Monday, June 30, 2008

Meet LALA...


Aktiviti masa lunch aku.. Beli renab n mkn nandos.

Bukan aku punya. Kak enie beli utk bday anak dia...

Anak dia nk girl. Nk bg nama lulu. La ni tukar nama lala. Hahaha...

Song of the week (18sx)

I think this song will be the most wanted song in the next coming weeks...
Like the old days... 10 years ago...

Reincarnation!!!

Group - Sodom
Album - Till Death Do Us Unite



Sodom - F**k The Police

New age rebellion - anarchy
Intoxicated with injustice of law
Sneaking lifes - mental decay
Practice subversive dirty deeds
No acts of grace - stand up and fight
You are their slave but never questioned why
Born on your knees - don't give a shit
You are remote controlled but who is to blame

F**k the police

Blaze of anger - deaf and blind
The enemy that overshadows us all
Out of control - disrotted minds
The final judgement and the final day will come
Too much pressure - too much power
Until the point of no return
Interwar period - martial games
To find out
What they try to ignore

Eternal lies - vision of change
When the dreams of freedom awake
Methods of greed - bleeding hearts
An easy target for the one with the gun
Empty promises - better left unsaid
Illusions shattered by mendacity and hate
Supremacy - hungry to kill
No more effectual fervent supplication

Dia pernah bergambar...



Weii... Sial kau, sial kau, sial kau...
Kata Si Seman

Kau apehal pepagi sial sial sial ni Seman?... Balas si Majid

Anak lembu kau la yg main dengan anak lembu aku sampai anak lembu aku bunting... Kata Si Seman marah.

Ape bukti kau, kau cakap camtuh?... Tanya si Majid

Tu wartawan dan blogger kampung kita kata... Jawab si Seman

Huhh? Muskil aku... Kata si Majid sambil garu kepala.

Ape yg kau nak muskil hah setan? Dia org dah tunjuk aku gambar2. Si Joyah bergambar outdoor kawin dier kat kebun kau. Belakang tu nampak lembu aku. Si Ali ada gambar lembu aku dok depan rumah kau bulan lepas. Si Tomtom ada video tgk kau tengah jeling-jeling lembu aku yg dok tepi jalan. Tok imam kata, dia nampak lembu kau ngan lembu aku terserempak tengah jalan. So confirm la lembu kau... Takkan kau tak paham? Lembu betul la kau nih.... Jerkah di Seman

So... Dengan ada gambar, video tu maknanya salah aku la tu. Lembu jantan aku kaki kacau lembu betina?... Tanya Si Majid

Ye la... Ahh ko cakap je, tujuan kau... Nanti bile lembu aku dh beranak, ko nk ckp tu lembu kau. Takyah gebang la... Jawab Si Seman selamber badak.

Ok... Sat... Aku naik atas sat... Kata di Majid

.....
.......
.........

Tengok ni... Ini gambar kau dengan lembu2 kita org. Ni pulak tunjukkan gambar kau tgk mandikan lembu2 kat kandang masa kau masih join syarikat dulu. Ni gambar kau tengah tepuk lalat kat lembu tu. Aku pun ada bukti. Soo... last week... Ada satu lembu telur nya senak. Mcm kene liwat. Sampai sekarang tak selera makan. Aku rasa ada org liwat dier. So aku ckp kau yg buat boleh? Gambar tu menunjukkan kau ada dengan lembu2 tu semua. Bukti la tu... Kata Si Majid selamba.

Ehh mana boleh. Apehal pulak aku.... Kata Si seman terperanjat.

Then... Apehal pulak lembu aku yg buntingkan lembu kau. Bukti pun setakat gambar 3-4 bulan lepas. Lain kali, kau bawak la gambar lembu aku tengah doggy lembu kau. Tak pun pakai gaya lain ke. Baru kau kata tu kerja lembu aku. Kalau tak... Kau tunggu la anak lembu kau tu lahir. Muka lembu aku ke muka lembu org lain. Ni ape tidak... Setakat ada gambar dh ckp lembu aku punya kerja. Weeii... lembu aku skolah tingkat 3 tau!... Jawab Si Majid sambil mencekak pinggang...

Ialah... ialah...kita tengok dulu... Tapi kau jgn nak larikan diri pulak!

Aku nak lari mana. Ini kampung aku. Aku takut sok kau pulak yg lari... Hahahaha... Kalau lembu aku salah, dia salah la. Kalau tak salah, ko jgn salahkan dier. Kita tgk ape kata ketua kampung nanti lepas dier cek part2 lembu. Dia kan ada tangan power...

Sunday, June 29, 2008

Bday aishah..


Kita mkn tupai!

Hahaha.. Raman xtahu la ape yg dier kencing isha nk wat surprise ni.
Unless isha bole baca mende ni b4 gi, dia x tahu la tu. Tahu gak, maknanya raman x pandai la tu.

Ok. Lapo n tgh menunggu bebudak ni lg... Hepy bday haikal...

MenBlakang

Uishhh... ada lagi ke sambungannya?

Tak tahulah... Ramai tak percaya. Tak mungkin!

But kawan mak aku kata ianya betul sebab dia kenal dia dari dulu lagi. Kenal rapat. Dan kawan Aishah pun kata betul. Tak tahulah. Anyway, itu org kata. Aku tak boleh nak buat pengakuan di mahkamah atau mana saja atas apa yg org lain kata. Takde bukti maaa... Ada bukti pun boleh lepas sebab takde date yg tepat inikan pulak takde bukti takde date...

Apehal pun... Kalau ini betul...

Then... Semua saham akan lebih jatuh selepas ini. Jatuh lebih teruk dari apa yg aku jangkakan. Kalau org rasa mungkin dlm 1000+-. maybe lebih teruk. Kalau org jadi macam dulu. Masjid Jamek - Pertama. Masjid Negara - Dataran Merdeka. Org kita tak lari. Pelabur yg lari.

