Monday, March 03, 2008

Sah! Mahathir Zalimi Anwar...

Hahaha... Tgklah clip nih. Akhirnya dia mengaku...




Well, 4/5 hidup aku under pemerintahan dia. Now I now. This old man cuma mumbling. Cakap merepek dan nyanyok. Ya, Mahathir memang zalim. Ehhh, bukan aku kata, dia yg kata. See see... Tersenyum dan ketawa bila dia kata dia tangkap Anwar. See see, kejam kan dia. Dah la bercerita, dia gelak2 pulak tu. Yg menonton pun sama zalim lagi menzalimi. Sebab turut sama gelak sakan.

This old man is an evil! Lagi evil dari MU the Red Devil atau Devil in Prada. Tak nampakkah kau tanduknya di belakang tu? Tak caya? Baca kartun2 Zunar dalam Harakah. Kalau baca kartun Zunar. Takkan ada imej Mahathir yg baik. Tak kira la Mahathir atau org BN yg lain. Ehh Zunar dah kata macam tu aku nak kata ape. Kang tak masuk syurga aku! Susahlah ini macam...

Betul... Dia mahazalim lagi mahafiraun. Kalau kita Bismillah tu. Kita tahu, tuhan itu mahapemurah lagi mahapenyayang. Sifat2 Maha yg lain juga ada pada Allah. Tapi tak untuk Zalim dan Firaun. Mahathir dah book awal2.

Tahun 1997/1998/1999 tu. Mahathir memang zalim. Dia tangkap Anwar. Anwar kata kat Rahim (ketua polis), Polis ni anjing. Cilako punya polis. Rahim tumbuk mata anwar. Mana boleh tahan. Ada ke dia penat2 jadi ketua polis, dikatanya anjing. Kire ketua segala anjing, termasuk lah yg terkorban utk jaga rumah2 dari dirompak. So lebamlah mata Anwar.. Dan jadilah labang parti. Parti Lebam Biji Mata.

Ehhh... betul la tu! Mahathir Zalim. Kalau tak zalim ketua polis tak tumbuk anwar. Mahathir patut kata kat Rahim, "Kalau anwar, kutuk kata polis Anjing atau Khinzir. Kau jgn buat apa2. Ko angguk je. Buat tak tahu. Kalau kau marah, kau tak masyarakat Madani. Karang kau kena khutbah ngan bahasa2 yg kau tak paham. Susah nanti! Dah, jgn marah2"... Patutnya macam tu...


Ekonomi?

Ahhh lagi zalim. Mahazalim! Tak ingat? Time gawat 1997-1998. Anwar nak buat loan ngan IMF. Mahathir tak kasik. Tahu tak? Kalau pinjam IMF, ekonomi Malaysia lagi cepat naik. Tgk macam Indon, Thai. Marbeles! Bukan susah syaratnya, kalau IMF tak puashati ngan cara ekonomi kita, ikut nasihat dier org, ape ada hal? Org putih nasihat kita, ok le tu. Dia org dah maju, kita ni belum lagi merdeka dekat 50 tahun masa tu. Org kata, Malaysia ni masih zaman anak-anak. So ikutlah nasihat Uncle Sam... Anwar ni jujur orgnya. Menurut kata... Menghormati uncle-uncle...

Time tu, Anwar naikkan kadar faedah. Niat Anwar baik! Bila naik kadar faedah, org kene simpan duit. Sebab faedah naik, dividen naik. Banyak la duit. Alah, stakat naik sikit payment rumah tu ape ada hal? Tak boleh bayar, lelong. Tak mampu bayar, bangkrap. Hah! Kan anwar tolong kita, bila kita bankrap. Kire loan kire free la, dah abis. Bank rugi, NPL banyak? Lantak korang le. Bukan aku kerja bank. Yg kerja bank tu pun cuma berpuluh ribu org je. Bukan berjuta pun. Tapi Mahathir zalim. Dia taknak kadar faedah tinggi2. Katanya tak bagus. Gile ape. Tak madani betul la Mahathir ni.

Anwar, sebagai menteri kewangan nak kurangkan belanjawan kerajaan 21% semasa kegawatan. Wow!!! Pemimpin yg bijaksana, memang macam tu. Jimat dan cermat. Takde mega-mega ni. Tapi Mahathir ni buta ekonomi. Katanya, kalau kita berjimat, kontraktor melayu semua tak dpt projek. Pembangunan terhenti sbb budjet kurang. Siapa nak support berpuluh ribu kontraktor kelas F melayu tu? Anak beranak dia org?

