Tuesday, January 20, 2009

Serban, saman dan mengong...

Pakai serban: Pelajar enggan bayar saman

Pelajar Pondok Pasir Tumboh itu disaman kerana menunggang motosikal pada kira-kira pukul 6.30 petang, 20 September 2007 di Jalan Pasir Tumboh di sini tanpa memakai topi keledar.


Dan Hari Ini

Saman pelajar berserban agar elak jadi trend

Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan berkata, semakin ramai pelajar khususnya dari sekolah agama yang cenderung untuk tidak memakai topi keledar dengan alasan memakai serban.


Aku???

Aku tahu, 'mungkin' sunat kita pakai serban. Kenapa aku kata 'mungkin'. Sebab kita dapat pahala kalau kita ikhlas, tapi tak dpt pahala kalau kita pakai serban semata-mata taknak kena saman polis. Ya, betul... Ada org yg macam tu... Helmet takde, dia pakai serban. Tapi pakai jeans koyak2.

Aku tahu, orang Singh boleh pakai serban. Sebab serbannya tak memungkinkan dia boleh pakai helmet. Tengoklah bentuk serbannya. Bukan aku nak kata, tapi logiknya, memang begitu. Turban tak senipis tudung.

Cuma aku nak tahu gak... Katakan kita pakai serban, eksiden. Cedera otak. Tak boleh belajar, tak boleh sara anak bini. Adakah itu boleh dapat pahala? Adakah itu boleh menyebabkan kita mati syahid atau sebagainya? Bukankah Allah suruh jaga keselamatan diri utk kebaikkan orang yg kita sayang? Kalau kita tak selamat, siapa nak jaga mereka? Menyusahkan diri sendiri walaupun kita ada cara mengelakkannya pun dah kira tak baik gak...

Aku nak tahu... Boleh tak ulama katakan sesuatu utk panduan mahkamah.

Islam itu mudah. Memang betul, zaman nabi orang pakai serban. Tapi kita tak tahu zaman nabi orang pakai helmet ke tak masa naik unta. Ataupun pakai helmet masa naik kuda. Betul? Katakanlah, zaman tu dah ada helmet utk naik unta. Adakah Nabi akan suruh orang akan pakai helmet utk jaga keselamatan mereka? Mungkin naik unta tak boleh eksiden macam motor, tapi dugaan Allah ada dimana-saja. Aku tak rasa Nabi Muhammad mahu bahayakan ummatnya kalau ada cara utk menjaga keselamatan.


Then, masa perang Islam... Lebih kurang bahaya macam menunggang motor. Adakah orang islam pergi berperang dengan serban saja. Atau ada penutup atau pelindung kepala yg dapat mengelakkan dari bahaya? Baca cerita zaman kegemilangan Turki. Kalau ada pelindung, kenapa pakai kalau kita nak syahid? Kan kalau kena ketuk kat kepala kita masuk syurga? Syahid? Apakah syahidnya diterima Allah, kalau kita sengaja mengundang bahaya sedangkan kita mampu mengubahnya? Kalau zaman tu ummat Islam tak pakai pelindung, mampukah org Islam menawan kota-kota besar lain?

Balik cerita serban...

Katakanlah budak ni naik motor, jatuh motor, kene lenyek lori 30tan... mati... Mak bapak nangis... "Hah? Soss???" Dah berterabur sos atas jalan. Kepala pecah. Sebabnya, hanya pakai serban. Yelah sekolah pondok... Adakah tindakan budak tadi bijak?

Mak bapak hantar gi sekolah pondok, suruh jadi alim ulamak. Ajar ilmu pada orang lain. Berbakti pada agama. Menyebarkan agama Islam. Mendoakan ibubapa bila mereka pergi. Manfaatkan duit yg ibubapa belanja utk kebaikkan. Tapi... Kalau dah 'gol' awal2... Tak ke terlepas amalan baik semua tu? lepas... Ape jadahnya nak menyebarkan islam, kalau dah dia terbaring bawah lori. Abis... abis semua harapan makbapak, nusa bangsa dan agama... Abis...

So salahkah budak yg sekolah pondok ni pakai helmet barang 10-20 minit? Utk kebaikkan mereka. Keselamatan mereka... Untuk masa depan mereka. Untuk keluarga mereka? Tak pakai serban pun, atas motor masih lagi boleh berzikir, boleh berdoa. Boleh mengingat Allah. Betul? Kalau dia kata dia hanya boleh berzikir time pakai serban saja... Meh aku cakap sikit... "Weii balik la.. Kau gi tanam tembakau lagi baik... 24jam kau nak berseban pakailah..."


Anyway... terpulanglah... Keselamatan diri sendiri pada tangan masing2. Bukan aku kene pegang helmet kau pun time kau masuk bawah lori...



Cerita lain yg takde kene mengena... Cuba bayangkan ini. Aku diajar... Kalau kita berpuasa sunat... Then tetiba ada orang beriya-iya mengajak kita makan. Nak belanja. Tak kiralah saper. Kita digalakkan berbuka puasa sunat tadi.... Aku tanya cikgu, puasa sunat tu kan baik? Kenapa nak buka? Cikgu kata... Niat kita puasa kita dah ada. Tapi ajakkan orang, gembirakan orang tu pun sama juga besar pahalanya. Esok2... Kita boleh berpuasa lagi... Lagipun, cikgu kata... Niat kita puasa pada awalnya saja dah buat kita dapat pahala. Apatah lagi kita niat puasa, sukakan orang dan puasa lagi esoknya?


Lu fikirlah sendiri...

1 comments:

haku kayer said...

assalamualaikum,

i'm not your blog follower. came across to ur blog and read about this entry.

saya bukan nak komen pasal apa pendapat u pasal budak sekolah pondok yg tak nak pakai helmet tuh. tp pasal pandangan, dan cara kupasan u tentang islam & nabi muhammad saw.

mungkin jugak saya salah tanggapan terhadap apa yang u nak perkatakan/maksudkan. cuma jangan la menulis sesedap rasa. takut2 jatuh hukum lain pulak. contohnya, pasal pendapat u tentang zaman nabi dan helmet bila naik unta.. rasanya, part yg tu tak payah la u nak elaborate lbh2. enough said, org akan paham.

perkara/benda yg bukan sunnah rasulullah ataupon takde terkandung dalam al-quran, tp perlu untuk kesejateraan umat, tu nama nya bida'ah hasanah. bida'ah hasanah ni maksudnya; membuat pembaharuan dalam agama untuk kebaikan umum tanpa mengubah hukum-hakam yang terdapat dalam Al-quran dan Hadith. sama la jugak mcm helmet tuh. kalau u cakap pakai serban leh pecah kepala kalau accident, org singh pon leh pecah kepala jugak. nak ikutkan, pakai helmet pon kalau tak pecah kepala, leh tanggal dari badan kepala tu. maksud saya disini, perkara kalau nak jadik, tak kesah la mcm mana pon, dah ditakdir kan Allah swt, jadi la dia.

i know this is ur blog, n u have every rights to write ur point of view. tp, kadang2 kita ni manusia tak sedar apa yg kita cakap tu mgkin akan bawa akibat yang lain.

Post a Comment

About me

My photo
Between Reality and Fantasy...