Wednesday, March 18, 2009

Open Source Relationship



~Sumber Perhubungan Terbuka~

Well... Semakin majulah orang melayu. Melayu semakin maju. Lelebih lagi org yg rasanya diri mereka advance an mengikut cara orang putih. Open source. Mereka bukan mencipta OS baru atau aplikasi terkini. Tak... Mereka mencipta perhubungan sumber terbuka. Yang kununnya lebih hebat dan lebih... Well... menyokong humanright yg diperjuangkan oleh mat saleh bobrok.

Maju? Aku tak tahulah. Aku ni dibesarkan di Felda. Masa sangat kecil aku dibesarkan di Felda Sg Sayong, Kulai. Kemudian berpindahkan ke Felda Bukit Permai, Layang-layang semasa tadika dan darjah 1. Kemudian aku berpindah ke Felda Pasir Raja, Kulai masa darjah 2 smpilah darjah 6.. Kemudian family aku dipindahkan jauh ke pendalaman Sabah. Masih lagi Felda, Felda Sahabat 16, Lahad Datu Sabah. While atok aku duduk di Felda Lenga, Muar. Paling bandar pun, rasanya aku duduk 5 tahun di bandar Kluang. Tengok apek menjual sayur dan pakcik membuat nasik goreng ayam Rm1.90 di tepi sungai kluang berdekatan busstand Kluang.

So kisah hidup aku tak berkembang. Tak advance gitu. Mungkin banyak berbeza dengan org lain yg susah menetap jauh di planet nusantara diwaktu kecil. Mungkin pemikiran mereka telah meneroka kisah silam keluarga mereka.

Walaupun aku sudah menetap di KL (secara tak rasmi) bermula 1996. Tapi cara pemikiran aku tentang perhubungan, percintaan, masih lagi di tahap felda-felda. Tidak ada open source. Yang aku kenal... 'Licensed Relationship'. You pay, you take care and you get what you want. Cannotlah exchange2 ikut sukahati.

Berbeza dengan sesetengah orang melayu. Mereka sangat advance. Maju. Ala kebaratan macam itu. Belum dikira dengan budaya mereka yg dah berubah 190°. Malah, cara mereka berhubungan dengan keluarga, suami isteri dan kekasih juga sudah berubah. Mungkin akibat didikan di Imperial College di London menyebababkan mereka juga sudah menjadi ahli keLondonan. Tapi tak sedar. Muka masih lagi jawa dan asalnya masih lagi Johor atau mungkin Rembau. Tak sedar diri. Tapi itulah. Dimana kita menetap sebenarnya tidak menentukan jiwa dan hati kita. Destinasi hidup ditentukan oleh cara kita menerima sesuatu.


Open Source Relationship?

Aku baca satublog. (Tak boleh la ckp kat mana, karang korang gi search kat googleblog lak). How this guy mengaplikasikan opensource relationship nih utk kehebatan dirinya.

Kununnya... Perhubungan kengkawan sekarang ni mestilah terbuka. Kalau tak terbuka, maka tidak adanya istilah open source. Right? Minda mesti terbuka. Terima. Sejarah itu sejarah walaupun sejarah itu berlaku ketika sejarah itu sepatutnya tidak berlaku. And sejarah yg berlaku itu kalau tidak baik, seharusnya utk orang lain dan bukannya utk dirinya. Betapa hebat. Kagum! Jurutera shell pun tak mampu menandingi kehebatan pemikirannya yg sudah tahap-tahap ultra ungu.

Ceritanya mengatakan.

Katakan dia ada seorang kawan. Katakan kawan perempuannya tadi sedang bersedih. Mungkin disebabkan dimarah pakwenya atau sebab relationship lain yg takde kene mengena hatta berkaitan dengan sebelah biras mak tiri dia pun. Makanya dia, sebagai antara pemberi idea opensource relationship ni berkata.

