Thursday, January 29, 2009

Ekonomilah Bodoh...

Kita sibuk berpolitik. Mempolitikkan apa yg tak patut di politikkan. Tak kiralah ahli politik ataupun blogger.

A sibuk menyiapkan diri utk bersara. Biar bila dia bersara, dirinya tak dibaling kasut. The other A, sibuk ngan lompat sikatak lompat. Nak jadi pembesar terbesar.

Si K pulak, kononnya memperjuangkan kaumnya, yg kononnya tertindas dan ditindas... Dari luar negara. (takde anu!). Di K yg lain pulak terjerit-jerit. Kononnya dialah pembeli kaum utama. WAlhal dialah yg memyteamkan orang yg tak sepatutnya. Sampaikan orang yg tak sepatutnya rugi, jadi rugi.

Si R sibuk kononnya sayap yg ni penyebab duit berterbangan. Si R yg lain, kata... damn youh...

Si L sibuk kata dirinya yg membawa 'kemenangan' dalam negerinya. Walaupun 'kemenangan' tadi diusahakan sebelum dirinya berkuasa. Kalau ada komplikasi kesihatan, sibuk dia kata... Si A, Si B dan Si C yg penyebabnya. Si L lain sibuk menang parti menang parti. Itu saja dia tahu.

Si B Eko, sibuk, itu tak boleh ini tak boleh. Sebab buku kata tak boleh. Buku kata nanti kesannya buruk. Si B ini pula kata... Kalau kita buat ni, nanti tak standardize...


Hoi... Bengong... EKONOMILAH, BODOH!!!

Takkan nak jadi macam ni?


With no job and 5 kids, 'better to end our lives,' man wrote

Lupoe wrote in the fax, "after a horrendous ordeal, my wife felt it better to end our lives; and why leave our children in someone else's hands ... we have no job and 5 children under 8 years with no place to go. So here we are."


Mungkin takde berita dlm Utusan, The Star. Tapi aku percaya ianya mungkin akan ada. Masalah, kalau ada pun, orang lebih suka baca pasal gossip artis kena tangkap basah. Ataupun lebih suka baca pasal politik satu tingkap.

Kalau dibiarkan kesan ekonomi Malaysia. Lelama lagi, akan ada kisah macam cerita di atas. Mungkin kita tak menembak, tapi kita lebih suka meracun. Macam mana nak menembak kalau kita pun tak mampu nak beli pistol seludup? Racun lebih murah! Tragis!!!

EKONOMILAH, BODOH...

Tak kisahlah apa pendapat agama, politik atau apa pun. Utamakan ekonomi. Bangunan nak runtuh, kita lebih sibuk pada artis, fesyen atau tingkap kita. Kalau runtuh... Satu hapah tak berguna lagi. Kau nak blame saper? Artis atau tingkap?

Bersatu. Bukan merobohkan. Kononnya dengan pendapat kita yg 'serba hebat', kita menidakkan keupayaan orang lain. Kan baik, kalau kita yg menyokong atau melawan ni, mempergunakan 'kuasa' yg ada ni utk jadikan ekonomi lebih baik. Memanglah cara kita tak sama, tapi kalau dengan kelainan kita ni boleh jadikan kesan yg diikktiarkan oleh org yg lebih ada kuasa tadi lebih baik. Kan lebih bagus.

Tak... Ini tidak. Selagi kita boleh politikkan, kita politikkan. Yg ada nak diroboh. Yg nak dibangunkan, bukannya nak diletakkan tetulang, tapi lebih banyak mencurah air dari meletak simen. Sebabnya? Org lain gagal, kita berjaya. Apa kejadahnya? Bangunan nak runtuh. Kita dlm satu bangunan. Org lain runtuh, kita runtuh. Nak membangunkan bukan senang. Itu pun kalau kita hidup lagi. Kalau dah kene tembak?

Tak kisahlah org yg berkuasa atau org yg diluar kuasa (tak dapat lagi). Bersatulah. Takkanlah smpi ada keluarga bunuh diri baru nak tersedar. Buang2kan sikap pentingkan periuk nasi sendiri. Buangkan sikap pentingkan apa yg tak penting. Bersatu. Sebab... Ianya EKONOMILAH, BODOH!!!

Yg di atas, pedulikkan lalat2 yg mengacau. Lauk dan nasi perlu dibuat. Lalat tak dapat jadikan makanan kita lebih dimakan. Tapi kalau lalat mahu jadi tikus ratatouille, tak apalah. Apa salahnya?


Lu fikirlah sendiri...

0 comments:

Post a Comment

About me

My photo
Between Reality and Fantasy...