And... Maybe... lebih ramai yg akan simpati. Tapi tak tahu apa akan jadi. Naik motor la lepas ini. Malas nak menghadap jem yg menanti...


Ahhh... fikir camne aku nak training tetiap petang ni lagi baik... Bukan dia menyumbangkan pape kat aku pun...


Saturday, June 28, 2008

Cekudut n ketenya!


Tapi x muat. Tula gemuk sgt...

Friday, June 27, 2008

I'm home...

Ya, aku sekarang kat rumah... Tanpa ing... Tapi camne ek aku boleh online...

Hahahaha...

Tak kisah. Jakun sket...

Masalahnya...

Lambat gile la celcom 3G nih. Hampeh. Web ok lagi. Tapi nak update chartnexus aku tahap gaban nih!... Iskk la...

Okkk see ya when i see ya...

MEmang lawak.....

Jangan Jadi Menteri Jika Takut Berdepan Dan Disoal Rakyat, Kata Shabery


"Menurut Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, orang yang tidak berani berpunca daripada dua faktor, pertama tidak yakin dengan diri sendiri dan kedua, mungkin dia ada buat salah," katanya semasa berucap pada majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Penerangan di Wisma Radio, Angkasapuri di sini Khamis.


Ape kata... korang pecat je sorang ni dari jadi menteri???


‘Laser mouths’ leave minister speechless

ALOR STAR: Youth and Sports Minister Datuk Ismail Sabri Yaakob was left speechless at a dinner meeting after several leaders started questioning him on his call for Datuk Mokhzani Mahathir to step down as Sepang International Circuit (SIC) chairman.

.....Ismail left the dinner without responding to the questions.

Weekly update?

Ok, pagi tadi aku gi miting. Jumpa 2 org dari luar. Dedua dari Aussie. Sorang mat saleh, sorang cina.

Cerita tentang attrition report.

Blablablablabla... asehasuhasih...

Mat saleh ni tak reti cakap omputih bebetul ke? Punya susah nak faham ape cete kau cakap nih. Dah la aku lapar, ngantuk... kau cakap la melayu. Senang aku faham...

Kesimpulannya... Kene update cepat. Tu je?

......

And... starting next month. Kalau keadaan rumah aku mengizinkan... Makanya ak ada 3G dirumah... wahahahaha.... Tapi ini bukan utk bersuka ria. Ada la something aku nak buat kat rumah... Tapi... kene carik 3G punya modem dulu nih...

Jgn ketawakan org lain...

Kita Hebat...
Kita Tere...
Kita Power...
Kita Kaya...
Kita Pandai...
Kita Hensem...
Kita Berpangkat...
Kita Bernama...
Kita Sihat...

Kita adalah semuanya...

Tapi...

Jangan kita ketawakan orang lain. Sebab ramai lagi yg lebih tinggi dari kita...


Youtube - Pendekar Bujang Lapok

Thursday, June 26, 2008

Ing... Iza... + nan

Gile lama aku edit gambar Ing. Tapi memang logik la. Kalau dah gambarnya n gambar Nan dekat 2000. Tu tak termasuk yg buat itu ini...

Org yg menunggu gambar kata lamanya edit gambar. Ehhh aku kata kat mak aku. Suruh la org tu edit sendiri. Bukan jenis set AUTO je. Kene set itu ini. At least satu gambar aku kene tekan dekat 5 button. compare ngan gambar sebelumnya. Tgk white balance ok ke tak. Kalau tak ok, cari white balance yg sesuai. But ada gak yg jenis aku dah edit 100, then malas nak samakan bebetul. Alah... Aku kasik ing RAW file, pepandai la ing edit balik nanti.

So setelah aku edit hampir 3/4 gambar... Aku dapati... Aku memang tak tahu nak ambik gambar indoor. Kene mengharap pada Awit. Maybe gambar Awit ok lagi... Harapnya...

Tapi outdoor aku kire ok sket la. Aku bukan saifulnang mahupun kondak mahupun adanphoto. But aku buat ikut sukahati aku. Asalkan Ing ada gambar kawin.

Ok... Ni sebahagian gambarnya. Dari ribuan yg aku amek...

Kesimpulan? Kalau aku ada zoom lens... Lagi byk gambar yg menarik and lagi banyak candid... Ermmm... kene beli 70-200L?

Akan di upload kalau aku tak 'kedekut' masa aku nanti... And ini gambar di Muar. Klik gambar utk tumbesaran semulajadi...


Hahaha... Member ayah boleh print mende alah nih... "31/05/2007"... Aku kata kat ayah... Ni ing dah setahun kawin nih...



Org lain selalu buat camnih. Aku pun nak buat!!!


Yg ni ramai jarang boleh buat. Karaoke bersama di depan org ramai. Lagu? Ntah... Lagu lama. Ing nih org lama kot? Hahahaha


Pempayungan yg tak patut di payung.


Standard la kan tiru org lain... Hahaha..


Ni aku tak tahu mana dpt idea...


Macam pernah tengok kan?


Gaya ala2 pelakon hindustan dah abis lagu utk menari.


Pernah tgk tak kat majalah Anjung Seri? Mesti takde punyalah...


Ni Majalah Manchester United takde nih... Yg depan tu Roneldoh..


Syyyy senyap... Macam nak terkeluar angin...


Jgn gelak... Hahahaha


Ikut cara Ana ngan Ijan dululah..


Adiehhh berat giler...


Tom n Jerry


Ing senyum camtuh je dari awal smpi abis.


Lomo style.


Reramai tunjuk..... Yg tu la!


Tak malu...


Reramai...


Senget... Acul... Peace abang apis...


Bunga hidup takde, bunga mati ada la...


Ini kipas... Err pinjam...


Iza n flower girl... Peas...


