Tuesday, September 08, 2009

Risiko & Ganjaran


Beberapa hari lepas aku belajar satu perkara...

Risiko & Ganjaran

Kawan aku kata... "Masyuk la keje smpi siang." But not for me bila fikir balik. Maybe ye, maybe tak. Depend. So bila kita buat sesuatu, ada risiko dan ada ganjaran.

But most of us, kita suka tengok ganjaran dulu before kita tengok risiko. And sometimes, disebabkan ganjaran tadi, kita terus terlupa risiko yg akan kita hadapi sampaikan akhirnya mungkin kita tak dapat ganjaran dan terus hadapi risiko.

Dalam forex and stock market, kita perlu fikir risiko dulu before ganjaran. Kalau kita mampu hadapi risiko dan lari daripada risiko tadi, barulah kita dapat ganjaran. Kerana ganjaran saja boleh buat kita terleka dan terlepas pandang akan risiko yg akan datang.

Macam org kata, "Yg didokong tak dapat, dikendong keciciran".

Life kita memang sometimes macam tu. Kita suka pada apa yg kita suka dan suka apa keseronokkan apa yg kita rasa akan kita dapat.

Kita kejar gaji besar, tapi terlupa akan tanggungjawabnya. Yg mana kita tak mampu hadapi. In the end, kita pun jadi sewel (berlaku pada salah seorang menager di Mebenk tak lama dulu). Kita kejar duit melimpah ruah, tapi terlupa transaksi dengan pulangan besar yg kita lakukan menyalahi undang2. Lastly, kita dipersalahkan. (ingat EAindex?). Kita gembira dapat pakwe yg cool dan mancho sampai terlupa, yg dia pernah break dengan 4 org awek sebelum ini. Kita terlupa yg ketawa dahulu, belum tentu ketawa kemudian.

Bukanlah kata, kita perlu fikir segala risiko dahulu sebelum teruskan sesuatu. nanti kita jadi negatif. Tak buat something. Just fikir, apa risiko yg bakal kita hadapi. Besarkah kemungkinan risiko tadi. Dan mampukah kita hadapinya. Kalau kita yakin, kita mampu hadapi atau pun mampu cuba untuk hadapinya... Then teruskan. Tapi kalau kita tahu, kita memang takkan mampu hadapi. Then fikirkan langkah seterusnya. Teruskan atau cari jalan untuk menyelesaikannya pada masa akan datang.


Traders forex dan saham yg mampu mengenal pasti risiko dengan lebih awal mampu menyediakan langkah, stratergi dan jalan penyelesaian sebelum ianya berlaku. Barulah boleh untung.


So...

Sudah tahu apa risiko dan ganjaran yg menanti kita? Life? Kerja? Couple? Kahwin? Naik pangkat? Overtime? Belajar? Pindah rumah? Pindah opis? Tukar pakwe? Tukar awek? Tak puasa? Merempit? Terimarasuah? Maki tok imam? etc etc????

Kalau ok... teruskan... Dan jangan menyesal. Ok? Kalau tak, kita kena, org lain pun kena...

0 comments:

Post a Comment

About me

My photo
Between Reality and Fantasy...