Ehh... pergi matilah sama kontraktor2 melayu tu. Ape adehal ngan dia org? Yg penting, kocek kerajaan kena jaga. 21% tu banyak tu!!! Mahu berliun-liun jimat tu. Bila jimat berliun2, kita boleh bayar kadar faedah IMF, boleh bail-out bank ygrugi berbillion. Alah... Anwar kan ada cara... Kita folo. Kontraktor Melayu kelas F tu macam lah tak boleh tanam jagung pun. Lagipun, business2 ni kan utk org cina je. Org melayu semua dok kampung....


Byk lagilah yg menunjukkan Mahathir zalim anwar baik. Tak percaya lagi? Mahathir gi US, tak dpt karpet merah. Macam nak taknak je disambut kat US tu. Skali timbalan perdana menteri gi (anwar la ni), dapat karpet merah. See See... Maknanya, US lagi respek Anwar dari Mahathir. Org zalim mana pernah di terima US. Macam zaman Saddam. Saddam itu zalim. Sebab tu takde bom hari2 kat Iraq. Sama la ngan Malaysia. Anwar itu open. Sbb tu kita boleh buat tunjuk perasaan dan reformasi dan bakar dan baling kereta polis ngan batu kat jalan Tun Perak selepas dia ajar. Mahathir tak kasik. Katanya itu tak baik utk jadi adat kita. Gile ape Mahathir???

Entahlah, maybe Mahathir dah nyanyok. Nak mampos. sebab tu dah berpuluh tahun dier ni merepek. Idea tak bernas. Buat bangunan tinggi2. Membazir duit. Bukan boleh buat ape. Stakat harga tanah kat Kg Baru tu naik. Ape ade? Bukan org melayu kat situ boleh jadi jutawan pun kalo jual. Simbolik Malaysia pun, stakat model KLCC tu dijual kat Paris ngan Newyork. Apelah sangat.

Putrajaya. Hah, tu lagi projek membazir! Pilihanraya 1999, pemimpin pas dulu nak jual putrajaya. Weishhh, buat bangunan besar2, kalau dijual mesti ada untung! Berjuta kaki persegi tu. Mahathir tak nampak semua tu. Cyberjaya. MSC. Ape ada? Kita org Malaysia kan pentingkan tradisional. Kena ikut cara tradisional. Kalau dah ada IT, ada multimedia. Hilanglah ciri2 tradisional kita. Biarlah org cina businis It kat lowyat ngan imbi. Org melayu masih lagi boleh kerja kat kilang2. Aku ni pun dulu patutnya kene carik kilang plastik. Sama gak ngan kawan2 aku. Kerja tahap2 besar2 ni taklayak utk melayu.

Malas aku nak cerita pasal kezaliman Mahathir ni. Maybe, lepas dia mampos esok. Dan selepas Paklah berjaya ngan koridornya dan dasar baik ngan jiran2 terutamanya Singapore. Anwar ngan Madaninya. DAP ngan parti sosialisnya. Baru kita tahu nanti... Betapa zalimnya Mahathir dalam zaman pemerintahannya!

Ingat, dia bukan sahaja zalim pada anwar yg tidak pernah membontoti sesiapa, malah dia juga zalim pada rakyatnya sendiri.
.

Semoga Allah tunjukkan dia jalan yg benar disana nanti...


Hakikat ini telah kita nampak sekarang. Bersyukurlah dengan apa yg kamu ada hari ini. Insya-allah... Minyak naik lagi nanti... Itu kan nikmat juga pada kita?




Bacalah sini. Dan sini utk ucapan Mahathir pada perhimpunan UMNO 1999 (esp no 40 ke atas). Cerita dan ucapannya zalim kan?

3 comments:

Author said...

uish.. mendalam ni maksud...
kena telitikan betul2 every ayat :P

Anonymous said...

Agree with you bro

Anonymous said...

apalah bangang,menafsir politik sesuka hati,cuba la rapatkan diri dengan pemimpin,jika kail panjang sejengkal ,laut salam jgn diteroka.

Post a Comment

About me

My photo
Between Reality and Fantasy...