Ouhh ing gi snooker ngan nan ek... siap dier karang...



Tu tak bess... Ni aktiviti malam. Di kampung aku...

Ing, Nan and pekerja Part time makcik aku tgh basuh periuk... Hahahaha...

Wednesday, June 25, 2008

Aku umumkan...

Esok aku taknak buat keje!!!

Sebab pc aku nih tak berfungsi dengan baik... Boleh bukak internet, tapi takleh wat keje... Excel kantoi but words okay. Aku tak taip surat tapi aku buat data...

Ermm... Mari woiii... mari gi jalan!

Salah satu jawapan cemerlang...

MB Perak dah bising... Lim kat Penang memang hebat la.. Aku pun sokong... Khalid kat Selangar cam biasa... tersekat2...

Kali ni turn dia pulak... Turn MB Kedah... Dengan jawapan paling cemerlang utk dapatkan balak dari hutan tadahan air. Aku cadangkan MB Kedah nih join venture ngan Paklah utk bukak satu company consultant utk menjawab soklan org bila dah bersara nanti. 2 x 5 je...

Hidup Hadhari!


Kedah MB stands firm on logging in the Ulu Muda forest reserve

"Now, even if the Federal Government gives us the RM100 million compensation, we will still cut down the trees," he said.

Azizan told his critics that they should not be too obsessed with caring for the environment "like parents who are extremely obsessed with their offspring".

"The child is so pampered that he does not need to go to school. The child does not want to leave home.

"This is like our forest. We are too obsessed with preserving the trees that we don't cut them.

"We leave the trees till they get old and rot. The trees die and fall and affect the growth of others."

...... more


Alahai... pokok di kedah macam anak2 katanya... Hahahahahaha.... lawak la MB nih...

Bengong punya PC

Aku takleh nak wat keje.

SAP takleh bukak, sametime takleh or ape saja yg kene mengena-mengena ngan JVM. (Java Virtual Machine). Error... Semua hampeh...

Dah reinstall, uninstall pun tak lepas. Systems restore dah guna pun out. Yg lain? Hampeh...

Aku rasa dia soh taip blog ngan baca blog je la...

Cissss!!!

Saya ada bukti kukuh dari sumber...

Di dalam sebuah kampung. Ada seorang makcik. Biarlah aku panggil makcik ini Makcik Joyah. Makcik Joyah memang terkenal seantero kampung. Malah kampung-kampung sebelah juga kenal makcik joyah. Kehebatan makcik Joyah tak dapat di tandingi oleh mana-mana ketua kampung yang ada di kawasan tadi.

Makcik Joyah sekarang tidak seperti Joyah zaman RTM. Makcik Joyah sekarang bukan saja bercerita dengan mulutnya yg becok, malahan juga dengan telefon, handset, email dan juga blog! Wow, kata org luar melihat kecanggihan Makcik Joyah. Cuba cari di Google.. Pasti jumpa. JoyahSenget punya blog!

Cerita Makcik Joyah hangat. Lebih hangat dari Liena Hangat mahupun goreng pisang Pak Man Tempe. Ceritanya diwar-warkan serata kampung dengan teori-teori diluar kotak kasutnya. Ada yg boleh dipercayai, ada juga tidak boleh dipercayai. Kerana, ceritanya seakan-akan dibuat-buat. Ada juga yg berpendapat, Makcik Joyah menggunakan keglamerannya utk menarik peminatnya.

Di jadikan cerita. Makcik Joyah bercerita. Menggunakan segala sumber yg dia ada.

Katanya begini.

"Seorang informer yg aku boleh percayai bagitahu aku. Ketua kampung kita terlibat dalam kegiatan mencuri lembu. Informer aku kata, ketua kampung curi waktu malam. Masa kita semua tengah tidur. Itu pasal banyak lembu org kampung yg hilang. Aku memang percaya pada informer aku ni!"


Maka tersebar tentang kisah Ketua Kampung mencuri lembu. Kalau dulu ceritanya hanya bisik-bisik di kedai kopi, sekarang ianya menjadi lebih liar. Malahan Makcik Joyah mempertahankan dakwaannya.

Ditulisnya satu poster di setiap tiang elektik di simpang kampung.

"Korang tak percaya sudah! Informer yg aku percaya tu memang kata Tok Ketua yg curi lembu. Takkan aku nak tipu korang? Selama ni aku pernah tipu korang ke?"


Orang kampung bertambah marah. Mereka percaya sepenuhnya pada Makcik Joyah. Takkanlah Makcik Joyah nak tipu kalau dia sanggup buat poster besar-besar? Dia banyak menceritakan pada orang kampung tentang berita yang orang kampung pun tak tahu asal-usulnya. Keglameran Makcik Joyah menutup segalanya. Makcik Joyah umpama artis kampung yg mengalunkan lagu yg merdu dan bertubuh seksi lalu disiulkan oleh anak muda. Tak dikisahkan mak bapak yg duduk disebelah.

Lagipun. yelah, hanya rumah makcik Joyah ada streamyx dan webcam. Sebab itu orang kampung selalu nampak Makcik Joyah membetulkan webcamnya yg senget. Orang kampung yg lain, terpaksalah menunggu peluang utk berkongsi internet di balai raya. Jadi, secara kesimpulannya, Makcik Joyah lebih advance dari orang lain!

Namun tak sorang mempersoalkan siapa sumber Makcik Joyah. Ini kerana dia seorang artis. Dan hanya artis yg mampu mengubati kedukaan orang kampung yg meratap kehilangan lembu mereka.

"Oiii tok ketua. Turun kau sekarang. Kalau kau tak turun. Kita org naik!!!" Kata orang kampung yg berdiri ramai-ramai di depan rumah tok ketua sambil membawa obor.

