Thursday, July 10, 2008

Happy Birthday, Ayah...

Update in Blue

10th July 1953, Ayah aku dilahirkan. Mungkin atok aku malas nak fikir panjang, maka dia letak nama sependek yg mungkin. Ajis. Nak tulis pun tak susah. Hidup pun tak payah.

Then siri hidupnya pun bergerak perlahan2. Pernah dapat pengiktirafan dari cikgu utk melompat darjah. Pernah kecewa sebab atok tak pilih dia utk belajar sekolah inggeris. Pernah kerja menoreh dan mengayuh basikal berkm-km seawal 5 pagi utk keluar cari rezeki dan sekolah.

Itu cuma sebahagian daripadanya.

55 tahun dah berlalu. Kalau di tanya. Ayah aku boleh cerita. Cerita lawak mesti di ulang berkali-kali. Kalau tak, itu orang lain. Sepatutnya dia dah bersara hari ini. Tapi ditambah setahun lagi. Dan... Katanya... "Takpe, ayah sponsor pergi Sabah". Ya, sebab 55 tahun dia sudah boleh keluar duit EPF. Aku sengih... gembira tapi dlm hati... Kesian juga...

Ayah aku sangat into business. Especially MLM yg berkaitan dengan produk kesihatan. Dan bila dia berminat, dia akan buat sehabis mungkin. Cuma dlm berberapa perkara, dia tak dpt tandingi org yg telah dpt kereta atau rumah percuma. Boleh aku kata... Kalau dikumpul semua duit bonus businessnya, sekurang-kurangnya, sebuah rumah dari 4 buah yg dia ada tu adalah duit business yg free tadi.

Ayah aku pernah jual Bee Pollen. Tahu? Dah lama. Sekitar tahun 1980an. Sebotol dlm 100-200biji pill harganya beratus. Masa itu gaji peneroka or pegawai felda bukannya 2-3 ribu. Masih ratus. Tapi, dengan bijak dia, jual ikut peket. Jumlahnya kecil tapi mampu dibeli. Tapi dia dia untung lebih byk! (mcm jual rokok batang). And semasa business Bee Pollen ni, dia mendapat anugerah. Dan juga berjaya menjadi manager dlm tempoh sebulan. Memenangi 7 dari 8 anugerah pembelian terbaik dalm masa sebulan. And juga menang 2 anugerah... Ape benda ntah. Tgk la pialanya kat kampung.

Then sebelum berpindah ke sabah. Ayah jual bantal berubat. Laku jugak. Supplier dier tu ada satu towkeh (kedai kereta kot?) kat Kulai Besar. Then lepas bantal dia jual memende lain. Ada jual minyak kereta tak silap aku Maxcare. Dan sekarang dia jual Xango (yg buat aku gemuk).

Tapi... dlm banyak2 business, business yg jual berpuluh produk dia tak dpt jual. Maybe tak minat. Lagipun... Dia minat pada kesihatan. Tak percaya? Dtg rumah aku. Tgk apa buku dia baca. Healthy food la. Vitamin la. Organic la. Ntah ape2. And ayah aku juga ditempelak oleh aku sebab sign-up Health Club kat Palace of Golden Horses yg nilainya Rm15k... (sib baik untung lagi). And..... Kalau di ajak berlumba... Aku percaya... Walaupun umurnya 25 tahun lebih tua dari aku, confirm aku kalah... Hahahaha...

Lagu? Pernah masa kat Ampang. Bangun pagi, aku dengar lagu klasik. Sampaikan Ing n Nan hafal satu lagu klasik. Yg ada laaalaaa laaa laaa laa... Ntah... Ni penyanyinya zaman Zaiton Sameon masih kecik lagi nih. And... kengkadang dia bukak radio industan. Aku tak faham. Lagu zaman kita-kita ni. Yg dier minat, Hattan, Ramli Sarip and... Mawi! :p... Ohh dia juga hafal lagu beberapa lagu Deep Purple... Feveret tu. Sampaikan aku nak beli VCD lagu concert Deep Purple. Tapi fikir2 balik.. Tak boleh belikan... Sbb nanti dier ulang VCD 3 kali sehari. Mana taknya, VCD Metallica Live ngan orkestra pun dia boleh ulang setiap hari, inikan pulak Deep Purple... Habis la aku...

Well... Sebagai anak, aku tahu... Sometimes, aku takkan berpendapat dengan dier. Aku pulak, kalau jenis aku tak setuju aku kata. Kalau aku tak nak sound, aku sound. Yup, ada sekali dua yg aku nampak ayah aku marah. But dia diam. Itu marah dia. Dan hanya sekali aku kena marah seumur hidup aku. Tak silap darjah 3-4. Sebab aku hilangkan jam Alba yg harganya 100lebih masa aku mandi kat paya kat tmpt aku senyap2. Dah kene rotan... Hahahahah...

Byk lagi ceritanya. Kalau aku taip kat sini, tak abis. And.... Kalau aku ckp kat ayah aku, aku ada tulis blog pasal dia pun. Dia pun tak tahu ape maksud blog tu. So, korang2 je lah yg baca...

Well to think yg ayah aku hebat. Tak... Dia manusia biasa. Bukan superhero movie pun. Tak macam ayah org lain yg mungkin lebih kaya, lebih bijak dan lebih berjaya. Dia biasa. Byk buruk dan ada baiknya. But... Dia ayah aku... That is it...

So... walaupun aku tahu dia tak baca... Aku nak Ucap....

Selamat Hari Lahir... Ayah...


Ni Tgh cete pasal business la nih...


Update
Ayahku lahir tepat pada hari Birthday Dr Mahathir yg ke 28. Iaitu pada tarik yg sama 10, Julai. Dengan ini, aku turut mengucapkan Selamat Hari Lahir ke 83 Tun. Semoga panjang umur, murah rezeki dan dikurniakan kesihatan yg berkekalan demi perjuangan agama, bangsa dan negara.

4 comments:

Anonymous said...

kim salam kt ayah ko.. dia nk tak menantu cam aku?

bzz said...

Hahaha.... Nanti aku kem salam. N tanya...

Em Berg said...

pak long mmg seorang yg berjaya..
soh paklong buat autobiografi laa...
kan besh tue..
hehe..
hepi bday paklong walaupon tau paklong xkan baca

Anonymous said...

En. Ajis mmg sangat cool..

Lepak chili's selamba order bottomless sampai 6 gelas.. heh..

Pastuh nih kang naik kinabalu nih macam ada perasaan jek akan tewas ngan En. Ajis dari segi stamina nih.. huhu.

Anyway, Happy Birthday Pakcik!

Post a Comment

About me

My photo
Between Reality and Fantasy...