Kawan mesti tolong kawan. Dia kata, dia mahu mengconsolekan kawannya. Datanglah dekat pada dia. Kerana dia pandai mententeramkan kawannya tadi. Kalau kawan perempuannya memerlukan pelukkan, dia akan berikan. Kawannya boleh menangis dibahunya. Oyeh di lobby hotel atau di bilik hotel. Oyeh again. Kalau kawannya mahukan yg lain. Katakan saja. Tujuannya, mahu lihat kawan itu gembira. Dengan dia. Bukan dengan sidia. Lain tu maknanya.

So aku fikir. Setelah membaca habis ceritanya yg agak panjang...

Think about this. Kawan kau (perempuan) ada masalah dengan pakwenya. Katakan si lelaki ni mahu 'menolong' kawannya. adakah itu menolong? Ajak kawannya, seorang perempuan keluar waktu pagi buta. Kol 2-3 pagi. Kemudian mahu hug? Mahu bahunya di jadikan tempat menangis? Mahu berikan apa saja.

Korang fikir itu idea paling bernas? What if kalau pakwenya tahu? Masalah yg 1 tak abis lagi. Nak di tambah masalah lain. Kan ke gila namanya? Mungkin pakwenya tak tahu. Sebab sudah pasti dia sudah memujuk kawannya utk tidak beritahu. Tapi. KL ini kecik sahaja.

Kawan-kawan gak. Man-man lah... Cuba fikir. Kalau kita ni betul cakap kita ni... just kawan. Fikir balik. Apa yg perempuan fikirkan bila dia buat camtuh? Someone yg tak menyakitkan hati kita, tetiba memberi ketenteraman pada hati yg tengah sedih. Bolehkah seorang perempuan dan lelaki, buat macam tu, tanpa rasa apa2 di waktu yg tak sesuai. Tell me... What if perempuan tu 'terjatuh' pada lelaki tadi? Adakah niat lelaki tadi hanya menolong?

Ok, aku kolot sikit. But pada aku. Bila kita cakap kawan. Treat as kawan. Buat as kawan. Kawan sedih, kene marah, gaduh or apa sekali pun. Bukannya tak ada cara lain nak buat. Apa kejadah smpi nak mengajak si kawannya berhug-hugkan, bernangis di atas bahunya di waktu pagi buta dan lain2. Aku pun kawan. Ramai kawan2 perempuan aku menangis. Cerita itu ini. Dari yg secret sampai tak secret. Tak pernah pulak aku nak mengambil kesempatan hug2? Nak jumpa kol 2-3 pagi? Masalah dia, masalah la... Bukannya aku tak boleh settle dlm chatting or telefon.

Aku boleh bergayut dari kol 10 mlm smpi 6 pagi. Mendengar masalah kawan aku. Yg lastnya, "Bzz kau janji aa jgn bagitahu org lain. Sebab cuma kau sorang je tahu masalah ni"... "Ok aku bersumpah, bukan saja berjanji..".

Tu one thing...

Yg problem dengan mamat ni. Dia dah beristeri. So... dlm blog ceritanya tadi. Dia yg sudah beristeri ini. Mahu mengajak kawannya keluar. Pada awal pagi. Dan mahu hug kawannya supaya kawannya menjadi tenang di lobby hotel. Which tak logik la kan sebab kalau dah nangis2 mesti kita akan kata... "Kalau you nak nangis pun jgn la kat sini. I malu. Org ingat i yg buat u nangis". So to menenangkan kawannya, tmpt yg paling sesuai utk bernangisan atau apa sekalipun ialah kat bilik hotel. Apa akan jadi? Bininya tahu? Kalau bininya sedih, nak dia bawak gi hotel or genting or tmpt special utk tenteramkan isterinya?

To be frank... kalau kau dah kahwin lama... susah nak dpt macam tu. Kan? Sblm kawin je dpt camtuh. Right? Mesti ramai perempuan yg dh kawin kata aku betul.

itu bukan aku.Aku tak boleh kata apa la. Kalau aku in relationship, kawan aku sedih camne pun, aku akan buat tanpa pasangan aku marah gegila one day nanti. Tapi still kawan aku dapat hilangkan rasa sedih. And aku jugak aku takkan buat sesuatu yg boleh mendatangkan lagi kemarahan pakwe kawan aku tadi pada dia. Mungkin sekarang, mungkin setahun dua nanti. And what this guy offer... Something stupid. KL bukan besar. Aku pun boleh jumpa org yg aku kenal kat sabah. Inikan pulak kl. Nak mampus? Sepandai2 tupai melompat. Akhirnya jatuh ke tanah juga. And yg jatuh? Kawannya. Dia? Pakwe kawan dier belum tentu tahu pasal dia kan?

