otak sudah berat, suka dimanjakan. Hidup mesti susah...

In the end...

Itu kesudahannya setakat ini. Bawang putih gembira walaupun Bawang putih belum jumpa putera raja. Tapi dia sudah sedikit lega. Alhamdulillah... "Malam ini kita pergi parti buih" katanya.. Tak kisahlah apa orang nak kata. Dia gembira. Harap-harap tiada lagi bala menimpa...

Baiklah... Cerita selanjut... Fikirkan sendiri. Harap2 semua tahu. Sabar itu ada nikmatnya. Orang yg tak sabar, pemarah, tak adil, pentingkan diri sendiri. Nikmat mereka sekejap saja. Esok lusa... pergilah jua... Hidup kan macam roda?

0 comments:

Post a Comment

About me

My photo
Between Reality and Fantasy...