Monday, July 07, 2008

G-A-N-A-S

Kelana Jaya...

Semalam. Carburetor Dung membuat konsert pendek. Kumpulan ini menyanyikan lagu mereka di perhimpunan Protes di Kelana Jaya. Perhimpunan yg diadakan utk menunjukkan ketidakpuashatian rakyat atas kenaikkan minyak. Agenda lain... Biasalah... Pak Lebai nak berucap.

So sebelum tu di adakan satu concert. Kononnya nak menghiburkan mereka yg datang. Walaupun di tolak oleh Unit Amal Pas. Salah satu artis yg datang ialah kumpulan Carburetor Dung. Kumpulan Punk yg telah lama berada di Malaysia. Tahu lagu Boo Hoo Clapping Song? Itulah lagu glamour mereka satu ketika dulu.

Pada concert ini mereka menyanyikan lagu Tak boleh dan Hantu raya di Putrajaya. Dan pada ketika lagu Jilat-jilat penyanyinya, Alak telah melakukan satu kesilapan besar. Apabila menunjukkan punggungnya. Mungkin tujuannya bagi menunjukkan keberkesanan liriknya tadi.

Tapi Si Alak ni silap besar. Dia fikir yg hadir semuanya sama macam dia. Minat punk. Dia tak tahu, yg datang bukan saja ahli PKR yg buat reformasi 1998. Tapi juga dihadiri oleh ahli Pas yg anti memende haram macam ni (tapi kalau angkat kain pelikat takpe).

So kesilapan Si penyanyi mengakibatkan penonton marah. Dan bertukar menjadi HULK. Maka teruklah si penyanyi dibelasah oleh penonton. Ganas... Penganjur meminta maaf atas kesilapan mereka walaupun pada awalnya mereka sudah tahu unit Amal Pas tak setuju dengan mereka.

Jadi, kalau kita mahu salahkan, salahkan siapa? Dan selepas kejadian ganas itu... Abg Anwar pun berucap. Katanya... Dia mahu bersumpah... Dengan syarat.... Huuishhh.. Lu banyak cekadak la bro...

So ape kata... aku minta Abg Anwar ni tubuhkan satu lagi NGO...Bersempena kejadian ini...

NGO baru bernama.... GANAS - Gabungan Asasi Nasional Anggota Sodom

1 comments:

chec. said...

Haha. Ini memang kelakar. Orang Islam dah tak Islam sangat bila marah.

Baju merah and baju biru tak boleh ngam. Warna tak sama. Macam mana dengan perjuangan? Ter'buang' aja kot nanti.

Post a Comment

About me

My photo
Between Reality and Fantasy...