Monday, February 02, 2009

Kenapa aku malas nak taip blog lagi?

Rasanya, aku sekarang ni tak cam dulu lagi. Tak segah dalam business menaip blog. Smpikan aku sekarang tak dpt iklan dari blogvertise. Kalau dulu aku boleh taip 2-3 entry sehari. Sekarang, sehari belum tentu satu. Kalau dulu aku boleh taip 2 entry sehari utk 2-3 blog aku, sekarang, 1 blog pun aku tak terjaga.

Nak tahu kenapa aku malas nak taip blog?

Ini sebabnya

  • Blog aku tak mampu jadi blog selebriti. Angkat kain sikit, 20 ribu orang masuk. Aku angkat kain, orang angkat kaki. So aku perlu jadi selebriti. Baru orang nak baca
  • Lens aku banyak kulat. Tak masuk dlm dry box. So aku tak dpt ambik gambar cantik. So aku tak dpt masukkan dalam blog. Takde gambar, takde le cerita.
  • Aku tak gi jalan. Takde cerita sabah, sarawak mahupun kampung pisang. Maka kuranglah update dari handphone aku.
  • Aku nak taip pasal politik. Nanti orang kondem. Tapi cerita pasal politik ramai orang masuk. Bila aku cerita pasal politik, kawan lak tak masuk. So?
  • Blog aku glamer kat orang yg kenal aku. Skot tahu, Cheyah tahu, Jigo tahu, skandal tahu, budak opis, bukan bukan opis yg satu bangunan tahu, budak perempuan yg lain kompani lain bangunan, budak lelaki gigi jongos dan macam2 lagi. Macam mana aku nak cerita yg personal. Kalau semua orang yg kenal aku tahu? Kalau aku remain anon, senang cete. Aku boleh cete arinih mimpi ape, sok mimpi ape. Ni baru cete sikit.. Dah ada orang tanya... "Ouhh ko mimpi ni ekkk....". Jatuh la kemaluan!~
  • Aku dah pindah tempat duduk. Dulu line clear, sekarang clear punya line. So senang la orang nak tahu ape aku nak buat. Camne aku nak taip pepanjang.
  • Otak aku serabut. Bukan sebab masalah peribadi. Bukan. Sebab masa aku nak taip, masa tu jugaklah ada orang ketawa terbahak2... "Wahahahahahahaha..." Menyebabkan otak aku terencat nak taip ape.
  • Aku nak cete pasal ekonomi, budak ternganga2. Haaaa... melopong. Ape ko cete ni bzz. Tapi bila aku taip betul, karang yg masuk ahli ekonomi. "Buduh punya budak, kau mana tahu istilah ekonomi". So aku nak taip ke taknak taip? Aku nak cete ekonomi dari perspektif aku nih...
  • Aku dah lama tak beli buku motivasi, life, humor or etc. Sebab tu idea aku kurang.
  • Aku dah tua. So aku malas.
  • Blogger selalu jeles kat aku. Tiap kali aku taip, dier delete sendiri.
  • Chedet curik reader aku. So aku taknak taip lagi. Kecewa...
  • Sebab blog aku warna oren dah. So iltizam dah kurang
  • ..... Kan aku tak tahu nak kasik ape alasan lagi dah...

Sekian terima kasih....

1 comments:

acikzz said...

Aku dah tua. So aku malas.---> statement yg paling tepat skalik... :P~ seb baik sedar diri kan... ahaha

Post a Comment

About me

My photo
Between Reality and Fantasy...