"Woi woi woi... Jgn naik! Roboh rumah aku kalau korang naik atas"

"Kalau camtuh, bagi kita org naik, Tok Ketua turun bawah". Kata Usop Jepun secara spontan. Lalu kepalanya di ketuk oleh ketua rombongan tadi. Makcik Joyah.

"Hah korang naik, aku turun" Kata Tok Ketua. Melarikan diri dari dalam rumah yg tidak kukuh dan ditakuti kepalanya dilibas dengan parang kalau bersemuka di dalam rumah yg kecil tadi.


Lalu orang kampung pun naik kerumah Tok Ketua kampung, manakala Tok Ketua kampung pun turun ke bawah. Tok ketua bertanya. Kenapa?

"Pasal Lembu ke?"

Orang kampung bersorak. Mengiyakan. Menggangguk dalam muka yg marah. Mahukan jawapan dari Tok Ketua. Manakala Makcik Joyah menegaskan apa yg dikatakan benar. Menunjukkan kertas yg dicontengnya. "Sumber aku kata, kau curik lembu orang kampung!"

Tok Ketua senyap.

Usop Jepun bersuara dari belakang. "Alah tok, ngaku je lah. Yg Tok curik lembu tu. Senang cete. Takyah la nak berdolak dalih. Makcik Joyah pun dah kata kat kita orang yg tengah marah ni. Dia ada bukti dari sumber yg dipercayai." Lalu kata-kata Usop Jepun yg senget separuh tiang pun dianggukkan oleh orang kampung.

Keadaan genting. Tok di bawah rumah. Orang kampung di atas rumah Tok ketua. Semua tidak sabar menunggu jawapan Tok Ketua kampung. Dengan ada orang kampung yg berparang di tangan. Mereka mengibaskan kain pelekat.

"Kamu semua dah percaya cakap Joyah. Semua ceritanya kamu percaya. Ya, ada yg betul. Tapi ada yg tidak. Kamu pun tahu. Tapi... Kalau kamu semua kata apa yg dia katakan tentang aku tu betul... Jadi apa guna aku nak ceritakan lagi? Apa guna aku nak terangkan lagi. Mesti kamu semua kata Joyah betul. Sebab dia ada bukti dari sumber yg boleh dipercayai.

Kalau kamu semua nak 'tebas' aku. Tebaslah. Aku terangkan atau tak terangkan kat korang. Korang takkan percaya. Aku tetap akan salah. Aku boleh jadi betul, aku boleh jadi salah. Tapi kalau apa yg aku katakan tetap salah bagi kamu semua. Keputusannya tetap sama. Aku bersalah. Jadi apa semua mahu buat?"
Kata tok ketua sambil menanggalkan songkoknya. Bersedia menerima amukkan orang kampung.


Suasana senyap seketika. Kedengaran bunyi motor yamaha 100 lama datang dari jauh. Kelihatan pakcik berseban di atas motor. Kemudian orang tua tadi menurunkan tongkatnya. Berdiri dan memandang semua orang.


"Hah Atan. Apehal kau berdiri kat bawah, orang kampung berdiri dalam rumah kau?" Tanya Tok Imam pada Tok Ketua kampung.

"Dah dia org nak naik rumah saya, saya turun la. Saya pun senang nak lari kalau dia org nak libas dengan parang". Jawab Tok Ketua.

"Hah yang korang semua datang sini. Dengan berparang ni kenapa? Nak mampus sorang-sorang?"

"Takde lah Tok Imam, Makcik Joyah kata. Lembu kita orang hilang sebab Tok Ketua yg curi. Jadi kita org datang sini nak mintak penjelasan. Kami tak puashati. Sebab bukti yg Makcik Joyah kata dia tu dah kukuh." Kata Limah Jendul sambil menunjukkan pada kertas yg Makcik Joyah bawa.

"Apa buktinya Joyah?"

"Sumber aku kata, Atan ni curik lembu kampung. Aku cukup percaya dengan sumber aku. Jadi aku bagitahulah orang kampung. Nak tolong dia org. Bagitahu siapa yg curi"

"Kau turun sini Joyah"

Makcik Joyah turun. Tekedek-kedek memakai selipar sebelah lainnya. Menuju ke arah Tok Imam yg menunggu di bawah rumah. Tanpa diduga Makcik Joyah dilempang Tok Imam.

"Bodoh! Bangang! Banghal macam unta! Kau kata ada bukti kukuh. Tapi kau tak cakap apa buktinya. Kau tak cakap siapa orangnya. Kau tak bagitahu pun macam mana berlaku. Kau kata. Tok Ketua curik lembu. Kalau kau ingat aku ni bodoh macam peminat kau tu. Kau silap. Ni kalau Atan ni di mati. Kau nak hidupkan dia balik kalau sumber kau tu salah?" Mata tok Imam terbeliak. Marah.

"Aku ada bukti. Kau percayalah kat cakap aku. Orang kampung semua percaya! Takkan kau tak percaya kat aku?" Jerit Makcik Joyah sambil menggosokkan pipi kirinya yg sakit di lempang."

Sekali lagi Makcik Joyah di lempang. Kali ini di pipi kanan pula.

"Jadi kau tunjukkan aku bukti tadi. Bukan setakat cerita-ceritanya. Kau buat report polis. Tapi kau kata kat polis buktinya ada pada orang yg kau boleh percaya. Tapi apa buktinya? Cuba kau terangkan..."

"Nantilah aku terangkan. Polis tak tanya lagi... Macam mana aku nak terangkan. Karang orang tahu bukti aku!". Mana boleh ada orang sama bukti dengan aku! Tak glamerlah aku nanti!

Tok Imam menggelengkan kepala. Beristighfar. Mengurut dada. Kemudiannya dia senyap. Dia pandang pada Atan si Tok Ketua kampung, di pandang tajam ke arah Joyah. Lalu dipandangnya ke arah orang kampung.

