Thursday, August 07, 2008

Mengeteh darah aku...

Biasanya

Pukul 8.00. Biasanya kalau pukul 8 tepat keluar dari rumah. 8.05am aku start motor. Aku akan tepat sampai opis lebih kurang dlm 8.35. Tu bawak secara normal.

Tapi pagi tadi. Seperti biasa. 8.07-8.10 aku smpi di simpang depan. Damn!!! Jam... Jem... Jam...

Setan mana lah yg buat jem nih? Jauh. dlm jangkaan aku. Mesti ada eksiden. Mati. Kalau tak, jem takkan sejauh itu. Aku kira, jauh ke belakang berbanding jem biasa. Mati. mati. mati.

So aku pun dengan handalnya mencilok-cilok ditengah kereta. Tengok ada sebuah kereta proton lama sudah hantam itu kereta honda accord baru. Aya tepuk kepala. Duit terbang. Yg mamat2, makcik2. Yg rasa lambat mula belajar menyelit. Selagi boleh sumbat, dia sumbah. Tepi kanan atas bawah dier sumbat.

Lagilah jam! Bayangkan, dari lebih kurang hampir 4.5-5 lorong menjadi 2 lorong. Dan 2 lorong tu pun di sebelah kanan. Sedangkan, kenderaan lebih byk dari sebelah kiri.

Dah berminit aku menyelit. Smpi di penghujung jalan. Selepas Mines. Mana eksidennya? Takde pun yg mati? Kecewa kejap aku.

Sekali tengok... Ya-Allah... Patutla Polis kena sumpah berbakul2... Dier buat roadblock. Bebetul di bawah flyover dari Mines menuju ke SouthCity Plaza. Nak berteduh la tuh kot? Yg kereta tadi, dari 5 lane, jadi 2 lane kemudian menyempit jadi 1 lane saja. Kemudian baru nak lepas, bertembung dengan kenderaan dari Serdang yg ada 2 lane. Kemudian.... 20 meter lepas tu. Polis jadikan 1 lane lebih.

Bengong...

Aku tak kisah la kalau nak check kereta ke. Tangkap perompak ke. Tapi ini... melambai-lambai. Ala-ala gaya aloha la la.. "Jalan-jalan". Karang aku sumbat mulut tu karang. Memang la nak jalan. Tapi nak jalan betul camne. Kau block.

Bengong...

Lepas tu aku lega. Nasib baik aku bukan org yg sangat kaya. Kalau sangat kaya pastinya kena naik kereta mahal2. Pastinya aku sangkut lebih sejam. Disitu saja.

Tak sampai 8 km. Jumpa lagi satu roadblock. Tempat biasa. Didepan Stesen minyak Esso yg bangkrap. Nasiblah kali ini tak macam tadi. Macam biasa... Dialognya "Jalan-jalan".

Jam sudah lambat. Aku merempit.

Mengeteh darah aku!!! (menyirap tak bess.. sebab sirap murah)

Aku nak marah anwar pun tak jadik. Kalau dah dia org bengong beno. Jangan risaulah... Anwar baru sebut kes. Dier tak brani macam dulu. Dia sudah tak banyak tenaga macam dulu. Dulu dia boleh bikin rally satu KL. Kasi bakar-bakar tong sampah. Tapi skarang umurnya dah 61 tahun. Angkat bontot pun tak larat dah... So jgn risau.

Jangan sebab takut sangat org berhimpun sampai org lain susah. Kalau org berhimpun jugak. Kau tembak lah ngan gas pemedih mata ke, air pancut ke ape ke. Sekurang-kurangnya. Org lain yg bebetul nak carik rezeki ni tak le terganggu. Lainlah kalau kes dah melampau sangat.

Lain kali kasi fikir dulu. Jgn sebab buat roadblock. Rakyat makin sakit hati.

Mengeteh darah aku....

0 comments:

Post a Comment

About me

My photo
Between Reality and Fantasy...