Buat la yg betul. Kalau kita betul-betul sayang kawan kita. Kalau betul dia ada masalah bercinta or etc. Cuba utk tolong perbaiki perhubungan mereka. Tapi jgn smpi pulak tindakan kita ni akan makin menyusahkan org lain. Tak payah nak berskandal or buat something yg bukan tak di buat oleh org yg hanya berstatus 'hanya kawan biasa' buat.

Org bersedih kengkadang dah lupa apa yg akan terjadi padanya. So kita yg normal dan boleh berfikir waras ni la yg patut tahu apa yg patut kita buat.

Ermm.. mungkin aku org felda. So aku naif pasal ini...



Ok... cerita lain...



One time, dlm beberapa bulan lepas ni. Aku masuk chatting IRC. Bukan sebab nak chat ke ape. Tapi sebab nak bagi connection Celcom broadband aku sentiasa active disebabkan chatter slalu update chat baru. Sentiasa ada data masuk selain data forex. So takde le senang DC... Dlm open la satu channel ni.

Tetiba ada org bergaduh. Satu mamat ni dah bantai satu mamat lain. Open terbuka. Babi, sial, anjing, keparat, bapak kau, cibai, lancau... Semua la keluar. Kalau masuk GSC, confirm ceritanya tinggal sekerat dek terlalu 18PL. Even 25PL pun belum tentu ok.

Ceritanya ada kaitan dengan cete yg di atas.

Si mamat yg marah ni (b) marahkan mamat yg 1st (a) ni. Sebab dia sudah ada skandal ngan awek dia. Siapa tak marah kan? Kalau aku dah kene hentak kat bucu meja snooker dah. So semua cerita la si B keluarkan to blame this A. Blablabla... Itu ini. Si mamat yg kena maki ni tak byk jawab. Kejap2 sorry... kejap2 sorry... Aku yg cek kekejap channel nih gelak2.

A ni kata... Dia ngan awek B ni takde ape. 'Kawan je'. So si B ni kata. Kalau korang kawan je. Kenapa aku ada bukti yg korang buat lebih dari itu? Si A terdiam. Si B tunjuk itu ini. Siap. Lengkap. Waaaahhh... Aku kata.. macam CIA siot. Hahahaha...

Then si A kata. Semuanya dah jadi sejarah. Dah lepas. Tak boleh ke si B forget camtuh je. Yg lepas lepas lah kata si A. Kenapa nak kenang. Ala2 video klip lagu melayu tahun 80an.

Aku kata dlm hati. Gile ke ape mamat ni. Dier ingat mende ni senang nak forget camtu je? Dier ingat org marah senang nak terima alasan bodoh macam tu? So si B menjawab. Dia tak terima. Walau apa pun alasan. Walau itu kisah dulu ke ape lancau ke, but still, semuanya berlaku in his time. Dalam masa dia ngan awek dia bersama. Bukan masa sebelum dia kenal aweknya. Bukan selepas di break dengan aweknya.

History, walaupun dah lepas berpuluh tahun lepas pun, still you crossed the line. The line of no return. Tak semua manusia boleh ignore macam tu je. Lucky la awek tu kalau Si B ni senang melupakan. So B ni mengamuk. maki maki maki... fuck you. asshole. Cakap bapak ko sundal bolong.

Aku layan forex. Baca maki2 pun bukan aku dpt ape.


Then sampai satu part. Si B tanya Si A. Lebih kurang macam ni. "Kalau aku fuck bini kau. Kau marah tak?" Diam kejap... Mungkin soalan tu personal ke apa kejadah ke... Then Si A jawab... "Bini dengan awek lain la... Dah tentu aku marah"...