"Korang semua ni aku tak tahulah ape yg nak jadik. Korang semua percaya pada Joyah? Aku tak kisah kalau kau nak dengar cerita dia. Tak salah. Tak semua salah. Tapi kalau kau terlalu percaya pada 'artis' pujaan yg kau puja-puja. Atas sebab yg kita tak tahu asal-usulnya. Aku rasa korang ni semua bangang. Lebih bangang dari Joyah ni. Nanti korang jugak yg susah.

Macam mana korang boleh percaya pada bukti yg tak pernah korang nampak? Macam mana kau percaya pada bukti yg kononnya Joyah sendiri cuma dengar dari orang lain. Bukti yg dia percaya tapi korang tak pernah tahu, tak pernah kenal pun sumber dia yg dia percaya? Korang tak tanya, apa buktinya? Apa ceritanya? Macam mana berlaku? Ada gambar? Bila masanya? Mana Tok Ketua jual lembunya? Ada DNA?

Tapi sebab korang semua marah disebabkan korang punya lembu hilang... Kemudian sebab Joyah ni glamer, maka korang percaya bulat-bulat? Inilah manusia..."
Tok Imam menggelengkan kepalanya

"Tapi tok, kalau cete kat polis pun bukan polis percaya! Polis mesti geng Tok Imam." Jerit orang kampung.

"Macam mana polis nak percaya, kalau buktinya pun cuma si Joyah ni je percaya. Biar polis siasat. Kita tengok buktinya dulu. Kalau bukti jelas dah ada. Tapi polis tak siasat. Barulah iya korang nak marah si Atan ni, marahlah.

Atan ni tak bersalah selagi dia tak terbukti bersalah. Kalau korang tulis atas pada kertas kosong tadi 'SALAH'. Maka salahlah yg korang baca. Jadi, biar bukti dan masa yg menulis sendiri kertas kosong tadi.


Aku nak korang balik. Tanya pada diri sendiri. Kalau kau semua jadi Tok Ketua, adakah korang terima utk di belasah atau nak dibicarakan dulu"


Tok Imam beredar... Meninggalkan orang kampung yg terpinga-pinga. Tak faham apa yg dicerita. Turun kebawah. "Nah aku pulangkan rumah kau", kata Usop Jepun pada Tok Ketua.

Tuesday, June 24, 2008

Aku nak post

tapi tak sempat.

Nantilah... Nak balik n nak minum dulu.... yeahhhh... kita minum dulu!!!!

Po The Panda


Sebaik saja aku balik dari tengok Kungfu Panda...

Terus kepala otak aku melonjak-lonjak. Mendapat 'ilham'. Tentang... apa yg berlaku pada ramai dari kita... Ideanya berkisarkan tentang hikmat yg Po dapat dan juga apa yg ayah Po, si pembuat Mee dengan resepi rahsia katakan pada Po...

Tentang diri kita.

Kita cuma perlu percaya...

Monday, June 23, 2008

Bengong punya Daughtry

Buat date lain tak boleh ke?

Time aku kat Sabah la ko nk dtg KL.... Ermm ape kate korang buat konsert kat Ranau ke, kat Kinabalu Park ke... Amacam? Aku beli tiket kau kalau harganya bawah Rm50. What say you?

Hehehehe...

DSLR thingy For Sale



Ok...

Next month after aku balik dari jenjalan. Aku nak jual equipment DSLR aku. Saper nak beli? Ok model camera... Canon 350D.

Ok... ini yg aku nak jual.

3rd party battery
4/8 Gigs Adata CF card (4Gb boleh simpan dlm 450kpg RAW file kalo 350D)
Canon 55-250 IS F4-5.6 Lens

Semuanya aku jual less 10%-15% dari harga asal. Siapa nak book? Sila angkat tangan...


And... semua barang di atas belum aku beli lagi. Hahahaha.. Just nak tanya. And aku jual cuma lepas pakai dlm 2 minggu je... Kalau ada org sudi nak book barang2 tu, aku sedia nak beli. Anggaran? Semua sekali lebih kurang 850-900. But kalau lens takde... semua sekali angkat la dlm 120-130... COD...



Entry ini ditujukan terutamanya kat student aku yg sorang tuh... Hehehehe...

Morning...

1st... Bosses takde... Mari kita tidor...

2nd... Aku ngantuk. Sbb mlm tadi susah nak tidur. Maybe aku penat. Kot? Or something else?

3rd... Bile la blog aku nak jadik camnih?

4th... Tgh fikir... tgh fikir of... nothing...


zZzZzZzZzZz...

Sunday, June 22, 2008

Don't play-play Gwee

Kau ingat kau siapa Gwee? Fak u...

Ouhh mementang la kau fikir kau dah jadi adun DAP yg menang kat Johor so kau boleh buat ikut ape yg kepala DAP buat? Itu untung kau menang sebab Dollah kasik kemenengan kat Johor...

Dasar DAP... Ini yg ramai org melayu nak sokong PR? Aku tak tahu ape nak jadik kat Malaysia kalau ini perangainya org DAP yg bercita-cita nak perintah Malaysia nanti.

Kalau kau fikir kat negeri lain Sultan boleh cakap lembut bila DAP mainkan Sultan. Sorrylah untuk adun-adun kat Johor... Aku kata bukan sebab aku orang Johor, tapi aku kata sebab aku kenal perangai Sultan Johor... Walaupun perangai Sultan Johor kengkadang lain macam yg menyebabkan orang ramai takut, aku tahu hatinya tetap baik utk ramai rakyat Johor.

Kalau 'idola' kejap ada kejap takde korang Dollah tu pun kene di pelancaran IDR, inikan pulak engkau? Kalau En menteri Hamid albar pun kene inikan pulak engkau. Kalau sultan dah kata nak pulau batu putih, inikan pulak nak marah Adun DAP? Hahhh... Mimpi la korang nak selamat...

