I'm not a big fan of a long queue
Semalam selepas aku menonton cerita Charlie Wilson's War kat cineleisure (cetenya bess). Aku pun kuar. Dekat pukul 11.30 malam.
Wow! ramainya yg beratur nak membeli makanan di Cathay. Ini sudah tengah malam, tapi masih ramai lagi yg mahu membeli popcorn, cikedis ataupun hotdog suam2 kuku untuk dibawa ke dalam. Ada yg berbaju putih, hitam, ungu, kelabu taik anjing dan sebagainya beratur panjang. Sungguh panjang. Rasanya kalau beli 5 minit sebelum cerita bermula, mampus tak sempat tgk awal2 cerita tu.
Sanggup pulak org yg tgk 'midnite' ngan pakwe2 mereka ni beratur untuk makan. Nak makan ke nak tgk cerita.
Macam tulah juga yg terjadi kalau hari rabu atau weekend di GSC midvalley. Kalau aku pada awalnya nak tgk cerita bess, memanglah aku tahu, aku akan cancel. Sbb aku tahu, mesti aku antara penonton yg mendongak keatas nanti.
...Org yg kenal aku tahu, aku tak suka beratur. Seboleh2 mengelak. Entah berapa kali, disebabkan tak mahu beratur, aku ambil keputusan untuk beli tiket yg lebih mahal. Masa itu bukanlah emas yg terlalu mahal, tapi aku rasa, dari beratur membeli tiket atau popcorn di waktu tgh malam adalah tak begitu produktif. Lebih baik gi berkaraoke Rm1 selagu.
Ermmm... nampaknya cerita begini membuat aku seakan terpaksa memreloadkan touch n go aku. Ohhh... smart tag dah turun harga menjadi rm90.... Siapa ada kete, lama atau baru... Boleh le membeli ya. Tiada tunggu. Lambaikan kad anda seperti Mr Bean.
Selamat hari weekend. Ngantuk ni. Balik tgk wayang hampir tgh malam... zZzZzZzZz....
Sunday, March 02, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)



0 comments:
Post a Comment