Friday, February 27, 2009

Jaga kau Lipas die die die...



Ini kisah Semut -- dolu-dolu

Masa aku darjah 3-4-5... (tak ingat mana satu). Rumah aku kat Pasir Raja, Kulai di hurungi oleh beratus ribu ekor semut. Semua semut hitam yg selalu ada kat rambutan tu. Memula sikit, kemudian banyak. Kemudian makin banyak, makin banyak. DAri yg baik jinak2 sampai la yg menggigit. Dari yg dok menjalar cari gula smpi la yg masuk dlm bekas air.

Sekali dua tak apa kalau mengacau. Tapi banyak kali. Mak sembur, ayah sembur. Aku? Sure sembur. Setin Ridsect atau Baygon tak cukup... Aku sembut sekali ngan sumpah seranah.

Sampailah tahap maksima kemarahan aku. Yang mana aku tak dapat bendung lagi. 'Operasi pemusnahan etnik'.

Balik sekolah rendah. Aku jalankan operasi tadi. Setiap sudut rumah aku yg aku tahu ada semut aku sembur dengan racun semut. Mati. Bergelimpangan. Kemudian aku keluar dari rumah. Mencari semut di bawah rumah. Di tiang-tiang rumah. Di balik serpihan kayu tiang rumah. Dilongkang rumah (highway bagi semut)....

Dan sampailah ke puncanya... Dicelah-celah pokok pisang berhampiran rumah aku.... 'Hahahahaha'... Aku jumpa kau... Kau telah menjadikan aku seorang monster. So die! die! die! Di pokok itu saja habis setin ridsect. Belum cukup ribuan mungkin ratusan ribu semut yg mati.

Aku bongkar tanah dicelah pokok pisang. Untuk cari ibu segala masalah. Aku sembur lagi. Dah sembur. Tak cukup. Kemarahan masih ada. One is not enough. Sampai jumpa mak semut. Besar... MATI KAU!!!

Aku bakar... Yup... Aku bakar tanah disitu. Tapi ini pembakaran terkawallah. Aku bukan suka nak membakar. Tapi aku kena. Kalau tak, semut datang mengacau lagi. Either kau memuaskan hati semua semut atau kau memuaskan hati aku sendiri. I pick mine. As long as semut ada. Aku bakar dan hapuskan. In the end... Semut sangat berkurangan. Sangat-sangat berkurangan. Monster ini sudah menjadi manusia. Terlupalah kisah sakit hatinya pada semut....


Ini kisah lipas.

Kini kisah lipas. Lipas mengganggu hidup aku. Setan punya lipas. Lipas sudah bikin aku jadi Ultraman semula. Ultraman Taro akan keluar. Dengan tangan di dada. Bangkit Ultraman.

Kebangkitan Ultraman tidak semestinya di sukai ramai. Kerana akan banyak bangunan yang akan runtuh. Habuk berterbangan. Bumi bergegar. Akan pasti ada mangsa lain. Ok, back to reality.

Walaupun ini bukan tempat aku yang permanent. (selagi tak beli saham), but aku still bertanggungjawab untuk menjaganya, kan? Ruang aku kecil, tapi bukan bermakna aku tak boleh buat 'keganasan'. Ultraman boleh terbang. Right? Blink blink lampu menyala.

Kalau sudah melampau, pasti aku basmi. Seperti kisah si semut. Aku akan basmi. Selagi aku tak puas hati aku akan basmi. By hook, or by crook! The ultraman in me already changed his light. Blink-blink-blink. Red light. Seseorang patut buat sesuatu.

Orang datang menyembur lipas. Mengenakan bayaran. Tapi lipas masih ada. Aku beli ubat lipas. Lipas makan. Tapi lipas masih ada. Aku beli sembur lipas (jgn guna sembur nyamuk untuk sembur lipas. Lipas boleh berjoget lagi. Tak mati). Aku sembur. Barulah cepat mati. Ohhhh, kena ada 'ubat' yg lebih berkesan.

Duduk dikerusi. Duduk dilantai. Lipas berlari. Tetap mati aku kerjakan.

Tapi aku tak tahan. Marah. Nampak lipas, aku pukul dengan gulungan akhbar atau buku. Bammmmm!!! Mati si anak lipas. Die! Ada lagi seekor. Bammm!!! Mati. Hah, bapak lipas berlari dari kiri ke kanan. Aku pun berlari. Tak dapat guna akhbar, aku guna penyembur. Aku sembur. Die! Die! Die! Jam sudah pukul 3 pagi. Tak apa. Mati mati mati.


Orang kata gila. Tapi siapa suka lipas mengacau hidup kita. Tak kira lipas kecil atau besar. Aku benci.

Right? Kau suka? Mereka suka? Some say, aku ni penyepah. Tak pandai berkemas. But, aku tak suka pengotor. Lipas membawa virus. Virus boleh membunuh kita. Apa penyakit tu... Taun? Ke apemende. So sama ada kita perlu marah untuk bunuh lipas atau diam dan akhirnya mati akibat penyakit dari lipas.

Aku memilih untuk hidup tanpa gangguan dari lipas mahupun semua. Lipas yg ada dah masuk otak Mengganggu-gugat otak aku. Sampai aku tak boleh trading Forex. Kalau aku kena bangun malam. Aku bangun. Kalau aku perlu berbelanja, aku belanja. Kalau aku perlu marah, aku marah. Not for the sake of myself only. But for others too. Tak kira dirumah, di pejabat atau di rumah orang lain.

Lipas takkan jadi hamster. You've to kill it. Before ada yang lain menjadi mangsa. Mind you're own backyard, Lipas... Fak off! So wait... Aku akan pergi mydin nanti. Beli pembunuh lipas. Die die die... Ouuhoouhhhouhhh... Ultraman Taro dah datang.


Note - Manusia pun ada yg macam lipas. Menyusahkan orang. Mendatangkan penyakit kat orang lain semata-mata keperluan dirinya dan golongannya. Ada yg perlu dihapuskan. Ada yg tak. Pilih la sendiri apa nak buat. Tapi yg kita ni, watpe nak sibuk2 jadi lipas?

0 comments:

Post a Comment

About me

My photo
Between Reality and Fantasy...