So dont play-play with Sultan Johor. Kalau tak mahu kau kene penampar Sultan.


Aku berharap... Tengku Mahkota Johor satu masa nanti akan menjadi setegas Sultan Johor... Not afraid to stupid politician... To balance the power of executive and the Kings.

Lagu Negeri Johor

Allah peliharakan Sultan
Anugerahkan dia
segala kehormatan
sihat dan ria
kekal dan makmur
luaskan kuasa
naungkan kami
rakyat dipimpini
berzaman lagi
dengan merdeka bersatu hati
Allah berkati Johor
Allah selamatkan Sultan.



Dan inilah salah satu sebab terbesar kenapa aku takkan sokong PR. and one more... DAP + PAS?... Ahhh mimpi...

Friday, June 20, 2008

Technical Analysis & Love?

Love, cinta, life etc.

Boleh tak kita applykan chart2 saham tadi pada memende kat atas tadi? Kalau ikut chart takleh. But... kita cuba la...

Salah satu chart yg technical analisis yg aku boleh guna ialah Fibonacci... Macam mana? Macam mana memende alah ni boleh digunakan utk life? Utk cinta etc? Kita kaji...


Nanti aku kaji dulu... Hahahaha...

Apehal pun korang boleh belajar kat sinih...
Fibonacci
Fibonacci Retracement

Gunakan Condom - Kepala Tengkorak dia!

Bangang punya orang. Bangang sebangang bangannya. Bengong... Tamparkan je sedas dua...
Nak terajang ke tampar ke tembak pun takpe...

Juga...

Bangang punya peguam... Ape kau ni dah takde idea ke nak bela anak guam?

Rapist dad: I used condoms

For that precaution, the rapist said he should get a lighter sentence.

"Justice should be tempered with mercy.

"The accused used a condom every time he committed the offence," the lawyer said.

"You mean it is okay to rape using a condom?" asked Tengku Baharudin.

Rajah had no reply. --- lawyer


Bengong... Mementang la kau rogol anak kau. So sempat la pakai kondom? Cuba tgk kau rogol org lain? Kalau dah namanya rogol... Tak sempat semua tuh. And aku tak tahu, betapa tenangnya pemikiran org yg merogol org lain bila dia sempat guna kondom. Except... kalau org tu dah 'mudah dikawal'.

And aku tak tahu... kalau ada perogol yg masih sempat menggunakan peralatan mcm dildo utk memuaskan org yg dirogolnya...

Bengong betul la... Betul la korang ni Perogol yg Sadis..

Thursday, June 19, 2008

Save your money

To buy at lower price...

I predict, KLCI will go down. And will go further south if it pass the support line of 1160+-.





Weii paklah... berenti la weii... tak tahu malu. Org tak suka. Masih lagi pukul botol tepi tingkap... Chehhhh...

Rival?

Menunjukkan ke arah meja sebelah... Arip berkata

"Kira dier rival kau la?"...

Huishh menarik tu...

But aku rasa aku dh ckp dulu. Dia bukan rival aku. Aku tak berminat nak berival dengan dia apatah dia layak utk menjadi rival aku. Rival aku semestinya seorang yg boleh tahan, sabar, senyap, follow me and 2-3 perkara lain dengan ex aku. Tapi kalau belum smpi 6 bulan dah terpeleot... Takyah la...

He's not my rival... Not even close... No matter what the result is.


Ohh... And she's your rival? Betul? Kita yg takut atau tak takut?

Well... rival yg sebenar adalah diri kita sendiri. Diri kitalah rival utk diri kita. Dan juga rival utk pasangan kita. Why? Kalau kita setia, walaupun bongap nak mampus, still tak menjadi masalah utk pasangan kita. So dier takde rival. Tapi kalau dah tahap Abg Mie... sekali kuar 4 org awek... Tu masalah diri sendiri la kan. Tepuk dahi, garu ketiak la...

Dan kita juga yg masalah. Kalau kita tak sabar. Tak tahu membahagikan antara kawan dan kekasih. Antara free time ngan tak free time. Antara bergurau dan serius and tak tahu membezakan yg perempuan dan lelaki itu tak sama... Then kita rival diri kita. Jgn salahkan org lain...

But... don't worry... with rival or no rival... Life must goes on. Mesti happy! Right???

Kita Pergi Naik Bah...



Hampir 12 tahun yg lepas. Or maybe 13 tahun yg lepas (lupe tahun bile), aku berjaya ke puncak Gunung Kinabalu buat kali pertama. Masa tu baru je lepas SPM.

Masa trip tu, family makcik ngan pakcik aku datang ke sabah. Jenjalan. But yg memanjat masa tu cuma mak, ayah, Ing, adik aku n nan. Yg lain tinggal dibawah.


Tak silap aku time training. Bergambar di atas pondok Timpohon. Tmpt mula mendaki. Tak nampak kat belakang tu Kota Kinabalu


Adik aku kepenatan. Nampak sgt kat muka! Hahaha..

But, tahun2 sebelumnya, aku sefamily selalu 'training'. Sebab masa tu pondok memanjat takde saper yg jaga. So naik je. Sampai 1-2 km, kita org turun balik. Penat gak.


Ini aku tak tahu bile, tapi rasanya setahun sebelum kot?

Sebelum pemanjatan ni, aku dah training. Naik basikal keliling kampong. Turun bukit, naik bukit. Senam la sesikit tepi pantai dekat ngan rumah aku. Jogging. And... ermmm makan la kot? Sukan lain takde.. Ohh ada.. panjat pokok turunkan kucing!


Jiwang ooo... Kat Pine Resort


Gambar ni tak tahu bile. But ada nan gak tu... Di poring hot spring.

Ok... Sambung balik...

