Tuesday, June 10, 2008

Aikkk?phone

Tengah kecoh. Iphone Baru...

Awit ada cete. Jeffooi ada cete. Aisehman ada cete. Techwebsite byk cete. Semuanya kata,

"Kami mahu Iphone 2.0!"

Begitu juga scott. Ni kalau aku tanya Arip nih, sah dia kata nak iphone

Dia org byk duit. Aku takde duit... Lagipun HP aku pun baru. So, kalau aku nak beli pun tunggu iphone 3 keluar atau tunggu bile boleh dpt harga 199USD yg Apple jual tu. Kalau beli sekarang ni sure smpi sini semua org dah mark-up. Dari sekitar RM650, mahu boleh jadi 2 kali ganda harganya.

Ermmm... So mungkin ini upgrade HP aku bile semua org mahu guna iphone2.

Lilitkan W880i aku kat Apple hijau. Biar ngam2. Kalau besar sangat, nanti susah telepon tu nak masuk kocek. Nampak ada bebola bonjolan lain dlm kocek. Kalau kecik sgt, org tak nampak jenama 'apple hijau' aku. so biar ngam2. Tangkai diletakkan atas hujung HP. macam ada antenna HP zaman dedulu. Kalau nak cantik, gamkan HP tadi kat apple. Kalau tak mahu, gunakan getah gelang tu. Pastikan apple dlm keadaan fresh. KAlau dah tak fresh, makan saja apple tu dan tukarkan pada kaler yg lain.

Kelebihan Applephone aku
- Boleh tukar2 kaler. Ikut sukahati korang.
- Boleh kecik, boleh besar. Ikut sukahati korang
- Spec tak terhad. Lain addon HP korang lain la spec dier. Cam aku, lebih nipis. Kalau korang letakkan PDA, applephone boleh dibuat business. Kalau saham tak menjadi, jual je apple tu.
- Menjadi tarikan gadis-gadis amoi yg menjual hp kat lowyat.
- Kalau iphone2 ada 3G. Applephone boleh jadi 0.2kG, 1kG atau 2kG. Depend berapa banyak apple yg kau nak letak.
- Kalau lapar, makan je applephone korang tu...


Ini sample hp applephone akan datang aku...



Hahahaha...


Ps - Jett, sila balik dari sana lambat lagi. Saya mahu kirim itu handphone baru dari Apple. Boleh ka? Bukan applephone... Takpe, upah boleh kasik.. :p

4 comments:

Author said...

Kalau iphone2 ada 3G. Applephone boleh jadi 0.2kG, 1kG atau 2kG. <-- xboley blah ayat ni, haha :))

bzz said...

hahaha...
applephone boleh 4kG ape... Mahal sikit je la.

jetjetsemot said...

oi..gile ke?ahaha..apehal plak nak gantung2 epal hijo kat fon tuh..

wat?wat?nak pesan fon..bia bena..?

bzz said...

Jett, tu macam tangkai hp lama la... Tak pernah nampak ka?

Oouhh takleh pesan hp ek... ok.. kalau camtu, tolong belikan kete murah satu...

Post a Comment

About me

My photo
Between Reality and Fantasy...