Friday, August 22, 2008

Servis teknikal



Aku kenal beberapa orang. Yg bijak. Kadang kala terlalu bijak.

Bukan kerana diiktiraf orang dianya bijak. Tapi dia sendiri yg mengakui dirinya bijak.

Kebijaksanaannya memang memang tak boleh dipertikai dalam sesuatu perkara. Tapi ada perkara, yg dia sengaja hendak tunjuk bijak, sebenarnya dia hanya menunjukkan kebodohan dirinya. Tapi, seperti biasa, orang-orang yg tidak bijak hanya duduk dan gelak di dalam hati. Betapa bijaknya dia.

Contohnya. Seorang yg bijak berkata... "Harddisk beso2 tu tak stabil. Harddisk 10 gig tu yg ok". Adakah dia bijak berkata bergitu semata-mata dia kerja IT? Sedangkan org lain yg tidak belajar IT lebih byk pengalamannya.

Bagaimana pula yg ini. "Huishhh harddisk ni tak cukup. Kau mana tahu sesilap satu gambar staff tu 50meg ke. No no no. Kita kena harddisk yg lagi besar". Kita bijak sebab kita bijak bercakap. Tapi bercakap saja tak cukup. Jangan sebab kita rasa kita bijak sampaikan cakap tak ikut logik. Dari bijak jadi kena pijak. Kerana... Dlm seumur hidup aku. Tak pernah dalam sejarah aku jumpa gambar orang yg lebih besar dari 50meg. JPEG. Apatah lagi dari kamera point and shot. Bijak?

Hummm... So yg bijak belum tentu bijak dan yg bodoh belum tentu bodoh. Hendak terlalu bijak belum tentu akan nampak bijak. Dan hendak nampak bodoh belum tentu akan kelihatan bodoh. Ada paham ka? So yg bertanya kena tahu. Org yg kita anggap 'customer servis ni' memang bebetul bijak atau membijakkan dirinya sendiri?

So... kalau terasa diri ini bijak. Jgn memandai nak bagi nasihat yg sangat bijaksana. Sebab org mungkin akan ketawakan kita di belakang. Hahahahaha...

1 comments:

erm said...

"Contohnya. Seorang yg bijak berkata... "Harddisk beso2 tu tak stabil. Harddisk 10 gig tu yg ok". Adakah dia bijak berkata bergitu semata-mata dia kerja IT? Sedangkan org lain yg tidak belajar IT lebih byk pengalamannya."

mmg kadang2 hard disc yang terlalu besar tak bagus...sebab bila hard disc tu carik data(tracking)....dia amik masa....bergantung juga pada approach hardware...sata ke ide ke...pipeline ke...banyak sangat faktor nak di ambil kira

Post a Comment

About me

My photo
Between Reality and Fantasy...