Seperti biasa. Kalau tidur sana. Kene bangun awal. Kol 6-7. Matahari dah naik. Sebab kalau bangun lambat, kita akan terlepas peluang nak ambik gambar gunung yg clear. Awan dah ada. Macam gambar di bawah, rasanya ni dalam kol 8-9 kot? Tu pun dah berawan. Sejuk... Berminit sebelum tu, gunung masih clear. Gambar paling atas tu, gambar awal pagi. Diambil dari pine resort.


Aku n ing ni Peak Lodge

Gambar ni aku ambil di Peak Lodge. Aku tak tahu la dulu di panggil ape, tapi sekarang ni Peak Lodge. Dier ada 2 bilik. Ada ruang tamu, tmpt main bakar, bbq, dapur n... Anjung yg menarik... Tak silap aku, 3 kali aku duduk sini. And 3 kali tu di rumah yg sama. Sekali ngan family aku je, and sekali lagi ngan nan semua. Byk kisah disini.

Tak silap aku. Malam mendaki tu ing kene kacau! Hahahaha.. Dier tidur luar. Ngan aku semua. Kaki melunjur ke arah toilet. Then Ing kata, dia macam dikacau. Ada lembaga menerpa ke arah ing. Aku lupe la ing kene cekik ke ape ke. Tapi dia terasa something. Then terjaga. Rupanya ayah yg kejut tarik ibu jari kaki. Mungkin ing mengigau kot?

And the day kita org start naik. Family lain semua hantar kitaorg gi start mendaki. Tapi mak nan n adiknya chimal duk kat rumah. Masa tu chimal baru setahun jagung. Then tgh mak nan buat something tetiba... (aku lupa tgh buat ape) dia perasan air kat bathroom. Airnya merah... macam darah! bayangkan dok kat ngan hutan, sorang ngan baby, tetiba bathroom kuar darah. Tak cuak gile? Hahaha... Menjerit la mak nan. lari keluar mintak tolong... Then org dtg cekkan. Kot2 ada org mati ke ape... Rupanya... water heater rumah tu rosak. So masuk la air tanah ke ape kejadah. Hahahaha.. Kibut cik yon!

Pendaki start mula kol 8. Masa tu Ayah nan la hantar kita org naik. Sementara maknya dok kat rumah macam cete kat atas. Kita org mendaki ikut Pondok Timpohon. Masa tu takde lagi route Mesilau cam sekarang. And guide aku masa tu En Suati. Suati ni ok tapi agak pendiam gak. And dia pakai kasut Adidas Kampung je!


Baru nk start mendaki. Baju putih tu Suati. Ayah aku yg amek gambar.

Perjalanan awal tu penat. Sebab dari pondok tu dier turun. Then lalu air terjun. Then start mendaki. Lalu di tangga yg byk dibuat dari kayu n tanah or pakai akar pokok. Ada yg besar ada yg kecik...

Dengan ing yg sakit perutlah kita org jalan lepak jalan lepak. Tapi Aku, Ing, faezah and nan jalan dulu. Mak and ayah jalan belakang ngan Suati. Suati takleh jalan depan. And dalam perjalanan ramai org kita, mat saleh and org jepun tanya pasal adik aku. Umurnya berapa? Aku ckp la 8 tahun laa... Org jepun kata... good good... Masa tu kita org ni BI cam haram (tu yg kuar bahasa... You burn my money oleh ayah nan)... So yes, no, tq, alright je lah...

Dah berpondok kita org jalan. Dah berbotol air minum. Makan jugak bekal (yg memberatkan beg!) DAri pokok yg tinggi smpi pokok rendah. Smpi la kat kawasan bawah ni. Kawasan glamer yg org slalu amek gambar. Pokoknya renek seperti bonsai. Kawasan berbatu. And masa ni dlm kol 12 tghari. Faezah dah mula panas2 badan. Nk demam. And perut lapar.


Aku tak tahu ape nama tempat ni. Tapi.. Aku bawak SLR pakcik aku tu (pakai filem) utk ambik gambar ni. Berat gile bawak SLR, lens extra gi naik gunung!

Ayah n mak sampai lambat sket. Bila smpi, kita org check ini. Dpt bilik. And makan semua. Melepak. Makan and tidur awal. Makan kat Laban rata mencekik. Mak... bawak meggi. Perghhh memberatkan beg. So suruh la cafe tu masakkan. Kita supply meggi dia org masak pun dh dekat 2.50. Kalau megi dia org... 450 kot? Air mahal, makan mahal... Yelah kalau nak murah, buat jalan la ke atas. Mesti murah. At least semurah Genting.

RAsanya kol 7 tu dah tidur. Sbb kol 7 dh gelap. Lelagi kat atas gunung. Dengan sejuknya. Sekitar 10 darjah celcius. Maybe tak cam negeri omputih time salji. But kire sejuk la tu. Ngan anginnya... Perghhhh....

And kol 1 kita org bangun. Sebab kol 2 nak start daki. Faezah demam. So... mak ambik keputusan utk jaga dia. So cuma 4 org je yg mendaki ke puncak. Lepas bangun, aku mandi. Air sejuk. Sejuk gile babi.. Bukan takde heater. Tapi pesan org kat situ. Kalau mandi air panas, badan tak tahan. Cepat penat. Tapi kalau air sejuk, memang la sejuk tak ingat, tapi badan boleh dpt sesuaikan ngan suhu luar nanti.

So sesiap... And group aku adalah group ke 21 start jalan. Naik ke atas. Kawasan gelap. Kita org pakai lampu picit biasa. Takde lagi pakai yg atas kepala tu. Memula ayah lead. Naik ke tepi kawasan berbatu. Pegang tali2. Lepas... Sampai ke sayat2. Pondok terakhir yg korang boleh sewa. Dan tu lah pondok palinggggggg sejuk! And berhantu yg ayah aku taknak sewa sekarang. Hahahaha...