Hah ambik kau... Ni si C masuk campur.. C tu aku la... Wakakakaka... NGO bebas... Ambik kau. Maki hamun aku tengah malam...

"Kepala pantat mak kau. Babi anjing punya orang. Ohhh B main ngan bini kau kau kata tak boleh. Kau marah. Sebab dia bini kau. Tapi kalau kau kacau org lain punya awek kau kata dah history so B boleh lupakan. Bapak kau ajar ke main kote kat jubo je ke?? Sial kimak punya orang. Kalau kau takut bini kau kene dengan org lain, kau jangan mainkan hak org lain. Kalau kau takut bini kau ada skandal dengan org lain, jgn kau ada skandal ngan org lain. Tapi kalau kau nak ada gak skandal ngan org lain, jgn kau marah bini kau buat pulak. Tu silap kau. Bodoh... Sial. Ohh mementang kau ni lelaki, kau ingat boleh buat apa yg kau suka kat perempuan. So bini kau kene ikut cakap kau? Babi."

Si A ngan Si B senyap. Aku gelak2 lepas aku taip. Ntah kenapa tetiba semangat semerah padi masuk dlm diri aku. Rasa macam ultraman dah bertukar lampu merah.

"A, sebelum kau buat mende tu. Kau cuba jadi B. Apa yg kau rasa kalau kat jadi B. Sebelum kau jadi macam tu, cuba kau fikir kalau kau jadi bini kau. Apa yg bini kau rasa? Kalau kau tak suka awek kau dimainkan org lain. Kalau kau tak suka bini kau ada affair ngan org lain. Kau jangan buat. Ini tak, org lain tak boleh kau boleh? Pergi mampus la sama org macam kau"...

Terus aku tutup....

Then...

-->Gi START --> Run --> cmd --> 'ping www.yahoo.com -t'
Bair command prompt je yg bagi active aku punya connection.

Menyampah aku....

Mungkin si A belajar terlalu tinggi. Dia pandai programming. Dia applikasikan open source pada orang lain

If A is married then A can take X from B
Set-in is history if B find out
But if B is not married then B is stupid
B cannot have scandalised with Y or A wife
A is great
A is too powerfull
A is too horny

Result = A is stupid

Pada aku senang. Tak kisah la kau nak wat opensource relationship ke flying sources relationship ke ape ke. Kalau kita tak suka org lain buat kat kita or buat kat hak kita. Kita jgn buat kat hak orang lain. Kalau kita tak suka awek kita or bini kita ada skandal ngan org lain. Then kita jgn start dulu. Kalau kita start dulu. Then tanggung la... Jangan menyesal.

Oh ya... certain org... Dia kata. Dia bukan nak wat pun opensource relationship ni pun. Tapi sebab dendam. Ouhh ek? Sebab pakwe aku dah date SEKALI ngan kawannya, maka aku pun boleh date ngan org lain berkali2 malah di tambah ngan chatting smoch-muahs-ahah.

Takleh la camtuh. Nak berdendam pun... biar la bertempat. Kang org lain balas kat kau time lain. Teruk kau...


Hmmm.... life... tu la masalahnya. Kalau org lebih suka seronok dulu sebelum sakit kemudian. Kalau kita fikir apa yg org lain rasa sebelum kita buat sesuatu. Banyak masalah akan dapat dihindarkan. Right?

Ohhh... ada lagi...


Ada satu cete. Pendek.

Ada satu couple nih. Bila di rumah dia bini org lain. And bila di rumah juga, dia suami org lain. Tapi bila di office, diaorg ni jadi lakibini. Bila balik rumah jadi org lain punya pulak. Kat opis dia org jadi laki bini balik. Alah... macam binatang yg tukar warna ikut keadaan tuh... Ni baru betul opensource relationship. Jangan cakap opensource, free mouse pun ada.

Tak percaya? Tanya ira.

Chow...

0 comments:

Post a Comment

About me

My photo
Between Reality and Fantasy...