Smpi sayat2, kita org pancit. Lelagi nan. Suruh ayah jalan belakang. Suruh ing jalan depan. Ikut je tali guide. But Suati kata, nanti dier bawak satu jalan yg senang. tak sesusah follow tali. Dlm perjalanan tu, Ing nak tukar glove. Aku bukak glove aku tukar... Mak aiii... tak smpi seminit tangan dah nak keras.

Suati kata... sekarang ni suhu dlm 3 darjah. Huiishhh dlm hati aku kata... Macam negeri mat saleh! Mulut cakap pun dah kuar wap... And.. suhu rendah tu bukan masalah utama. Yg jadi masalah ialah angin kuat. Bayangkan, kau sejuk gile, lepas tu tiupkan badan kipas yg berair tu kuat2... Perghhh... Nak kencing pun dah beku! Tu sib baik pakai jacket, baju selapis dua, jean 2 lapis.

Oleh disebabkan ikut ckp suati. Kita org berjaya sampai cepat. Dari group ke 21. Kita org jadi group top 5 utk smpi. Selain sumbangan suati, ayah n ing pun menyumbangkan kejayaan terpencil tadi. Tadi... aku kata ayah jalan laju. Rupanya, Ing lead lagi laju!

Smpi puncak bergambar. Tak byk yg jadik... Kejap je. Sbb bile kat puncak, bukan saja org ramai, tapi kat puncak tu takde tmpt nak berlindung. Sejuk beku! Dok dlm beberapa minit, smpi matahari naik. Cantik... And... ayah laungkan azan...

Sementara hari siang, kita org berlindung kat balik batu. Sbb kalau turun tak menarik kan. Lagipun, masa tu layan tgk matahari naik.


Aku n ayah. Masa nak turun. Nampak org kat belakang tu tgh nak memanjat. BAru smpi. Tadi kene potong ngan group aku!


And bile dah agak terang kita org turun balik. MAsih tak terang lagi... Tgk gambar2 nih. Masih berawan. Mungkin family kat bawah tgh tidur. Jam masih kol 6 pagi! Tapi, keseronokkan dok atas tu tak tergambar. Kot klimak pun takleh lawan ni. Sbb klimaks kita tak cete2. Ni kita boleh ingat! Hahahaha..


Walaupun Nan kata dia Nirvana. Tapi cara dia berdiri masih lagi 4U2C. Kan nan kan? Wakakakakakakkaa...

And perjalanan diteruskan. Masa awal2 tu, kita org tak nampak jalan sgt. Awan masih menutupi. Matahari pun tak terang. Tapi suati kata, kalau nak selamat, ikut la tali. Tu pasal gambar2 ni ada tali. Bukan utk dipegang. Tapi just utk di ikut. Kalau tak ikut, and tak tahu arah mana... Mau terjun gaung nanti. Dah la, jarak penglihatan cuma 10 meter yg clear. Sejuk pulak tu!


Huissshhh jgn kau... Aku tuh...

And hari mula terang. Jalan makin jauh. Badan mula penat. Tapi sejuk tak hilang gak! Perjalanan masih jauh. Dh kol 8. Masih lagi belum smpi Sayat2. Belum lagi smpi kat kawasan lereng gunung yg aku cuak. But... Nampak la jalan semakin curam... Kalau jalan tak nampak sgt kot? Tak tahu le... 13 tahun, aku dah lupa!


Ni suati amek. Kat tanda 8KM. and belakang tu south peak. Icon yg org slalu ambik gambar. Yg juga org slalu ingat tu tmpt paling tinggi.

Bila dah camnih. Matahari dah ada. tAk la sejuk sgt. Tapi still lagi sesejuk kat kawasan bawah time malam. Dlm sekitar 10 darjah la. Tapi angin tak sekuat masa aku mendaki.



Ni melepak. Tgk air kot? Air sini sejuk gile... And aku... pakai spek yg aku beli di kluang. Wahahaha...


And ini kepenatan. Bergambar di gunting lagadan. Atas sket dari Laban Rata yg kita org duduk. And tmpt yg kita org nak duduk bulan depan. Kamera letak atas batu!

And balik tuh... lepas smpi bilik. Kejut adik aku. Siap2. sarap and begerak kat bawah... Masa turun tak selaju naik. Masa tu gak faezah demam. Dia penat nak jalan. Memang slow. KEjap jalan kejap ayah dokong... Ayah dah penat. Masa tu berat dier walaupun tak berat cam sekarang, tapi berat gak la...

Smpi kawasan berhutan. Ayah dah tak larat. Minta tolong Suati. Deal... Ayah bayar berapa ntah. So suati ni dokong adik aku. Hahaha... Bukan berjalan, tapi berlari! Dia dokong, bawak ke bawah and then lari naik atas utk jumpa kita org.. Smbil dokong adik aku, dia bawak barang lain. And porter/guide kene bawak sampai turun ke bawah...

Tak silap aku dari Laban rata kol 11 gitu kot. Tapi kita org smpi bawah dkt kol 6. Dh nak gelap. Kaki pun dah cam sotong. Lemah gile. Menapak turun lagi menyakitkan dari naik. Serius... Kalau ada urut kaki ogawa yg boleh pasang time jalan, mesti aku nak beli masa tu.

And bila smpi Pondok Timpohon, ayah nan dah ada. Berjaya... Walaupun penat. Happy...


And sekarang aku nak panjat lagi.... Ermmm baru je... training malam tadi. Bangkit tubi yg ngelat (sbb buat atas tilam spring), tekan tubi yg ngelat (sbb buat atas tilam and dari atas paras lutut ke. Angkat kaki 50 kali and... ermmm tidur...

Walaupun cuak gak masa ni. (sbb byk sgt tahu)... TApi aku akan cuba. Mungkin tak sebaik time muda, tapi... aku akan cuba.... So mari...


About me

My photo
Between Reality and Fantasy...